Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Pertama sekali saya minta maaf kalau tajuk macam tak kena dengan cerita kat bawah ni.
Tapi percayalah, saya tak de idea nak buat tajuk ape yang sesuai.
Saya kenalkan diri saya sebagai Embun Pagi, berumur 30 tahun, masih single woman. Master holder ada kerjaya tetap (alhamdulillah).
Sebenarnya saje je nak luahkan dekat page ni, ada masa free nak karang ayat, ape yang berubah bila masuk umur 30 tahun ni.
Ye tahu masih jauh lagi perjalanan (semoga Allah panjangkan usia dalam keberkatannya).
Corak pemikiran pun dah tak sama macam dulu2 dah.. tahun 2022 tahun yang bermakna buat saya ye, sebab umur dah masuk angka 3.
Saya rasa macam baru je semalam saya ambil SPM, tiba2 dah 30.. Ommo ommo sangat kannn, Hahaha.
Perjalanan hidup saya alhamdulillah dipermudahkan Allah.
Lepas SPM masuk U, then graduate, keje kontrak kejap, apply kerje merata2 tapi sebab kekangan yang tak dapat di elakan, payah dapat keje..
Lepas tu sambung Master, then graduate apply keje merata, dan alhamdulillah Allah berikan rezeki dapat jugak kerja sekarang ni.
Bukan senang ye zaman sekarang nak dapat keje. Awal memang penat, apply sana sini, keje je yang mana dapat dulu untuk gain experience.
Pastu sambil2 tu apply lagi tempat lain. Point nye nak kata disini jangan give up dan percaya la rezeki tu dari Allah.
Kena letak kepercayaan kita tawakkal kita d tempat yang tertinggi, dekat Allah. Tuhan sekalian alam. Ok, done ceramah kejap.
Masa fasa kita tanam anggur, haa masa ni la segala bentuk anasir2 jahat akan datang, kenapa aku tak de keje, orang lain ade je, kenapa la aku gini aku gitu. Bila down, back to basic semula. ALLAH.
Kadang2 fikir semula kan, orang islam ni satu kelebihan dia adalah, kita ada sejenis ape ek nak cakap, macam satu kekuatan/ kepercayaan/ tauhid ke?
Emm entah lah, tapi macam bila kita rasa macam tak de jalan keluar pastu kita rasa down, kita luahkan masa doa dekat Allah, dia ada satu perasaan tenang tu, rasa yakin insyaallah ada jalan keluar..
Hmmm faham tak point nak sampaikan dekat perenggan ni? Hahahaha maaf ye sebab dah kelaut.
Ok2, dibawah ni saya senarai kan beberapa perkara yang saya sedari bila umur masuk 30 tahun.
Contohnya:
1. Dulu dulu masa dalam umur 19-20 tengok cerita tak kisah la cerita melayu ke, korea ke, hindustan ke memang menghayati jalan cerita dan kadang macam tak setuju dengan plot or ending cerita tu.
Tapi bila sekarang ulang semula cerita yang sama tengok dulu2 tu, baru memahami dan faham situasi jalan cerita tu.. yang ending dulu2 tak suka, sekarang jadi suka.
Sebagai contoh dulu saya tengok cerita kuch kuch ho ta hai, saya tak suka watak rani dalam tu, sebab macam rampas SRK dari kajol.
Tapi bila saya tonton semula sekarang ni, tiba2 saya dapat selam pulak watak si Rani tu. Hahaha pelik tapi benar..
Baru saya sedar yang hati manusia ni boleh berubah2, tak tetap.. Tiberr
2. Dulu suka tengok cerita cintan cintun budak2 sekolah, sekarang lebih kepada genre yang more toward reality kehidupan.
Sebab kekadang rasa macam dunia ni hanya melibatkan cinta je ke, banyak lagi genre yang boleh kita tengok. Banyak lagi benda penting selain cintan cintun ni.
3. Kalau dulu seronok sgguh keluar bercuti dengan kawan2, sekarang lagi prefer keluar berdua dengan mak. Melancong dengan mak, makan dengan mak, ronda2 dengan mak.
Kalau boleh setiap masa yang free nak habiskan dengan keluarga dan mak je. (Semoga Allah panjangkan usia mak sihat sejahtera)
4. Kalau dulu tak berapa memahami keadaan orang sekeliling, cepat je nak buat judgement, orang tu macam ni la orang tu macam tu la.
Tapi sekarang akan fikir dulu, cuba untuk letakan diri dekat tempat orang lain. Lebih tolerate. Kalau boleh taknak serabut2 kepala ni, nak aman jee..
Plus, saya bukan seorang yang ambitious, nak set target tinggi2, kalau boleh just nak kehidupan yang stabil je. Dah bersyukur dah dengan apa yang ada.
5. Bab jodoh. Tentang ni saya memang tak kisah setakat ni. Kalau ada, ada. Kalau tak de, tak pe. Sebab setakat ni my priority adalah mak saya.
Orang lain mayb priority dia anak dia ke, suami dia ke, isteri dia ke. Depend la kan..
Macam saya ni, banyak lagi yang saya tak buat untuk mak. Macam saya kata atas tadi la kan, saya start keje stabil umur 26 tahun, plus saya bukan dari keluarga senang. Kena kumpul duit slow2.
Saya nak bawak mak pegi umrah haji, nak bawak melancong luar negara, nak bagi mak tengok saya dapat PHD, banyak lagiiii saya nk buat dengan mak..
Mungkin sebab tu saya tak terbeban memikirkan tentang pasangan hidup. Tapi saya sentiasa doa dekat Allah, kalau ada jodoh berilah yang terbaik untuk diri ini.
Tips untuk kawan2 yang belum kawin lagi: Neelofa, Heliza Helmi relek je kawin umur 30 lebih. Enjoy ur life n go with the flow orang kata.
6. Bila masuk fasa umur sekarang ni, satu lagi benda yang saya perasan, me time tu memang penting. Cari la benda yang kita enjoy nak buat. yang boleh jadi motivasi untuk kita. macam self therapy gittew. Baru la tak stresss.
6. Last, kalau dulu masa awal2 masuk keje saya la yang maknae (junior) kawan kawan pejabat semua akak2 yang senior2. Kita seronok je panggil orang tu kak orang ni kak. Sekarang nii iolls yang jadi akak2 dahh.. haish.
Pegi kedai pun pnggil dekat waiter adik nak menu, adik akk nak bayar ni. Terasa diri dah tua
Ok semua, saya rasa setakat ini dulu, nanti saya dah masuk umur 40 (insyaallah kalau Allah izinkan) saya akan tulis semula sudut pandang, adakah ada perubahan atau tidak.
Dan ofkos yang saya share ni dari sudut keadaan saya. Setiap orang situasi tak sama kan.
Banyak lagi ruang untk self improvement. Yang mana baik kita ambik buat contoh, tak baik letak tepi. (Walaupun tahu, cakap memang la senang, nak praktik tu haishhh)
Akhir kata good luck evryone! You only live once YOLO!
Terima kasih sudi baca.
Lots of love,
– Embun Pagi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit