Assalamualaikum warga iiumc. Highly appreciate kalau admin siarkan benda ni.
Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentang FGM atau kita panggil khatan wanita. Saya terdetik untuk tulis dekat sini sebab nak berkongsi pengalaman dan perasaan saya tentang FGM.
Some might feel uncomfortable with this writing tapi this is the truth dalam masyarakat kita yang tidak dibincangkan dan ramai yang memilih untuk tidak ambil tahu kerana stigma yang ada.
Semasa aku awal remaja, dah melepasi akil baligh, aku ada baca buku tentang period dan badan wanita yang aku dapat percuma sebab beli pad.
Buku tu sangat membantu aku dalam mengenali warna discharges yang wanita akan alami, perubahan hormon semasa period, dan ilutrasi v*gina.
Ia sangat lah membantu aku untuk memahami tentang diri aku sebagai seorang perempuan since mak aku pun tak pernah nak cerita pasal period semua ni.
Aku tengok lukisan v*gina yang telah dilabel dengan nama-namanya dan aku cuba untuk rasa the position dekat badan aku, and I couldn’t find my clitoris.
Aku tidak lah bertanya lebih tentang itu sebab aku naif waktu tu, aku fikir mungkin aku tak pandai lagi. Masa pun berlalu dan di akhir waktu remaja aku ada terbaca tentang FGM.
Aku tak lah ambil serious pun sebab aku tak rasa dia ada kena mengena dengan diri aku dan aku juga merasakan FGM itu as part of Islam practice.
Few years after, aku tengok dokumentari tentang FGM dan bagaimana ianya mencabuli hak seorang wanita. Jadi aku pun google lah tentang FGM dengan lebih lanjut dan ada berbagai pendapat yang aku jumpa, ada yang menyokong dan ada yang menolak.
Selepas baca artikal-artikal tentang FGM, i was having a breakdown sebab aku telah dijalani circumcision type I semasa kecil.
Klitoris aku telah dibuang dan aku sedih sebab aku tak boleh bersuara ke atas diri aku sendiri, hak aku sebagai perempuan. It makes sense now kenapa masa aku remaja aku tak jumpa klitoris aku.
Lepas tu aku baca lebih lanjut dan ada pendapat sekarang daripada segi Islam yang khatan perempuan bukanlah kewajipan pun.
It breaks my heart bila baca artikal mengatakan FGM tak memudaratkan wanita atau kebaikan-kebaikan khatan wanita, yes mungkin secara fizikal nya aku sihat tapi mentally I am not.
It says that kalau wanita disunatkan, dia tak akan jadi wild dengan nafsunya (berbeza dengan sebab khatan untuk lelaki), which aku rasa sangatlah tak masuk akal.
As parents kau didik jelah anak elok-elok, bagi bimbingan, bagi tunjuk ajar, bagi kasih sayang yang secukupnya.
Kenapa nak bergantung dekat sebiji klitoris tu untuk menentukan perangai seorang anak. I am planning untuk tanya mak aku tentang kenapa aku disunatkan semasa kecil sebab it tortured me mentally.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit