Feeling Lost at 30

Hai. Aku Idy (bukan nama sebenar). Berumur 30, berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 10 bulan.

Macam mana nak start eh.. Aku rindu nak kerja tapi tak ada confident yang aku dapat kerja semula. Aku ada degree (bidang kewangan) tapi career path aku sangat2 messed up.

Ketika aku lepas graduate umur 25. Aku diserap company tempat intern dulu kat PJ. Sempat kerja lebih kurang setahun setengah, gaji alhamdulillah.

Cuma aku pressure dengan manager aku. Biasa la aku pulak baru masuk keje.. kerja2 berlungguk manager pass kat aku. Hidup macam tak ada life.. Pergi gelap balik pun gelap. Time closing lagi la. Pernah pukul 10 malam aku baru boleh balik.

Masa tu tak ada transport sendiri, naik MRT. Pukul 11.30 malam baru sampai rumah.. esok pukul 6 dah kena bangun pergi kerja. Penat dia Allah yang tahu jadi aku pilih untuk resign..

Masa tu aku berniat cari kerja baru area sama, tapi masalah nya ex bf suka ganggu. Aku pulak kat KL tu tiada saudara mara hanya ada kawan2.

Gangguan yang aku dapat agak menakutkan. Sampai2 tunggu depan rumah sewa. Dia macam tak boleh move on..

Aku serabut jadi aku pilih balik kampung dahulu buat sementara waktu. Aku balik buat kerja sendiri iaitu berniaga, duduk dekat dengan mak ayah aku.

Lepas tu aku berkahwin, alhamdulillah suami aku sangat bertanggungjawab sepanjang kami berkahwin.

Lepas kahwin aku ada buka kedai apparel. Bertahan juga sampai la aku pregnant. Alahan agak teruk masa tu tak boleh ke mana2. Kedai pulak agak slow, aku taknak tertunggak sewa bulanan jadi aku decide stop berniaga..

Fast forward sekarang anak dah berumur 10 bulan. Keinginan nak kerja tu datang, boleh jadi jugak tercabar sebab sedara2 sebut rugi je aku ada degree tapi tak kerja..

Tengok muka anak kesian nak tinggal, sebab ada masa enjoy jugak jaga sendiri anak jadi surirumah ni.. Tapi ada masa nak jugak kerja nak balas balik penat lelah mak ayah hantar belajar sampai menara gading.

Tapi kalau la aku nak kerja, ada ke yang berminat nak hire aku? Umur 30. Pengalaman kerja tak teratur macam aku cerita di atas. Tapi keinginan ber’career’ tu ada. Tapi aku tak confident untuk start langkah.

Aku tak minta kerja macam aku kat KL dulu. Janji dekat dengan anak suami, mak ayah sudahlah.

Harap sudi bagi pandangan. Maaf penulisan agak messy..

– Idy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Cubala cari kerja dekat2 rumah awk tu, insha Allah ada.. tp klaw dduk di state (negeri dlm m’sia ni), mngkin gaji xlah setnggi d KL tu, tp on d other side, cost of living xlah setinggi d lembah klang, jln pon xlah jem teruk, boleh tahan lagi.. so, mula la ‘memburu’ kerja yg awk nk tu, s/ada yg berkaitan bidang yg awk blajar, or flexi time, so ada mse jugak dgn family, or even bole berniaga balik mcm yg awk pernah buat.. tp this time, awk kna fikir yg awk dah punya ‘family’ yg perlukn perhatian awk, jgn kerja sampai ‘terabai’ semua tu, at d same time, tingkatkn cara kerja awk.. cth: klaw kerja ofis, buat yg terbaik, bgi idea yg ‘bernas’ mse meeting dsb.., klaw berniaga, ‘upgrade’ apa yg awk jual, presentation ddb., n at d same time, bole juga buat scara “online”, skrg ni dunia semua dah guna AI kan.. bla dpt gaji or income, khn lupa ‘save’ utk diri n juga ank.. mmg la suami brtnggungjwb dsb, tp kita tak tahu apa yg bakal trjadi pd mse akn dtg, so beringat dan bertindak segera.. lastly, doa2 org yg tersayang mngkin dpt lbh berkat, e.g ; suami n parents, klaw mrk tu ‘restu’ utk awk kerja, insha Allah laluan nya nanti dipermudahkan oleh Allah SWT.. wallahua’lam.

  2. Angah sarankn cari la kerja mlalui LinkedIn ke, Jobstreet ke dll. Awak ada degree, cuba apply HR Exec ke, keje mudah. Xde mcm keje kt bank. Selagi kira2 x balance, xbleh balik. Asyik kena stay sampai mlm. Awak ada anak kecik, cari keje opis. Klau dpt Admin Asst pun grab je dulu. Janji ada keje. Basic utk degree yg xde experience sgt pun plg2 boleh letak RM2200.00 tuh. Jgn malas hantar resume sudah. Letak gambar yg paling cun. Sb from my experience dlm HR, kbyakn boss suka calon yg good looking & x obes. Gemuk & obes lain ye. Gemuk, tp dressing kemas ok je. Satu lg, masa interview tu, cerita la ttg diri awak tu ikut pngalaman sblmnya. Jgn interviewer tanya sepatah, sepatah jgk jawapan awak. Org yg malu x bertempat tu, xde ruang di hati interviewer. Ingat tu!

  3. boleh sangat dik, awak masih 30tahun, masih muda. Masih relevan di market. Jangan risau, mula slow2, akk dah umur 43tahun dan masih bekerja, In Shaa Allah boleh tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *