Fikir Baik-baik Sebelum Tambah Anak

Salam geng. Aku Cempaka, telah berkahwin dan dikurniakan seorang baby girl yang sangat comel dan pandai.

So selepas aku berkahwin, aku berkawan jugak lah dengan isteri kepada kawan-kawan suami aku ni.

Mula2 aku macam boleh ngam, tapi lama kelamaan, aku rasa macam tak boleh go dengan sorang antara kami berempat ni.

Jadi untuk dipendekkan cerita, kami bersalin dekat2. Dan anak kami berempat pun tak jauh beza, ada yang beberapa bulan dan ada yang beberapa hari.

Antara kami berempat, dua antara kami bekerja, dan aku dan seorang lagi, yang aku namakan Ros ni, tak bekerja.

Aku sebenarnya bekerja sebelum ni. Tapi disebabkan anak aku makin membesar, aku berhenti sekejap untuk fokus menyusu badan sepenuhnya dan besarkan dia.

Tapi, sebelum aku berhenti, aku memang ada sedikit simpanan kecemasan, dan boleh dikatakan ada few barang kemas sebagai aset kalau sesak. Tapi mintak jauh lah, harap-harap semuanya cukup dan tak perlu untuk gadai.

So aku nak cerita pasal si Ros ni. Ada satu hari tu, kami pergi lepak berempat di rumah salah seorang kawan suami aku ni.

Kebetulan rumah dia tu dekat dengan tempat makan yang aku memang teringin nak makan, aku pun ajaklah diaorang ni untuk lunch di sana. Yang Ros ni cakap, die takde duit, next time lah.

Die cakap juga, die tukar susu anak die daripada yang mahal kepada yang murah sebab kos sara hidup sekarang. Suami dia sorang je yang bekerja pulak tu.

Aku pun macam fikir2, alah berapa RM lah sangat makan kat kedai tu, memang aku niat nak belanja je diaorang sebab serious kedai tu memang murah. So kami pun pergi makan dan ok lah semuanya takde pape berlaku.

Selang 3 hari daripada hari lepak kami, Ros ni message aku. Katanya nak minta tolong. Aku dah seram sikit ni. Hahaha.

Aku macam dah boleh agak, apa benda dia nak minta ni kan. So rupanya dia nak mintak pinjam duit aku.

Aku sejenis yang memang takkan bagi orang pinjam duit sepanjang aku hidup.

Kalau orang tu betul2 susah, memang aku sedekah je. Sebab aku tak nak mengemis dan taknak rasa tak best bila orang tak bayar balik duit aku.

Korang faham kan perasaan aku..

Weh sepanjang die mesej aku tu, dia sangat2 push-y (memaksa) ye nak pinjam jugak. Dan macam2 alasan lah dia bagi untuk pinjam duit tu antaranya susu anak die habis.

Aku macam tak boleh brain, takkan suami kau tak beli susukan. Plus, kau kata kau breastfeed, anak pun dah lebih setahun.

Entahlah aku malas nak fikir, dan end up aku tak bagi pun pinjam.

Sebenarnye aku tak bagi die pinjam sebab aku rasa macam die nak ambil kesempatan kat aku setelah di tengok kehidupan family aku and mungkin selepas aku belanja tu die ingat aku kaya?

Hahaha, aku pun tak tahu. Tapi aku memang tak rasa nak bagi.

So tak lama lepas tu, die update status kat fb, tulis yang dia dah lewat period few days, and mengharapkan die pregnant.

Aku macam jammed kejap. Ko ni biar betul??? Dah lah susu anak pun ko tukar daripada mahal ke murah, pastu ko tahuuuu kewangan suami ko tak stabil, lagi ko nak beranak?

Aku betul2 tak boleh go lah dengan orang2 macam ni. Aku faham kalau ko nak tambah umat, tapi tanggungjawab tu no 1.

Btw die sejenis takleh handle anak die ye. Kalau anak die mengamuk memang laki die je mampu handle. Ko sendiri tulis ko stress jaga anak sorang2, lagi nak tambah anak.

Aku bukan apa, aku banyak dah tengok anak2 yang dizalimi mak ayah, takde proper place to sleep, emotional torture, asyik kena marah dan jadi tempat lepas geram bila takde duit.

Ko pun tahu benda tu tapi sekarang dah zaman 2023 ni ko takleh ke pikir, haihh aku memang tak leh nak faham ape pemikiran die.

Aku start notice yang aku dah tersalah berkawan. Pemikiran diaorang ni serious aku takleh go.

Diaorang jenis takpe anak ada rezeki, tapi tak usaha pun nak cari rezeki tu. Dan aku pun start jauhkan diri sebelum otak aku terbelit dengan pemikiran diaorang ni.

So nasihat aku utk ibu bapa berakal di luar sana, PLAN lah family tu.

Baby tak bersalah, tak nak pun dilahirkan serba tak cukup, jadi kita yang berakal ni, janganlah menambah kalau tak mampu.

Bahasa kasar sikit ye, kalau miskin, buat cara miskin. Jangan kau tambah masalah kat dunia ni.

Kbye.

Daripada,

Kawan yang concern, dan tak boleh brain dengan manusia gini.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *