Fed Up Dengan Alasan Depression

Hai, salam sejahtera untuk semua yang membaca, aku harap tajuk tu tak melukakan hati sesiapa, aku sekadar nak berkongsi cerita aku sahaja, aku nak cakap aku fed up layan otak dia.

Aku seorang kakak sulung, mak ayah aku dah bercerai masa aku form 1 lagi, sekarang aku dah kerja ada kereta sendiri, hutang semua aku bayar sendiri.

Waktu belajar dulu aku ambil pinjaman dan juga masuk satu UB untuk dapatkan elaun tapi dalam masa yang sama minat juga, bukan itu yang aku nak ceritakan tapi kisah adik aku.

Aku ada 5 beradik. Semua pandai2 semua masuk uni dah, 2 orang grad account, 1 orang engineer, 1 orang bahagian IT, tinggallah adik aku yang last sekali baru habis SPM which is aku tak tahu apa kesudahan dia sebenarnya.

Aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya. Salah. Aku tahu cuma aku tak tahu nak deal dengan orang macam dia tu macam mana. Aku ceritakan dulu perjalanan hidup aku supaya korang dapat faham.

Ayah aku dah takde hampir 2 tahun lebih. Meninggal sebab sakit jantung.

Lepas je cerai mak aku banyak kenal dengan lelaki2, ada yang kahwin ada juga yang sekadar berkawan, tapi most of the time aku dan adik beradik terkesan sebab dia selalu keluar malam tinggalkan kami di rumah. Sampai lah aku masuk uni.

Sebelum aku masuk uni, aku ada adopt beberapa kucing. Jadi mak aku daripada busy dengan lelaki dia jadi busy dengan kucing.

Bertukar2 lelaki dia rasa lelaki tak faham dia dan menyusahkan je. Kucing la yang menjadi penyejuk hati dia. Sehingga sekarang hidup mak sangat rapat dengan kucing dan tiada lagi lelaki.

Walaupun begitu aku faham tindakan mak waktu tu, dia cuma perlukan sokongan. Dulu aku tak faham, tapi bila dah besar aku makin faham semua tu. Jadi takpe aku maafkan, lagipun nak bandingkan pengorbanan dia terhadap kami terlalu banyak.

Berbalik kepada kisah adik aku. Semuanya okay sahaja sehingga lah ayah aku meninggal secara tiba2. Sejak dari tu perangai adik aku berubah sedikit demi sedikit.

Dia suka menjerit2 menangis tiba2 dan macam2 lagi. Ada satu ketika dia kelar tangan dia sehingga berdarah. Sejak daripada itu kami bawa dia berjumpa dengan doktor swasta psikiatri,

Tapi tak ada apa yang berubah (daripada hasil pandangan saya, doktor tu terlalu menyelebahi dia, ibarat dia tak ada salah apa2 pun) kisah dia mengelar tangan terjadi lagi kali kedua dan akhirnya mendapat refer ke hospital gov sebab dah jadi kali kedua.

Nak dapatkan appointment tu terlalu lama. Dan akhirnya dia mendapat first appointment dan aku pun bertanyakan bagaimana session tersebut, doktor cakap dia memang ada depression tapi tidak terlalu teruk mungkin minor sahaja,

Tapi apa yang dikatakan oleh doktor oleh pemikiran dia terlalu close minded, sehingga doktor tidak dapat hadam apa yang dia cuba fikir. Dan itu lah yang kami hadap saban hari.

Apa yang membuatkan aku tak tahan dengan dia ni, dia terlalu self-centered. Dia sahaja yang penting dia sahaja yang terpaling tersakiti, dia sahaja yang terpaling terkesan dengan semua yang jadi. Hidup tak ada bapak?

Ye aku dan adik2 lain pun sama, waktu mak dengan gaji biasa lagi la kami belanja sekolah pagi petang RM1 je hari2, nak makan sedap? Jarang sekali, tapi kini dah stable, dia lah yang terpaling untung, memegang handphone pada awal usia, ada laptop ada bilik sendiri,

Makan sedap tiap bulan, tapi semua tu tak cukup untuk dia, perangai melenting dia dan tak boleh ditegur yang paling aku tak tahan sekali,

Sebagai contohnya, sekiranya ditegur untuk membasuh pinggan atau membuang sampah, yang mana itu semua bekas makanan dia,

Kadang2 dibiar sampai busuk, tapi bila ditegur melenting, sampai lari rumah. Aku tak faham kat mana salah aku? Aku dan mak aku bekerja, dia?

Duduk rumah sahaja tak ada buat apa, aku dan mak aku ni lah yang bertungkus lumus masak, kemas rumah, dia? Duduk sahaja di dalam bilik. Tak boleh suruh di buat kerja, bila disuruh melenting.

Kadang2 aku tak kisah pun dia tak nak buat kerja, sumpah aku tak kisah, tapi yang aku kisah kalau aku nak kena bersihkan sampah yang semua barang2 kotor dia, dia ingat aku bibik? Dia ingat mak tu bibik dia?

Semalam aku tegur dia memang aku dah tahap angin tak boleh sabar, aku sebut je kau ingat kat rumah ni ada bibik ke? Sentap terus keluar rumah bawa kereta yang tiada lesen tu, pastu langgar sesiapa,

Ya, dia seorang yang tak ada tanggungjawab. Yang dia tahu cuma puaskan hati dia sahaja. Langgar orang, minta mak bayar, bukan dia kisah mak kan kerja kat bank negara cop duit hari2.

Sumpah benci hadap orang macam ni, mak aku cuma pesan dekat aku sabar, tapi aku tak boleh sabar dengan nak hadap pemalas, kurang ajar alasan penyakit tu la. Common sense kesian dekat orang semua tak ada.

Tak kesian dekat aku? Tak apa. Sumpah aku tak kisah pun, tapi tolonglah kesian dekat mak tu, itu je yang aku nak. Sumpah aku tak tahu apa yang bermain dalam otak dia. Duit? Makanan mewah? Gadjet? Internet? Baju lawa? Semua dapat. Mungkin kasih sayang?

Entahla, dia tu terlalu suka menyendiri pastu dia pelik kami suka bergelak sesama sendiri. Sedangkan kami bergelak pun di ruang tamu, di dapur, tak ada masalah pun sekiranya dia nak join sama2 bergelak, dia sahaja yang terlalu suka bersendiri main phone.

Kadang2 dia suka claim dia tu dipalau, tapi aku tak faham kat mana point dia dipalau? Sedangkan kami berborak di tempat terbuka, tak ada berbisik2 ke. Dia sahaja yang tak nak join. Kami mengajak pun dia tak nak join.

Dan lagi satu, nak tahu tak betapa sempitnya pemikiran dia? Dia selalu membandingkan kehidupan kami dengan kehidupan kawan2 T20 dia tu,

Mak aku selalu berpesan, jangan bandingkan dengan orang kaya, maka hidup kita akan sentiasa rasa kurang, tapi bandingkan dengan orang yang lagi susah dari kita. Korang tahu dia jawab apa?

‘Kenapa nak bandingkan dengan orang susah tak logik’, aku dengar pun macam tergamam, pelik aku, padahal kitorang makan benda sama, sekolah semua tempat yang sama, cikgu ustazah yang sama, kadang sumpah aku tak faham pemikiran dia.

Jadi berbalik kepada kisah dia kena sound dengan aku, aku rasa fed up, aku rasa tak nak hadap dengan orang macam dia, specifically dia.

Aku dah cakap dengan mak aku, aku nak keluar rumah, sebab aku tak nak jadi punca kalau ada apa-apa terjadi sekiranya aku ter sound dia ke lepas ni kan.

Yela kot dia accident ke buat bukan2 ke, sumpah aku tak nak hadap dan aku tak nak rasa bersalah atau ada kaitan dengan benda yang bakal terjadi.

Tapi kat rumah tu aku sorang je yang boleh diharap terutamanya bab mengemas rumah disebabkan ada kucing jadi tugas kemas rumah tu agak berat dan lagi kerap perlu dibuat.

Mak aku cakap dia tak nak aku keluar, dia nak aku bersabar sama2 dengan dia. Tapi sumpah aku tak nak hadap dia dah.

Aku tak faham apa yang dia nak supaya hati dia puas. Dia tak ada belas kasihan. Even terhadap mak sendiri. Dia selalu blame mak sahaja atas semua benda yang jadi. Kadang aku kesian tengok mak hadap perangai dia.

Ya mak memang pernah buat hal juga dulu lepas cerai. Tapi dia tak nak pernah abaikan kami pun tak pernah pukul. Makan sentiasa cukup cuma belum mewah. Pergi sekolah pergi dan balik dihantar naik kereta.

Nak bandingkan kehidupan family yang bercerai dengan orang lain aku boleh katakan aku cukup bersyukur masih dapat tinggal di dalam rumah yang selesa dan juga cukup makan di samping dapat peluang untuk sambung belajar.

Aku rasa benda tu pun dah terlalu banyak allah bagi nak dibandingkan dengan orang lain sebab dalam kalangan kawan2 aku pun ramai juga family yang bercerai tapi kehidupan mereka tidak seuntung aku. Ada yang kena bekerja untuk bantu family.

Tapi aku tak, jadi sebab tu aku tak rasa mak perlu disalahkan dalam hal ni sebab apa yang arwah ayah aku buat kat mak aku dah terlampau teruk, tak perlu aku sebagai anak nak menambah2 lagi sakit yang ada.

Cuma aku rasa dia menjadi sebegitu sebab dia hanya tengok diri sendiri sahaja. Dia mungkin fikir kehidupan orang lain tiada cacat cela tiada kesusahan padahal masing2 ada masalah masing2.

Aku tak rasa adik aku faham sakit yang mak rasa kesusahan yang mak hadap. Bagi dia, dia je yang terpaling tersakiti. Memang itu pun yang dia sebut-sebut.

Sekarang ni aku dilema, aku nak keluar sebab aku malas nak hadap dia risau aku mental juga sekali, sebab dalam masa yang sama aku rasa stress yang teramat sehingga aku yang menangis beriya, kadang aku tak faham kat mana salah aku yang aku perlu menangis,

Tapi dalam masa yang sama aku kesian dekat mak..

Maaf sekali lagi, aku tak ada niat nak salah mana2 orang yang pernah atau sedang mengalami depression. Cuma aku terlalu stress sehinggakan aku rasa macam aku melukai mak, tapi aku juga ada mental health yang perlu dijaga.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *