Untuk part I, (https://iiumc.com/fight-for-my-marriage/).
Assalamualaikum.. Hi semua.. Melur here, firstly nak ucapkan terima kasih sudi baca kisah aku dan bagi kata2 semangat, alhamdulillah aku baca semua komen dekat ruangan komen. Terima kasih sangat, aku appreciate sangat2. Dan disebabkan kata kata semangat dari korang tu, dengan izin Allah aku jadi makin kuat, Alhamdulillah.
Aku dah bukan macam aku yang 2/3 bulan yang lepas, yang menangis meratap, menyalahkan. Aku sekarang alhamdulillah lebih terbuka dalam menerima segalanya dan aku anggap ni ujian Allah untuk aku dekatkan diri kepada Dia – Sang Pencipta Langit dan Bumi.
Ada ramai yang tanya, kenapa? Kenapa aku nak perjuangkan sedangkan Sam bermati matian dah taknak meneruskan perkahwinan ni. Dan ada jugak yang cakap Sam pun sama S*al dengan Perempuan tu. Hahah, maap korang , Sam masihlah suami aku. Niat aku Lillahitaala perjuangkan perkahwinan aku sebab Allah SWT.
Aku percaya ini Adalah ujian daripada Allah untuk aku dan suami aku Sam, ujian untuk uji kesabaran aku sebagai isteri, dan ujian tentang kesetiaan kepada suami aku. Aku merasakan ni memang tanggungjawab aku untuk Tarik Sam dari lorong yang gelap, dari jalan yang sesat di dunia ini sebab kami pernah berjanji untuk ke syurga Bersama.
Tu sebab aku bermati pertahankan dan bersedia memaafkan apa Sahaja kesalahan Sam andainya dia sudi untuk berjuang Bersama. Tetapi macam kalian cakapkan dari penceritaan aku yang sebelum ni, Sam sendiri taknak berjuang Bersama aku. Hanyalah aku seorang Sahaja memperjuangkan hubungan kami.
Part-2 ni aku lebih kepada nak meluahkan secara terperinci tentang aku dengan Sam dan Perempuan itu. Sebab dekat part 1 aku hanya meluahkan dan mintak pendapat korang untuk aku memperjuangkan kisah perkahwinan aku.
Aku mulakan dengan diri aku yang datangnya dari sebuah keluarga yang broken, aku takda figura seorang ayah Ketika aku membesar, aku bukan dahagakan kasih sayang lelaki, kalau mendahagakan kasih sayang lelaki aku dah lama dah bercinta dengan orang sana sini dari dulu lagi, tapi tak, aku tunggu waktu sesuai untuk cari cinta sejati dan aku hanya setia dengan dia Sahaja iaitu suami aku, Sam.
Jadinya apa yang berlaku sekarang membuatkan aku terlampau sedih sebab suami yang aku cintakan, harapkan, dialah yang beria nak buang aku dari hidup dia. Dan ya, selama 4 tahun kami berkahwin merupakan sweet moment dalam hidup aku sebab aku tak pernah rasa disayang oleh seorang makhluk yang bergelar lelaki.
Aku dan Sam mula bercinta Ketika aku baru mulakan kerjaya aku, bidang pekerjaan aku dimonopoli oleh kaum lelaki, bekerja dalam bidang yang lasak dan kasar dan ada certain waktu aku je yang hadir sebagai seorang Wanita di tapak,
Sam mulai letak bermacam syarat Ketika aku mula bercinta dengan dia. Pergi mana-mana update, dah sampai mana-mana call, tak boleh lambat balas whatsapp,kalau last seen aku bergerak tanpa balas whatsapp dia dia akan merajuk, tak boleh hide last seen, tak boleh hide dp whatsapp, kalau aku buat semua tu, dia pasti akan merajuk dan ignore aku berhari2.
Alasan dia sebab dia pernah dicurangi oleh ex girlfriend dia dulu, tu sebab dia kata dia ada trust issue. Aku pulak jenis malas gaduh lama2, maka aku layan jelah semua kehendak dia.
Ada juga banyak kali aku terlepas nak call dia waktu malam, sebab aku penat bekerja dan tertidur awal, pun dia akan marah dan merajuk. Dia katakan aku ni whatsapp dia bila aku rasa dia penting je, hmm entahlah, aku layan jelah masa tu sebab aku tak nak bergaduh berpanjangan.
Ada juga waktu dia marah aku teruk sebab aku keluar makan dengan team kerja aku, entahlah pendek kata disebabkan dia banyak marah aku dan bergaduh banyak kali,
So aku memang hadkan waktu aku reply whatsapp lelaki lain, dan juga aku hide semua status atau story aku daripada lelaki lelaki lain, kalau boleh aku remove, aku remove semua lelaki tu. Cara berpakaiaan pun dia control aku, suruh aku pakai tudung tutup dada, suruh pakai stokin, handsock, aku buat je semua tu.
Aku mengaku aku emosi kalau dia mula abaikan aku, dan semasa bercinta pun aku ada je marah dia, kalau aku marah tu memang macam mak lampir lah sebab abaikan aku. Aku terlalu emotionally attached dengan dia.
Sampai ke alam perkahwinan pun aku akan rasa sedih melampau kalau aku bergaduh atau dia merajuk dengan aku, tu sebab aku ni sanggup je maafkan dan pujuk dia kalau kami bergaduh. Maybe sejak bertemu dia aku terlalu focus kan dekat dia, sampai aku menyayangi manusia lebih dari Allah SWT. Tu lah silap aku sebagai hamba Allah SWT.
Masuk ke alam perkahwinan, aku lah manusia paling Bahagia di dunia. Tapi, Allah uji, Allah uji aku dengan perkahwinan yang aku sangka akan Bahagia hingga ke akhir hayatku. Suami yang penuh tanggungjawab, penuh kasih sayang mulai berubah sikap. Dia start slowly dengan menipu aku.
Bila aku minta update tentang keberadaan dia, dia mulai abaikan aku. Location semua dia tutup selepas 4 tahun kahwin. Password phone dia tukar. Walhal dia amat pantang kalau aku ada sorok apa2 dari dia dan tak update dia.
Alasan dia, Dia kata aku menggangu kerja dia disebakan aku ada call dia di tempat kerja. Padahal, macam aku cerita sebelum ni, masa bercinta dia yang letak bermacam syarat dekat aku, suruh aku sentiasa update, suruh aku call bila dah sampai, suruh share password. Hmm entahlah, bila dah kahwin kata rimas pulak.
Buat yang kata kami takda anak lagi, kenapa aku tak ikut sam pergi buat aktiviti dia? Jawapannya bukan aku taknak, Sam yang taknak bawak aku, bagi dia kawan dia is kawan dia, kawan aku is kawan aku. Aku pernah je ajak dia pergi lepak dengan kawan2 aku, tapi dia mati2 tak nak. Dia kata dia tak selesa.
Dan dia tak pernah offer untuk aku ikut kawan2 dia punya aktiviti, sebab situ semua budak2 bujang lah katakan. Emm nak kata aku ni buruk, tapi ramai je cakap aku kategori sedap mata dipandang, aku agak menjaga pemakaian aku, kalau ke pasar pun aku akan bersiap.
Pakaian dan penampilan Sam pun aku jaga, sometimes aku memang akan belikan sam baju jalan untuk matching dengan aku. Dan even aku dah berkahwin ni pun, ada jugak orang yang masih ingat aku belum berkahwin.
Perempuan tu sebagai kerani di tempat kerja suami aku sebenarnya dah start berbulan bulan lamanya whatsapp suami aku dengan ayat pancing, mintak belanja lah, mintak duit raya lah, tiba2 hantar sticker secara tiba2 lewat malam lah.
Dan suami aku pun start lain sejak dia dekat kerja baru ni, daripada phone dia merata, phone sentiasa di tangan, siap bawak masuk toilet lagi. Korang faham tak apa aku rasa? Nampak kelainan, tapi korang tak boleh tegur sebab takut bergaduh.
Aku banyak kali je tegur dan gaduh, tapi dia kata dia layan sebab taknak ada isu dengan Kawan kerja. And actually that was the starting, they start small actually. Alasan? taknak ada isu dengan kawan kerja hahaha.
Aku ni semua team aku lelaki, takde pulak aku melayan kawan kerja aku macamtu. Pandai2 jelah nak hidup sendiri, tak menggedik dengan lelaki lain mintak itu ini, even lunch pun aku lone ranger je sebab dulu suami aku tak suka aku interact dengan lelaki luar waktu kerja.
Sampai lah ada satu hari ni, suami aku cakap nak bekerja pada weekend, aku dah start pelik sebab dia dah cakap dekat aku beberapa hari sebelum pasal kerja hari ahad tu. Sebab background kerja dia kalau ada emergency Sahaja boleh masuk kerja hari ahad. Masa tu pun aku ada acara di rumah keluarga aku, jadinya aku pun turut takda di rumah.
Waktu aku pulang ke rumah, aku dapati suami aku berpakaian lain dari baju ke kerjanya sebab baju kerja dia aku yang siapkan of course aku ingat dia pakai baju apa. Dia kata oh tadi singgah ke tempat lain lepas kerja.
Aku malas nak bergaduh masa tu, aku tahu memang ada something happen behind my back. Masa aku mandi tu aku menangis ya Allah kau tunjuk kan lah apa yang aku tak nampak ya Allah, dekat Kau je aku mohon petunjuk, beria aku menangis mintak Allah tolong aku.
Hmm korang, lepastu aku terus terjumpa sesuatu yang patahkan hati aku. Aku meraung depan dia, aku mintak explanation, tapi malahan dia marah aku sebab aku menangis, dia cakap “dahla, kalau dah tak percaya kita pergi mahkamah jelah”.
I was speecless, aku terdiam sebab kenapa sampai nak ke mahkamah kan? He put all the blame on me sebab aku jumpa bukti tu. Dia kata aku overthingking, aku akan susahkan kerja dia sebab dia mati mati kata dia pergi kerja kan.
Aku ingat lagi malam tu, aku peluk dia aku merayu jangan buat aku macam tu, dia tidur atas sofa while aku tidur dekat lantai yang sejuk sebab aku nak ada sebelah dia mintak maaf,
Sampai pukul 5 pagi aku keep on pegang dia minta maaf, minta maaf kalau aku overthingking, tapi malahan dia halau aku dan dia boleh tidur dengan nyenyak walhal aku nak tutup mata sesaat pun tak boleh caused at that time I know something was not right.
Korang part paling sedih kan, sebenarnya dia pergi jumpa family Perempuan tu. Macam mana aku tahu? Hmm Panjang ceritanya. Maybe Allah mudahkan urusan aku utk siasat benda tu, tapi Kesimpulan is dia pergi jumpa family Perempuan tu di acara majlis di rumah Perempuan tu. Sedih weh, sedih sangat.
How could u as a husband khianat isteri u sedasyat itu. U still pegang the title husband, yet u still berani pergi jumpa family Perempuan lain? Aku jaga diri aku sebaik mungkin, jaga maruah kau sebagai suami, aku hindari any unnecessary contact with other men, yet u as a husband tergamaknya buat macamtu.
Sejak dari aku jumpa bukti tu, aku tak lalu makan, aku macam zombie dah, tak makan tak tidur, aku sampai jumpa doctor sebab jantung and badan aku shaking sangat teruk. Masa tu aku survive dengan makan gula2 je.
Btw aku pernah pengsan dekat ofis, aku call suami aku berkali kali, tapi dia tak angkat. He only texted me back after 20 mins, saying that he was in the toilet. Mind you the toilet picture he gave me was different from the toilet tempat kerja dia. So that time actually I knew he was with that girl.
Too many lies, lie after lie. Dia banyak manipulate aku, sebelum betul2 aku jumpa bukti yang mengatakan dia curang, dekat mulut dia sebenarnya dah start kata nak naik mahkamah, dah start kata nak kawan je dengan aku. Dia kata dia nak cari diri dia sendiri. Dia kata aku overthingking, aku rimaskan dia, dia kata dah taknak dengar cakap orang lain, dia nak fikir diri dia je.
Dia mengaku dia selfish, sebab sekarang dia kata dia nak fikir diri dia je. Korang rasa adil ke benda tu terjadi dekat aku sebagai isteri dia. Aku pun ada hak dalam perkahwinan ni. Tapi maruah aku dipijak teruk oleh dia.
Tu adalah alasan dia nak cerai sebelum aku jumpa bukti dia curang, sebelum dia kantoi curang dengan aku. Dia buat macam aku orang gila, dia buat aku percaya aku gila sebab aku overthingking, aku tuduh2 dia, aku buat cerita, aku yang punca kitaorang bergaduh, aku lah punca dia jauh dengan aku.
That bitch? Aku pernah confront dia. Sangat lah takda adab bercakap, takda rasa bersalah apatah lagi kata maaf. Dia cakap Sam cakap aku dengan Sam dalam fasa cerai that’s why dia ada hubungan dengan Sam. Hmm hancur hati aku korang, walaupun Sam layan aku teruk tapi aku takda pun mintak cerai pun dengan Sam so celah bedah mana yang aku ni dalam proses cerai dengan Sam.
Andd, part paling aku rasa bodoh, bilaaa diaorang ni dok bersayang sayang kat dm tiktok walhal kat tiktok sam masih penuh lagi gamba aku dengan sam. Tu kau kata dalam proses cerai? Dan kalau betul dalam proses cerai pun, apa yang membolehkan kau bercinta dengan laki orang? Perempuan tu cakap aku ni selalu marah marah Sam, tak hormat Sam, as if we’re living under the same roof. Haha.
Tahla, miskin sangat kot sampai mintak suami aku belanja dia macam2, belanja itu belanja ini, makanan dia pun suami aku grabfood kan hahaha. Bini dia? pandai2 lah hidup.
Weh serius aku ingat suami aku tak pandai nak grabfood weh, tu sebab aku tak pernah mintak, perghhhhhhh rupanya grabfood kan makanan perempuan lainn. Bodohnya lah kan aku hahahaha. Sebab selama ni, aku je selalu Grabfood kan laki aku, guna duit aku sendiri lak tu, begitu naifnyaaaa seorang isteri niiii terlalu menyayangi suaminya hahaha..
Okay aku masuk part sam cakap aku tak hormat dia, kan aku cerita haritu pasal aku ada marah Sam sebab habit dia tu, selain dari tu Adalah kami gaduh2 hal kecik2, aku merajuk kalau dekat mall, aku jalan depan daripada Sam, aku ada bawak kereta laju bila aku merajuk (which sam pun ada buat benda yang sama),
Aku pernah merajuk sebab Sam tak tolong aku buat kerja rumah, Sam ada ungkit benda ni depan mak aku, dia list kan semua kesilapan aku pakej sekali dia warning aku depan mak aku. Dia point out kan benda tu, dia terasa dengan aku. Okay, aku minta maaf pasal tu depan dia dan depan mak aku dan aku pun sedia utk baiki.
Other than that, aku layan Sam baik je. Aku layan macam raja, dia balik kerja, aku sambut, aku bukak kan jaket dia, aku urut dia, aku biar dia rehat, aku buatkan air panas, makan pun tak payah dia senduk apa2 pun, lauk pun aku tuangkan, dia tinggal basuh tangan sebelum dan selepas makan je.
Dan kalau kami makan dekat luar pun makan makanan buffet ke kenduri ke, aku still buat benda yang sama, Sam tak perlu bangun pun untuk ambik makanan.
Tapi kan korang, lepas benda ni jadi aku banyak kali tanya Sam, kenapa dia nekad nak cerai, dia cakap salah satu sebabnya Adalah aku ni tak pernah tanya dia okay ke tak kalau balik kerja, aku tak sambut dia depan pintu, aku lebih kepada suruh basuh kain dan aku lebih kepada ajak pergi pasar.
Ya Allah mengucap Panjang aku masa tu. And is that really a valid reason untuk kau ceraikan aku? Kalau aku ada kekurangan yang tu, kau tak Nampak ke kelebihan aku yang dekat lain ke. Walhal Allah saksi macam mana aku sambut dia dengan riang depan pintu, salam peluk cium dia, yang waktu aku tak sambut hanya Ketika aku mandi, solat atau mengaji Sahaja.
Selain dari tu, aku akan sambut dengan penuh senyuman, part tanya okay ke tak, aku sampai check balik whatsaap aku, almost everyday aku check his condition, okay ke tak , makan ke tak.
Dan aku dulu memang akan teman dia waktu dia makan tak kisah kami bergaduh ke tak, aku akan make sure aku duduk sebelah teman dia makan, dan semasa teman dia makan tu aku akan cuba korek cerita pasal hari dia, dia okay ke tak, tu memang rutin kami dulu untuk bonding after work, aku janji aku buat dan Allah sebagai saksi.
Pasar malam? Ya Allah, pasar malam tu sekali je seminggu, bukan hari2, dan aku kadang2 ajak sebulan dalam 2 kali je ke pasar malam, ajak dengan nada gedik “abangg, jomm pergi pasar nakk?” Takda nada paksaan sedikittttt pun untuk ke pasar.
Part basuh kain tu, ya aku mengaku aku ada mintak tolong dia basuhkan, sebabnyaa aku yang akan pergi keringkan baju tu esoknya dekat dobi.
Okay, masuk part dia filekan cerai dekat mahkamah. Semua alasan cerai dia tu, semua pasal kesalahan isteri, isteri kongkong, isteri keluar rumah tanpa izin, isteri tuduh suami curang, isteri marah suami. Aku sedih gila wei, walhal dia tahu kenapa aku macamtu, sebab aku marah dia masa dia kantoi curang tu.
Lepastu dia kata aku tuduh dia curang untuk filekan kes cerai ni? Walhal dia memang terbukti curang, even dekat mahkamah pun dia nak menipu.
Hmm entahla, aku tak sedih kalau dia nak ceraikan aku atas alasan aku tak jalankan tanggungjawab aku, aku tak layan dia, tapiii dia tahu aku buat semua benda tu, aku masih jalankan tanggungjawab aku, aku masih layan dia walaupun dah kantoi dia curang. I’ve done everything, untuk aku selamatkan perkahwinan aku, tapi betul la korang cakap, aku hanya bertepuk sebelah tangan je.
Korang, jangan cakap aku cerita buruk je pasal suami, tak, dia ada baik dia, macam aku cakap 4 tahun dengan aku, dia baik je, dia layan je aku. Dia ada effort jugak. Dia selalu bawak aku pergi mana aku nak. Tu yang aku cuba sebaik aku untuk selamatkan perkahwinan aku.
Cause it’s a marriage, aku bukan bercinta ataupun bertunang. Tu sebab aku selalu nak maafkan dia. Tapi aku cerita sini luahan apa yang aku lalui semasa aku dicurangi. Ini kisah benar dan Allah sebagai saksi.
Tapi sekarang, mata aku dah terbuka, aku dah tak merayu aku dah tak mengemis, aku dah tak menangis dekat Sam dah, sebab sampai sekarang Sam masih tak cari aku, aku isteri yang pernah ada masa dia susah ni yang dia bermati nak tinggalkan.
Aku cuba untuk Redha, mungkin ni jalan yang Allah dah tulis yang aku kena terima. Mungkin aku bukanlah yang terbaik untuk dia, aku doakan dia jumpa yang lagi terbaik dari aku lepas ni.
Aku pun dah start kerja di negeri lain, jauh dari dia, aku bekerja di negeri yang famous dengan laut, at first aku hari2 menangis sebab aku sedih macamni rupanya pengakhiran perkahwinan aku
Tapi hari2 jugak masa aku menangis aku doa dekat Allah, supaya tolong aku, and by time, aku rasa aku makin kuat, aku dah tak menangis macam dulu, aku dah tak persoalkan, aku start untuk terima dan Redha ni jalan hidup yang Allah dah susun untuk aku.
Aku tenang dekat sini, sebab tempat kerja aku sekarang pun betul2 dekat laut. Aku dapat pergi healing free hari2 hehe. Aku Cuma set dekat mind yang suami aku ni hanya pinjaman je, maybe aku terlalu mencintai manusia lebih dari Allah tu sebab Allah uji aku macamni.
Kalau ujian ni mampu untuk mendekatkan diri dengan Allah, aku Redha, dan kalau ujian ni balasan dia syurga, aku Redha ya Allah. Sebab syurga kan selamanya?
Korang doakan aku ya aku perlukan doa ramai orang, dan yes, aku masih akan bercerai sebab Sam taknak Tarik kes tu, aku akan cuba laluinya dengan tabah. InsyaAllah.
Tapi ada sesiapa kat sini pernah kena cerai dengan suami tak? Apa ya step yang boleh saya buat untuk selamatkan maruah saya sebagai isteri? InsyaAllah lepas kes selesai, saya akan update lagi part last ya.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit