Untuk part I, (https://iiumc.com/fasa-kehidupan/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/fasa-kehidupan-ii/).
Hai rakan pembaca IIUM Confession sekalian, moga aku dapat habiskan penulisan aku untuk fasa kehidupan bahagian tiga pula. Aku cuba ringkaskan semampu boleh. Harapnya begitulah.
Fasa kehidupan dari peringkat kanak-kanak sehingga ke alam rumah tangga aku dah tempuh dengan pelbagai rintangan ombak badai yang melanda.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup oksigen yang masih percuma dari kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.
Berbalik kepada fasa kehidupan yang berikutnya, inilah baru dikatakan kehidupan realiti dan bukan fantasi yang kita bayangi masa zaman kanak-kanak, sekolah, remaja.
Apa yang kita imaginasikan sudah tentu yang best-best dan Bahagia-bahagia sahaja. Bukan! Inilah dunia sebenarnya.
Habis sahaja belajar dan menggenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan, aku terus balik kampung. Menganggur juga dalam sebulan lebih disamping kesana kesini mencari apa-apa pekerjaan. At last, dapat juga kerja mengikut bidang pelajaran aku.
Apa yang aku terkejut adalah, gaji tak seperti apa yang kau harapkan. Ingatkan ada segulung ijazah itu menjamin kerja yang stabil. Bawa balik ijazah, kerja je terus dapat RM4,000 ke. Tidak! Tidak sama sekali.
Aku bermula dengan gaji RM1,200 sahaja pada masa itu tak silap since 2007. Even waktu itu 2007, tetap tak cukup dengan gaji sebegitu.
Time tu rasa down pun ada, sebab rakan-rakan sekampung yang tak further study pun dah boleh dapat income yang lebih besar dari aku.
Dekat Malaysia ni bila kau kerja di sektor swasta, untuk menaikkan tangga gaji, kau kenalah tukar dari satu company ke company yang lain. Aku rasa ada lebih kurang 12 company dah yang aku lompat kerja.
Kerja di Jabatan Kerajaan? Bukan tak pernah apply pun, 6 kali interview tiada satu pun yang sangkut.
Akhirnya bila umur mencapai 31 tahun, aku give up for apply at government sector atas faktor if dapat government pun lepas ni confirm downgrade gaji. So, aku decide fullstop.
Perasaan cemburu terhadap orang yang dapat kerja government tetap ada, nak-nak bila ada keluarga terdekat yang dapat kerja government.
Dalam family besar aku, ada 3 family yang anak-beranaknya hampir semua kerja government. Apakah disebabkan mak ayah mereka yang kerja government kemudian turun ke anak-anak mereka?
Kadang sampai aku terfikir begitu. Mananya kau tak fikir, sebab keluarga kau tiada yang dapat kerja government.
Umur 24 hingga 28 tahun adalah di mana umur yang patut kau struggle untuk bina kerjaya. Tak kira apa kerja yang kau patut ceburi.
Pada saat ini juga adalah di mana kau akan menuju kekusutan tentang kehidupan kau. If tak mencari siapa diri kau, boleh jadi kau kecundang, boleh jadi kau terlambat.
Aku beritahu sebab ini berdasarkan pengalaman yang aku lalui di samping melihat perkembangan tentang orang sekeliling. Yang dapat manage dan fokus awal dari itu, dia lebih cepat menggapai kejayaan yang dia inginkan.
Kehidupan aku biasa-biasa sahaja. Untuk menjadi kebanggaan kepada ibu, ayah, kakak dan adik-adik masih jauh lagi. Masih belum dapat aku membalas jasa-jasa mereka. Tapi aku tetap kena berusaha.
Pada peringkat ini juga, masa kita banyak dihabiskan dengan kerja dan enjoy bersama rakan sekerja dan rakan sekolah. Ini berlaku bila kita merantau dan keluar dari kampung.
Pada masa ini juga kita akan melihat, seorang demi seorang rakan-rakan kita sudah mula membina rumah tangga.
Bila kita lihat masing-masing dah mendirikan rumah tangga, kita akan gelabah juga. Mulalah mencari pasangan hidup, takkan member-member kahwin kita nak melopong sahaja.
Tak! Kita akan terfikir, “Eh, kawan-kawan dah ramai yang kahwin, aku bila lagi?”.
Even though kau dah stabil dari segi kewangan dan aset, di dalam membuat pilihan pasangan jangan gelojoh. Jumpa je sebat, “Bolehlah aku jadikan dia ni bini aku”, atau “Bolehlah aku jadikan dia ni suami aku”.
Bukan begitu, kenalilah dia, fahamilah dia sehingga segala kekurangan yang ada padanya kau boleh terima. Menganggap kekurangan dia adalah pelengkap hidup kita dan sebaliknya. Tapi bila bercinta singkat ni kadang pasangan kita belum tunjuk sikap sepenuhnya.. hahaha.
Tiba-tiba lepas kahwin satu per satu sikap dan perangai sebenarnya keluar. Kau dah tak boleh buat apa, sebab itu dah ditakdirkan untuk kau. Dah tertulis dia jodoh kau.
Pada masa sekarang, ayat bercinta selepas nikah boleh jadi dah tak boleh dipakai. Kenalilah dia, fahamilah dia berserta keluarganya.
Sebenarnya banyak lagi aku nak perjelaskan diperingkat ini, aku nak ringkaskan bahawa alam perkahwinan adalah mengenai dua orang dari dua dunia yang berbeza. Bagaimana kita nak bahagia? Bagaimana kita nak mencorakkannya?
Jawapannya hanya ada pada kita dan dia. Perkara ini mungkin aku akan buat penulisan lain pada masa akan datang.
10 tahun pertama di alam perkahwinan mengikut pengalaman aku, serta melihat kepada persekitaran hidup aku, kau hanya lebih fokus kepada keluarga kecil kau sahaja.
Masa ini kau akan banyak habiskan masa dengan kerja dan family kecil kau. Kawan yang kau ada lebih kepada kawan kerja. Kawan sekampung, kawan sekolah berkemungkinan ada yang dah lost contact.
Bila umur aku dah menginjak ke 35 tahun, tak banyak benda yang aku nak. Kalau dapat dunia ini pun aku taknak dah. Tapi kita ada tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan hingga hujung hayat. Kita ada komitmen yang besar.
Sekarang, bila dah masuk ke umur 40’an, aku dah mula mencari kawan-kawan sekampung balik. Aku dah mula mencari kawan-kawan sekolah dahulu.
Aku tak pasti perkara ini turut berlaku kepada korang juga atau tidak. Perasaan nak mencari kawan-kawan balik semakin menebal.
Kini aku lebih banyak mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan zaman sekolah. Kalau dapat mahu bukukan memori ini.
Akhir sekali aku doakan kepada para pembaca agar urusan kalian dipermudahkan. Mana yang baik sudah tentu datang dari Allah s.w.t. Mana yang tak baik sudah tentu atas kelemahan aku.
Oleh itu, warnailah hidup mu dengan warna-warni dunia ini. Moga penulisan aku ini sedikit sebanyak ada manfaat untuk korang semua.
Assalamualaikum.
– MISTER SECRET (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit