Fasa Kehidupan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/fasa-kehidupan/).

Berbalik kepada penulisan aku sebelum ini, aku dah menjelaskan fasa kehidupan yang telah aku lalui sejak umur 4 tahun hingga ke zaman remaja atau zaman sekolah menengah.

Aku saja menulis tentang fasa kehidupan supaya kita semua dapat flashback memori-memori suka dan duka yang pernah kita lalui sebelum ini.

Samada sekarang kita sudah berjaya atau pun tidak, hidup ini masih perlu diteruskan, tanggungjawab kita yang ada masih perlu digalas.

Makanya, aku sambung ke fasa kehidupan ku yang berikutnya dan boleh jadi sama dengan korang juga.

Zaman sambung belajar (ketika berumur 18 tahun – 23 tahun). Saja je aku meletakkan ikut peringkat umur, sebab majoritinya perjalanan hidup kita dari satu fasa ke fasa berikutnya lebih kurang sama sahaja. Ada perbezaan pun kemungkinan samada lepas SPM melanjutkan pelajaran ataupun tidak.

Banyak kenangan tercipta suka dan duka semasa kita melanjutkan pelajaran, betul tak? Sewaktu belajar, aku hanya dikelilingi orang yang baik-baik sahaja. Bila kita dikelilingi orang yang baik-baik, kita juga dipengaruhi vibe yang baik-baik.

Dari zaman duduk hostel hingga sewa rumah di luar bersama rakan-rakan kelas, hanya dikerumuni orang yang baik-baik. Makanya, aku pun jadi yang baik-baik juga. Tapi takdalah baik mana..haha.

Aku ni dari keluarga kampung, dari keluarga yang susah, hanya mengharapkan duit PTPTN sahaja untuk menampung pelajaran. Ikutkan aku pun tak nak sambung belajar, tapi atas desakan dan pengorbanan kakak, aku teruskan belajar.

Kakak beritahu, supaya jadi ikutan kepada adik-adik yang lain serta jiran-jiran sekampung. “Biar kakak yang bekerja bantu ayah, ibu, kau dan adik-adik”- itu pesan kakak kepada aku.

Kebanyakan jiran-jiran kampung kami yang sebaya tidak meneruskan pelajaran selepas SPM. Aku antara pelopor yang awal sambung belajar pada masa itu. Sedihkan, tapi realitinya ada sesetengah kampung yang majoritinya susah memang begitu.

Bila kita orang susah di tempat orang, kemudian sebagai student, makan bercatu, makan apa adanya. Sehari sekali jelah makan nasi. Makan nasi dengan maggie, makan nasi, kicap kicap dan ikan bilis sahaja, makan nasi, kicap dan telur goreng itu biasa. Sedap sangat dah tu.

Bila tiada duit, nak minta kakak dan ayah pun kadang malu. Sebab kita tahu dekat kampung dah cukup susah dan lagi memerlukan. Kita lelaki, pendam sahaja. Lelaki kena keras. Tahan jelah sikit lapar tu.

Yang lepas aku pernah bagitahu ketika zaman persekolahan aku tak pernah bercinta. Masuk ke semestar dua aku dah pandai bercinta. Bila orang tak pernah bercinta, kemudian bercinta, jadinya cinta gila.. haha.

Bak orang kata, bercinta, bersetia bagai nak mampus, tapi kahwin dengannya tak juga. Bila kau bercinta, banyak perkara yang kau lupa dibelakang kau yang pernah kau lalui. Bercinta memang best, tapi menyakitkan.

Ada jugalah kenangan bodoh yang pernah aku lepaskan disebabkan kesetiaan kepada cinta yang dikhianati. Pada masa itu aku nak balik ke Universiti, sementara menunggu bas di Bus-stand, ada seorang amoi memerhatikan aku disebalik tembok tempat menunggu bas.

Bila kami saling memandang, kami saling senyum. Amoi tu lama perhatikan aku sehingga aku naik ke bas kemudian melambai. Di dalam bas, aku membalas lambainnya. Dalam hati berbunga-bunga.

Apa kebodohan yang aku dah buat ni? Kenapalah aku tak mengambil atau minta nombor phonenya masa tu? Senyuman amoi tu tetap menjadi kengangan kepada ku sehingga kini. Cantikkah dia? Sangat cantik.

Bila kita lihat balik kepada persekitaran kita samada orang yang terdekat dan juga kawan-kawan semasa mereka bercinta memang lalai. Bila kau bercinta, kadang family, kawan-kawan pun kau dah lupa, dah jadi nombor berikutnya, bukan nombor satu lagi.

Aku turut tak terlepas dengan semua ujian yang lalai itu. Alpa sungguh dengan kuasa cinta, padahal ia menyakitkan. Hujung semestar dua, cinta ku berakhir kerana dikhianati di depan mata ku sendiri. Dan pula pointer semestar dua pun merudum sekadar paras hidung atas sikit.. haha.

Fasa kehidupan zaman belajar ini banyak mengajar aku tentang dunia sebenar sebelum memasuki ke fasa kehidupan berikutnya. Setiap liku-liku perjalanan hidup yang kita lalui ini, ia banyak mematangkan kita dari segi pemikiran dan tindakan yang kita lakukan.

Aku nak cerita lagi tapi jadi panjanglah pula. Takut pembaca bosan. Ingatkan akan habis di sini, nampaknya akan ada penulisan fasa kehidupan III.

– MISTER SECRET (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *