Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih sekiranya confession saya disiarkan untuk bacaan. Saya harap penulisan saya ini dapat membuka mata rakyat Malaysia, bakal graduan yang mencari pekerjaan dan juga sekadar luahan untuk mendapatkan sokongan di ruangan komen.
Saya merupakan seorang wanita yang pernah bekerja dalam bidang yang majoritinya di monopoli kaum lelaki,seorang jurutera dalam bidang automotif. Pernah berkecimpung sejak 5 tahun yang lalu, juga merupakan lepasan ijazah mekanikal automotif.
Secara surface memang semua orang kagum dengan kerjaya saya kerana bersaing dan mampu setanding dengan lelaki, automotif dikatakan satu industri yang berat, saya bekerja dengan sebuah manufacturer jenama H yang menggunakan heavy machine, perempuan boleh duduk industri macam ni. Gah bukan? Namun realitinya tak seindah yang anda lihat.
Saya sering berurusan dengan customer dan juga supplier sebagai coordinator, namun sepanjang saya bekerja boleh dikatakan hari-hari saya berhadapan dengan sexual harassment, dipandang rendah dan juga harus bekerja 2kali ganda lebih jika dibandingkan dengan engineer lelaki untuk mendapatkan recognition dan bukti yang saya competent mampu bekerja seperti lelaki.
Saya urai isu sexual harassment, bekerja dalam industri yang majoriti lelaki, saya jumpa customer lelaki, vendor representative pun lelaki, supplier pun lelaki, malah bos pun lelaki hahaha.
Bila nak dapatkan sesuatu deal atau project, saya sering disuruh bos untuk menggunakan kuasa saya sebagai “wanita”, berbunyi begini “awak kenyit² la mata sikit, gesel2 bahu ke supaya senang sikit lulus, vendor lain kalau ada apa-apa masalah,biasa dorang akan bawak perempuan dorang supaya rundingan dapat diselesaikan tanpa masalah, so awak cuba la camtu”.
Ya, kerana saya wanita saya diminta downgrade diri untuk dapatkan sesuatu demi syarikat, kalau lelaki mungkin sekadar belanja rokok la kot dah setel, tak perlu buang maruah semua tu. Saya juga pernah jumpa dengan vendor dalam bilik meeting dan mereka duduk terlalu rapat sampai letak tangan dipenyandar kerusi saya, sampai saya minta beri ruang sebab tak selesa.
Di kanan dan kiri seperti gula dihurung semut. Kalau jurutera lelaki mungkin perbincangan berjalan seperti biasa. Kalau saya kemana2 dengan pekerja bawah saya, mereka sering letak tangan dikepala kerusi saya sambil drive, untuk apa? Kalau lelaki mungkin mereka drive seperti biasa.
Dulu masa mula bekerja, subordinate saya sering call dan ws saya diluar waktu bekerja, “borak kosong” kononnya sebab nak bina silaturrahim dengan bos, mungkin kalau jurutera lelaki, orang bawahan saya tu takkan ganggu pun selepas waktu bekerja. Taktik pakai cincin seperti tak berkesan gamaknya haha.
Isu perlu bekerja lebih keras dari kaum lelaki pula, berlaku ketika saya baru bergelar graduan dan bekerja sebagai fresh grad. Bos dan orang sekeliling sering berkata, “patut hire lelaki, perempuan leceh, perempuan tak tahan pressure, perempuan itu dan ini”.
Saya cuba segala macam cara sepanjang saya bekerja, saya jadi easy-going orang mula menggatal, saya jadi tegas orang tak suka, saya jadi diri saya orang mula kata tak competent kerana perempuan. Knowledge dan pengalaman saya seperti diketepikan hanya kerana saya wanita.
Namun, pada saya itu semua pengalaman dan ujian untuk saya terus improve diri, alhamdulillah sekarang masih bekerja sebagai seorang engineer. Tapi saya telahpun resign dan keluar dari bidang automotif, keluar dari zon selesa, namun saya dapat rasa masih berhadapan dengan perkara yang sama.
Diharap semua bakal graduan engineering wanita dan engineer wanita terus bertabah dan kuat. We can do this.
Salam sayang,
– Jah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit