Fasa Tak Nak Kahwin Dah Berlalu

Hai semua. Rasa terpanggil untuk menaip malam ni sebab banyak confession tentang tak nak kahwin tu.

Aku Sarah (bukan nama sebenar), dah berkahwin dan mempunyai anak. Pernah lalui fasa tak nak kahwin.

Fasa tak nak kahwin tu terjadi bila hubungan putus di tengah jalan bersama bekas bekas kekasih. Tapi tak kisah pun sebab kebanyakannya hubungan toxic. Boleh mental aku masa tuh. Huhuhu.

Aku ringkaskan saja ya… Maka bermula kehidupan sebagai seorang wanita single.

Oh ya. Masa tu umur pertengahan 20an. Move on, kerja, kumpul duit, travel, luang masa dengan keluarga. Boleh survive shopping sorang, makan sorang. Memang malas nak fikir pasal jodoh.

Sehingga satu tahap aku berfikir, sampai bila nak hidup macam ni ? Mak ayah takkan selamanya ada dengan kita. Time ni umur dah lewat 20an..

Aku nak teman sehidup semati, nak anak, macam orang lain. Aku percaya, setiap orang memang dilahirkan dengan berpasangan. Aku pegang kata kata tu. Dalam terjemahan Al Quran pun ada.

Jadi, kenapa aku nak menidakkan perkara tu? Sampai bila aku nak ‘in denial’ orang putih kata.

To be honest, circle dalam berkawan tak ramai. Jadi, macam mana aku usaha untuk ke fasa nak kahwin pulak ? Hehehe.

1. Untuk yang beragama Islam, tiada yang lebih hebat melainkan DOA. Berdoa setiap hari selepas solat tanpa putus semoga dibukakan hati untuk menerima lelaki sebagai suami sekiranya benar jodohku sudah tiba.

Selit jugak dalam doa agar keduanya menerima kelebihan kekurangan masing masing. Bab doa ni, aku amalkan semasa dari merisik, bertunang sehingga dah nak nikah.

2. HARGAI DIRI SENDIRI. Macam mana kita nak orang lain hargai kalau kita sendiri pun tak jaga diri kita?

Sebelum ni aku pernah fikir, alaa.. kalau orang suka kita dia tak kisah pun aku pakai macam mana, make up ke tak.. hurm.. macam tak betul. Maka, aku cuba ubah penampilan.

Dari bertudung bawal ke shawl lilit,make up sikit lukis kening dari tak reti dah pandai lukis kening dah. Aku baru nak make up advance sikit, tup tup, ada orang merisik dah.

3. BUKA PINTU HATI untuk kenal dahulu. Bila dah dalam fasa risik, aku dah cakap awal awal pada keluarga dia dan dia sendiri (husband sekarang), kita kenal dulu.. tak perlu terburu buru.

Tapi kan, dalam kes aku ni, semuanya pantas. 6 bulan kenal terus nikah. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Apa yang buat aku terima dengan senangnya? Semasa dalam perkenalan, tidak ada sedikit pun perasaan yang tak senang dengan dia.

Walaupun tak pernah jumpa dating semua, aku hanya berdoa macam point nombor 1 di atas. Istikharah jangan tinggal. Tak ada petunjuk apa apa, cuma rasa senang dan tenang dengan dia. Ya. Itulah petunjuk sebaiknya. Everything went smoothly.

Rasanya korang dapat agak dah kot. Aku kahwin lebih kurang family arrangements la. Which is, aku tak pernah terfikir.

Dan pernah terfikir, macam mana nak kahwin kalau tak kenal? Well, dah kena pada batang hidung sendiri. Hihihi. Cukuplah aku katakan, aku bersyukur sangat dengan suamiku sekarang.

Conclusion nya, aku bukan tak nak kahwin, tapi masa dan jodoh belum tiba waktu itu. Tipu aihhh kata tak nak kahwin. Kalau selam hati sedalam dalamnya, confirm jerit, ‘Makk! Aku nak kahwin!!!’ Hahaha.

Ok. Sekian sahaja. Maaf kalau ada merapu sikit. Kepada yang masih berusaha ke arah perkahwinan, semoga dimudahkan urusan korang.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *