Fikir Perasaan Sendiri, Tapi Tak Fikir Perasaan Orang Lain

Aku terbaca satu confession ni regard on, lelaki yang punya perasaan (https://iiumc.com/lel4ki-juga-ada-perasaan/). Tak pastilah tu laki aku ke apa. Anak 5 kahwin dah 12 tahun kan??? So aku berhasrat nak reply confession tu.

Timbul banyak komen positif dari kalangan kaum mereka juga (selalu jadi silent reader kot) sampai ada yang kata yang komen dok back up wife tu takde otak???!! What????

Takpelaaa, kaum lelaki jugalah yang suka judge isteri, kata beras aku beli (kot ye), kata perempuan complicated la (minta tolong buang sampah sibuk tengok tik tok, tengok perempuan berjoget),

Kata perempuan ni selalu nak menang dan selalu betul. (Sebenarnya sama jer-pada aku tu sikap individu bukan kepada gender)

Bukan semua lelaki yang suka kondem perempuan, ada je yang ada empati dan ihsan yang tinggi. Ada, bukan takde tapi bukan jodoh aku.

Kata takde istilah tawar hati lah dalam hati lelaki. Bercakap one way communication, cakap dengan wife sepatah, sepatah dah tu eye contact takde mata kat hp tengok perempuan bergoyang sana sini. Aku ni anak 5, masa aku nak bergoyang tu limited.

Aku burn out, sebab semua house chores aku nak cover dengan anak 5, bayangkan hari ahad waktu aku nak rehat aku kena gosok baju laki aku 5 pasang tanpa gagal, kena sediakan stokin 5 pasang, sapu tangan aku juga yang kena carikkan,

Tu belum cita spender dia pun aku kena carikkan walaupun aku dah asingkan ikut kategori tapi masih lemah ke pemalas nak cari ke aku tak tau?

Sakit tau otak bila fikirkan benda ni, benda simple tapi tu pun tak leh nak bantu aku cari pakaian sendiri pun aku kena carikkan dan sebab aku tak nak stress benda simple macam tu pun aku bini anak 5 yang kena buat.

Jangan nak bahasakan aku kena jaga aib suami, kenapa nak buka pekung di dada tapi confession tu trigger rasa hati aku yang ikutkan dah banyak kali tawar tapi aku top up manis-manis demi keluarga kecil aku. Bertahun dah aku makan hati. Tapi sibuk fikir tawar hati dia aje.

Meh sini aku memang tengah emo, aku letih kerja ofis, bergegas balik rumah kena singgah family store beli lauk pauk, barang dapur yang takde dekat rumah. Suami aku nak berli sardin cap ayam setim RM9.60 pon tak pernah lagi nak kata makan hati, aku ni pakej makan diri!

Aku tak faham laki kerja complaint bini ni macam tu, bini ni macam ni. Takde masa untuk dia, abis aku ni masa untuk diri sendiri pun takde dia tak pernah concern?

Puas aku berdoa bangun tengah malam sembahyang solat sunat, pakej berzikir supaya aku dapat bertahan dalam situasi yang pada aku sangat toksik.

Masalah paling besar tak nak LISTEN. Kata aku tak paham dia, dia nak bercakap dengan aku pun tak nak. Aku letih, letih sangat!

Ikutkan hati dan perasaan nak je aku terbaring jer tapi mengenangkan aku ada anak 5 yang perlu aku beri perhatian, aku kensel kan niat tu. Kalau aku biarkan, memang anak-anak aku terabai!

Cerita pasal gosok baju tak abis lagi, sebab baju sekolah anak aku, aku juga yang kena gosok, sebabkan aku ni malas nak stress memang anak-anak aku beli baju monday to friday supaya pengurusan rumah tangga aku lebih efisien. 3 org bersekolah, so utk anak-anak 15 pasang baju ye.

Korang tambah laa dengan baju aku 5 pasang, tudung aku beli yang tak payah gosok senang untuk jimat masa aku.

Kita beralih kepada 2 anak yang hantar ke pengasuh, pakaian anak-anak tu aku sediakan lump sum seminggu, pampers, baju harian. Minta tolong masukkan beg dalam kereta pun payah.

Aku tak nak stress aku buat sendiri. Basically memang macam tu, aku nak elakkan diri aku stress bila minta tolong tapi dia buat dek jer. So aku buat sendiri. Dalam hati jer aku menjerit. Aku sedih tau, ingat apa???

Dua tiga kali aku cakap, bang tolong sayang angkatkan beg masukkan dalam kereta esok takdelaa kalut. Dia boleh buat tak tau aje.

Minta tolong tu, sebabkan aku ada baca men from mars, takut dia tak faham. So aku duduk berdepan dengan dia, supaya maklumat tu jelas dan terus sampai kepada dia. Tapi dia ignore je.

Sebabkan aku tak sempat nak bekalkan makanan aku bayar extra dekat pengasuh untuk sediakan makan minum anak aku supaya pengasuh tak terbeban nak tanggung semua dan bahagia jer jaga anak aku.

Punyalah aku keje fikir perasaan orang lain, tapi perasaan aku sendiri??????? Tolong jawab!!!! Please!!!!!

Belum bab sediakan sarapan pagi, dah la barang dapur aku kene keluar duit belanja sendiri, pergi belinya aku, supirnya aku,

Tukang simpan dalam peti ais pun aku, nak menyediakannya aku, nak memotongnya aku juga, nak mengemas dapur lepas memasak pun aku, nak blender cili kering pun aku, nak memasak ya pun aku.

Laki aku yang tawar hati tu buat apa??? Dia main tik tok tengok pompuan berjoget. Ingat aku tak tau ke??? Tapi aku buat kerja berzikir dan cuba ikhlaskan hati aku, pandamg muka anak-anak. Aku teruskan kerja.

Berbalik cerita sarapan, aku bangun seawal 5 pagi sediakan sarapan. Malam aku dah potong bahan-bahan. Pagi aku masak la nasi lemak ke, bihun goreng ke, nasi goreng ke, mee goreng ke, spagheti ke, kena tukar menu sebab anak-anak request.

Biar sejuk sikit masakan tu nak masukkan dalam bekal. Tiap kali memasak aku doa lilahitaala, supaya isi rumah sayangkan aku. Yang settlekan bekal pun aku jugak sambil dibantu anak sulung. Anak sulung aku dah boleh bantu aku sikit-sikit.

Dialah harapan aku, anak-anak yang dah sekolah ni boleh bantu aku buat housework tapi ikut level budak-budak la. Yang baby tua (suami) tu bangun pun subuh gajah. Anak dah ramai ni belanja besar, so cara nk berjimat memang bawa bekal jer. Duit belanja pandailah ayah dia bagi.

Lunch aku??? Aku dah siap masak lauk frozen hujung minggu. Tunggu panaskan jer guna microwave. Laki aku tak suka makanan frozen, so dia makan kat luar untuk lunch. Dia ada masa nak makan dekat cafe, bistro dengan kawan-kawan ofis campur laki perempuan.

Pun aku pejam mata jer. Siap dia belanja makan bagai. Macam mana aku tahu, ofismate dia laa update kat socmed. Tu aku tau. Dinner jer aku balik masak sebab suami aku cerewet tak suka makanan yang dipanaskan.

Kereta rosak ke, tayar pancit ke aku kena settlekan sendiri. Suami aku busy. Kalau dia kereta rosak, pandai hello aku. Time kete aku rosak, aku hello dia kata busy. Aku kete rosak pandai je call towing anta kete ke bengkel bila suami aku tak layan? Pandai je aku balik naik grab?

Selama 12 tahun aku layankan jer tapi aku sakit hati bila baca confession suami tawar hati tu. Sebab obviously tuju kat aku. Apa ingat aku takde hati dan perasaan juga ke??

Korang tak letih ke baca, aku yang menaip ni sakit otak flashback kehidupan aku!! Kalau ikutkan hati dan perasaan ni memang aku nak meroyan tapi bila fikir ada anak-anak yang perlu jagaan dan perhatian aku sebagai mak diaorang lagi sekali aku kensel niat tu.

Belum cerita bab khamis malam jumaat. Yang ni pun buat aku tersakiti. Aku sampaikan ada perasaan bila dia nak, dia datang. Masa tu la baru nak manja-manja.

Lepas hajat tercapai dah, settle. Tidur. Macam aku ni patung plak!!!! Malas nak ulas lebih kang kata aku aibkan pasangan aku.

Kasih sayang ni kena reflect secara berterusan bukan masa kau nak jer. Aku takde sentuhan kasih sayang. Ikutkan boleh jer aku meroyan sana sini, update status whatsapp, update kat soc med. Tapi aku tak buat.

Aku tak larat nak luahkan semua, sebab aku emosi bila terfikirkan semua tu. Aku penat sangat!!!! Belum cerita yang kantoi chat sana sini dengan betina.

Tapi aku pejam mata jer. Aku dah letih nak urus rumah tangga, aku letih nak gaduh pasal benda tu. Sibuk tengok pompuan lain, pas tu petik hadis nabi. Bab nafsu pandai layan, tanggungjawab aku rasa ntah cicir kat mana.

Sekarang siapa yang tawar hati sampai takde air mata nak dititiskan tapi lebih kepada genggan penumbuk walaupun buku lima ni tak besar mana?? Dulu menangis juga bila drive balik, tapi kesat air mata tak nak bagi orang lain tengok.

Bila kita ajak borak, sepatah-sepatah jawab. Pandang pun tidak. Remuk tau hati ni. Tapi kawal diri. Cuba untuk tidak melatah.

Lepas kantoi chit chat dengan perempuan yang manja, manis dan menyenangkan. Aku dah takde carikan stokin, carikan tie, carikan sapu tangan. Aku dah ada asingkan ikut bakul guna konsep 5S, pandailah cari sendiri.

Takkan sebab benda-benda macam ni aku selfish nak tuntut cerai??? Anak-anak 5 orang tu macam mana? Sebab aku tak boleh nafikan sumbangan suami hantar jemput anak balik sekolah.

Sumbangan dia sebagai bapa tu ada. Sikit pun, aku hargai. Kadang-kadang dia belikan makan, aku menjerit suka dalam hati!!siap ucap terima kasih bang, belikan sayang dengan anak-anak. Panggil anak-anak ucap terima kasih kat ayah. Ingat apa?

Tapi lepas baca confession suami pun ada perasaan tu aku dapat cahaya! Aku akan letakkan diri aku yang pertama! Aku nak kenal diri aku balik setelah hilang dalam tempoh 12 tahun.

Aku nak bercinta kembali dengan diri sendiri sebab aku cuba nak bercinta dengan suami sendiri tapi dia tutup rapat diri dia. Tak nak bagi aku peluang konon nak ke syurga sama-sama.

Takpe, dunia belum berakhir. Aku masih ada diri aku. Aku ada anak-anak yang banyak bantu aku, yang ada di sisi aku. Anak-anak yang gosok bahu aku bila aku down.

Aku nak didik anak-anak lelaki aku jadi imam yang terbaik dalam keluarga mereka. Semua anak aku hero. Aku nak didik mereka manusia yang ada empati, yang sayang kasihkan, hormat wanita supaya dapat kurangkan percentage wanita yang tersakiti, makan diri macam mak mereka.

So minggu ni aku upah ajela orang kemas rumah, cuci bilik air, bersihkan kipas, bersihkan laman (laman rumah pun aku gunting rumput tu dengan anak-anak). Aku dah cari servis lipat kain baju pakej gosok sekali. Aku nak berehat, aku nak recharge diri aku.

Bayarlah sikit upah pengasuh jaga anak-anak, aku nak pergi spa, hair salon manjakan diri aku. Nak pi beli skincare kat watsons, selama ni semua benda nak beli online. Aku nak pi makan ice cream baskin robbins dalam keadaan tenang.

Aku nak me time!!! Aku dah register untuk class zumba seminggu 3 kali. Class mengaji. Supaya aku dapat bergaul dengan masyarakat. Selama ni hidup aku gi kerja, balik rumah. Gi kerja balik rumah!

Sekian, terima kasih luahan hati isteri yang hampir tawar hati tapi ada keinginan untuk baiki dan rawat hati yang lara.

Assalamualaikum…

– Senah Camillie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *