Assalamualaikum wbt warga IIUM Confession.. Maaf jika confession ni sedikit panjang atau bosan.. saya cuma nak cerita macam mana saya jumpa balik lelaki yang saya taaruf 4 tahun lepas.
Sangat unexpected dan tak pernah saya jangka saya akan jumpa dia balik.. kat tempat yang saya tak jangka akan jumpa dia…(sorry kalau ayat berbelit or salah tatabahasa.)
Saya namakan diri saya Dayang la senang. Sebab kulit saya hitam manis. Umur hujung 20-an. Nak dekat 30 dah. Saya start tahun 2021 saya kenal dengan lelaki tu dekat satu apps cari jodoh. Saya namakan dia Kenit. Sebab dia agak rendah berbanding lelaki lain yang saya tengok.
Saya tak body shaming dia ya. Tak tau la kenapa saya agak tertarik dengan lelaki yang rendah. Unik dan comel kot. Tinggi dia dalam 155. Saya 152. So kalau berdiri sebelah-sebelah tu nampak lebih kurang je. Umur dia tua 5 tahun dari saya. So korang boleh agak la umur dia berapa kan sekarang.
Okay berbalik kepada tajuk kat atas… saya kenal dengan Kenit dalam bulan Februari 2021 macam tu kot tak silap. Waktu tu saya tak kerja lagi.. tengah sambung diploma pendidikan nak jadi cikgu. Dia dah kerja, kerja hebat jugak la.. saya tak nak disclose la dia kerja apa. Biarlah rahsia.
Dalam banyak-banyak orang yang like, dia yang saya macam berkenan so saya pun like balik gambar dia.. jadi kitorang match la. Start situ kitorang perkenalkan diri apa semua. Just sembang general, suka apa, study mana, family berapa orang…
Sampaila kitorang decide nak jumpa lepas sebulan lebih kenal. Yela nak jugak kan tengok depan macam mana tuan empunya badan.
Kitorang jumpa dekat IOI. First impression, ye agak rendah lebih kurang saya je tinggi. Tapi muka dia manly. Saya tertarik kat situ. Dia saya tak tau apa impression dia.. Waktu tu gigi saya tak pakai braces lagi, so agak berterabur dan jarang. Tapi saya cover la.
Mak saya kata gigi atas saya tu gigi manis orang panggil. Tak perlu pakai braces pun tak pe. Saya pun okay je la yakin kan.
Sehari jugak kitorang jalan kat mall tu, makan aiskrim sambil sembang-sembang. Saya waktu tu serius mencari sebab kalau boleh nak kahwin before posting. Dia nampak relax je orang dia. Sebab yang saya berkenan… dia tak merokok dan vape.
Lagi satu, waktu kitorang jumpa tu, dia cari surau nak solat. Saya dah berbunga-bunga dah tengok dia punya attitude. Nampak la calon suami mithali.
Sebelum kitorang balik, kami ada bincang incase tak berkenan just bagitau.. tak perlu tunggu lama-lama kan.. dia pun okay.. kita kenal dulu.. macam tu la ayat dia.
Nak dipendekkan cerita kan, dia dapat tawaran kerja dekat oversea. Dan dia terus bagitau dia tak nak teruskan taaruf. Dia dah start busy dengan persiapan nak pindah apa semua. Lepas dia bagitau tu saya nangis seminggu ke 2 minggu jugak sebab dah berkenan dekat dia.
Saya sampai belajar masak dekat kolej komuniti semata-mata nak masak nanti dekat dia. Usaha la orang kata. Dari tak pandai masak sampai boleh masak macam-macam sebab aim nanti kahwin nak suami makan air tangan saya. Tapi tu la kita hanya mampu merancang kan..,
Fast forward hujung tahun 2022, saya direzekian posting. Alhamdulillah. Jauh jugak dari rumah. Bukan semenanjung.
Amanah untuk saya jalankan sebagai seorang guru. So berpindah la saya ke Bumi Kenyalang. Berbekalkan modal yang saya kerja macam-macam sebelum jadi cikgu tu.
But still hati saya ada teringat pada orang yang sama iaitu Kenit. Saya tertanya-tanya jugak la dia dekat sana okay ke.. kerja macam mana apa semua. Tapi tu la dia yang cut contact dengan saya. Saya try follow ig dia.. tapi dia tak follow balik. IG dia private so saya tak boleh tengok update dia.
3 kali jugak saya attempt follow IG dia tapi sampai sekarang dia tak approve. Sedih kan. Kitorang punya taaruf stop macam tu je.. tak ada kata-kata last daripada dia..
Dia pun nampak macam tak berkenan dekat saya. Nak buat macam mana kan. Dalam hati saya berpendapat saya mungkin tak secantik macam yang dia harapkan.
Heartbroken lama saya decide nak glow up sikit-sikit. Boleh la lupa pasal Kenit. Saya beranikan diri buat braces. Sekarang alhamdulillah gigi tersusun sikit dari dulu. Kawan-kawan sekolah dulu ada tegur muka nampak lain sikit. Ye la dulu mana ada duit sangat nak pakai itu ini.
After pakai braces tu saya perasan ada beberapa orang kenalan sekolah nak taaruf dengan saya.. saya tolak dengan baik. Saya bagitahu saya tak bersedia lagi. Tapi dalam hati saya hanya fikirkan Kenit. Saya tak boleh move on lagi dari dia.
Tahun 2024, hasil saya simpan sikit-sikit saya dengan kawan-kawan cikgu decide nak travel ke Yunnan. Saya tag along sekali. Saya sedar waktu tu saya dah tak ingat sangat dah pasal Kenit. Entah-entah dia pun dah kahwin. Lega rasa boleh totally move on.
Cuma saya tak boleh buka hati lagi dekat orang lain takut jadi balik perkara yang sama. So hujung tahun lepas kami pergi Yunnan berlima.
Sampai dekat Yunnan, travel agent tu bawa kitorang dekat homestay dulu letak barang. Dia kata dia ada handle lagi satu lagi group yang stay dekat homestay yang sama..
Jadi kitorang akan gabung dengan group tu untuk berjalan dan makan di restoran. Sebab waktu diorang sampai lebih kurang kitorang. Jadi dia akan sekalikan.
Saya tak faham sangat.. follow je yang penting boleh berjalan dan makan. Lepas letak barang check in, kami akan pergi makan. Jadi dalam group travel dia masukkan ahli-ahli group lain. Total 11 orang. Group yang dia maksudkan tu ahli dia semua lelaki. Tak pe la hadap je.
Okay elok-elok kami turun, nampak muka Kenit dengan kawan-kawan dia… jantung tiba-tiba berdegup kencang… betul-betul kencang tak tipu. Dia pun macam terkejut tengok saya…
Itulah pertemuan kedua saya dan Kenit lepas 4 tahun tak jumpa…
Tak larat dah nak taip… saya akan tengok komen-komen pembaca sekalian.. korang nak tau ke sepanjang saya berada di Yunnan macam mana saya berhadapan dengan Kenit.. ada benda yang thrilled tapi tu tunggu part 2…
Terima ksih sudi baca. Insya Allah engagement tinggi saya akan post part 2.
– Dayang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ok..sambung..
sambung kakk…