Apa yang terjadi kepada gadis kecil yang tiada peluang untuk mendapatkan kasih sayang dari seorang ayah?
Ya. Saya salah seorang dari gadis kecil tersebut. Saya seorang perempuan yang mengalami Fatherless Daughter Syndrome.
Tujuan saya menulis disini sebab nak nak memberikan gambaran kepada umum bagaimana jika seorang gadis kecil membesar tanpa seorang ayah.
Walaupun ada sisi positif contohnya mampu berdikari sendiri dan tidak bergantung dengan orang lain. Tapi semestinya lebih banyak negatif dari positif.
Ini serba sedikit yang saya dapat cerita untuk fatherless syndrome ini sebab selalu kita dengar single mom atau broken home.
Syndrome ini menganggu sistem emotional, membuatkan orang yang mengalami syndrome ini memilih untuk menjauhkan diri dan tidak mendekatkan diri dengan sesiapa pun, mandiri dan independent terutama dalam hal kepercayaan dan harga diri.
Cenderung menjauhkan diri sebab rasa tak selesa dan tak aman.
Ini disebabkan kurangnya ikatan antara ayah dan anak, menyebabkan anak perempuan tiada fahaman yang jelas tentang hubungan yang sihat antara perempuan dan lelaki.
Bagaimana hubungan sebuah keluarga penuh kasih sayang dan saling menjaga.
Dari kecil saya tiada peluang untuk mendapatkan kasih sayang ayah.
Apa yang saya ingat hanyalah belaian dan kucupan di dahi semasa kecil dan hanya mampu lihat mukanya di gambar sampailah dia sudah dipanggil Ilahi, saya masih tidak dapat melihat mukanya.
Antara syndrome yang saya alami, saya sangat susah menjalin hubungan terutama dengan lelaki. Takde gambaran atau kenangan yang saya boleh belajar setidaknya panduan untuk belajar mencintai atau dicintai.
SAYA MEMANG TAK TAHU PERASAAN ITU. Kalau ada lelaki cuba nak rapat saya akan rasa tak percaya dan takut dia tak penuhi expectation saya terhadap dia.
Rasa takut dengan pengabaian dan penolakan yang sangat kuat.
Cenderung untuk perfect dalam belajar atau kerja buatkan emosi saya sangat2 terganggu dan tak boleh terima jika ada kesalahan walaupun benda tu sebenarnya perkara biasa tapi saya pandang iannya sangat serius.
Disebabkan dengan beban yang dipikul dari kecil saya jadi stress dan mengalami depressi berkala.
Saya rasa rendah diri dan susah beradaptasi dengan dunia luar.
Pernah masa kecil saya nampak satu keluarga keluar sambil berpimpin tangan dan saya rasa cemburu, sedih dan duka. Baru saya perasan perasaan cemburu saya sangat kuat sebab saya tak dapat rasa bahagia dari sebuah keluarga.
Dan pernah cederakan diri sendiri sebab rasa pedih dalam hati yang saya tak sendiri tak faham macam mana nak terangkan.
Saya rasa sebuah hubungan itu tidak memberi apa2 makna dalam kehidupan saya walaupun berkawan. Susah untuk saya kekalkan persahabatan sebab saya seperti tiada jiwa, berkawan tapi saya tak rasa apa2.
Jadi disebabkan taknak memberikan harapan, saya lebih senang berurusan hal kerja sahaja dan tidak lebih dari itu. Saya tak keluar dengan orang. Kalau saya keluar pun lebih selesa sendiri.
Selepas umur mencecah 30 an saya masih merasakan syndrome ini tetapi sedikit berkurang. Susah untuk saya hapuskan sepenuhnya syndrome ini, tapi saya cuba kuat.
Kata orang ayah merupakan cinta pertama bagi anak perempuan.
Kepada ayah2 di luar sana jadilah ayah terbaik buat anak2 mu dan kepada semua diluar yang mengalami nasib seperti saya, anda seorang yang sangat kuat. Jagalah mental dan kesihatan sebaik mungkin dan terus kuat.
– Suraya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit