Fikir Perasaan Sendiri, Tapi Tak Fikir Perasaan Orang Lain II

Untuk part I, (https://iiumc.com/fikir-perasaan-sendiri-tapi-tak-fikir-perasaan-orang-lain/).

Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan moral anda semua. Masa menaip confession pertama hari tu memang dalam keadaan emosi yang cedera. Rasa nak menjerit sekuat hati bila baca confession suami yang terluka tak dilayan seperti raja tu. Tak tahulah suami siapakan?

Tapi memang terkesan dengan confession tu sebab dah lama sangat menahan diri. Sekarang aku berada dalam keadaan stabil dan alhamdulillah lega dapat meluahkan rasa di hati, maknanya aku tidak keseorangan hadap benda yang sama berulang-ulang setiap hari.

Cuma orang lain takde channel nak bercerita jer dan kita tidak tahu masalah keluarga lain.

Jadi dada sesak, sempit sukar bernafas!!! Sebab terlalu lama menahan rasa. Selama ni aku simpan je sendiri. Susah nak handle manusia yang ignorance ni, siapa yang hadap dia tau lah macam mana.

Last lebih kurang 7 tahun lepas kot aku luahkan rasa hati depan kaunselor. Ye, kami ada refer kaunselor keluarga. Namun, takde jalan penyelesaian dan selepas insiden tu aku malas dah nak buang masa dan tenaga refer kaunselor sebab takkan berjaya kalau aku sorang jer yang beria.

So aku malas nak semak kepala otak, malas nak serabut. Aku teruskan kehidupan.

Cuma nak share proses self-healing yang puan-puan cadangkan tu memang menjadi!!! Alhamdulillah, rasa ringan satu badan. Betul, sungguh tak tipu!!! Rasa beban yang berat selama ni aku tanggung, sangat berat bagi aku sandang di bahu ni dan aku lepaskan perlahan-lahan.

Rasa badan ringan, rasa nampak cahaya yang sebelum ni aku rasa suram!!! Walaupun ada yang kata aku bodoh sebab ambil masa terlalu lama untuk bertindak!!! Thanks kepada confession melalut suami nakkan belaian kasih sayang isteri tu. Buat aku berani luahkan rasa yang terbuku di hati!!

Aku pergi beli bunga sejambak bunga rose merah bawa balik,hadiahkan untuk diri sendiri. Suami tanya siapa belikan? Dia tak tahu aku beli sendiri! Kah!!

Bagi menjawab persoalan kenapa aku tak merancang? Aku merancang, lepas beranak anak sulung, aku pakai implano. Lepas setahun setengah guna implano bleeding teruk selama 2 bulan setengah , suami merungut!

Bila refer balik ke LPPKN tambah plak makan pil perancang nak kasi hormone tu balance katanya. Lepas 2 tahun aku removed implano tu. Serik!! Dah laa kena bayar, RM100 tak silap untuk keluarkan implano tu.

Tak masal dah berparut lengan bawah ni ada kesan keluarkan implano tu. Suami aku cakap tak yah guna apa-apa perancang, menyusahkan kata dia!!! Aku amek suntikan depo perancang setiap 3 bulan tanpa consent suami. Badan aku, bukan badan dia.

Tak lama lepas tu, anak sulung umur 3 tahun dah dapat adik. Alhamdulillah, masa ni keluarga kami aman dan bahagia lagi walaupun sedikit busy dari biasa. Suami masih membantu urusan rumah tangga. Rajin membantu.

Aku uruskan anak-anak, suami masih gosok baju sendiri, baju aku, tudung pon dia bantu ironkan sebab aku struggle uruskan anak-anak.

Kami bahagikan kerja rumah. Kami sama-sama hantar anak ke taska.

Awal perkahwinan kami, suami banyak membantu urusan rumah tangga. Manis lagi masa ni, semua buat sama-sama. Beli barang dapur kongsi, barang keperluan anak-anak, masih ke pasar bersama. Memasak bersama. Senang cerita semua housework kami buat sama-sama.

Masa anak kedua ni aku akui memang kami struggle. Selain campur tangan pihak ketiga(mentua), aku sendiri dah kelam kabut dengan keluarga tapi masih terkawal lagi. Aku dinaikkan pangkat, alhamdulillah rezeki anak-anak. Dari segi kewangan rasa bernafas sikit.

Bila naik pangkat tanggungjawab di tempat kerja bertambah. Aku pulun buat kerja tak nak bagi ada kerja tertangguh sampai waktu rehat pun aku buat kerja sebab aku tahu kalau bawa balik rumah memang tak boleh nak selesaikan. Anak-anak aku kecik-kecik lagi!!! So aku takde masa nak fikir sangat hal bukan-bukan.

Suami yang pada mulanya understanding dan banyak membantu aku semakin lama semakin perlahan-lahan berubah!! Mak mentua aku depan aku pun dia bising kenapa suami yang kena hebohkan anak-anak?

Kenapa suami aku yang kena uruskan anak-anak? Semua benda dia pertikaikan kata sekarang aku dah besar kepala sebab dah berpangkat jadikan anak dia kuli.

Itu antara punca yang menyumbang lelaki aku perlahan-lahan tolak kerja rumah dekat aku. Masa ni suami masih lagi ada tolak ansur, kami masih berkongsi tanggung belanja rumah. Celah mana aku besar kepala ntah!!

Suami aku yang dulu bertolak ansur, ada toleransi dah mula cari pasal dengan aku. Mula mempertikaikan segala benda. Aku malas nak gaduh, malas nak stresskan diri aku dan aku tanak stresskan suami aku. Aku nak kekal harmoni. Aku jarang bertekak, sekali sekala aku menjawab.

Aku tak suka gaduh depan anak-anak. Aku tak nak anak-anak takut dengan ayah dia sendiri dan trauma bila mak ayah bergaduh. Sebab aku tau budak-budak dia akan ingat apa yang berlaku. So aku tak nak rosakkan minda anak aku dengan perkara negatif. Aku nak mereka hormat dan sayangkan ayah mereka.

Aku akui, aku pun ada khilaf. Aku tak sempurna. Ada masa aku penat, aku perlukan sokongan daripada suami aku. Aku cuba cakap elok-elok. Aku tarik nafas perlahan-lahan, aku kawal diri aku, kawal air muka aku. Sebab aku tau bila keadaan tegang salah sorang kena mengalah.

Dan yang akan mengalah itu adalah aku. Dan walaupun aku dah cuba sehabis baik, yang salah tetap aku sebab aku wanita. Orang selalu kata wanita yang sukar kawal emosi, wanita yang complicated, wanita yang sukar buat keputusan.

Wanita juga yang sentiasa betul. Dah aku berdosa sebab aku wanita?? Aku rasa aku dah beralah sebaik mungkin.

Bila aku luahkan rasa, aku cari masa yang sesuai. Aku tak sergah, aku tak tanya masa dia penat balik kerja. Sebab aku pun letih. Aku cari masa dia rehat, dia dah bertenang. Aku tanya. Kenapa dia layan aku dingin?

Dia cakap aku nak apa? Anak dah dua. Aku cakap aku nak kasih sayang suami. Kenapa asyik marah-marah? Aku terasa hati. Dia cakap, kita dah kawen dah pun. Nak apa lagi? Bila dia cakap macam tu, aku rasa sedih.

Kenapa dengan orang lain, dia berubah watak? Apa dendam dia pada aku? Terus terangkan senang? Aku boleh baiki diri aku. Ini tidak, ignore je aku. Ingat aku takde hati dan perasaan ke?

Tiap kali selepas suami suarakan tak puas hati, mesti dia keluar rumah. Dia suka marah-marah, lepaskan dekat aku. Stress dengan kerja, aku jadi mangsa. Orang potong queue kereta, dia maki aku. Hidup menyusahkan orang!!! Buat sendiri tak boleh ke? Kenapa nak dia kena ada???

Macam tu lah lebih kurang cakap dia! Jari dia tersepit pintu kereta, aku yang kena marah! Cari barang tak jumpa, walhal depan mata pun aku kene marah!

Ada jer yang tak kena, kata aku kuat menjawab, kuat melawan. Walhal aku takde tinggi suara, aku clarify things pun salah??? Aku just cakap, bang screwdriver ada tu dalam toolbox. Cuba tengok betul-betul. Tu pon aku kena marah!!

Dia dah mula complaint kenapa aku tak cuci pinggan mangkuk kat sinki. Aku bagitau tunggu aku settlekan anak-anak. Dah tenang nanti, aku buat. Then aku tanya kenapa dia tanak assist aku lagi buat kerja rumah? Dia takkan jawab, tapi dia complaint la sana sini. Rumah bersepah.

Kain baju tak berlipat. Aku minta ihsan dia bantu aku, sama-sama kita buat sebab aku tak berdaya nak buat sorang-sorang. Aku makan pun sambil suap anak. Dah takde masa nak kunyah 44 kali.

Dia cakap aku tak faham dia, dia tengah pening kepala nak buat itu ini. Dia dah mula naik angin. Kadang dia balik rumah mak dia tanpa bawa kami anak-beranak.

Sebab dia nak bersendiri, katanya. Pening kepala, serabut duduk rumah kata dia!! Aku tau mak dia yang suruh, bila gaduh dengan bini kau balik rumah mak. Aku tahu. Rumah aku ada cctv, depan belakang ada cctv sebab kalau suami bising aku duduk rumah goyang kaki, ni bukti aku duduk rumah bukan saje-saje.

Kadang mak dia datang lepak rumah aku, so memang sengaja aku pasang cctv, supaya aku boleh pantau aktiviti bawang diaorg anak beranak. Tapi aku malas nak confront sebab aku dah cuba slowtalk dengan mak mentua, lagi teruk dia kenakan aku. Takkan aku nak maki orang tua??

Minta maaf tu bukan aku. So aku malas nak stress. Pada aku cukuplah aku suarakan dua tiga kali kalau benda tu tak mendatangkan hasil, aku malas nak layan. Sebab aku dah tau apa outcome. Aku yang salah!! Kalau penat berhenti kerja kata dia! Sedap jer suruh kita berhenti kerja!!!

Kita yang ada gaji sendiri ni pun kene buli. Inikan sandang jawatan suri rumah sepenuh masa! Nasib aku tak termakan dengan kata-kata dia. Kalau tak tak tahulah jadi apa nasib aku. Duduk bawah jambatan kot!

Benda ni antara sebab hubungan kami renggang. Lama -kelamaan dah jadi rutin tanpa disedari makin lama, makin jauh. Kalau satu pihak aje jer beria nak selesaikan masalah tapi orang lain keje point finger kat aku, aku malas!!

Cukuplah!! The ideal way to release the negative emotions distress, sorrow and sadness – staying silent……

Bila hati aku sedih, hati aku terluka, aku rawat diri sendiri. Cepat-cepat kesat air mata, amek wuduk solat sunat taubat. Buat sampai aku puas, aku doa merintih padaNya untuk berikan aku kekuatan, tabahkan hati aku hadapi ujian kecil ini. Aku tahu aku tak layak ke syurga tapi aku takut ke neraka.

Aku takut dan aku tahu kaki aku dah sebelah ke neraka!! Itu yang aku buat bila hati aku hiba sedih. Aku dengar alunan zikir-zikir kat u tube.

Aku dengar syarahan agama ustaz-ustazah. Amalan ini yang selamatkan aku dari terus hanyut benci kepada suami sendiri.

….…………… (*-*)

Satu hari dia bagitahu aku dia sambung belajar pjj amek degree masa kami anak dua. Selama ni kalau apa-apa dia bincang dulu dengan aku, tapi kali ni tidak.

Kalau dulu rajin pillow talk. Tapi itu dulu! Sebab mak dia kata kena setaraf dengan bini kau! Kalau tak, ko jadi kuli bini kau!! Kalau tak suka duduk rumah hadap muka bini tu, keluar rumah jumpa kawan-kawan. Kata mak dia.

Bermulalah episod duka keluarga kami. Mak dia kalau datang rumah aku suka sound aku tepet, suka marah, membebel kata aku hambakan anak lelaki dia. Kenapa bontot anak, laki kau yang kena basuh??? Kenapa kain baju, laki kau yang kena uruskan? Semua mak mentua pertikaikan.

Benda-benda macam ni yang buat hubungan kami suami isteri hambar. Kalau dah tiap-tiap kali mak dia call dia racunkan bini kau macam tu, bini kau macam ni. Jangan dengar cakap bini, bini ko pemalas! Aku tanya suami aku, kenapa perlu ikut cakap mak kalau benda tu tak betul?

Keluarga kita, kita yang uruskan. Bukan mak tau segala benda, melainkan suami aku yang suka repot macam-macam kat mak dia. Aku tak tahu apa yang mentua brainwash suami aku sampai aku balik kampung dia, keluarga dia tak mesra lagi dengan aku.

AKu pasrah. Dan masih berjuang untuk keluarga kami. Biarlah…

Kewangan semakin sempit bila masuk anak ketiga. Sejak suami sambung belajar pjj ni dia dah kurang menyumbang bab kewangan untuk keluarga ni. Nak plak dia dah beli rumah. Anak kedua umur setahun dah dapat adik. Kalau nak hantar taska sorang RM450-RM500 sebulan, belum termasuk yuran tahunan.

Tu tak termasuk belanja keperluan lain, pampers, susu, pakaian recycled jer daripada abang-abang yang dah besar. Sebab tu aku latih anak-anak aku tak pakai pampers seawal usia 2 tahun.Dah pandai makan aku kurangkan susu formula. Langkah aku berjimat.

Walaupun gaji aku besar, tapi aku banyak komitmen. Aku beli kereta sendiri sebab mudah pergerakan aku nak ke tempat kerja atau ada meeting luar. Suami masih uruskan hal anak-anak, alhamdulillah.

Faham ajelaaa, orang yang dah berkeluarga tahulah macam mana expenses yang kita belanja tiap bulan, gaji yang ada tu cukup-cukup makan jer, dapat laa menyimpan sikit.

Bantu suami kaedahnya. Kot kereta rosak ke, kecemasan yang lain-lain ke. Jujurnya aku tak berkira sangat dengan suami asalkan dia sayang pada aku. Tapi…..

Sejak suami belajar pjj, setiap bulan dia ada class sabtu ahad dua kali. Dan dia sangat busy dengan tugasan assignment. Kadang-kadang study group, nak buat video laa. Kena buat research la. So aku faham. Aku korbankan diri aku, aku korbankan wang ringgit bantu bayar yuran, bantu belanja rumah dan lain-lain.

Bil ulititi memang suami aku uruskan. Cukai taksiran, cukai iwk, cukai tanah dia minta aku settelekan sebab dia dah bayar rumah. Sebab tu dia dah tak nak share belanja rumah. Kata dia dah bayar duit rumah.

Aku uruskan anak-anak. Aku tanak ganggu proses belajar suami. Suci hati aku bantu dia demi kejayaan yang diidamkan. Biasalah laki bini. Bila pasangan kita sesak, mesti kita bantu, tak banyak sikit. Aku asyik fikir orang lain.

Lagi satu sem nak graduate, suami balas pengorbanan aku dengan cumi-cumi rakan sekelas dia. Patutlaaa dua tiga tahun sebelum tu dah pandai letak fingerlock kat hp, kata nanti anak main hp dia. Kantoi masa aku tolong buatkan assignment guna laptop dia ada chat apps yang dia tak logout.

Rezeki aku. Ni aku malas nak cerita sangat. Tapi masa kantoi tu, aku malas nak serabut kepala. Sebab kepala aku memang serabut, aku letak syarat nak berbaik dengan aku kena jumpa kaunselor keluarga. Pedih betul rasa hati masa tu.

Masa ni aku sangat terkejut dengan confession suami aku. Tak sangka benda tu keluar dari mulut dia. Alasan dia depan kaunselor dia bercumi-cumi(berskandal) dengan rakan sekelas sebab aku tak layan dia, aku pemalas, aku serabai , rumah bersepah, aku tak jaga makan minum dia, aku tak gosok baju dia.

Cakap kasar dengan dia. Aku terkesima gais! Aku terkejut tau masa tu!!! Sangat terkejut, sebab aku ingat dia okey! Remuk hati aku kalau nak ikutkan. Sebab aku terkontang kanting, bantu dia. Macam mana aku nak fokus layan dia, anak-anak aku kecik lagi, aku kata nak ambil perancang tak bagi lepas tu tak nak bagi kerjasama rancang sendiri.

(Faham sendiri la-sebab tu aku tak dapatkan consent dia untuk amek juga suntikan perancang tiap 3 bulan, diam-diam sudah tapi aku mengandung juga) Aku nak layan diri sendiri pun tak terdaya, nak belek muka kat cermin pun tak sempat. Tudung memang guna tudung sarung jer, senang.

Aku jawab tohmahan dia celah mana yang aku tak masak, aku tak iron baju dia, dia nak aktiviti khamis malam jumaat aku sentiasa berkhidmat?

Assignment dia satu subjek ada 2 paperwork aku tolong buat. Apa lagi yang tak betul, cakap terus terang dengan aku, bukan curang dengan betina lain belakang aku di saat aku sibuk menguruskan rumah tangga!!!

Aku marah sangat masa tu!! Pada aku itu alasan dia untuk menggatal!! Dia dah hilang arah dalam perkahwinan, dia dah lupa janji kami masa mula berkahwin dulu, masa dia terima akadnya.

Dia lupa semua tu sebab kejarkan keseronokkan duniawi!!!! Seronok bila perempuan manja-manjah, layan makan sama-sama bergedik-gedik bertukar-tukar fikiran sama-sama.

Bila kasih beralih arah kepada orang lain, memang akan nampak semua salah aku, semua yang buruk aku! Berbaloi kalau nak ada makwe lain kalau layanan kat aku tu first class!!! Takde aku patah hati!

Kalau suami tersakiti, suami penat, kami isteri pun sama penat!! Tak boleh ke kita sama-sama comfort each other??? Kenapa sendiri create gap??? Kenapa tak suka aku make up? Berlekcu merah sedangkan cumi-cumi dia berpakaian ketat, make up, lekcu merah??? Bila aku melawa sikit, dia persoalkan.

Bila aku merajuk aku pujuk diri sendiri, tak asing tempat tidur. Kalau dia marah aku, dia tidur bilik asing, tak sama dengan aku. Rupanya dah ada wanita lain dihatinya. Aku hanya menyandang jawatan bibik sepenuh masa. Hak tuih!!!! Cumi-cumi dapat rantai emas gais. Aku wife halal dia dapat apa??? Telur asin aje lah!!!

Kaunselor manjang suruh aku bersabar, fikir anak-anak!!! sabar puan, sabar puan!!! Masalah puan ni tak besar mana pun! Tu kata kaunselor tu! Slumber yaya jer ek? Aku jawab kalau aku tak fikir anak-anak memang aku ambik pisau aku tikam dua-dua ekor tu. Dengan-dengan tuan kang saya tikam!!

Marah aku dekat kaunselor!! (Ni datang emosi giler aku!!! tak pernah aku cakap kasar dengan manusia lain lagi, tapi hati aku pedih!!) Tuan kata macam ni macam orang takde akal plak, kalau tuan ada kat tempat saya, isteri tuan bermesej lucah dengan lelaki lain, tuan buat apa????

bersabar sampai mati ke macam mana??? tau terdiam! Kenapa masa dia buat curang dia sendiri tak fikir anak isteri? Kenapa pentingkan diri? Suami aku curang, tapi alasan dia salah aku???? Aku sakit hati sebab kaunselor lagi tambahkan sakit hati aku.

Aku malas nak cerita lanjut sebab insiden ni amat memeritkan untuk dikenang dan selepas tu kami berpisah talak satu. Masa ni aku jijik dengan laki sendiri, aku minta pisah cara baik. Bagi aku healing, kalau ada jodoh adalah!! Stresslah nak citer proses tu menyakitkan hati je!!!

Hari dia lafazkan cerai balik dari mahkamah aku menangis dengan anak-anak. Masa ni memang sedih sangat!! Anak-anak aku kecik lagi 7 hingga ke 3 tahun.

Anak tanya kenapa ayah bawa beg keluar rumah, pergi keje ke? Sedih tau dak…. aku menetap di rumah tu dengan anak-anak. Laki aku yang ceraikan aku, dia lah keluar!

Tapi aku tak sedih lama-lama. Sebab aku busy. Aku tebus sedih, aku further study master, sibukkan diri aku. Doa orang yang teraniaya, alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.

Aku beli rumah sendiri, if any aku ada tempat berteduh. Rumah subsale. Jadilah. Sekarang rumah tu aku sewakan, adalah income pasif sikit.

Pengasuh anak aku memang tersangat baik, anak-anak aku semua hantar kat dia hingga sekarang, jenis tak berkira sebab aku pun tak berkira dengan dia. Dia belum ada rezeki anak. So dia tatang anak-anak aku macam anak-anak sendiri. Demi menjaga hubungan kami, lauk pauk aku belikan.

Reward aku bagi sebagai salah satu cara aku hargai dia sebab asbab Allah hadirkan insan yang baik banyak bantu aku, tak berkira. Sangat banyak bantuan dia berikan pada aku.

Alhamdulillah syukur aku tak dapat nak balas budi baik pengasuh ni. Pengasuh offer jemput anak yang sulung balik sekolah. Dia mengasuh anak-anak aku jer. Aku kasi yuran tambahan jemput anak balik sekolah. Ini cara aku nak raikan kebaikan pengasuh ni.

Tahun 2019 kami cerai, kami nikah balik tahun 2021. Nikah balik kat pejabat agama. Masa tu kena beratur amek nombor kalau nak nikah. PKP3.0 rasanya tapi dah longgar sikit. Kami berbaik kononnya sebabkan anak-anak. Dia rindukan anak-anak. Hubungan anak-anak dan suami aku tak putuskan.

Selalu video call, so anak-anak tak rasa terpisah dengan bapak diaorang. PKP 1.0 start Mac 2020 kan, pas tu PKP 2.0 Korang nak kata Senah bongok ke apa, katalah!! Malas nak ulang proses nak kenal-kenal. Janda anak tiga ni belum tentu lelaki lain dapat terima anak-anak kita.

Kot keluar mulut harimau, masuk mulut dragon lagi mendapat! Malas nak layan benda-benda macam tu dalam hidup. Letih!!!. So aku terima je pinangan kali kedua dia dengan beberapa syarat. Aku pun ada impian nak baiki kesilapan yang lalu.

At least aku dah kenal ragam dia. Syarat aku sayang diri aku seadanya, sama-sama kita uruskan rumahtangga tanpa campur tangan orang luar dan tolong berubah demi keharmonian rumah tangga sendiri.

Mencabarnya jadi janda anak tiga. Ni pun aku stress nak cite. Tapi lelaki memang gatal! Kita dah elok bertudung litup tutup habis pon kena sexual harassment. Tudung labuh, pakai handsock, pakai setukin. Tu signal tau jangan ganggu saya. Tapi dah nama lelaki ni, lagi dia suka mengacau!

Hidup dalam tohmahan orang. Susah rupanya jadi kak J. Laki-laki orang yang selalu ajak keluar, kata nak belanja makan. Sebenarnya lebih kepada nak ambik kesempatan. Aku tak pernah terima pelawaan jantan gatal ni. Mesej pun aku tak layan. Tapi tetap menggatal!!! Yang bujang-bujang ni baik je perangai.

Takde gatal macam yang dah kawen ni. Reti hormat kita lagi. Kasi bunga, kasi coklat. Tohmahan orang kat ofis, jangan katalah. Akak-akak yang berlaki ni keje ngumpat aku. Kata aku bercerai sebab tak pandai jaga suami, tak pandai layan suami.

Aku dah ada kekasih lain. Ntah macam mana orang tahu aku dah sendiri tak bersuami, aku pun tak pasti. Aku diam jer, update dekat HR ajelaaa. Sampai ada yang datang serang aku kat ofis. Tuduh aku goda laki dia. Nasib aku simpan chat suami diaorang yang menggatal.

Yang gatal ni dah tua-tua tau pangkat bapak kat aku. Siap tanya suka duduk bawah ke atas? Aku tunjuk semua bukti pun menjerit lagi, aku buat jer repot polis. Malas nak layan!!! Aku kurang stress bila start work from home. Tenang sikit!!

Ayah kepada anak-anak aku ni cemburu orangnya, dia jadi tak tentu arah bila ada kawan kita orang yang sama belajar diploma dulu cuba nak tackle aku jadi bini kedua. Mana dia tau???

Salah dia sendiri lah bila declare kat socmed yang dia dah single, memang orang tau lah aku dah sendiri.Tau gelabah!! Dia mengorat aku balik. Order barang dapur, order hadiah. Kasi aku duit. Dalam hati aku pandai lak dia??

Aku tak fikir panjang sebab aku rimas diganggu lelaki gatal, aku terima sebab aku yakin dia dah berubah! Kami sama-sama akan berubah.

Lagipun anak-anak aku masih kecik. Alhamdulillah masa ni hubungan kami suami isteri makin baik. Bahagia. Syukur sangat!

Tahun 2022 aku beranak anak bongsu, kami dapat kembar. Laki aku dapat naik pangkat. Rezeki anak, alhamdulilllah. Aku masih ambil suntikan perancang tapi Allah Maha Kaya, lepas setahun aku mengandung kembar. Aku terima ajelaa rezeki Allah. Siapa aku nak menidakkan??

Kuharapkan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Bila dah ada anak ramai, again suami aku kerasukan kali kedua. Mula buat perangai. Agaknya dia letih kot, jadi bapak! Mentally drained wannabe. Agaknya lah!Itu yang berlaku masa confession yang pertama.

Ikutkan aku pun letih tapi itulah kehidupan yang perlu kita hadap. Dah nama kehidupan. Ingat senang ke mak ayah nak besarkan anak-anak??? Pada aku komunikasi tu sangat penting.

So korang tanya napa tak hired maid kan? Bukan tak ambik bibik, dah 3 bibik aku hired. Berabis Rm6k hingga ke rm9k. Pening tau hired bibik ni, bila ditegur meroyan, suka bergayut, keje 6 bulan lari. Dah ada kawan, keje main-main, selalu minta cuti. Laki aku tak suka maid ni masak, iron baju dia.

Dia tak suka ada orang asing dalam rumah. Tak selesa kata dia. Pernah sorang maid lari dari rumah lepas 6 bukan kerja tinggal anak -anak kat rumah tanpa pengawasan orang dewasa, nasib ada cctv nampak bibik bawa beg lari. Ingat dia pi sidai kain!! Kawan dah tunggu depan rumah, nasib tak bawa lari anak-anak aku sekali!!!

Macam lipas kudung aku balik rumah! Nasib ada jiran terdekat yang boleh tengokkan anak-anak. Nak tunggu maid gantian lama lak tu 9 bulan dah la kena penalti.

Semua tu doit!! So tugas memasak, iron baju suami aku yang buat, lain maid yang uruskan. Betul, kurang beban bila ada bantuan daripada maid. Tapi maid aku lari!!!!!!

Korang tanyakan kenapa aku tak minta duit laki? Kenapa tak abiskan duit laki sendiri??? Kalaulah semudah ABC.

Pasal duit belanja tu, bukan tak minta. Minta tapi manusia ignorance ni lama-lama malas dah nak mengemis. Dia akan kata, i izinkan you kerja, tanpa izin i, you tak boleh kerja tau. So you ada gaji gunakanlah, bukan takde duit. Guna duit you dulu pun apa salahnya??? Lebih kurang macam tu lah bunyi dia.

Kalau dulu masa mula nikah kali kedua sayang,sayang lagi. Ni dia dah naik pangkat kena guna I, YOU. Kah kah kah!!! Start ada anak kembo perangai kena rasuk mai balik!

Pakai duit you dulu nanti i ganti. Bila kita tuntut dia akan kata belanja makanan pun nak berkira. Kalau nak tunggu dia beli, kena tengok mood. Tapi selalunya jarang nak belikan kalau kita kirim. Bab minta tolong kemas rumah sama-sama ke, tukar bulb rosak ke, semua benda kena tengok mood member gak.

Kalau mood tak cantik, memang dia keras kejung takkan usik, takkan buat. Tu kata, jangan kata perempuan complicated, perempuan suka moody. Aku kalau ikutkan perasaan boleh je buat ragam macam tu, tapi tu bukan aku.

Sebab nanti aku tunjukkan contoh teladan yang tak baik kat anak-anak. Diaorang ni ingat tau setiap perkara yang kita buat. Nak buat kerja asal boleh jer, kena ikut mood dia jer. Abih mood aku dia tak pernah fikir???

Duit belanja tu dah penat minta. Bukan dia tak tahu, tanggungjawab tapi lebih kepada ignorance. Kalau nak tunggu dia punya duit memang tak makan kami anak beranak. Pernah aku mogok tak beli apa, memang tak berasap dapur kerja makan luar keras belanjanya. Masak apa yang ada, masak bubur hari-hari.

Anak-anak tak memilih makan. Dah ajar anak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Suami pulak buat muka, tak puas hati. Bila anak dalam proses membesar ni kita jadi tak sampai hati, sebab utama membeli barang keperluan dapur tu pun satu terapi kepada aku.

Aku dapat habiskan masa dengan anak-anak. Bonding. Masak yang simple je, nasi ayam guna periuk nasi, sekali harung jer masak. Bukan nak ungkit tapi nak cerita.

Dia akan ungkit rumah dia bayar, kereta dia bayar, bil utiliti dia settle, takkan aku nak berkira semua benda? Aku pun bayar ansuran kereta sendiri. Aku pun ada bayar ansuran rumah sebagai security incase if anything happen aku ada plan B.

Takaful hibah nama suami pun aku komit. Medical card anak beranak. Kot warded senang aku nak asuh.

Ntah laaa, agaknya laki aku ni ada simptom andropause kot. Patut aku dulu menopause daripada dia. Awal lagi kot nak ke arah pause, pause ni.

Anak-anak aku dah latih bantu ringankan kerja aku. Tapi tak 100% laaa.

Diaorang buat pun ikut level bebudak la, aku gotong royong ajar anak buat kerja sama-sama, bila aku iron baju minta yang sulung assist adik susun buku ikut jadual sekolah, buat kerja sekolah sama-sama, lipat/gantung baju,

Tolong cuci bilik air, kemas dapur, angkat pinggan cawan lepas makan ke sinki, tolong cuci sama-sama, ajar diaorang jangan berebut, semua aktiviti dalam dan luar rumah kami buat sama-sama ikut kemampuan masing-masing.

Malam mengaji iqra sama-sama. Buat kerja sekolah sama-sama. Aku dah terapkan nilai disiplin pada anak-anak. Tapi biasalah budak-budak!

Ini luahan hati aku, cerita hidup aku, aku yang hadap aku yang tempuh. Korang nak judge aku itu ini ke terpulang, nak kata aku bodoh ke, manjakan laki ke, ikutlah. Benda dah jadi. Dah jadi history hidup aku.

Aku tak leh undur ke belakang, aku kena move on. Kalau tak dah jadi cite hidup orang lain, bukan jalan cerita hidup Senah!!! Aku hargai pandangan dan komen korang. Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang, dan sekarang ni aku sedang belajar merawat diri aku, kenal diri aku lebih mendalam.

Aku tak dapat nak ceritakan terlalu details sebab masa aku menaip ni spontan. Aku meluahkan isi hati aku, yang aku hadap selama ni.

Supaya ada orang sudi LISTEN sebab spouse aku tak hingin nak dengar rintihan hati aku. Aku tahu, ramai isteri yang makan diri macam aku, cuma jalan cerita kita berbeza. Aku bukan seorang yang suka membentak-bentak marahkan suami, tengking suami, arahkan suami aku itu ini.

Diri aku nama Senah, aku prefer minta tolong daripada insan yang aku perlukan, insan yang aku harapkan, insan tu suami aku. Aku harapkan dia ada empati pada diri aku. Itu sahaja. Aku bercerita supaya jadikan pengajaran untuk semua dan bukan untuk bermegah kisah hidup aku sebagai isteri tersakiti.

Just meluahkan rasa diri ini yang serba serbi kekurangan. Aku kurang kasih sayang seorang suami. Aku harapkan ihsan suami aku. Aku isteri yang sanggup bersusah payah demi dia, isteri yang jerih mengandungkan dan melahirkan zuriat dia. Itu sahaja.

Kiranya suami dah tiada hati padaku, ku serahkan segalanya pada dia buat keputusan. Biarlah kata aku bodoh, biar dia yang leraikan ikatan ini bukan aku.

Biar dia yang perlu jawab kepada anak-anak. Aku dah buat yang terbaik. Mengemis kasih sayang suami. Minta, yang please love me yang. Please! Dia kata aku buang tebiat.

Bila aku mula bercinta dengan diri sendiri baru seminggu dia dah tanya, kenapa you dah tak masak dinner? Kenapa tak buang sampah???

Kenapa baju i you tak cuci, tak iron???? Awal pagi dia tak sempat tanya mana stokin i, aku dah keluar awal.aku mesej jer bagitau dah keluar pi keja.

Baru seminggu dia dah perasan. Kaedahnya dapatan aku, dia beli stokin baru. Balik tadi aku nampak pakaian kerja dia berpasang-pasang bergantung dah siap iron dari dobi barangkali sebab ada ketip resit.

Orang lihat keluarga kami normal, bahagia. Tapi orang tak tahu cerita sebenarnya dan mungkin wanita yang jatuh hati padanya lihat hidup dia stabil dan terurus dan ada sifat kebapaan. Iyalah anak 5. Perempuan sukalah kan nilai murni gitu. Tapi depa tak tau yang menahan pedihnya macam mana.

Bagi yang mengejek kata baik berhenti kerja kalau keje complaint,yang bangang, bangang kan orang tu terima kasih! Isteri cakaplah macam mana pun, kami tetap yang salah. Kata kami ajelah yang betul. Terpaling maksum tu suami. Syurga kat kaki suami katanya.

Celah mana pun tak tahu, kalau tanggungjawab nafkah pun culas, serah kat bahu isteri then kata siapa yang suruh tanggung??? Abih tu kalau nak minta kat suami, semua benda dia kata tak payah. Nak tunggu duit jatuh dari langit ke??? Minta duit kat keluarga dia kang kene kecam!

Aku tak pukul rata semua lelaki macam tu, tapi cerita kat sini jodoh aku macam tu. Setakat ni dia adalah jodoh aku. Tak tahu masa akan datang. Aku sedang recharge tenaga untuk hadam semua benda.

Sesungguhnya penceraian itu bukan satu perkara yang mudah. Banyak benda kena kaji. Walaupun jodoh aku abaikan aku anak beranak, itu yang aku rasa tapi aku masih memerlukan dia dalam hidup aku. Aku perlukan lelaki dalam kehidupan aku.

Susah nak explain, tapi aku masih perlukan dia dalam hidup aku. Bayang-bayang pun jadilah. Aku tak mampu uruskan sendiri, macam aku kata sebelum ni tak banyak, sedikit dia bantu aku walaupun ikut mood dia.

Nak tolong ke tak tolong, nak bagi ke tak bagi aku tak boleh nafikan sumbangan dia. Ringan sikit beban aku, kalau aku sendiri memang terkontang kanting seorang diri. Siapa yang nak bantu aku uruskan anak-anak dalam kehidupan harian.

Siapa yang faham, fahamlah. Kalau dia tak perlukan aku, biarlah dia yang memulakan. Aku fokus untuk diri sendiri dan bersiap siaga jika berlaku sebarang kemungkinan.Katakanlah aku bodoh, aku bangang, ke apa!!

Yang nak hadap benda ni aku bukan orang yang kata tu. Aku perlu pastikan tempat ku berpaut teguh, perlu pastikan sayap ku kukuh untuk ku terbang tinggi. Sedihlah…. :(

Update :

Orang kat ofis tegur aku nampak glowing. Ni baru mukadimah gais. Memang aku seronok bercinta dengan diri sendiri. Aku dah start sayangkan diri aku. Memang totally deliciously in love with myself gais!!!!! Pagi aku sediakan american breakfast.

Sebab dah terbiasa makan pagi kat rumah dengan anak-anak yang bersekolah. Anak-anak aku semua morning person. Senang bangun, senang nak uruskan dah besar memasing.

Yang kecik dua orang tu aku yang hantar ke rumah pengasuh. Kalau nak solat pun tak ganggu, anak-anak behave alhamdulillah.

Lunch aku belanja makan sama dengan staf. Diaorang pun terkejut, sebab selalu aku makan bekal. Lama tak keluar lunch jadi macam orang dari zaman dinosaur plak. Hahahah!!

Hari Jumaat biasa aku masak lebih bawa ke opis jamu staff. Dia orang dah melawak, Jumaat depan takde dah rasa air tangan aku. Huhu…

Balik kerja aku dah roger pengasuh balik lambat aku bayar ot. Nak me time! Aku jujur jer. Dan setiap kali aku keluar bekerja aku salam suami. Dan bila aku keluar ke mana-mana aku update. Dia tanya kenapa balik lewat sebab selalu dah ada kat rumah?? Anak-anak bawa sekali ke???

Aku cakap aku teringin nak jalan sendiri, alone. Seronok gais jalan makan angin (tapi hati teringat dekat anak-anak). Tenang je aku dapat pilih kasut, pilih handbag.

Selalu beli online jer. Perghhh! Pengasuh call bagitahu suami dah ambil anak-anak. Senang kerja aku, boleh balik rumah terus. Sampai rumah anak-anak dah siap makan.

Last weekend aku gi tengok wayang. Aku bagitau suami, aku nak minta izin tengok wayang. Dia kata tengok dengan siapa. Aku jawab nak tengok sensorang, teringin. Dia kata kenapa tak ajak dia? Aku cakap dia tinggal jaga anak. Kenapa gi sorang? Kenapa tak bawa anak?

Aku cakap nak tengok cerita dewasa tak sesuai bawa anak-anak. Then dia offer hantar anak kat pengasuh. Aku cakap, aku minta izin nak gi tengok wayang seorang diri, aku nak sendirian.

Dia cakap akan dapat approval kalau dia ikut sekali anak hantar rumah pengasuh! So anak-anak hantar rumah pengasuh, kami berdua gi tengok wayang. Tapi aku rasa janggal!! Sebab dah lama aku sendiri tiba dia ikut. Dalam kereta sebab anak-anak takde kami diamkan diri.

Cakap benda penting contoh nak tengok cerita apa, makan kat mana. Ha macam tulah. Jadi pelik sangat!!!! Dia pegang tangan aku, tapi aku rasa tak selesa.

Aku pi tengok cite Megan. Next week aku nak nengok cite srk berlakon tu. Apa nak jadi, jadilah! Laki aku ni jenis jeles gak sikit. Sebab dia macam tak percaya aku nak tengok wayang sensorang. Lama wei dah tak tengok wayang, selalu nak tengok tv pun tak sempat. Last aku tengok wayang tahun 2011.

Dah tiap minggu aku beli bunga segar last week punya bunga pon tak berapa nak layu lagi. Dia tanya beli kat mana? Betul ke beli sendiri?

Asyik beli bunga jer. Aku senyum jer. Malas nak explain sebab dia tak percaya.

Nak masuk minggu kedua ni, memang aku tak usik pun baju dia. Pandai dia lah gosok, kalau nak ensem gi keje gosoklah sendiri. Penat-penat aku gosok selama ni keluar dengan pompuan lain kan???

Kali ni memang aku mogok, bila dia tanya napa asingkan baju dia? Tak basuh sekali? Aku jawab elok-elok, I nak you berdikari. I dah beli washer, dryer you masukkan baju then tekan jer.

Aku beli dishwasher toshiba baru guna dua hari ha. Lepas gong xi fa cai install, bapak senang kerja aku!!! Kumpul pinggan mangkok, tekan.

Tinggalkan, balik keje settle!! Kita minta somi belikan dia buat dek, kita ada duit belilah kan. Buat apa nak stress!!!

Aku dah tak masak dinner. Aku order je lauk dah siap masak dekat pengasuh anak-anak. Relax wei!

Sayang you pergi mana?? Dia text aku. I pergi zumba, i pergi main badminton, i pergi class mengaji, i pergi watsons, i pergi guardian, i tengah makan strawberry. Kan i dah bagitahu??? Dia kata ye, saje tanya. Tak ajak i ke??? Aku reply, you kan busy, tak nak kacau you. I sedang bercinta dengan diri sendiri!!!

Manusia tu takkan berubah sekelip mata. Aku percaya dia tak berubah macam tu jer.

Aku cakap cuti thaipusam aku nak gi bercuti. Aku dah booking hotel kat area kl. Dia tanya ala dekat jer dengan rumah, baik tak payah! Aku jawab, yang tak payah tu you sayang. You tak payah, payah? You stay ajelaa rumah, jaga anak. I tak ajak you pun. Hahahahha aku gelak!

Abang lupa ke sayang nak bercinta dengan diri sendiri. Boleh tak??

Terima kasih yang bagi nasihat, aku bersemangat!!! Aku nak berubah jadi lebih baik untuk diri sendiri. Terima kasih semua aku lebih kenal diri sendiri. Alhamdulillah.

Aku sayang suami aku, aku sayang anak-anak aku. Aku sedih jer diperkotak-katikkan.

Aku tak dah marah, aku sedang healing!

Sekian, terima kasih confession panjang berjela yang menekan pankreas.

I am me, Senah

Bai.

– Senah Camillie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *