Banyak kes suicide aku baca lately. heartbreaking weh. Sebab they chose death to heal them. sebab diorang dah cuba macam-macam cara nak sembuh tapi tak berjaya. Yang paling sedih punya kes is yang terjun dekat Masjidil Haram. Apa yang berpusing dalam kepala dia masa dia terjun? Because you’re in the holiest place, of course you want to find peace in there. But, dia tak dapat dan memilih shortcut to end everything.
Aku pernah berada di tempat manusia yang cuba tamatkan nyawa sendiri, macam-macam cara aku buat, I don’t need to disclose how i did it, but I tried and every time I tried, I failed. Lebih dari 5 kali aku try. Aku putus asa dengan tuhan. Bertahun aku salahkan tuhan sebab tu. Manusia yang menyebabkan aku jadi macam ni. Mental and physical abuse for almost 10 years dan that experience menyebabkan aku sakit dan bergantung kepada kaunseling dengan psychologist. Lama aku berada di lowest point dalam hidup aku. Aku jadi inclusive, I like to be by myself, doing nothing but termenung dan otak aku blank. aku jadi macam zombie. Jasad aku ada tapi roh aku.. hilang. Aku sah di diagnose dengan PTSD dan dengan penyakit itu dapat beberapa side effects yang sangat teruk.
Semasa aku tengah plan cubaan terakhir aku untuk tamatkan riwayat aku, aku jumpa kekuatan aku dan dia ialah ibu aku dan husband aku. Ibu aku ialah pemberi semangat dan husband aku banyak memahami aku, husband aku sanggup study tentang pelbagai cara untuk hidup bersama orang sakit mental seperti aku ni.. aku bertuah kerana dia sanggup menghadap aku bila aku down. and yes aku masih sakit, bukan mudah hilangkan trauma yang dihadapi.
Yes. bila kita nak tamatkan riwayat hidup kita, kita akan plan segala-galanya, ini untuk memberi closure kepada orang yang sekeliling kita, kerana kita tidak mahu mereka menyalahkan diri sendiri. kadang-kadang plan sahaja mengambil masa sebulan atau lebih. Jangan la korang anggap orang yang bunuh diri hentam kromo je. Rasa nak mati terus terjun or gantung.
Manusia yang komen “suicide is haram” “kenapa nak pilih jalan mudah” “neraka buat kamu selamanya” is a joke. aku harap korang rasa la apa kami rasa bila di lowest point in your life, then you’re understand how we try and try but failed. how heartbreaking it is, to seek help tapi diketawakan, diejek. “ala, pergi solat” “Kau dah Murtad ni sebabkan salahkan tuhan” “Tak cukup beriman macam ni la perangai, sikit-sikit nak bunuh diri” among the statement we tend to get when we want to get help. Aku kecewa dengan manusia-manusia ini. serious. korang antara penyebab kes-kes macam ni meningkat, because of your mindset.
For people who been there, just fikir untuk commit suicide or dah pernah try tapi failed. YOU ARE STRONG. YOU CAN GO THROUGH THIS. FIND YOUR PURPOSE AND STRENGTH. YOU CAN DO IT!!!
– N.L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit