Hai semua. Nama aku S. Ini cerita aku from previous confession:
https://iiumc.com/finally-i-
Aku just nak clarify dengan semua yang komen di confession aku sebelum ni.
Aku stay selama 8 tahun di Kolej X berikutan dengan condition ibu aku yang kurang baik.
Dia ade dementia dan memerlukan pemerhatian rapi oleh ahli keluarga, and I am the only child. Ayah aku dah lama tak ade, meninggal dunia.
So, I was depending on my aunt untuk look after ibu aku bila aku bekerja.
Disebabkan gaji aku yang agak kurang memberangsangkan, menyebabkan aku sukar nak hire caretaker untuk jaga ibu aku. Ini reason yang pertama lah.
Reason yang kedua adalah, program yang aku mengajar ni, tak semua IPT ade offer. So, the search for a new job pada masa tu agak limited.
That’s why aku ambil keputusan untuk kekal je kat Kolej X.
Reason yang terakhir pulak adalah, aku rasa macam aku terhutang budi sikit dengan Kolej X.
Sebab diorang ambil aku keje dulu sebelum aku grad Master. Masih ada satu semester lebih masa tu (tinggal nak siapkan thesis je).
So, before aku grad, title aku adalah tutor. Lepas grad, baru title aku berubah kepada lecturer.
Dengan takdir Allah, 3 tahun lepas, ibu aku pun pergi menghadap Illahi.
Jadi, tanggungjawab aku dah selesai di sini. Sebab tuh la aku berkesempatan cari kerja lain, dan Alhamdulillah, mungkin berkat kesabaran aku, Allah tolong aku.
Seminggu selepas ibu aku meninggal, aku memang totally lost, sebab hidup aku berdua je dengan dia kat rumah tu selama ni. So, I need to start afresh.
Aku pun mohon lah kerja di Kolej Y, yakni my current workplace. Urusan memang banyak dipermudahkan.
3 hari selepas aku apply, HR Kolej Y call aku, set appointment untuk online interview.
Lepas je interview, dalam 40minit lepas tu, HR call aku semula dan inform yang diorang agree untuk hire aku, Alhamdulillah.
Aku mintak pada Kolej Y untuk beri aku masa sebulan, sebab aku nak pass over keje aku di Kolej X. Nak habiskan saki baki keje yang ade.
Aku bagi notice sebulan di Kolej X, diorang approve, sebab masa tu Kolej X memang tengah dalam process downsizing. Also, aku pun perlukan masa nak cari rumah sewa.
Gaji aku naik hampir tiga kali ganda di Kolej Y berbanding di Kolej X. Tapi, downside nya, aku terpaksa berpindah ke negeri lain.
Sekarang ni, rumah di kampung tu, aku jadikan homestay. Makcik aku la tolong tengokkan.
So, kalau raya ke ape ke, kalau rumah aku tu kosong, aku stay rumah tu. Kalau ade guest, aku stay rumah makcik aku.
And yes, aku yatim piatu. Cuma aku bernasib baik sebab ibu dan ayah saudara semua jenis ambil berat. Maybe sebab aku anak tunggal dan perempuan, so diorang caring lebih sikit la. He3x!
Apapun, aku bersyukur sebab even gaji aku dulu underpaid, sikit, aku boleh jugak share rezeki dengan ibu aku.
Dan sekarang ni, aku macam agak terkilan sebab tak sempat nak senangkan ibu aku. Tapi, ini semua takdir Allah, aku redha.
3 tahun di Kolej Y, Alhamdulillah, hidup aku dah stable.
Buat semua pembaca, doakan pencarian jodoh aku pulak lancar ya. Hidup dah stable, baru yakin nak cari jodoh. Harap belum terlambat lagi la. Awal 30an, belum andartu lagi kot? Eh!
Doakan yang terbaik untuk aku. Dan aku doakan yang terbaik jugak untuk korang.
Sekian,
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit