Favourite Ex

Terima kasih kepada admin sudi menyiarkan coretan aku dan terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca kisah aku yang panjang ni. Aku sebenarnya pembaca tegar dalam page IIUM confession ni. Dialu alukan untuk melontarkan pendapat dan pandangan.

Aku perkenalkan diri sebagai Manje berusia hujung 20an, dan masih bujang. Tujuan aku menulis cerita ni untuk dijadikan sebagai catatan terakhir tentang dia dan menjadi titik mula berakhirnya kisah antara kami. Maaf kalau penulisan aku sedikit berterabur dan izinkan aku menggunakan bahasa pasar sebab aku bukan seorang novalis.

Aku kenalkan dia sebagai AS, perkenalan kami bermula pada tahun 2015 zaman wechat. Tapi waktu tu dia ada gf dan aku pun ada bf yang aku gelarkan sebagai AZ. Waktu tu aku bekerje part time di mall berdekatan rumah AS sebab tengah cuti tunggu result SPM dan AS pulak pekerja di kilang buat cermin.

Satu hari aku terima chat dari AS bertanyakan aku ni gf kepada AZ ni ke melalui aplikasi wechat, sebab AZ ni budak satu taman dengan AS. Ni la detik perkenalan aku dengan AS.

Lepas dapat result SPM aku pun berhenti kerja part time sebab aku dapat tawaran sambung belajar dekat negeri darul makmur, dan dia berhenti dari kilang cermin dan menjadi kelindan lori. Btw rumah parent aku dengan AS ni dekat je dalam 30 minit macam tu.

Lepas aku sambung belajar aku pun putus dengan AZ sebab jauh katanya dan dia tak sedia untuk hubungan jarak jauh ni, dan AS waktu tu pun putus dengan gf dia sb gf dia kembali pada ex dia. Dan dia mencari aku semula di aplikasi wechat, bertukar number dan kiteorang pun mula berkawan dan bercinta.

Mula laa hubungan jarak jauh aku dengan dia. Time aku cuti panjang aku akan balik kampung dan baru la boleh berdating. Ala zaman budak budak baru nak kenal dunia, semua indah. Tapi tak lama pun pjj nya sebab dia dapat tawaran kerja tak jauh dari tempat aku belajar.

Perjalanan ambil masa 30 minit untuk sampai tempat dia dan disebabkan kiteorang dekat jadi hampir setiap minggu (weekend) aku akan naik bas dan pergi jumpa dia untuk dating. Dating pun naik bas je. Waktu tu tak kenal siang malam berkepit je selalu. Tapi walaupun bercinta macam tiada hari esok result diploma aku mantop ye.

Tahun ketiga diploma aku, rezeki AS datang mencurah dia dapat tawaran kerja dalam unit berunifom, dia pergi rekrut dan aku setia menunggu dia 6 bulan habis rekrut. Waktu tu zaman public phone lagi ada masa dia akan call aku guna public phone sebab phone tak boleh bawak time rekrut. AS habis rekrut tahun 2018 dia dapat penempatan di negeri darul aman.

Aku pulak dah habis belajar sementara menunggu nak graduate aku bekerje part time dekat fnb berdekatan rumah aku. Biasalah bila dah habis rekrut dia dapat duit banyak sikit kan , AS balek dia buat surprised datang tempat kerja aku lepas tu kasi hadiah iphone 6. waktu tu zaman iphone 6 baru keluar.

Tapi kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Permulaan luka dihati aku, waktu dia balik bercuti tu aku ada check henset dia dan ada satu number perempuan ni dia save nama F. Aku macam ragu laa mana dia dapat pulak number perempuan ni, aku tak tanya dia, aku ambil aku save dalam henset aku and act macam tiada apa dan dia pun dah habis cuti dan kembali ke darul aman semula.

One day aku otw ke tempat kerja (pergi kerja naik van yang dah disediakan company sebab aku duduk hostel company kasi) aku bukak ws nak inform AS laa waktu tu aku nak masuk kerja, dan tiba tiba aku tengok story, ada story si F dalam whatapp aku, whatappkan kalau kita tak save number kita takkan dapat kan story dia, with mean F pun save number aku sebenarnya,

Aku macam pelik mana dia dapat number aku kan, aku pun terus balas story dia tanya mana dapat number aku sebab keluar story dekat aku, F cakap ada kawan mintak tolong save kan, aku lagi bertambah pelik, aku pun tanya AS dan aku call F apa semua dan F mengaku yang AS dengan F ada hubungan istimewa.

Aku dekat tempat kerja tak payah cakap la, dengan menangis tak berhenti tak boleh buat kerja. Satu bulan aku macam orang gila, aku decide tukar number, berhenti kerje, ambil keputusan untuk sambung belajar ambil sijil untuk tempoh tiga bulan tambah kemahiran. Kenal orang baru, environment baru, aku pikir aku nak move on.

Aku dan AS memang putus dan kite orang hanya tengok perkembangan masing masing thru instagram sahaja. One day AS dapat cuti aku pun waktu tu baru habis sijil aku pun cuti, dia contact aku ajak jumpa thru instagram dan aku balas, bertanyakan perihal F dan dia cakap dia dah tiada apa apa hubungan.

Jadi aku pun satu kurang bijak percaya, ye laa dalam hati masih ada rasakan, aku pun setuju untuk berjumpa dan keluar makan (untuk pengetahuan kalau keluar memang dia akan pickup aku dekat rumah family aku pun dah kenal dia, dan family dia pun dah kenal aku)

Balik je aku dari keluar makan tu F call aku, aku tak tahu F dapat mana number aku dan aku pun memang tiada number dia, dan F beritahu yang AS dan F masih ada hubungan dan ada kisah yang dah terjadi antara mereka yang tak dapat aku nak ceritakan lebih lanjut. Aku cakap dekat F aku tak tahu perihal antara mereka berdua dan aku minta maaf aku mintak dia selesaikan dengan AS sendiri dan aku undur diri.

Rezeki aku sampai lepas 1 minggu aku habis sijil aku dapat panggilan kerja di dalam bidang aku di negeri darul khusus. Aku decide untuk terima tawaran kerja tu. Lepas seminggu aku start kerja F ada call aku inform yang dia dah tiada apa apa hubungan dengan AS lagi dan AS waktu tu berusaha untuk dapatkan hati aku balik macam dulu.

Aku decide untuk bagi dia peluang sebab aku nampak usaha dia dan aku masih ada rasa untuk AS (kurang bijak dua). Tapi dengan syarat buat whatapp web sebab aku dah tak percaya dia. Bermula la pjj kami, aku di negeri darul khusus dan dia di negeri darul aman,

Aku punya laa gila bercinta waktu tu, setiap bulan time aku dapat gaji (setiap bulan ok) aku akan naik bas pergi ke darul aman untuk berjumpa dengan dia, perjalanan yang mengambil masa 8 jam, stesen bas TBS tu dah rasa macam rumah kedua aku, ye la mane tak nya habis kerje hari jumaat aku akan pack barang gerak terus ke TBS tiket bas selalu aku ambil 1 pagi,

KTM last dari darul khusus pukul 8 malam sampai ke TBS around 9 malam, jadi berkampung la aku dekat TBS tu, tinggal tak bawak katil je lagi. Time balik pulak aku akan ambil bas paling last hari ahad dekat darul aman dan aku akan sampai around 5 pagi hari isnin dekat TBS tunggu KTM pukul 0600 dan aku akan sampai rumah sewa aku around 0710 dan bersiap masuk kerje pulak pagi isnin tu.

Tu lah routine aku setiap bulan kadang sebulan 2 kali. Time PKP pun tak patahkan semangat aku ye, aku memang cari jalan untuk datang dekat dia. (kurang bijak tiga). Tapi dia pun time ada cuti dia datang jugak jumpa aku dekat darul khusus tapi ye la tak kerap sangat sebab susah dapat cuti.

Kisah curang ni tak berhenti disitu ye, terjadi banyak kisah curang ni lepas AS duduk di darul aman, AS berkenalan dengan seorang janda muda anak satu, janda ni siap sound aku ye cakap aku tak reti jaga siap menganjing macam tu la, orang darul aman jugak, lepas tu curang dengan nurse, budak taman dia, kantoi main omi.

Tak usahla aku ceritakan detail sebab kalau aku cerita detail tak habis cerita ni nanti, dan yang bekali kali kurang bijaknya adalah aku sebab aku keep on bagi dia peluang yang tah berapa juta kali tiap kali dia mintak maaf dan merayu, cinta kan membutakan, jadi aku pun jadi buta la dengan segala red flag. Sebab aku pikir hubungan kiteorang dah lama dan family dah kenal satu sama lain.

(Ambil pengajaran ye pada siapa ada dalam situasi aku, jangan mengulangi kebodohan aku yang satu ini memberi peluang pada orang yang tak menghargai peluang yang diberi)

Long story short tahun 2021 time pkp melanda AS dapat tukar ke kuala lumpur aku waktu tu melompat suka sebab dia dah dekat dengan aku jadi tak perlu berjauhan lagi dah. Jadi lagi mudah untuk aku dengan dia berjumpa.

Tahun 2021 sangat smooth aku dah start bertanyakan perihal untuk menghalalkan hubungan katanya dia tak mahu lagi sebab masih banyak hutang, nak habiskan hutang kereta dulu katanya, aku pun iyakan saja.

Tahun 2022 aku sambung part time study ijazah di salah satu uni di kuala lumpur dekat sangat dengan tempat kerja dia. Setiap kali weekend aku attend kelas aku akan berjumpa dia dan lunch sama sama.

Tiba tiba bala datang lagi, tahun 2022 dia curang sekali lagi dengan perempuan aku gelarkan S seorang menjawat awam jugak, waktu dia curang dengan S ni aku memang totally giveup, ada perkara yang berlaku diluar jangkaan aku yang membuatkan aku jatuh terduduk dan luka yang tak akan sembuh lagi,

Selama itu pelajaran aku terabai, aku pergi kelas kosong tak masuk apa, attend final exam aku tulis nama pada kertas aku keluar, paper aku gagal, aku tak boleh fokus kerja, aku ambil keputusan untuk hold semester aku.

Baik nya Tuhan pada aku, aku kene covid waktu itu, dan aku dapat cuti 2 minggu dari bekerja, jadi ini peluang aku menangis meratap dan merawat hati cari balik semangat aku yang hilang.

Aku ambil keputusan untuk move on, aku main segala dating app untuk aku isi masa lapang. Tapi aku akan mencari orang seperti dia, aku akan compare AS dengan orang yang baru aku kenal. Aku mencari bayang dia dalam diri orang lain. Sebab aku terlalu selesa dengan cara dia sikap dia dan layanan AS terhadap aku selama aku dengan dia(kurang bijak kuasa 10). Ye la 7 tahun kot aku dengan dia.

Jadi aku buat keputusan untuk menunggu AS (takserik tu laaaaaaaa) datang balik pada aku sebab aku rasa aku kejam kalau mempergunakan orang lain untuk aku moveon.

One day di august tahun 2022 dia datang balik pada aku, dia kembali. Aku suka, rasa macam penantian aku tak sia sia selama ni, tapi bahagia sekejap je tuhan bagi aku rasa, bahagia yang terakhir bersama dia.

Ya tekaan korang tepat sekali lagi ujian untuk aku datang awal tahun 2023, tahun ke 8 kami, mungkin selama ni Tuhan nak tunjuk pada aku yang AS ni memang bukan jodoh aku tapi aku je yang butakan mata untuk terus menidakkan takdir Tuhan kerana rasa sayang dan selesa aku bila bersama dia.

Dia berkenalan dengan seorang perempuan bernama NH, budak dekat dengan rumah dia, orang kampung dia, berkenalan bermula di instagram,

Mesti pembaca tertanyakan hensem sangat ke si AS ni curang je memanjang, aku boleh cakap hensem tu tidak la tapi sedap mata memandang, kemas cara pemakaiannya, rapi, baik budi pekertinya dengan orang tua, baik cara layanannya pada kedua orang tuanya dan pada orang tua aku, kira macam family man la. Aku sangat mengaguminya.

Aku ni biasa biasa saja tiada apa yang nak dibanggakan, sambung semula cerita NH tadi, bila dia kenal dengan NH ni, aku perasan AS berubah 360 darjah kalau dulu walaupun dia curang dia masih lagi mencari aku, tapi tidak untuk kali ini. Dia betul betul pergi.

Aku cari instagram NH, and aku balas story instagram NH bertanyakan perihal hubungan NH dan AS, dan NH bagi tahu seminggu baru kenal dieorang dah rancang nak bertunang,

Bila aku dapat tahu, aku tak boleh terima kenyataan, aku salahkan takdir sebab aku dah buat yang terbaik untuk hubungan ni, aku teman dia dari zero sampai dia ada segalanya, susahnya dia aku tolong, tak cukupnya dia aku tambahkan. Aku ikhlas bertahan selama ni. Aku ketepikan semua termasuk kawan aku. Tapi ini balasan yang aku dapat.

Waktu aku rasa dunia tak adil dan akhirnya aku memilih berdamai dengan takdir. Menerima takdir yang dah tertulis mungkin apa yang dia cari selama ni tiada pada aku, aku dijadikan tempat persinggahan sahaja. Aku je yang terlalu buta menilai, sempat laa aku meroyan sekejap.

Dan bila aku dapat tahu berita ni, untuk kesekian kalinya aku pikir aku perlu berhenti berharap kerana tiada harapan yang mampu aku juangkan lagi, dulu aku mampu melawan 1000 wanita yang menginginkan dia, tapi aku kalah dengan seorang wanita yang dia inginkan.

Aku menghormati keputusannya, aku cuba move on, berkenalan dengan ramai orang, pelajaran aku masih lagi tertangguh, ramai yang ikhlas ingin mengenali diri ini, tapi hati masih lagi milik orang yang sama. kerana dia sentiasa ada tempat istimewa dihati ini. Mungkin aku ade masalah dengan attachment feeling kot sebenarnya.

AS dan NH pulak akan bertunang 19 august 2023 dan akan berkahwin hujung disember 2023 ni(aku tahu dari update insta story AH) Cepat kan perjalanan cinta mereka, dengan aku hubungan hampir 8 tahun lamanya(kalau bayar loan kereta pun tinggal setahun lagi nak habis, kalau ambil degree ni dah double degree aku boleh buat) tapi tak kemana berhenti ditengah jalan.

Melihat postingan di insta story bakal tunangan nya AS (NH) sakit nya bukan kepalang hati ini. Proses move on nya memakan masa yang sangat lama, masih lagi dalam proses merawat hati. Tapi siapa kita nak menidakkan takdir Tuhan, Sudah tertulis rezeki aku bersama dia terhenti disini sahaja.

Aku dengar berita ni aku ikhlas aku serahkan segalanya soal hati soal jodoh soal rezeki pada Tuhan. Tapi jangan la korang ingat tiada manisnya hubungan aku ni, banyak manisnya, tu aku hampir gila menahan luka, tapi biasala manusiakan yang manis taknak cerita, yang tak manis je nak cerita. Pelajarannya jangan hidangkan pelangi pada orang yang buta warna.

Untuk AS jika kau membaca coretan ini, Selamat Hari Lahir aku ucapkan (11 august birthday dia) ini cara unik dan terakhir kalinya aku akan ucapkan selepas ini, tiada lagi kita antara aku dan kau.

Aku ingin katakan, tahniah atas hari bahagia yang akan menjelang tak lama lagi dan selamat bertunang. aku tidak menyesal mengenali kau, walaupun banyak luka yang tersisa sebagai kenangan, tapi kau juga pernah memberi bahagia yang membuatkan aku dahagakan bahagia itu lagi.

Terima kasih sebab pernah menerima diri ini, sudi mengenali dan selalu ada dikala aku memerlukan bantuan. Tak dapat aku balas segala jasa kau. Maafkan aku untuk setiap perbuatan perkataan yang mengguris hati, dan minta dihalalkan segala janji janji yang tak tertunai.

Terima kasih untuk kenangan 8 tahun. Kau sentiasa ada tempat special di hati ini. Doakan aku berjumpa orang yang boleh memberi bahagia yang tiada hujungnya.

Aku ikhlas mendoakan kebahagiaan kau dengan siapapun insan yang kau pilih. Semoga aku juga berjumpa dengan bahagia yang selayaknya untuk aku kelak. Assalamualaikum.

– Manje (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Lapan tahun kau dah bazirkan masa kau dik. Takkan nak tambah lagi… Terus move on dan kembali kepadaNya.

  2. ada satu je nak komen.. kalau nak gunakan perbandingan seseorang tu berubah.. jangan gunakan 360 darjah.. ibarat orang tu buat satu loop dan kembali kepada keadaan asal.. gunakan 180 darjah, iaitu arah yang bertentangan.. sekian

  3. Tak kesah laa apa sis nak ckp. Tapi dia tak layak jadi FAVOURITE. Girl is so naif. org yg dah sakitkan kita masih nak kabo FAVOURITE. thats not it.

    Faham he has that special place in your heart tapi tolong laa sis kosongkan balik tmpt tuu. Tak berbaloi. trust me saya pernah ada kat tmpt sis. Hari ni mungkin kuat, nanti esok lusa rasa nak borak, rasa nak jumpa. baik buang dia jauh2 dri hati dan fikiran. Tak yah FAVOURITE2! Throw away. Org baik takkan sia2kan awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *