Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Jika confession ini tersiar, aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih pada admin dan adminah.
Cerita yg aku nak cerita ne bukan lah tujuan untuk mengaib kan sesiapa, tapi utk pengajaran kita bersama. Bak kata pepatah, buang yg keruh, ambil yg jernih.
Aku tertarik nak becerita selepas terbaca satu keratan berita yg di share di media sosial mengenai peningkatan keganasan rumah tangga yg di lakukan oleh wanita sendiri. Jgn tak percaya bahawa wujudnya female abuser dlm sesuatu hubungan dan penderaan yg di lakukan oleh perempuan.
Pengalaman aku jumpa kaum aku sndiri yang abuser ne akan ku cerita akan kat bawah. Sebagai mengenalan, nama aku Anon (ambik dri anonymous haha), perempuan. Sekrg berumur dlm 30an.
Aku ada seorang office mate dlu, berumur dlm lewat 40an. Aku gelarkan dia Uncle kat sini. Dia pencen bekas anggota beruniform dan masuk bekerja dgn kiteorang waktu tu. Umur ku waktu tu awal 20an lepasan grad dan uncle ne lah antara mangsa yg selalu tolong hantar aku balik rumah (atas kebenaran dan pengetahuan isteri dia!) Klau office mate yg lain sibok tak dpt tolong hantar sebab aku belum ada transport sndiri waktu tu. And kiteorg smua memang rapat satu office. Yelah, pekerja pun waktu tu tak ramai lagi dan kiteorg selalu mengadu nasib masing2 sebab dpt bos psycho! Bencii ii!
Al-kisah, satu hari mungkin uncle ne tengah gadoh dgn isteri dia dan tak tahan stress, so, waktu otw hantar aku balik rumah tu, dia curhat lah dgn aku. Jgn lah salah pham pulak..kiteorg takde skandal2 atau cinta-cintun! I see him as a father figure sebab ayah saya dah lama meninggal and hormat dia as a friend dan collegue yg lebih berusia kerja satu office. Mungkin waktu tu dia pressure sangat2 dan memandangkan aku sorang sje ada waktu tu maka dia sembur lah semua keluar. Mungkin dia percaya kan aku kot sebab aku ne perangai mcm org tua2 kdg2. Walaupun waktu tu aku masih muda, org selalu ckp that I’m an old soul! Antara pujian atau hinaan, aku tak tau lah haha! Mungkin mcm tu lah kot, sebab compare dgn office mate yg lain tu, aku lah yg paling kurang gemar bawak mulut! Puji diri sndiri lah pulak hehe..
Waktu dia story kat aku tu..dia ckp isteri dia ne klau gaduh memang suka menekan2 lah. Contoh nya pressuring dia lah dri segi mental. Aku ne bukan lah psychologist mahupun therapist, mungkin pemahaman aku salah. Jika salah, abg2 dan kakak2 yg kerja dlm bidang ne tolong betulkan lah ye. Tapi habis U dlu, memang aku berminat baca/mengkaji bidang psychology. Tapi tak lah minat sangat utk di jadi kan kerjaya hehe. Tpi setakat term2 clinical dan psycological traits tu memang aku tau lah kan. Sekrg ne tak bnyak ingat dah, sebab sambung belajar lepas tu dan dah tak bnyak ingat dah. Ingat yg basic2 je. Tpi dari segi cerita uncle ne td, aku dpt rasa kan bahawa bini ne sebenarnya mental org nya! Dan she’s an abusive partner!
Org2 timur kite ne selalu di momok kan klau penderaan tu selalu nya, it has to be psychical dan mangsa adalah selalu nya perempuan. Tapi tahu kah anda smua bahawa wujudnya penderaan yg di lakukan oleh kaum wanita sndiri? Penderaan di sini tidak semestinya in a form of pscyical abuse, penderaan mental pun di kira a form of abuse jugak. Regardless whether u are a man or a woman. Masyarakat kita masih memandang serong terhadap lelaki yg jadi mangsa penderaan wantia dgn memangil mereka ne sebagai pengecut lah, takde telur lah, pondan dan sebagai nya. Even undang2 mahkamah kite aku tengok masih berat sebelah dan memenang kan kaum wanita. Bukan lah bermakna aku benci kaum aku sndiri, tapi setakat ne klau undang2 yg di gubal belum bnyak yg memelihara kebajikan lelaki (klau ada, maafkan aku and tolong story kat komen, sebab waktu belajar dlu sekerat je belajar law).
Klau nak ckp uncle ne pondan, memang bukan lah sebab dia pun bekas tentera. Klau masuk hutan dan setakat berburu dlm hutan tu memang permainan die lah kan. Abuser ne selalu nya, they play with your fears and weakneses! Contohnya uncle ne, dia kerja dgn tentera jd klau ada apa2 kesilapan dan kesalahan akan di ambil tata tertib mengikut undang2 tentera. According to him, it can be harsh sometimes. Memang dia tak nak bad records lah kan sebab nak naik pangkat bagai, so, according to him memang dia jaga record die sebaik mungkin. Yelah, klau dah hilang kerja nanti, sapa nak byar keta, bil2 smua. Siapa nak bagi anak bini makan kan? Tpi mcm kes uncle ne, klau marah, wlau hal sekecil kuman pun, bini dia suka ugut2 uncle ne nak lapor kan ke tmpat kerja dia. Kata nak jumpe pegawai lah, nak jumpa pihak atasan lah wlaupun kdg2 kesalahan tu berpunca dri dia sndiri.
Dan lagi, bini dia ne selalu lepas kan marah dia kat anak2. Waktu tu anak2 die lain dah besar. Cuma sorang sje yg masih kecik. So, memang yg kecik ne selalu jd mangsa penderaan dia lah klau dia marah kat uncle ne. Contoh nya lah, uncle ada story yg waktu tu die gaduh2 dgn isteri dia, tpi memang dia tak layan lah kan. Tpi dek sebab tak di layan tu, isteri dia pergi ambil hanger baju dan balun badan budak tu smpai lunyai dan bebekas. Dan kelemahan uncle yg lain ialah anak2 dia. Dia syg sangat anak2 dia dan tak pernah marah dekat anak2. Tpi taklah smpai tahap anak jd telebih manja dan mengedik.
Sebab tu, bini dia sengaja balun budak kecik tu sebab nak uncle ne layan dia dan nak uncle yg mengalah dlu. So, u’olls nmpak kan ciri isteri/perempuan abuser ne?
Abuser ne selalu nya jenis nak menang, want to always to be in control of the situation, always want to get what they want, regardless klau benda yg di buat tu mendatangkan keburukkan kepada orang lain. So, selalu nya abuser ne akan buat perkara2 yg berupa intimidation, ancaman, perkara2 yg memalukan dan melampaui batas untuk mendptkan perhatian atau mencapai kemahuan mereka tak kira klau sampai ada yang cedera atau mungkin terbunuh (in worse case scenario lah).
Satu lg benda bini dia selalu buat klau gaduh2 dgn uncle yg dia selalu text2/sms2 dan call2 uncle ne. Tak kire lah klau dlm waktu pejabat tu memang tak henti2 lah hp dia bebunyi (waktu tu, whatsApp belum femes lg mcm sekarang). Dia akan push2 uncle ne utk balik rumah menghadap dia jugak waktu2 tu. Rumah uncle tu dgn office kira2 2 jam perjalanan nak pergi dan balik. So bayangkan lah cemane dia menghadap isteri dia tu. Di samping ugutan2 dia nak kasi tau dgn collegues dan bos kiteorang yg lain2 akan ‘perangai’ uncle. Memang klau aku kat tempat uncle tu pun aku taknak kisah rumahtangga sndiri di ketahui satu office. So, nak tak nak, uncle ne terpaksa lah balik rumah jauh2 sebab nak menenangkan keadaan in a middle of office hours.
Ada lg benda yg uncle ne selalu curhat kat aku yg bini dia ne klau tak dpt nak marah dekat uncle atau anak2 dia, dia akan ugut cederakan diri sndiri dan pernah cederakan diri sindiri. Ugut nak bunuh diri dan pernah ugut nak terjun dri shopping mall sebab gaduh. Gaduh sebab apa, aku tak tau lah pulak dan aku tak nak korek benda yg org tak nak kasi tau aku. Klau aku jd uncle tu memang malu gile lah tahap aku pulak nak terjun sebab tak tau mana nak simpan muke dgn urg ramai yg tengok. Fyi, umur bini dia ne jua mcm uncle lewat 40an jugak dan melayu islam. Pernah jugak bini dia marah uncle ne smpai ludah dan tampar muka uncle.
Bini dia pernah halau anak2 dia waktu kecik2 keluar dri rumah sebab uncle ne di hantar krusus/belajar ke luar negeri sebab marah dekat uncle ne tinggalkan die sorang2. Memang bnyak benda lgi lah bini dia buat yg dia cerita kat aku. Klau nak cerita kat sini memang tak kan pernah habis lah kan.
Aku pernah geram dgn cerita uncle psal bini dia dok push2 dia, mendera mental die smpai aku sruh pukul je lah perempuan tak guna mcm tu. Walaupun aku sndiri perempuan, tapi aku tak menangkan kaum aku yg memalu kan kaum sendiri. Ape ke jadah ko buat laki ko mcm tu? Nak2 urg yg dah tua berusia mcm tu.
Uncle pernah ckp dia pernah pukul bini dia sebab bini dia pergi jerit2 keluar rumah dan nak serang jiran2 sebab nak melepas marah. Uncle sruh masuk dia tak nak, lagi lah dia jerit2 kat luar rumah. Klau aku memang dah lama aku sumbat batu bata kat mulut dia kasi diam! Jd, uncle pujuk dia dgn cara baik tak jln, waktu2 tu memang mencabar kesabaran uncle lah kot, jd dia capai lebih2 besi belonggok kat rumah dia terus hayun kat bini dia (waktu tu cerita uncle sdg process renovate rumah sebab tu ada besi2 berlonggok). Waktu tu uncle cerita memang dia nak kasi hayun terus mati sebab mendidih sesangat dgn perangai bini dia. Tpi bini dia sempat elak, tapi lebab lah jugak badan dia seminggu, dua.
Memang waktu tu bini dia ugut nak lapor polis bagai lah kan. Klau report polis memang lah uncle yg kena kan..wlaupun hal tu berpunca dri bini dia sndiri. Dia sndiri ckp yg dia tak pernah smpai tangan wlaupun hidup berpuluh tahun bersama. Itu lah pertama kali dia pukul bini die. Selama ne Uncle ckp dia bersabar saja dgn perangai bini dia.
Memang commenters semua will point out kesalahan2 uncle ne. Yes, aku akui memang uncle ne ada kelemahan2 dia sndiri tapi taklah smpai nah ludah dan tampar muke bini dia setiap kali marah atau pun lepas geram kat anak2 dia.
Nak kata uncle ne tak beri nafkah dan tak terjaga kebajikkan bini dia, tak jugak. Sebab bini dia demand nak bergaya dgn kereta suv baru wlaupun bini dia ne cuma housewife sepenuh masa dan duit nafkah di beri setiap bulan bersamaan dgn gaji kerani office, tu pun kdg2 tak cukup sebab suka sangat COD dan online shopping menurut uncle. Lg pun uncle ne menjaga solat dan selalu belanja kiteorang makan kat ofis. Cuma tu lah…aku rasa uncle ne kurang bertegas dgn isteri dia dan terlalu sangat mengalah.
Sekarang aku pham kenapa ada lelaki nak lari cari perempuan lain walaupun dah bepuluh2 tahun kawin. But yes, i dont agree with running away from your problem by cheating on your partner!
Klau dah perangai mcm setan betina, jantan mane yg sanggup hadap?? Lepas tu bila kena tinggal, mula lah meroyan nak salahkan perempuan lain dok kebas suami dia lah, drama di tinggal laki lah.
So, para psychologists yg ada kat sini boleh lah tolong komen2 ye sebab ilmu i ne cume sekerat. From my limited knowledge, perempun mcm ne memang ada masalah dgn self-esteem and trust issue and will always find a way to control others so that they wont feel inadequate. Kdg2 sebab obsess dgn lelaki tu sndiri taknak tinggal die. Klau kat negera barat, memang lelaki yg kena abuse ne will be suggested to undergo counselling lah.
Memang ada yg komen napa tak cerai je, tinggal je bini mcm tu. Yg ne pun bini dia ugut2 dgn uncle lah jugak sebab tu tak cerai. Klau ada yg berminat nanti lah I sambung. Klau tak, setakat ne je lah kan. Lepas peristiwa bini dia nak lepas geram kat aku, aku pun tak berani dah nak ikut uncle ne balik.
So, aku nak pembaca bukak minda bahawa wujud nya perempuan abuser ne. Mungkin diorang ne tak kuat dri segi tenaga tapi they can always find ur weaknesses and play it to control you. Undang2 kita memang berat sebelah kebajikan kaum lelaki belum bnyak yg terbela.
Klau kat negera2 barat, female abuser ne dah lama di kenal pasti kewujudan nya. Cuma masyarakat timur kita masih memandang enteng terhadap men who are in abusive relationship. I do belive that men also need helps as much as we women do.
Aku harap, masyarakat kite ne bukak lah minda bahawa masalah female abuser ne sedang beleluasa terutama di zaman moden kita ne yg melahirkan geng2 feminists. Aku tak lah ckp feminist ne salah ke ape. Tapi, wlau feminist atau tidak mcm mna kita sekali pun, saling hormat menghormati lah kita. Hormat lah pada kaum adam yg layak utk di hormati dan jaga2 lah maruah kita dan maruah suami bagi yg dah kahwin. Klau ada masalah tu, bawak2 lah berbincang suami isteri, selesaikan dgn cara yg baik. No body deserve to be abused, regardless u are a man or woman!
Moral of the story is..sayang macam mna pun kita dekat seseorang, jgn lah smpai nak mendera mental dia. Nak mendera physical memang jauh sekali. Banyak lagi cara kalu nak pasangan kita tu setia dengan kita. Klau dah cara mcm tu kita buat dgn pasangan kita, tak mungkin satu hari kifarah nya dekat kita balik. Waktu tu baru nak mengelupar cari Allah bagai. Waktu tu, tak perlu lah nak meroyan bagai nak mengata suami aniya dia lah, dah tua kena tinggal lah. Klau dah perangai kau mcm tu, siapa lah yg nak?
Ingatlah, tiada satu pun di dunia ne hak milik kita yg mutklak walaupun pasangan kita masing2. Cukup masa di pinjamkan, akan di ambil balik juga oleh Allah dgn di timpakan ujian atau kematian. Peringatan ne untuk diri aku sndiri jugak.
Sekian. Terima kasih.
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit