Hai korang. Nama aku S. Aku straight to the point je la ye. Aku nak cite mengenai working environment aku dulu masa aku keje tempat lama.
Kat sini, apa yang aku nak tekankan adalah mengenai mental health dan work-life balance.
Dulu, aku dapat keje kat Kolej X, boleh dikatakan kolej yang agak OK la. Good for your resume. Of course, aku excited sangat2 masa tu.
Sebab, asalnya aku nak jadi cikgu, tapi result SPM aku dulu teruk. So, aku pun sambung la study sampai aku layak nak apply jadi lecturer.
1st month aku kat kolej tu, banyak sangat red flag yang aku nampak. Tapi, sebab aku dah tak ade keje lain kan, so aku pejam mata je la dulu.
Lagi pun, baru 1st month. Dan aku rasa macam aku yang overthinking kot, sebab pada aku, impossible for this prestigious college to have such a bad management.
Bila dah lama2, makin banyak red flag yang aku nampak dan aku dah tak boleh hidup in denial lagi. Aku senaraikan eh:
——————————
1. Calculative.
Semua benda berkira. Aku nak guna kelas lebih dari waktu yang diberikan pun mesti banyak soal siasat. Sedangkan aku nak bagi students aku yang guna.
Sebab selalunya subjek aku ni memerlukan students buat performance. So, students need a classroom to rehearse.
Alasannya, nanti bil melambung. Aku pun macam, duhhh.
Stationary untuk lecturer patutnya kolej kena sediakan. Contohnya macam marker pen, duster. Tapi, bila mintak dengan admin, banyaknya alasan sementara nak dapatkan semua tu.
Tapi, kitorang yang lecturer ni faham je, bukan admin yang kedekut, tapi bos kitorang yang kedekut. Last sekali, aku malas nak banyak bunyi, so aku beli je sendiri.
Kalau stay back nak buat keje, no aircond OK. So, bepeluh2 la dalam office tu buat keje. Kalau parking lama2 di tempat staff tu pun, kena soal siasat jugak. Padahal, kitorang bayar kot untuk parking tu.
2. Contact luar waktu pejabat.
Tak kira hari ye, kalau rasa nak mintak keje tu, ikut masa dia lah. Kalau jam 3am, jam 3am lah dia akan emel/text. Sedangkan keje tu boleh je dia inform kitorang awal2.
Sangat suka ye inform last minute kalau nak apa2. Last minute dia tu, 2 days before duedate. Bukan 1 week before. Dan keje yang dia mintak tu, memang impossible nak complete within 2 days.
Profile picture Whatsapp dan Telegram wajib guna muka sendiri OK, letak gambar sorang2. Tak boleh letak gambar dengan spouse atau family.
Alasan boss aku, dia takut big boss tak kenal kitorang. Handphone and phone number empunya diri sendiri OK, bukan office sponsor, tapi dah jadi macam harta pejabat pulak, kena ikut arahan itu ini.
3. Excessive workload.
Lecturer lah admin, lecturer lah registrar, lecturer lah marketing. Semua lecturer kena buat. Tinggal tak jadi cleaner je lagi. Sistem yang dah ada lengkap semua info pun, still nak lecturer extract buat manual lagi.
Aku pun sampai tak paham fungsi sistem tu. Boss aku boleh je suruh admin tolong extract kan dari sistem. Ni tak, semua lecturer kena buat.
At least, sediakan lah template for us to just key in all the datas and info. Ini tidak, semua kitorang kena buat sendiri from scratch. The template is actually good to standardize everything.
Tapi, bila aku bagi cadangan, sama ada ditolak, atau yang bagi cadangan tu yang kena buat. What???
Credit hour high sangat2 ye. Bila credit hour high, filing pon menggunung. Sorang lecturer wajib dapat paling sikit 24 jam kredit.
Aku tanya kawan2 aku kat kolej2 lain, paling sikit diorang dapat adalah 12 jam, paling banyak adalah 20 jam. 20 jam tu kadang2 je, bukan selalu. Tapi kitorang??
Stay back after lepas waktu pejabat macam routine dah. Sebab, kalau tak, keje yang dimintak last minute tu memang tak akan siap.
Masalah dengan workload ni pulak lebih kepada boss kitorang. Tak tahulah language barrier ke, IQ barrier ke, no common sense ke, tapi memang boss kitorang yang problematic.
Bila mana big boss keluarkan arahan, contohnya kena siapkan keje ni untuk item “A, B, C dan D”, kitorang punya boss nih kalut lebih sampai kan dia suruh kitorang siapkan item “A-Z”. Benda tak sepatutnya buat pun kitorang kena buat.
Sample kerja diberi hanya “A, B, C dan D”. Bila kitorang kena tambah “E-Z”, without any guideline, boleh imagine tak dia punya chaos tu macamana??
Bila aku tanya pada boss aku, “Mana guideline?”, dia jawab, “Buat sendiri la, takkan itu pun tak tahu.” So, aku pun buat2 lah bodoh, aku cakap, “Tak tahu. You ajar la.”
Last sekali, terbukak lah pekung di dada, dia cakap, “I also don’t know.” Duhhh. Again, tak standardize lah keje kitorang semua, sebab “E-Z” tu, kitorang tafsir sendiri je.
4. Underpaid (very very very low, no kidding).
Underpaid issue ni, kalau students aku tahu salary kitorang masa tu, students pun boleh hilang respect. Students aku buat part time pun gaji banyak lagi dari kitorang.
Gaji aku below RM2500 selama hampir 8 tahun bekerja. Imagine, kena survive dalam dunia sekarang dengan that amount.
Bonus, sepanjang aku keje 8 tahun tu, sekali je aku rasa, 30% daripada keseluruhan gaji sebulan. That’s it. No increment. Alasannya, tak met KPI.
5. Ridiculous KPI.
Pada aku, the requirements stated dalam KPI form tu tak adalah mengarut, acceptable. Cuma pemberian markah tu je aku rasa ridiculous.
Actually, markah KPI ni lah akan tentukan kitorang dapat increment atau tak, dapat bonus atau tak. Aku tak pernah boleh score above 75% overall.
Padahal kalau nak diikutkan, aku buat je semua benda dalam KPI form tu. Kecuali conducting activities with students. This one memang ridiculous. Memang takkan termampu nak execute semua.
On top of the workloads that we have, diorang expect kitorang nak buat activities dengan students. Bukan 1, 2 atau 3 ye, almost 10 activities per year yang kitorang kena buat.
Ada je lecturer yang boleh meet KPI activities ni, tapi lecturer tu akan ganggu the entire academic process. Wajib akan keluarkan/excused the students yang involved tu daripada kelas2 lain.
Kadang2 sampai lebih separuh dia ambik students kelas kitorang. Aku terpikir, knowledge lebih penting, atau aktiviti luar kelas yang lebih penting for the students??
Delivering knowledge. Masa tu tengah hangat lah pasal isu 21st century learning. Kitorang pun baru nak jinak2kan diri cari tools yang boleh bantu students.
Boss kitorang ni, dia pandai cakap je, “You guna lah apps ni, software ni.” Tapi semua yang dia cakap tu, berbayar. Sape nak tanggung? Kolej X? Of course lah tak.
Tapi, masalahnya, bila aku masuk ke kelas boss aku, dia pun guna traditional method. Slide on the screen, and then just lecture macam biasa.
Kitorang yang lain ni buat lah jugak discussion, game on the current topic, debate, etc. Tapi, marks kitorang ni rendah dari marks dia.
What the???
6. Crazy pandemic.
1st phase MCO, big boss kitorang panas b*ntot, sebab dia takut kitorang tak buat keje kat rumah.
Emel masuk bertalu2, kind of ugut lah, nak deduct gaji, nak tarik balik allowance yang ciput tu, suruh kitorang bersyukur la sebab still ada job, yadayadayadaaa. Itu ye function email, untuk reminder and threats.
The amount of report yang kitorang kena complete everyday, untuk buktikan kitorang memang bekerja, tersangatlah banyak.
Bila big boss ada trust issue, boss kitorang pon tak senang duduk. Online meeting sangat lah banyak. Aku rasa, asal habis online class ja, mesti ada online meeting dengan staff pulak.
Tak cukup dengan email yang kitorang dapat dari big boss, boss kitorang pun tambah lagi api masa online meeting. Masa ni, mental health each of us, memang critically, extremely low.
Habis je 1st phase MCO, mula lah PKPB. Still, tak boleh pergi keje lagi ye kalau nak diikutkan masa tu. Tapi kitorang dipaksa datang office jugak. Pfffffttttt.
7. Annual Leave (AL).
Nak bercuti pun satu masalah besar ye. Bila kitorang nak apply AL, kitorang wajib ganti kelas. Atau, kitorang wajib cari sapa2 untuk ganti kelas kitorang.
As I mentioned earlier, disebabkan management ada sifat calculative, staff semua pun ada sikap yang sama. Thus, it is difficult for us to find anyone yang willingly nak tolong kita masuk kelas time kita on leave.
Bab staff calculative ni, aku tak blame diorang. Sebab aku pun ada perasaan yang sama jugak.
8. Psycho colleague.
Yang ni aku rasa mana2 tempat pun ada. Kaki putar belit cerita, kaki melaga2kan staff, kaki menipu, kaki drama, kaki play victim, semua kaki la ada.
Disebabkan orang macam ni lah, depan baik belakang jahat, membuatkan semua orang ada rasa insecure bila pergi keje. Orang pergi keje nak cari rezeki, ini tak memasal kena beware dengan keadaan sekeliling pulak.
——————————
Banyak lagi kalau aku nak cerita. Ni aku just nak inform, kalau korang ada nampak tanda2 tak sihat macam ni kat working environment korang, boleh la slow2 cari keje lain. Insya Allah, Allah akan bantu pemudahkan urusan kita.
Aku sekarang dah pun cecah 3 tahun di tempat keje baru, Kolej Y. Alhamdulillah, everything went well.
Dalam masa 3 tahun ni, aku baru kenal apa itu work-life balance. Aku dah merasa 3 kali increment (RM300 setiap kali increment), 3 kali bonus (2 bulan gaji setiap kali bonus).
Mental health aku makin OK. Credit hour aku wayyy less than before. Workload aku pun wayyy less, sampaikan aku rasa macam aku makan gaji buta pulak sekarang ni.
Bab berkawan, disebabkan aku learnt from my mistakes, aku menjarakkan diri sikit dari semua colleagues, dan hanya berinteraksi bila perlu.
Ada jugak yang aku rapat, tapi just enough to make small talk, small gossip (hehehe). And I am happy, wayyy happy than before.
Kalau dulu, aku sangat berkira bila ada colleague mintak tolong. Tapi sekarang tak lagi. Aku willingly nak tolong diorang. Sebab dekat current workplace ni, even though aku menjarakkan diri, as long as aku siapkan keje, diorang OK je.
Asalkan keje OK, even aku jarakkan diri sekali pun, diorang tetap akan tolong aku kalau aku mintak tolong apa2. Cepat je diorang tolong.
Boss aku pun OK. Big boss pun OK. Dan aku pon OK. Alhamdulillah.
Sekian,
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit