Feminisme dan Lelaki

Assalamualaikum warga confession… Selamat Hari raya kepada Admin dan semua. Terima kasih jika admin sudi publish confession ini.

Sedikit latar belakang Atok. Seorang lelaki, umur dirahsiakan, sudah berkahwin dan bahagia bersama nenek tercinta, anak-anak terdidik cara Islam dan separuh cara tradisi orang dulu dan menetap di selatan Tanah Air.

Atok nak basuh sikit otak berkarat korang lelaki dan perempuan ni. Bukan semua ye tapi segelintir. Sedih atok tengok rakyat kita ni, lelaki ke atau perempuan sama saja. Saling menyalahkan, saling tunding jari, hukum menghukum.

Generasi Atok susah jumpa macam perangai korang sekarang ni. Atok bersyukur kahwin dengan nenek yang senang nak jaga dan anak-anak yang senang didik dan dicorak tanpa melawan kata mak ayah dan mempertikaikan peredaran zaman.

Actually, Atok malas nak berlembut atau berhikmah dah dalam menasihati ni terutamanya kaum perempuan yang senang memberontak, menuntut keadilan, menuntut kesamarataan dan senang touching (Hati Tisu). Atok bukan Anti perempuan tapi Anti Feminisme yang meroyan.

Feminisme yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam keganasan, penderaan rumahtangga dan mengabaikan kebajikan wanita-wanita itu Atok sokong sebab Feminisme yang berniat baik.

Tak salah guna term “FEMINISME” ni. Sebab apa tau dari zaman Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan Ustazah Siti Nor Bahyah lagi dah ceramah berkenaan wanita dan lelaki ini sering menghiasi kaca televisyen rumah-rumah kami.

Mereka berdakwah memang lemah lembut, berhikmah dan santun. Sekarang ni Atok tak nak pakai dah lembut-lembut ni. Sebab makin akhir zaman makin ramai ramai bongkak dan angkuh dengan pemikiran sendiri. Tanpa sedar jauh sangat dengan Allah dan agama.

Confession Atok ni mungkin lagi keras dan kasar supaya korang semua ni sedar kiamat dah dekat dah tapi masih sibuk menuntut femisnisme tak habis-habis dan soal lelaki makin ramai tak guna ni atok nak smash juga.

Yang puak-puak feminisme senang memberontak dan meroyan kalau tak kuat untuk menerima teguran sampai perenggan ni saja. Jangan semak-semak dekat confession Atok ni buat hukum-hakam kepala bana kau sendiri.

Even kau educated tahap PHD sekalipun tak semestinya hati kau terang dengan cahaya hidayah. Takut-takut nama kau takde langsung dalam list orang-orang yang Allah dan para Malaikat cintai dan kenal. Insaf dan beringat-ingatlah hadis Rasulullah saw siapa yang ramai menempah Neraka.

Atok warning bukan sebab emosi ya atau menyebelahi mana-mana pihak sebab masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

Atok warning sebab akhir zaman ni macam-macam fitnah. Boleh pula dengan angkuh dan sombong dengan cara pemikiran yang tidak didasari Al Quran dan Syariat Islam. Hadis berkenaan fitnah wanita itu diulang berkali-kali oleh Rasulullah saw. Tak takut ke?

1. Bangga ke jadi Feminist? Tanya saja.

Baru-baru ni atok baca confession seorang feminist kot rasanye lah sebab dengan bangganya mengatakan confession dia tu diterima baik kaum perempuan. Hahaha, Cik Kak kiah oii ye la mereka bangga sebab puak kau, sama spesis. Mesti mereka sokong. Angkuh dan bongkak sungguh punya intro.

Tengok cara menulis pun takde nak selit kisah sirah ke, kisah sahabat ke, ayat-ayat Al-quran ke, hadis ke sebagai rujukan tulis macam kau tu Diva/Primadona.

Islam kan? Pergi mengaji kisah sirah dan bab munakahat dulu sebelum menulis kisah dongeng Feminism kau tu. Penulisan macam ni la banyak merosakkan pemikiran generasi anak-anak perempuan kita.

Siapa yang jadi suami Mak Cik kiah ni good luck ye Bro. Hidup nak berkira itu ini baik tak payah kahwinlah, tolonglah single sampai ajal datang menjemput.

Tu atok cakap kahwin tak muda anak-anak sekalian. Hanya yangbetul-betul ready mental, rohani, fizikal dan emosi saja layak. Prinsip atok dan nenek senang saja nak buat. . buat saja. Tak nak buat tak payah paksa diri.

Ada lagi satu TT tu nak come out dengan fakta. Rajin sungguh keluarkan statistik, peratus dan rujukan. Al quran kau baca, hafal atau khatam ke atok tak tahulah. Semua tertulis dalam Al Quran tanda-tanda kecil dan besar akhir zaman.

Tengok saja la Malaysia ni tak payah nak fakta ke apa makin tenat masalah sosial, kes penderaan anak-anak, kek dadah, kes mabuk, kes korup, kes rogol dan kes pedophile semakin tinggi.

Nak fakta tunggulah sampai kiamat baru dapat exactly result. Ke kau banyak tengok sinetron, anime atau drama papa Megah Holding berbanding ceramah Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Auni.

Apa yang menyedihkan wujudkan Ustaz/Ustazah selebriti yang menyokong puak-puak feminisme yang meroyan ni. Ceramah dia pasal dongeng si isteri haruslah dimewahkan, dibahagiakan, dimanjai, diberikan apa yang mereka nak.

Tak pastilah sebab marketing strategy atau tak cukup asam garam kehidupan lagi. Atok suka ceramah ustaz tang tegas-tegas ni sebab apa terus deep dekat hati.

Terus rasa nak taubat sebab atok lagi takut azab berbanding nikmat yang dijanjikan. Ringkasnya macam ni Contohlah ada Orang buta berjalan dan hampir-hampir masuk gaung yang terlalu dalam. Ada 2 orang yang ada di situ. Si A cakap lemah lembut, Eh awak janganlah melangkah lagi, nanti jatuh awak.

Yang si B cakap dengan nada tegas, “Weiii stop, aku cakap stop kau melangkah lagi nanti masuk gaung!!!!. “Rasanya siapa yang caranya lebih berkesan dan didengari oleh sibuta untuk berhenti melangkah. Rasanya engko semua tahu jawapannya.

2. Bangga ke jadi suami dayus?, Tanya saja.

Ada ye walau tak semua. Ada yang acah-acah educated lah konon nak backup puak-puak feminist, backup bini mereka.

Mungkin kau rasa kau hero dan pahlawan bang tapi atok minta kau cek hati kau risau Allah tak bagi kebijaksanaan dan menjatuhkan maruah kau sebagai lelaki dan pemimpin. Yang tak terasa boba dalam Milk Tea just stay tune saja. Korang terpaksa dayus kan?, sebab apa?

1. Malas nak gaduh kan?

2. Malas isteri bermasam muka nanti merajuk masuk bilik tak keluar-keluar, tak masak, tak beri nafkah batin

3. Terpaksa diam saja kan walau hati tak rela kan?

4. Isteri memberontak balik rumah mak mertua kan?

5. Takut bini.

Sebab atok ada terbaca komen seorang isteri melayu Islam kita kata “aku dah brainwash otak husband aku siap-siap. “Kalau boleh elakkan isteri seperti ini untuk dijadikan isteri. Pengalamn hidup atok isteri sebegini tak sesuai dijadikan pasangan hidup sebab nampak macam Queen Control.

Kalau ada nak dengan dia pun jadi puppet/boneka saja la. Kalau benda tu tak selari dengan apa yang ada dalam Al Quran dan syariat Islam jangan ikut mentah-mentah jampi isteri seperti ini. Mereka mengajar kamu membenarkan apa yang diiginkan mereka bukan apa yang diinginkan Allah dan agama.

Tolong betulkan balik otak senget isteri kau tu. Ni lelaki, Atok nak tanya korang kahwin ni memang redha siap-siap ke jadi spesis takut bini?, berserah sesungguhnya biarlah kena gari, semua kena bagi report dekat bini depa ke?,

Sampai ada yang takut komen walau benda tu ada kebenarannya tapi padam komen tu balik sebab kantoi dengan si isteri.

Atok tumpang dukacita dengan hang dan seangkatannya. Jangan kau jumpa atok dan nenek dekat luar sweet saja walau usia dah senja mengadu dan cemburu sebab atok dapat isteri baik hati dan faham agama. Ramai kawan-kawan atok dulu sebenarbay menyesal sebab terlalu berlembut dan manjakan isteri.

Apa yang atok boleh nasihatkan contohilah ketegasan Saidina Umar Al Khattab r. a dalam kehidupannya sebab lelaki juga ada maruah.

Allah angkat para Rasul dan para Sahabat sebagai Pemimpin Umat Islam sebab lelaki itu Pemimpin, ketua keluarga dan maruah tinggi. Jangan sesekali tunduk, merendahkan diri, mengemis dan menyembah kaki bini sendiri.

Ingat keredhaan Allah jauh lebih mahal dan seksaan neraka itu jauh lebih pedih. Ramai yang berkasih sayang di dunia tapi bila di akhirat saling menyalahkan suami isteri masing-masing.

Ada juga semasa di dunia hidupnya sebagai isteri terkongkong, terpenjara dek kerana suaminya yang tegas dalam syariat Islam tapi di Mahsyar nanti saling berkasih sayang dan berterima kasih.

Ubahlah sistem keluarga anda kembalilah hukum ketempat asalnya. Korang iyekan saja bini korang, buat-buat tak perasan dia nusyuz, Atok risau saja isteri itu dimurkai Allah. Korang sayang bini, sayang juga tapi fikir-fikirkanlah Allah.

Firman Allah SWT dalam an-Nisa’ ayat 34

Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.

3. Kenapa nak berkira buat kerja rumah? Tanya saja.

Macam-macam confession atok baca hatta lelaki hatta perempuan. Perempuan ni kenapa berkira sangat eh? Bangga sangat ada suami yang buat semua kerja rumah dia.

Makin canggih teknologi, blender ada, Russel Taylors, Coway, pengukus, Bread Mixer, Noxxa ada, frozen food semua tu makin berat pulak bontot mereka ni buat kerja rumah nak memasak dan cuci pinggan pun bunyi.

Wife dulu-dulu tak bunyi pun even semua kena cari sendiri, kalau nak serai, kangkung kena pergi kebun atau hutan-hutan, kena tanam, kena perah santan, patut kelapa secara manual. Atok cadangkan korang pergi berubat saja la tengok kot-kot ada 5-6 saka menumpang tu yang berat badan sangat.

Risau pulak atok kamu pemalas tahan gaban. Bila depa ni masak berturut-turut seminggu terus claim semua kerja rumah I buat.

Takpelah tunggu saja la lagi 10 tahun akan datang nanti husband jumpa lebih baik caw la tu. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan sesekor. Suami menolong isteri ni ramai saja dekat luar sana sering membantu isteri dalam hal ehwal rumatangga.

Cuma bila selalu lelaki yang selalu buat, segan nak tegur isteri lama-lama isteri naik lemak, take advantage dan manja. Janganlah begitu, buatlah bersama.

Kata Ustaz Azhar Idrus kerja rumah memang bukan tanggungjawab suami tapi bila suami suruh, memberi arahan atau memberi perintah melakukan sedikit kerja rumah, kamu isteri wajib taat, tak boleh membantah.

Nasihat atok kau pergilah banyak-banyak baca kisah Srikandi mulia kita Saidatina Asma Binti Abu Bakar.

MasyAllah rajin sangat, masak roti, wangi-wangikan tempat tidur, perah susu untuk suami, rajin masak, rajin mengemas, rajin beribadah, suami dia nak tolong pun, Asma tak bagi sebab apa Ibunda Asma seorang tamakkan pahala sebagai isteri dan suri rumahtangga.

Sehingga Zubair Al Awwam pening. Ibunda Asma tak reti penat langsung buat kerja-kerja rumah ni, tak berkira dan tak berbunyi pun. Atok cuma nak pesan Allah belum hamparkan lagi surga depan mata engko semua sekarang tak beriman dengan benda ghaib, tak yakin dosa dan pahala suka hati engko semualah buat apa.

Jangan bila di hari perhitunagan amal, syurga diperlihatkan engko mulalah berbisik menyesalnya aku dulu, kenapalah dulu tak buat, Kalaulah aku…dah terlambat ye cik kak oii. Dah sampai seruan dah baru nak ralit taat dengan suami. It’s too late.

Dalam Al-Musnad dari Anas bahawasanya Nabi n bersabda:

“Tidaklah pantas bagi seorang manusia untuk sujud kepada manusia yang lain. Seandainya pantas/boleh bagi seseorang untuk sujud kepada seorang yang lain niscaya aku perintahkan istri untuk sujud kepada suaminya dikarenakan besarnya hak suaminya terhadapnya.

Demi Zat yang jiwaku berada di tangannya, seandainya pada telapak kaki sampai belahan rambut suaminya ada luka yang mengeluarkan nanah bercampur darah, kemudian si isteri menghadap suaminya lalu menjilati luka tersebut niscaya ia belum cukup menunaikan hak suaminya. ”

4. Perlukah taat dengan suami?Dah 2021 kot janganlah jumud sangat ingat ni zaman P. Ramlee ke?

Hellllloooooo feminist out there…Kau ingat Islam ni digunapakai zaman P. Ramlee saja ke?

Islam itu syumul, fleksibel dan waqiyyah. Pergilah rajinkan diri baca Kisah Saidatina Khadijah r. a. Even nak sekarat pun dia pesan dengan Rasulullah saw untuk gali kubur dia balik jika Rasulullah saw perlukan tulang belulang dia sebagai jambatan untuk berdakwah.

See contoh isteri yang mulia dan taat semasa hidup berbakti, nak mati tengah sekarat pun still berbakti dengan suami dia.

Jap.. jap aku dapat rasakan suara-suara halus mesti puak feminist mesti cakap macam ni “eleh tengoklah suami dia siapa, Nabi Muhammad saw kot memang heloklah Siti Khadijah taat”.

Kitorang ni suami/lelaki banyak tak guna ada hati suruh isteri taat. Kemonlah nak di layan macam Raja layan isteri dulu seperti Queen.

Meh sini cik kak oii atok amik contoh sirah lain pulak ye. Kenal srikandi Asiah Isteri Firaun. Asiah ini sekatil dan sebantal dengan suami yang paling bengis dan ganas dalam sejarah dunia.

Atok rasa suami korang tu takdelah sekejam firaun ni. Kau tahu punya Allah sayang dekat Asiah ni Allah bagi penghargaan tertinggi dekat Asiah apabila terpilih menjadi salah seorang penghulu syurga selain Saidatina Khadijah, Maryam dan Siti Fatimah.

Kau tahu sebab apa Asiah ini berjaya menambat keredhaan Allah walaupun dia tanpa susah payah nak pergi berperang macam Nusaibah binti Ka’ab, hanya satu sebab, iaitu TAAT KEPADA SUAMI dan bersabar dengan kekejaman Firaun.

Mana weyh nak cari isteri macam ni taat, solehah dan setia, husband pukul sana sini eh eh eh dia pergi sibuk doakan si Firaun tu dapat hidayah. Boleh saja dia tinggalkan tapi tu la isteri ni kalau sayang dia sayang la tu kadang kurang kena pada tempatnya.

Tapi Asiah membuktikan even dapat suami jahat itu bukan tiket dia jadi derhaka dan nusyuz. Malas nak ulas panjang kisah ni, nak bagi otak student ni lebih cerdik satu saja jangan suap nota semua bagi dia baca dan cari bahan sendiri. Nanti sel-sel otak tak berhubung.

5. Lelaki tak jaga pandangan ke?, Tanya saja

Perempuan main jauh-jauh dulu. Atok nak smackdown sat depa ni sat. Korang lelaki nih awat asyik bertenggek dekat insta si Elizabeth Tan tu ha.

Apa yang hebat sangat aurat terdedah, pakaian tak cukup kain, laki orang, bapa orang cuma atok saja terkecuali sebab atok setia dengan nenek dari dulu lagi sebab berisi dan pandai jaga suami bukan tengkorak atau mayat hidup yang gelek-gelek dekat media sosial.

Bini ada dekat rumah kan, Atok fahamlah nafsu korang bergejolak tapi bini ada dekat rumah kot, dia terabai urus rumahtangga dan anak-anak pergilah rawat isteri tu.

Bawa ke salon, SPA ke bagi cantik sikit. Isteri kalau kita jaga kebajikan dia, rawat baik-baik molek la rumahtangga tu. Ada keberkahan dan kebahagiaan. Masing-masing Give and Take la. Tu pun nak ajar ke. Nak bini cantik level Marian Rivera tapi kedekut Haji Bakhil.

6. Lelaki kenapa tak funcion sebagai Bapa/Suami eh?, Tanya saja.

Kamu boleh saja diam ye isteri/anak-anak kamu jauh dari agamanya. Ala ustaz kita ni kena sayangkan bini, bagi dia kebebasan dan tunaikan saja apa dia nak. Dia nak maki orang dekat media sosial takpe ustaz.

Saya memang ajar dia tak hormat orang dan berkata yang tak baik-baik. Dia nak post gambar filter level tepung jagung ke, bangga tayang aurat, pakai ketat, balik rumah suka hati dia jam berapa, tinggikan suara dekat saya biar saja la ustaz. Sekarang kan dah maju tak pakai dah cara hidup tradisi dulu-dulu ni.

Terkongkong dan ketinggalan zamanlah ustaz. Biar dia bekerjaya, lawa, pandai serba serbih, educated. Nama saya juga naik. Tengoklah siapa suami dia.

Hmm ye la Mamat (Bukan nama sebenar) nanti engko jawab saja la satu persatu di depan Allah ye. Nanti jangan jelous pulak intai-intai si Amir (Bukan nama sebenar) dan family dia bergembira di syruga.

Sebab masa hidup dia tegur dan didik isteri dan anak dia betul-betul, walau hidup susah, tak trendy, kerja biasa-biasa, isteri dia suri rumah tapi Allah tak pisahkan pun laki bini ni, sama-sama terpilih masuk syurga, masing-masing tahu peranan.

Nasihat Atok engko pergilah baca kisah inspirasi kehidupan Imam Hassan Al Banna cara beliau mendidik isteri dan anak-anak yang betul.

Memang beliau idola Ayah-ayah Islam. Hebat peribadi beliau sebagai seorang lelaki/suami/Bapa. Atok suka jadikan beliau rujukan selain Rasulullah dan Para Sahabat.

Sebagai penutup Atok kongsikan kisah benar Puak Feminist yang berakhir dengan Penyesalan hidup

Ini memang kisah benar, tak reka cerita, bukan kisah dongeng ke apa tapi lebih kepada kifarah dan balasan.

1. Anak umur 4 tahun kena rogol.

Kes pedophile. Mak dan ayah sibuk bekerjaya tinggi hantar anak perempuan mereka ke rumah mak cik dan pak cik depa untuk dijaga. Suami kakak ni suruh berhenti dulu jaga anak nanti dah besar sikit anak tu, kerjalah semula. Tapi kakak ni degil sebab tiada orang boleh ganti posisi dia di syarikat.

Kerja dia macam susah sikit tak semua staff boleh buat. Akhirnya anak depa membesar dengan trauma, low self-confident, takut jumpa orang terutamanya lelaki tak dikenali dan kemurungan. Dulu ceria saja budak tu.

2. Anak meninggal kena dera dengan pengasuh.

Kakak ni cerita dekat nenek yang dia menyesal sebab terikut-ikut dengan kawan-kawan perempuan dia bermewah tu dia nak juga berkeras kerja. Walhal suami dia kerja gaji tinggi cukup saja tampung dia seorang dan anak-anak. Nasi dah jadi bubur kak, dah ajal tak boleh la kembalikan anak akak tu.

3. Kehilangan suami yang baik.

Dek kerana tak tahan suami gaji cukup-cukup makan saja, jelous dengan kehidupan sepupu dan kawan-kawan yang dimewahkan suami mereka, kakak ni tuntut cerai dekat Mahkamah. Mahkamah kata tak lepas sebab tiada kemudaratan, nafkah cukup, tiada kes dera atau pukul, anak-anak diberi pendidikan baik.

Kakak ni tak puas hati kalah dekat Mahkamah dia pergi tuntut Fasakh so rasminya bercerai hujung disember 2019. Kau tahu apa jadi dengan dia sekarang dah selamat berkahwin dengan suami kaya yang panas baran dan kaki pukul. Ntahlah. Pandai-pandailah hidup dah dapat suami yang baik tak reti menghargai.

4. Tua bersendirian.

Kawan nenek dulu dia cerita dulu kemain sembang kencang nak bercerai sebab suami tak bagi izin kerja. Tapi si isteri ni ugut cerai saja la kalau halang dia kerja. Fight dekat Mahkamah si suami dapat hak penjagaan anak. Kawan nenek ni hidup seorang dia saja sampai ke tua.

Masa mudanya jadi wanita bekerja, macam-macam achievement dia capai, travel sana-sini tapi yang sayangnya baru-baru ni jumpa dia mengaku menyesal abaikan suami dan anak-anak demi cita-cita masa muda dulu.

Cemburu tengok orang lain ada keluarga, travel dan camping bersama-sama, suap-menyuap, sambut birthday, beraya ramai-ramai tak macam dia, disebabkan nak sangat bercerai sampai ke tua hidup sunyi dan sendiri. Disebab nak bekerja sanggup runtuhkan mahligai perkahwinan.

5. Kehilangan kasih sayang anak-anak

Ini paling sedih. Anak-anak lebih attach dengan mak tiri berbanding mak kandung sendiri. Alkisahnya suami kakak ni berpoligami sebab kakak ni sibuk merana memiliki pangkat tinggi di sebuah badan kerajaan.

Anak-anak pula jenis manja sering tercari-cari ibu mereka. Si bapa dah slow talk dengan kakak ni untuk resign sebab anak dah 5 orang untuk menjaga mereka. Tapi kakak ni tetap dengan keputusan dia nak bekerja.

So suami dia kahwin lain yang mana isteri kedua ni lagi penyayang, sukakan budak-budak, urus mereka, bawa mereka main badmintoon dan cycling, kejap bercuti di pantai, panggang-panggang ayam, rajin involve Anugerah sekolah dan Dekan universiti anak-anak ni.

Lama-lama anak-anak lebih suka balik rumah mak tiri mereka dari mak kandung sendiri. Baru atok tahu tak boleh pukul rata orang berpoligami ni maybe mereka ada sebab tersendiri yang kita orang luar tak tahu dan tak duduk di kasut mereka usahlah kecam, tak semua isteri kedua/mak tiri itu jahat, ada saja yang baik.

Sampai sini saja. Atok dah sampaikan. Tenang hati sikit. Usia pun dah senja, Atok happy dapat didik Isteri, Anak-anak lelaki dan perempuan Atok berlandaskan Al Quran, Syariat Islam dan erti tanggungjawab masing-masing. Tenang atok nak pergi dan menjawab di hadapan Allah esok.

Terima kasih isteri tercintaku.

Terima kasih anak-anak kesayangan walid.

Moga bermanfaat bagi yang mampu menerima di sudut positif.

Yang Negatif/toksik hatta lelaki atau perempuan moga Allah sentiasa memberikan engko semua diberikan HidayahNya.

Terima Kasih.

– Atok Honeydew (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *