Namaku Z ni merupakan confession kedua aku. Aku hanya perlukan tempat meluahkan perasaan. Menceritakan kembali kenanga-kenangan lama yang kadang-kadang buatkan aku sebak.
Berkali-kali aku hajatkan supaya aku dapat ulang kembali masa lalu dan buat lebih baik dari apa yang terjadi. Tapi ini semua kuasa tuhan siapalah aku dan aku hanya mampu berserah.
Aku lelaki awal 30an, suami orang dan ada 2 anak lelaki yang comel. Aku anak sulung lahir dari keluarga besar. Apa yang aku nk ceritakan ni lebih kepada pengalaman masa kecil aku yang membesar dalam sebuah keluarga yang besar.
Aku tahu tak semua orang lahir dalam keluarga yang sempurna jadi confession aku ni merujuk kepada budak lelaki yang membesar dalam keluarga yang sederhana dan dahagakan kasih sayang.
Adik beradik aku ramai dan lahir sebagai anak sulung membolehkan aku tengok sendiri bagaimana keluarga aku membesar dari kecil sampailah aku dewasa, yang mana aku rasa patut boleh buat lebih baik dan yang mana aku rasa patut dielakkan.
Mak aku sekolah setakat sekolah menengah je, mak aku ni pulak dari aku kecik dia hanyalah suri rumah tangga dan menguruskan anak-anak. Tak macam typical modern mom lah. Gadis kampung dan mak-mak biasa sahaja.
Sungguh beruntung ayah aku sebab ada isteri macam mak aku, tak banyak mengeluh dan tetap setia dengan suaminya.
Ayah aku pula seingat aku masa aku sekolah rendah boleh dikatakan ayah aku bergaji besar kalau nak dbandingkan dengan kawan-kawan sekolah aku, sebab masa kecil kan biasa isi borang yang ada gaji jadi sempat lah aku bandingkan dengan kawan aku. Biasalah budak-budakkan.
Daripada sini sebenarnya aku mengharapkan ayah aku dapat mewahkan kami sekeluarga. Sedikit dari sedikit kemahuan kami akan ditolak, duit belanja pon cukup makan je.
Jadi membesar lah aku tanpa pengharapan yang tinggi dari ayah aku sendiri. Mak pula suri rumah jadi tak ada tempat lain yang kami boleh meminta-minta.
Lama kelamaan aku dah terbiasa dengan keadaan ni dan memjadikan aku berdikari untuk penuhi sendiri segala kemahuan aku dengan usaha aku.
Sampailah masa darjah 2 aku kumpul duit sendiri adalah dalam RM150 aku pujuk mak ayah aku untuk beli basikal ala-ala BMX. Ingat lagi basikal tu jenama Mongoose, jenama entah dari mana tapi cukup lawa bagi aku pada masa tu.
Seperti biasa pujukan untuk minta ayah aku belikan tak dapat walaupun aku dah kumpul duit sendiri, akhirnya mak aku yang sanggup untuk tambah lagi RM100 nak beli basikal tu.
Aku tak tahu apa rasionalnya ayah aku tak nak penuhi impian aku masa tu walaupun aku dah tunjuk usaha kumpul duit dari duit belanja sekolah. Lagipun basikal memang keperluan untuk aku pergi sekolah masa tu.
Selalunya aku akan pikir yang ayah aku ni kedekut, sebab masa tu gajinya dah kira cukup tinggi, jawatan pengurus di tempat kerjanya,
Tapi disebabkan aku anak sulung yang mampu pikir rasional pada masa tu mungkin aku pikir duitnya tak cukup sebab nak tampung kami adik bradik yang ramai.
Jadi membesarlah aku sendiri tanpa banyak meminta dari ayah aku. Ingat lagi lepas habis SPM aku pergi ke Matrikulasi, nasib baiklah ada elaun RM1000 untuk setiap semester, dengan elaun tu juga lah aku berkira-kira untuk belanja sepanjang semester.
Masuk university pon sama, dengan duit PTPTN sajalah aku guna untuk belanja sepanjang pengajian.
Aku ingat lagi pernah aku minta duit belanja masa zaman university tapi entah kenapa ayah aku tak mampu nak bagi walaupun RM50 dan mimik mukanya sangatlah sedih jadi lepas dari tu tak sanggup aku nk minta lagi.
Pernah juga aku ambil intersesi yang hanya ada 1 paper sahaja tapi sebabkan takda duit aku kerja part time di kedai sebaneka.
Jadinya aku dapat C untuk paper intersesi tu sebab penat bekerja dan tak mampu nk focus sebab subjek tu agak berat. Atau mungkin juga alasan aku saja.
Boleh aku katakan hubungan aku dengan aku denga ayah aku tidaklah rapat, sebabnya bila ayah balik kerja biasanya dia akan marah kami adik-beradik sebab bising,
Dan bila malam lepas makan je ayah akan duduk dalam biliknya. Hari minggu pon sama, ayah akan duduk dalam bilik dan kunci pintu.
Jadi boleh aku katakana zaman kanak-kanak aku tidaklah semeriah kawan-kawan aku yang lain. Aku tak dapat kasih sayang seorang ayah dan father figure dalam rumah kami tak berapa menonjol.
Dengan sejak dari kecil lagi aku berazam yang aku takkan jadi ayah separti ayahku. Aku tak akan melayan keluarga aku macam ayah aku layan kami sekeluarga.
Alhamdulillah aku dah grad dan kerja pon alhamdulillah bagus. Isteri aku pon tak bekerja dan mampu aku tanggung untuk duduk di tengah bandar Kuala Lumpur.
Tapi pengalaman lepas banyak membentuk aku, aku dapat rasa yang bini aku sendiri mungkin piker aku ni kedekut sebab aku akan berkira-kira dalam setiap belanja. Maklumlah aku sorang je kerja dan aku sorang jugalah yang tahu belanja setiap bulan.
Dia sendiri keluarga senang so kadang-kadang bila aku tunjukkan excel yang aku catat belanja setiap bulan kadang-kadang dia tak minat nak ambil tahu.
Setiap kemahuan isteri dan anak-anak hampir semuanya dapat aku turuti sampailah kemahuan aku sendiri pon aku letakkan kebelakang asalkan keluarga aku bahagia. Aku buat ni semua sebab aku sendiri dah serik membesar tanpa father figure dah kasih sayang seorang ayah.
Kepada bapa-bapa diluar sana, cubalah untuk memahami anak anda, tanya dan berborak dengan mereka, sebab anak-anaklah saham akhirat anda. Fahami masalah mereka, lebih-lebih lagi pada usia remaja.
Aku harap aku dapat jadi father figure yang terbaik untuk anak-anak aku dan dapat aku membentuk keluarga yang Bahagia dan membawa ke syurga.
– Mr Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit