Saya gadis dalam pertengahan 20-an dan cerita ini bukanlah tujuan untuk memburukkan sesiapa terutama keluarga saya sendiri. Tapi, saya ingin berkongsi buat bakal ibu bapa dan seluruh yang membaca.
Saya adalah anak kedua dari tiga adik beradik mempunyai seorang kak long yang agak pandai dan sangat menjadi harapan keluarga. Sejak dari kecil apa sahaja yang diminta oleh kak long saya pasti akan dipenuhi ibu dan ayah. Bagi saya, saya memang agak seronok sebab segala barang yang dapat akan dikongsi bersama saya. Kalau saya nak dapat sesuatu benda mesti wajib saya mendapat no.1 di dalam kelas, barulah saya akan mendapat apa yang diingini. Tetapi, saya tidak pernah pun mendapat no.1 di dalam kelas, jadi agak jarang untuk saya mendapat barang yang saya ingini sewaktu kanak-kanak. Kadang, tengok rakan-rakan menaiki basikal sendiri saya jadi sedih tapi saya cepat-cepat sedapkan hati, saya bukanlah seorang yang pandai jadi saya tak berhak untuk mendapat apa-apa yang saya ingini. Kalau hari jadi, sampai la waktu dewasa ibu pasti akan ingat hari jadi kak long dan membelikan hadiah buatnya. Tapi, ibu kadangkala lupa hari jadi saya, tapi takpe saya tak ambik kisah, mungkin ibu sibuk jadi saya anggap hari jadi itu biasa-biasa buat saya.
Ibu saya juga sangat bangga dengan pncapaian kakak saya, dan saya juga amat bangga dengan dia. Segala kemahuan dan keperluan kakak saya memang cepat dipenuhi oleh ibu saya. Kalau dia balik dari sekolah asrama, ibu pasti akan gembira dan seronok dengan kepulangan dia, rumah bagaikan hidup semula sampai la kini kami menginjak dewasa. Ibu suka bercerita dengan kak long berbanding saya. Kalau nak dibandingkan saya dan kakak saya memang jauh langit dan bumi.
Dulunya, saya kanak-kanak yang malas belajar. Kalau result exam, jangan harap A itu muncul di dalam buku rekod. Amat jarang sekali, dan saya sering gagal dalam pelajaran. Saya tiada motivasi dan tiada semangat. Sebab saya rasa tiada yang akan lihat pencapaian saya, semuanya kakak saya. Itu sewaku saya kecil dan memang saya juga mengaku saya agak degil dan banyak merasa tidak puas hati dengan orang sekeliling. Dan saya jugak agak emotional dan berbeza sangat dengan perangai kak long, dia seorang yang lembut dan sangat pandai menjaga hati orang tua.
Pernah suatu ketika saya fail dalam subjek science dan ibu membebel dengan pencapaian saya, ibu cakap kalau saya malas belajar, cukup masuk belajar kemahiran dan duduk di kampong sahaja. Macam mana nak masuk university kalau asyik malas belajar. Kalau bercakap dengan orang lain, ibu akan cakap saya adalah kurang sikit dalam pelajaran. Ibu dan ayah tak pernah expect saya akan kerja best-best, cukuplah kerani. Bohonglah kalau saya tidak sedih, tapi sewaktu itu nasihat bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya masih tidak berubah. Sampai la saya menginjak umur 15 tahun, saya merasakan cukuplah semua ini. Saya berubah dan jadi rajin belajar. Bagi saya, takpela kalau ibu dan ayah tidak mahu tengok potensi saya, biar saya berjaya untuk diri saya. Saya akan ada kehidupan sendiri.
Sebagai anak-anak mesti mostly akan berkongsi cerita tentang rakan-rakan pada ibu dan bapa. Tapi, saya mengambil langkah mendiamkan diri kalau ibu ayah tanya pasal kawan saya, saya jarang akan memberitahu nama. Dan mereka jarang mengetahui siapa saya berkawan di sekolah. Saya pernah cuba berkongsi dengan ibu, tapi mungkin ibu sibuk dan kurang memberi perhatian jadi saya malas bercerita tentang diri saya pada keluarga saya. Berlainan dengan kakak saya, semua rakan kak long saya ibu saya kenal. Siap biodata penuh lagi. Memang sungguh kami berlainan, dan ibu juga enjoy dengan cerita kakak saya.
Oleh kerana masa lalu, saya jadi agak independent dan agak tegas. Saya suka menyimpan masalah saya sendiri. Dan sehingga hari ini saya kurang gemar bercerita tentang apa masalah kepada keluarga saya. Termasuklah apa persatuan dan apa activity yang saya join di university. Saya lebih selesa berkongsi dengan rakan saya dan cuba menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibu ada juga bertanya tentang siapa di hati saya yelah umur pun sudah pertengahan 20-an, saya pantas menjawab kalau ada yang serius saya akan bawa jumpa ibu dan kahwin terus. Buat masa ini, segala teka teki hati dan lelaki kesukaan hati, saya tidak berkongsi dengan ibu dan keluarga saya. Mulut saya jadi saya sangat berat untuk bercerita.
Dari segi duit, saya tidak pernah pun mengharapkan duit dari ibu dan ayah sejak tamat persekolahan. Selepas spm dahulu pun saya mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan lesen kereta oleh kerana saya inginkan duit untuk menyara kehidupan di university. Kerana bagi saya, cukup penat ibu membesarkan saya, saya mungkin anak yang biasa saya jadi malas untuk menyusahkan ibu lagi. Lagipun, saya sudah ada daya untuk mendapatkan duit tanpa mengharapkan pertolongan siapapun. kini, bila sudah dewasa, saya lebih senang kalau family saya meminta duit/meminjam dan saya sebolehnya mengelakkan dri meminjam wang dari ibu ayah. Kalau terdesak, saya akan meminjam wang dan akan memulangkan kembali wang.
Kalau difikirkan balik, seronok jugak kalau dapat penghargaan macam kak long dapat sewaktu kecil, tapi takpelah rezeki kejayaan saya di university ini mungkin hadiah doa dari ibu ayah yang dalam senyap doakan saya. Setiap kali saya merasa sedih dengan kisah lalu, saya pasti akan membawa pulang hadiah dari luar Negara buat keluarga saya. Dapatlah juga ibu merasa barang berjenama.
Mungkin kalian ada terjumpa kisah favouritism yang lebih dahsyat dan cerita saya hanyalah picisan sahaja. Saya juga bukanlah pantas untuk menasihati sebab saya pun masih lagi belum berkeluarga dan untuk menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Mungkin ibu saya tidak sedar favouritism membuatkan saya kurang keyakinan sewaktu kecil dan saya tahu ibu saya sudah berusaha menjadi ibu yang baik buat kak long dan saya.
Tapi, favouritism ini sebenarnya agak serius kalau difikrkan. Anak-anak akan merasakan dirinya tidak disayangi dan akibatnya seorang anak itu akan mencari kebahagiaan di luar rumah dan merasakan rumah itu tempat kesengsaraan. Bagi saya, semua anak-anak itu ada potensi untuk digilap jangan lihat berapa ketul A dan membandingkan antara anak-anak yang lain. Siapa tahu anak yang biasa itu lebih berjaya suatu hari nanti. Saya tahu, kadangkala ibu ini bukan kejam tapi mereka tidak sedar tindakan mereka compare atau favorite anak-anak yang lain membunuh motivasi dan kekuatan yang cuba dibina anak-anak.
Buat anak-anak yang merasakan isu favouritism di dalam keluarga kuatkan diri anda. Buat adik-adik sekolah yang sedang membaca kisah ini, akak menasihatkan, buatlah sesuatu perkara yang memajukan diri adik sendiri sebab adik yang mengemudi bahtera kehidupan suatu hari nanti. Jangan diikutkan perasaan, menangis boleh tapi cuba bangkt untuk masa hadapan. Jangan harapkan orang akan lihat kejayaan kita cukuplah untuk memuaskan hati kita sahaja.
– kak ngah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit