Fikir Sebelum Terjebak

Assalamualaikum dan hai..Aku lagi,Nor.Kali ni aku nak serius sikit.Aku baru je lepas baca post dari page PW Community saat aku tulis confession ni,pasal satu company yang jual barang secara katalog.Harap sangat semua ambik pengajaran dari kisah yang aku nak cerita ni.

Aku ada sorang abang yang kerja x segah mana tapi berpangkat dan gaji dia mungkin rm2-3k saja.Dia dah berkeluarga dan mempunyai 4 orang anak.Gaji dia kadang tak sampai pun hujung bulan dah kering semua.Duduk menyewa dengan kakak aku yang bujang sebab ni arahan mak aku demi nak kurangkan beban dia.Dulu dia pernah terlibat sebagai agen Hai-hai bye-bye(company ni pernah femes dulu dengan macam-macam produk.Nama dia pandai-pandai la korang teka).Dia terlibat sebagai agen masa dia kat kampung.Time ni awal perkahwinan dia.Disebabkan kerja kampung takat mana la sangat kan gaji.Tu pasal dia jadi agen Hai-hai Bye-bye ni demi nak tampung bini dan anak lagi 6 bulan nak lahir.

Tidak lama lepas tu dia berhenti jadi agen dan dapat rezki kerja sekarang ni.Merantau la ke Selatan Tanah air.Tapi mak aku cakap hutang lapuk masa jadi agen Hai-hai Bye-bye tu masih ada masa dia dah setahun kerja yang sekarang ni.Aku tak faham sangat macam mana boleh jadi hutang tu sedangkan dia agen.Sekarang ni hutang tu tak tahu la ada lagi ke tak.Lepas dah 3-4tahun kerja baru tu dia ada beli kereta second dengan sedara aku yang tak habis bayar lagi.Korang faham la keta second ni mentainance dia tinggi,selalu rosak.Bayaran pun ada je yang tertunggak.Yela,gaji ciput tanggungan bertambah dan kereta tu selalu kena masuk bengkel.

Beberapa tahun lepas tu dia ada buat loan dan beli kenderaan 4×4 yang second hand jugak.Yang tu pun selalu dah nak rosak sekarang ni sebab guna pun lasak sangat mentang-mentang kenderaan 4×4.Banyak dah kami adik beradik nasihat,mak ayah aku pun nasihat tapi sia-sia saja.Pernah bergadai barang kemas(bini dia pajak,sebab gadai aku tak tahu).Aku tahu dia pajak barang kemas bini pun sebab orang kedai pajak call mak aku.Pernah nak jadi agen telco TonCemerlang tapi tak jadi.Macam-macam agen yang nak kena keluar duit dia pernah jadi/nak jadi(dah siap bayar fees membership then x join).Asal ada company jual barang yang cakap beli produk ni produk tu dapat hadiah sekian-sekian la.Tak jugak menang.Duit yang ada dilabur ke benda macam tu.Loan dengan company sendiri pun dah berapa kali dia buat atas sebab tak cukup duit nak balik hantar bini beraya kat kampung,nak baiki kereta ngan kenderaan 4×4 dia la,macam-macam la.

Haiihh..aku yang tahu ni pun penat nak mikir macam mana dia bayar hutang-hutang tu semua.Perabis ayaq liuq ja duk nasihat kat dia.Ekonomi dia makin teruk.Tiap masa ada je dia berhutang ngan adik beradik.Kami kadang bantu sikit-sikit macam beli barang dapur seperti beras,lauk-lauk atas dasar kesian.Takkan nak tengok anak lapar.Tapi tula penat dah semua.Masing-masing pun gaji bukan banyak sangat sebab ada komitmen sendiri.Mana nak bagi mak ayah lagi.Aku yang gaji tak sampai seribu ni pun dia mintak.Aku tolong je sebab kesian.Dua tiga hari lepas ada barang yang dibeli online sampai kat rumah.Kakak aku yang terima,bising la sebab barang yang dibeli tu bukan barang keperluan pun.Antara barang tu tempat gantung untuk letak barang kat seat kereta dan silicon mould kuih apam mekar dalam 6 pcs.Harga silicon mould tu lebih kurang rm80.Kalau beli kat DIY ataupun Dais* pun harga tak sampai rm40 6pcs acuan silikon tu.Barang dia beli dari ProdukBagus tapi tak bagus yang page PW bagitau tula.Motif abang aku mungkin nak menang hadiah la kot.

Aku cerita ni bukan tak ikhlas tolong tapi lebih pada nak meluah dan harap semua readers ambik pengajaran la.Fikir banyak kali sebelum korang terjebak dengan ape-ape MLM ke Scheme ke..Jangan sampai merana diri merana poket sendiri.Know your limit and your money.Jangan gali lubang kubur sendiri.Banyakkan membaca dan kaji maklumat yang dapat tu jugak.Itu je kali ni.Lain kali aku kembali lagi.Chao!!

*p/s: Korang boleh follow FB page SayNoToMLM,PW Community,RoS.Banyak input berguna.

– NOR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit