Fifi dan Lenny

Fifi dah berkawan dgn Lenny sejak universiti.
Masa universiti memang Fifi perasan dia kuat belanja.
Tapi x kisah la, itu duit dia, hak dia la nak belanja macam mana pun.

Lepas habis universiti, kami terus berkawan.
Bekerja di company yg sama, sewa rumah pun sama2.
Nak kata kamceng pun x jugak. Sebab Fifi rapat jugak dgn kawan2 yg lain.
Masa menyewa bersama, Fifi perasan dia mcm suka ambik tahu.
Apa yg Fifi beli, berapa harga. Tp biasa la perempuan kan.

Dulu lepas baru dapat kerja, Fifi beli kereta Kancil, sbb nak jimat.
Yg Lenny pulak beli Persona. Ingat lagi x abis2 cerita pasal Persona dia.
Masa Fifi tumpang kereta dia, kalau ada Kancil potong kereta dia, dia cakap “Eleh, Kancil je pun…”
Kalau ada 6 Kancil potong, 6 kali jugak la dia cakap hahaha
Pastu kalau dia bersembang dgn tunang dia, bercerita, org ni pakai ni, org tu pakai tu.
Pastu mesti ada ayat, “Elehhh kita pun boleh beli…”

Dah 30an ni, kami tetap la jumpa, time2 raya. Tahun ni, kawan2 berkumpul di rumah Fifi.
Sekarang Lenny pakai kereta mewah. Dia & suami bercerita la pasal kereta mewah tu.
Fifi & kawan2 yg lain tumpang suka la dengar.
Tgh syok dgr cerita kereta dia, sekali telefon Lenny berbunyi. Dia angkat, loudspeaker.
Sekali phone call dari bank, ada tunggakan kereta, lama x bayar, nak kena tarik.
Krik…krik…krik… Semua terdiam.
Rasa awkward, x tau nak react macam mana. Dah la ramai2 tgh berkumpul ni.
Kitorang buat2 x dengar, tapi loudspeaker wehhh…
Terus kitorang bukak cerita lain.

Kesimpulannya kat sini, kalau ada antara anda yg mcm Lenny, sila buka mata.
Tak perlu la nak bermewah2, pakai baju, biarlah ikut badan sendiri.
Maaf Fifi ckp, mungkin kasar bunyinya, Fifi nampak kebanyakkan yg beli kereta mewah ni asal dari luar bandar atau keluarga susah.
Macam contoh Lenny tu, keluarga dia & suami mmg duduk flat PPR. Mungkin parents x dedahkan anak2 pasal kewangan, investment etc.

Buat apa kita fokus pada liabiliti. Kereta mewah tu cuma satu kepuasan.
Setahun beli, dah turun harga, pastu hutang nak kena tanggung 9 tahun.
Mungkin karang ada yg fikir Fifi ni jealous pulak.
X jealous pun, cuma kesian, kalau mampu x apa, takut nanti jejas masa depan.
Alhamdulillah, Fifi & suami xde hutang kereta. Sbb pakai kereta lama, hutang dah habis lama.
Biarlah kereta lama pun, tapi bila naik, seronok macam naik Evoque.
Sbb apa? Sbb dada rasa lapang, xde hutang. Kereta pun ok je, xde masalah.
Sekarang umur 30an, kami plan nak beli rumah ketiga, sbg investment.
Kami plan utk habiskan hutang rumah (yg kami duduk) sebelum umur 45 nanti.
Dan kalau dipanjangkan umur, pendapatan sewa jadi pendapatan bulanan masa depan.

Pada sesiapa yg belum berhutang kereta mahal tu, sila fikir 10x.
Kesannya kita x nampak sekarang, mungkin akan dtg.
Esok umur dah 50 thn, kawan kita dah habis hutang, kita hutang keliling pinggang.
Apapun semuanya kalau Allah izinkan, kita cuma merancang.
Semoga yg baik-baik saja utk kita semua. Aminnn…

– Fifi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit