Fight, Flight Or Freeze

Baca tentang orang yang jadi mangsa r*g*l tu macam triggering kat aku jugak la. Pastu baca pulak komen2 cam baik orang yang judge mangsa kan… memang rasa cam nak lempang sorang2 jadi lempeng.

Aku alhamdulillah Allah tak bagi rasa jadi mangsa r*g*l tapi aku mangsa s8xual harrassment (SH). Jadi walaupun kes aku tak adalah sampai ke tahap camtu tapi aku boleh rasa dah camne rasanya bila orang mula pegang kau tanpa kebenaran dan kau tak tahu/tak boleh kata apa2.

Cerita aku, aku rasa akan lagi make sense kalau aku cerita apa impak pada diri aku dari cerita kronologi hidup aku. Sebabnya bila aku betul2 dah besar, masa aku belajar di universiti, baru aku sedar aku ni sebenarnya mangsa SH.

Masa tu jugak menggigil2 badan aku, aku menangis dalam lecture hall sampai lecturer aku panggil jumpa dia dan aku buat sesi kaunseling dengan dia.

Kenapa aku dah besar gajah baru aku sedar bahawa aku ni mangsa SH ni?

Sebabnya bila kau dalam trauma, kadang mental kau boleh nafikan benda tu berlaku sampai kau rasa macam kau ni samada bermimpi je tentang hal tu atau kau macam ada satu episod yang kau tahu ada benda yang hilang dari memori tapi tak tahu apa benda.

Aku selama ni ingat aku dok mimpikan benda pelik2 sebab aku selalu mimpi macam kena tindih.

Dulu aku ingatkan aku ada sleep paralysis atau kena tindih hantu. Rupanya sebab aku ada trauma masa kecik yang menyebabkan aku jadi macam tu. Trauma ni juga buatkan aku berperwatakan seperti lelaki.

Kata lecturer aku (dia ada PHD psychologist ya), perangai dan memory lapse aku tu adalah coping dan defense mechanism aku kepada trauma lepas.

Jadi dalam sesi dengan dia la aku faham kenapa aku memang perangai macam lelaki; sebabnya aku takut aku diapa2kan, jadi aku cuba jadi salah seorang dari kaum Adam.

Dalam sesi aku dengan lecturer aku, kami dapat korek timeline yang aku ‘hilang ingatan’ sebab otak aku tak nak ingat. Lecturer aku kata sebab mental aku kuat, jadi aku tak ada split personality yang boleh jadi kalau trauma tu dasyat sangat.

Aku tahu yang aku dihantar ke rumah pengasuh masa aku kecik di tadika sebab mak ayah aku kerja sampai petang jadi aku memang tinggal dengan pengasuh aku.

Pengasuh aku ni banyak anak lain tapi anak2 dia okay je dengan aku. Pengasuh aku sayang aku. Suami dia jarang2 di rumah sebab kerja luar. Kadang2 sahaja aku akan nampak dia di rumah.

Ayah aku bukanlah orang yang rapat dengan anak2. Aku tak pernah pun peluk ayah aku. Aku selalu cemburu dengan kawan2 lain yang ayahnya sayang dan rapat dengan mereka.

Jadi bila suami pengasuh aku balik dan manjakan aku, aku jadi suka. Dia mula dengan belikan aku mainan. Jadi bila dia balik aku ternanti2. Lepas tu bila aku dah biasa dengan dia, dia mula peluk cium aku.

Disebabkan aku memang nak hubungan tu dengan ayah aku, dan masa tu aku tadika lagi okay, jadi aku pun seronok la kena peluk cium dengan suami pengasuh aku. Dia suka geletek2 aku, main2 dengan aku…

Cuma aku kadang2 rasa pengasuh aku macam tak berapa senang suami dia main dengan aku. Tapi aku biar je la. Budak kan…

Kemuncak dia bila satu hari suami pengasuh aku balik, dia panggil aku masuk bilik dia. Masa tu aku dengan suami pengasuh aku saja dalam rumah. Pengasuh aku ada luar rumah mengemas. Aku pun masuk; cam biasa kena kiss peluk.

Cuma masa tu aku pelik sebab suami pengasuh aku ni pakai kain pelikat ja. Tak berbaju. Bila aku masuk, dia suruh urut2 badan dia. Aku pun buat sebab mana lah nak tahu kan…pastu dia mula pegang tangan aku minta urut bahagian perut ke bawah dia. Aku masa tu dah rasa lain.

Dah meronta nak keluar. Tapi dia kata dia penat, minta tolong je. Lagipun dia ada toys baru… lepas tu aku pun turutkan. Masa ni dah dia mula tindih aku. Aku cakap aku nak urut dia jadi susah la kalau dia tindih2.

Tapi masa ni Allah Maha Kaya, Maha berKuasa. Masa tu pengasuh aku masuk bilik. Dia jerit2 dekat aku dan suami dia. Aku terpinga2, terkejut kena tengking. Pengasuh aku heret aku keluar dan jerit kata aku tak boleh duduk dengan suami dia dah.

Masa pengasuh aku dok marah2, dia pegang2 aku merata2 (masa tu dia nk check aku rupanya tapi aku tak faham apa dia buat. Yang aku ingat aku kena marah je. Dah besar baru aku faham betapa takutnya dia pada hari itu dan betapa dia risaukan aku).

Masa pengasuh aku dok tarik2 check aku, suami dia keluar dari rumah sambil marah. Pengasuh aku jerit jangan sentuh ‘dia’ (aku la) lagi. Banyak kali pengasuh aku tanya suami dia pegang tak? Ada pegang kat lain tak…

Masa tu aku sedih dengan pengasuh aku sebab orang yang aku anggap sebagai ayah, yang sayangkan aku kena tengking2 dengan pengasuh aku. Aku menangis sekuat hati. Sebab masa tu aku dok fikir salah ke orang peluk aku? Sayang aku?

Pengasuh aku tengking masa tu kuat gila. Sakit dada dengan telinga aku. Benda ni buat aku jadi takut sangat2 dan aku hilangkan memori ni dalam hidup aku. Sebab tu pertama kali orang tengking aku macam tu.

Kalau nk elak situasi ni, mak ayah… silalah bagi kasih sayang dan perhatian secukupnya pada anak2. Aku tadika tau masa tu tapi aku nak sangat mak ayah yang sayang dan beri perhatian pada aku. Sebab tu aku boleh buat je apa orang besar nak aku buat. Senang nak kena groom masa tu.

Apa jadi dekat pengasuh aku? Dia cerai dengan suami dia. Lepas tu dia tak nak dah jaga aku. Jadi aku ingat sebab akulah family pengasuh aku berantakan.

Bila aku kena tengking dengan pengasuh aku, aku jadi takut. Masa tu aku associate kena pegang2 dengan tengkingan yang menyebabkan aku jadi freeze bila aku ada dalam situasi yang sama.

Okay…ni cerita kena tajuk cerita aku; fight, flight or freeze. Selalunya, bila dalam situasi bahaya, orang akan ada response untuk fight or flight (lari).

Tapi sebab kes aku kena tengking dalam keadaan aku tengah rasa disayangi (walaupun masa tu nak ke arah tak elok), aku develop satu lagi response iaitu freeze. Jadi bila benda ni jadi, aku akan kaku. Lepas peristiwa ni, aku rasa aku jadi magnet untuk orang SH aku.

Lepas tu banyak la situasi yang orang akan ambil kesempatan pada aku. Budak sekolah aku masa sekolah rendah pun dah pandai SH orang tau. Dia akan ramas dada dengan punggung aku. Tarik kain. Cium aku.

Aku tahu diaorang tahu apa diaorang buat sebab aku akan kena di tempat2 sunyi di kawasan sekolah. Macam antara tandas, laluan ke makmal…

Jadi untuk elak aku kena lagi dengan geng2 macam ni, aku mula berperangai macam lelaki. Jalan macam lelaki, pakai baju besar2, cakap kasar2, muka pun tak nak bagi comel2.

Aku saja buat diri aku berbau supaya lelaki tak dekat. Rupanya semua benda ni tak guna sebab dalam keadaan aku macam lelaki pun aku masih jadi target.

Masa sekolah menengah, cikgu aku sendiri pernah cuba SH aku dalam makmal. Masa tu dia minta aku tunggu tolong dia. Awal2 tu, yang tu la modus operandi dia. Lepas tu masa aku tolong dia, dia kunci pintu makmal. Aku dah takut tapi aku tak leh gerak.

Dia datang peluk2 aku dari belakang; kata aku baik, aku cantik sebenarnya. Aku selamat sebab ada budak lain tertinggal barang dalam makmal, dan dia patah balik dan ketuk pintu makmal.

Kali kedua dia try, aku dah tak tahu nak buat apa. Kali kedua tu aku tak tunggu, aku nak balik dulu tapi dia minta kawan aku panggil aku balik; guna nama cikgu lain. Masa aku ke makmal, tinggal dia saja.

Aku masuk makmal sebab aku tengok tak ada orang, jadi aku nak cari cikgu lain tu cepat2 sebab tak nak jumpa dia. Elok aku masuk makmal dia kunci pintu. Cuma sebelum dia kunci tu aku sempat tengok muka sorang cikgu perempuan yang lalu di situ.

Tapi masa tu aku dah frozen; dalam kepala aku, aku jerit sekuat2nya. Namun mulut aku berkunci. Alhamdulillah Allah tolong. Cikgu perempuan tu ketuk pintu makmal macam nak roboh. Cikgu tu buka pintu dan kata pintu tu rosak, terkunci. Bukan dia saja kunci.

Cikgu perempuan tu memang datang dekat aku dan pegang, tanya aku ok ke tak sambil check aku. Mulut aku memang terkunci masa tu. Cikgu lelaki tu dok explain dekat cikgu perempuan tu dan lepas tu aku disuruh keluar.

Tak lama lepas tu, cikgu lelaki tu tak ada dah di sekolah. Aku pun tak tahu dia pindah ke dia kena buang. Cikgu perempuan tu? Mula dari tu dia memang dok perati aku; mcam lindungi aku, tak bagi aku pergi dekat dengan orang lelaki dewasa.

Lepas tu aku kena lagi SH dekat pusat memandu. Cikgu memandu yang lebih tua dari ayah aku. Semua di pusat memandu tahu perangai dia, tapi tak ada orang boleh stop dia. Aku sangat takut bila aku kena belajar dengan dia.

Nasib baikla ada sorang instructor ni yang berkeras nak ambil aku bila kena belajar jalan di luar pusat. Itupun dalam kawasan pusat memandu, dia pegang merata2. Aku? Memang tak boleh gerak. Keras je.

Everytime benda ni jadi, aku akan jadi lebih boyish dengan harapan semua lelaki2 ni tak kacau aku. Tapi aku rasa predator ni memang ada extra sense yang boleh rasa siapa yang selalu kena jadi mangsa SH. Dia tahu dan dia akan ambil kesempatan.

Masa aku kahwin dengan suami aku, aku asyik fikir macam mana aku nak bagitahu dia. Aku takut aku jadi patung je dalam hubungan kami. Cuma aku takut sangat kalau aku cerita, siapa nak dekat aku kan? Sebab aku kahwin lewat juga.

Malam pertama aku tak bagi dia sentuh aku. Dia pelik tapi dia kata ok je. BTW, aku kenal suami aku masa aku kerja. Masa ni aku sedang cope dengan history aku yang aku tahu benda betul dan bukan mainan tidur aku. Aku tak stabil masa ni tapi suami aku nak juga kahwin dengan aku.

Kami tak bercinta pun; dia melamar aku sebab keluarga angkat dia masa dia kerja berkenan dengan aku. Dia jumpa aku dan dia pun suka. Jadi terus dia hantar lamaran. Kami kenal dan kahwin dalam masa 3 bulan sahaja.

Malam kedua aku mimpi apa yang pengasuh aku buat; kali ni dengan muka dia. Sebelum ni bayangan saja. Aku jadi takut dan aku cuba jerit sekuat2nya sambil tolak “suami pengasuh” aku kuat2.

Aku bagitau diri aku, aku dah kahwin, aku kena get over this kalau tak aku akan sentiasa takut. Lepas tu aku dengar benda jatuh dan lampu dibuka.

Rupanya aku jerit dalam tidur aku. Jadi suami aku tutup mulut aku. Bila dia tutup mulut aku, aku tolak dia jatuh. Bila dia buka lampu aku tersedar. Dia tengok aku. Lama jugak dia diri saja tepi lampu. Bila dia finally duduk, dia tanya aku, apa yang jadi… sebab aku jerit “Lepaskan aku. Tak mau!”

Masa tu lah aku cerita semuanya. Sebab masa tu aku cakap kat diri aku, kalau aku tak boleh anggap suami aku protector aku, hubungan kami akan teruk.

Trauma tu betul ya semua. Bukan senang nak buka mulut. Aku buka mulut cerita dekat suami aku lepas 30++ tahun benda tu jadi. (Ya… aku memang kahwin lewat)

So pada siapa yang kata kenapa tak lapor? It is not that easy. Especially bila orang2 tu adalah orang yang kita hormati dan kita tak sangka akan buat begitu.

Tak kena dengan kita bolehla kita bagi nasihat berjela2… kenapa tak lari? kenapa tak lapor… kenapa… kenapa… ingat kami pun tak tanya diri kami benda yang sama ka?

Untuk lapor tu takes great courage. It is not something yang semua boleh buat. Pada mangsa2 di luar sana, I understand you. We are not broken. We will be better. Allah is with you.

– Nonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *