Fidyah Yang Tertangguh

Assalamualaikum semua. Terima kasih jika kisah aku disiarkan disini. Tapi aku betul-betul perlukan bantuan dan penjelasan. Aku cuba untuk bertanya kepada yang pakar.

Tapi disebabkan ia merupakan aib, kebanyakan pusat pertanyaan hukum ini perlukan identiti sebenar. Mungkin sebab itu, pertanyaan aku masih tiada jawapan kerana aku hanya memberi email untuk dihubungi.

Hanya disini pilihan terakhir (tahun ini) untuk aku dapatkan penjelasan. Aku cuba mendapatkan jawapan hampir 4 tahun tapi tiada jawapan dari jabatan agama rasmi dan ustazah-ustazah yang aku tanya melalui online.

Aku Yaya (bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang perempuan berumur 25 tahun, belum berkahwin dan masih mempunyai fidyah yang tertangguh hampir 13 tahun. Masalah ini tiada satu manusia pun tahu kecuali diri aku.

Aku akan cuba pendekkan kisah aku bermula punca dan bagaimana masalah fidyah aku boleh terjadi. Aku ingin fokus cara selesaikan masalah bayaran fidyah aku.

Aku merupakan mangsa rog*l ketika berusia 5 tahun. Tetapi aku tidak dipaksa atau didera. Malah perog*l tersebut melayan aku dengan sangat baik sehingga aku suka akan perbuatan itu.

Dia merupakan rakan ditaman perumahan ku. Aku merupakan anak tunggal pada waktu itu. Jadi, aku selalu bermain dengannya kerana dia juga anak tunggal. Dia lebih tua dari aku, kemungkinan tingkatan 3. Aku tidak tahu umurnya.

Aku juga sering dibawa kerumahnya bersama rakan yang lain atau seorang diri untuk bermain mainannya. Dia mempunyai banyak mainan.

Sehinggalah pada suatu hari, dia ingin mengurut kaki aku kerana aku mengadu sakit kaki. Kemudian dia bergurau dengan menggeletek aku sehinggalah dia menyentuh bahagian alat sulit aku.

Pada awalnya aku memarahinya kerana aku rasa tidak selesa. Dia berhenti dan meminta maaf. Kami sambung bermain kereta mainan alat kawalan jauh dirumahnya.

Ada beberapa kali dia melanggar kereta tersebut dibahagian bawah semasa aku duduk dilantai. Aku hanya ketawa.

Bermula hari itu, dia selalu bergurau dengan cuba untuk ‘menggeletek’ bahagian alat sulit aku. Aku mula rasa suka dan tidak terfikir ia bahaya. Aku tidak didedahkan tentang bahagian ini oleh sesiapa.

Kadangkala, aku sendiri bergurau dengan menyentuh bahagian alat sulit dia juga. Sehinggalah suatu hari, ketika ayah dan ibunya tiada dirumah, dia merog*l aku. Tetapi dia tidak menyakiti aku.

Aku hanya ketawa pada awalnya. Aku mula menangis apabila aku ternampak darah pada kain alas yang diletakkannya. Dia membersihkannya dan berkata itu hanya sementara.

Dia juga menyuruh aku menyimpan rahsia tentang apa yang kami lakukan kerana jika aku menceritakan kepada orang lain, aku akan dibawa ke hospital dan dijahit dengan jarum. Aku menjadi takut dan tidak memberitahu sesiapa.

Sejak dari itu, aku tidak berjumpa dengannya kerana marah. Lama aku tidak keluar bermain dan berlari kerana risau berdarah lagi dan dijahit. Sehinggalah aku dapat berita dia telah masuk asrama. Beberapa tahun kemudian keluarga dia berpindah.

Sejak dari peristiwa itu, aku mula beronani. Aku berasa seronok menyentuh bahagian tersebut. Ada beberapa kali aku dicubit oleh ibuku kerana menyentuh dihadapan orang. Aku mula melakukannya seorang diri di bilik atau tandas.

Sehinggalah aku baligh umur 12 tahun. Aku masih melakukan onani walaupun aku sedang berpuasa. Perkara ini berlanjutan sehinggalah aku belajar di peringkat universiti.

Semasa aku berumur 21 tahun, aku menghadiri ceramah agama di universiti tentang puasa dan wanita.

Pada waktu itu, barulah aku sedar onani ini haram dan membatalkan puasa. Aku juga terkejut kerana baru tahu wanita juga boleh mengeluarkan air mani.

Bermula umur 21 tahun, aku berhenti onani semasa sedang berpuasa. Sejak dari itu aku cuba perlahan-lahan untuk berhenti ketagihan ini. Hanya masalah aku sekarang ialah FIDYAH.

Sejak umur 12 tahun sehingga 20 tahun. Aku ada onani semasa puasa dan tidak menggantikannya. Hampir RM 6 ribu jumlah bayaran fidyah yang aku telah kira (Anggaran 20 hari setiap tahun.) Aku juga perlu menggantikan puasa yang batal tersebut.

Aku sentiasa puasa untuk menggantikan puasa yang batal kerana onani. Rakan dan keluarga aku menganggap aku seorang yang sangat ‘alim’ kerana selalu puasa sunat.

Aku juga dikategorikan sebagai yang sangat menjaga ikhtilat kerana tidak bercakap dengan lelaki.

Aku tidak pernah bercinta dan atau menyukai mana-mana lelaki sehingga kini.

Aku menjadi benci dengan lelaki sehingga kerja sekolah berpasukan yang ada lelaki, aku akan menjadi free rider. Termasuklah ustaz, aku akan menjadi prejudis.

Orang sekeliling menganggap aku bak bidadari pujiannya tetapi hanya aku yang tahu betapa hinanya diri aku.

Aku betul-betul berharap pembaca disini dapat membantu aku cara aku menyelesaikan fidyah yang aku tidak mampu ini. Untuk ganti puasa, aku hampir menghabiskan 270 hari puasa (termasuk haid) yang aku kira batal.

Kiraaan untuk fidyah;

20 hari batal setiap Ramadan

Tahun mula batal (baligh)2009-2017(sedar batal puasa jika onani)

Jika ada pembaca yang mempunyai ilmu, atau terjumpa mana-mana hujah tentang masalah aku, harap dikongsi dalam ruang komen. Aku akan baca dan rujuk hujah tersebut.

Selama 4 tahun, aku telah cuba bertanya (online), mencari jawapan di internet dan membaca buku-buku tentang fidyah ini tetapi tidak menjumpai masalah seperti aku.

Harap kalian ada yang boleh membantu aku.

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *