Find Your Spirit

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau post confession ini. Aku Miss Ai. Pernah tak rasa tiba-tiba lost? Rasa macam ‘Eh, sampai bila aku nak macam ni?’ Tiba-tiba anxious dengan masa depan. Entah jalan apa yang perlu dipilih. Warning. Memang panjang. Sebab yang terbuku di hati ni, endless. Tak pernah habis.

Currently, aku tengah blank dengan jalan hidup aku. Sedangkan selama ni aku sentiasa positifkan diri. Setiap hari aku berserah kepada Tuhan. Setiap hari I am trying so so sooo hard nak appreciate apa yang aku ada sekarang. Tapi, ada satu masa ni, sumpah aku lost. Aku rasa aku tak dapat bagi yang terbaik untuk semua orang. Sedangkan setiap hari aku cuba untuk beri yang terbaik dalam apa pun yang aku buat. Because, I trust with ‘focus on what matters only’. Ya aku selalu cuba untuk focus on something yang aku patut focus. Sahaja.

Aku graduan dari IPTA. Lulusan ijazah sarjanamuda dalam bidang sains. Selepas kira-kira hampir setahun aku menganggur, aku buat keputusan untuk menyewa di bandar yang jauh lebih banyak peluang pekerjaan. Allah je tahu betapa struggle nya aku untuk kumpul balik kekuatan yang hilang. Yang menyelamatkan aku daripada menganggur, seorang kakak yang sangat baik. Aku bersyukur Allah hantar kakak ni untuk ambil aku kerja. Dia ambil aku bekerja tolong bisnesnya dalam sebuah mall. Aku redha dan hati aku berbunga-bunga untuk bekerja. Walaupun lari jauh dari bidang, aku okay. Aku redha. Syukur.

Masa ni bermulalah episod baru yang beri aku nafas baru. Setiap hari aku excited nak datang kerja. Even 12 hours uolls. Keluar pagi balik malam. Malamnya dah plan nak pakai baju apa, masak bekal apa, rutin kerja apa. Sebab working life ni idaman aku. Rasa seronok nak atur urusan hidup aku setiap hari. Aku rasa bila bekerja, aku cantik. Ohh bukan perasan. Tapi, aku memang rasa perempuan yang gigih bekerja ni, diorang cantik. Tambah-tambah kalau dia memang passionate dengan kerja tu. You woman, super amazing! I wish to be one.

Lagipun aku dah lama menganggur. Sosial pun kurang. Setiap hari tengok muka mak ayah je. Dengan kucing kesayangan. So, bila dah duduk luar ni setiap hari tu memang excited. Malamnya dah tak sabar nak pergi kerja esok. Dekat tempat kerja ramai kawan. Ada kerja boleh buat. Ada real ‘drama’ yang boleh perhati. Ohh well, nama pun bekerja dalam mall, boleh cuci mata tengok banyak benda.

Pejam celik rupanya dah lebih 5 bulan aku kerja sini. Tiba-tiba aku dah mula rasa lost. Dah tak tahu macam mana nak positifkan diri untuk bertahan. Sedangkan kerja lain yang lebih stabil aku mohon, masih belum ada respond. Aku cuba untuk bertahan. Cumanya aku tak tahu jauh mana aku boleh pergi. Ke mana pula hala tuju aku. Adakah selamanya aku akan bekerja macam ni? Sampai bila? Lupa nak mention pasal gaji. Alhamdulillah aku boleh survive dengan gaji sebulan basic RM1k+++. Yang merisaukan aku, aku tak ada simpanan pun. EPF ke KWSP ke apa pun tak ada.

Setiap kali call mak, topik yang sama mak akan tanya. “Bila nak dapat kerja baru?” “Bila nak ada kereta sendiri?” “Bila nak duduk rumah sendiri yang tak perlu sewa dengan orang lain?” “Sampai bila nak jadi kuli orang?”. And so on. Mak aku pun mengharapkan aku kerja dengan gaji yang lebih tinggi. Ye mak. Siapa lah yang taknak kerja gaji tinggi ni mak. Aku memang nak sangat bagi kemewahan dekat parents aku. Aku nak belikan parents aku perabot baru. Dekat rumah tu semua perabot dah nak usang. Kalau boleh setiap kali adik aku minta duit, aku nak bagi. Kalau boleh aku memang nak belikan adik aku banyak benda. Nak selalu topup makanan dekat dia. Memandangkan dia masih belajar. Aku faham student life ni macam mana bila sempit duit. Aku sendiri pernah struggle dulu.

Lama-lama dekat sini aku jadi exhausted. Aku penat. Aku demotivated. Kawan-kawan dekat sini pun aku kurang rapat. Tapi, bila ada yang menegur hai2 bye2 tu kira memang happy dah. Kawanlah tu kan. Mostly yang aku berkawan ni geng muda semuanya. Jadi, most of the time aku memang akan play role sebagai kakak. Selalu kena dengar masalah adik-adik muda ni. Ada tu yang aku buat macam kawan sebaya sebab beza setahun dua je. Tapi tak boleh buat kawan untuk share masalah aku. Sadly, none of them yang nak dengar kalau aku luahkan apa yang selalu terbeban dalam fikiran ni. Aku cuba untuk berfikiran logik dan matang. Tak perlu stress dengan masalah kawan ni. Kau dah besar lah Miss Ai. Come on. You can handle this.

So, basically sepanjang aku kerja tu aku tak rasa lonely sebab aku fikir aku ada Allah. Even aku seorang diri tapi aku akan tetap bercakap. Bercakap dengan Allah. Ini kalau ada yang nampak aku bercakap seorang2 serius diorang ingat aku psiko tak pun gila. Kalau aku rasa down, aku akan buka youtube cari video motivasi. Selalunya memang aku akan tengok channel Aida Azlin je. Sebab most of video dia memang relate dengan manusia biasa seperti aku.

Ni tiba-tiba buat luahan panjang ni sebab baru lepas call mak lah ni. Jadi semua benda tak kena. Sedih sebab masih tak dapat bagi yang terbaik untuk mak untuk ayah. Termenangis time kerja. Nak makan bekal pun rasa sebak tapi cepat-cepat “Aipp tak baik sedih-sedih depan rezeki.”. Paksa jugak habiskan bekal tu. Aku percaya aku akan positif balik lepas ni. And keep on moving. Keep on working. Keep on smiling. Perasaan macam ni datang sebulan sekali je actually. Huhu.

Buat yang tengah demotivate tu, nak sedih ke menangis ke menjerit ke meraung ke, go on. Jangan tahan. Tapi lepas tu kena cepat-cepat waraskan diri. Cari balik kekuatan. Yang pertamanya mintalah Allah tolong. Allah memang akan tolong. Kita cuma kena lapangkan dada je. Celik sikit. Biar nampak pertolongan Allah yang datangnya dari banyak cara tu. InshaaAllah memang ada. Jangan biar diri tenggelam terlalu lama dalam kepala yang bersarang banyak masalah tu. Do something. Bangun.

Kadang-kadang kita ni penat sebab kita dah tenggelam dalam masa lalu. Tu je. Kita sibuk fikirkan benda yang dah lepas. Lagi teruk, fikir benda yang tak ada. Sedangkan depan mata ni banyak benda yang kita akan terlepas kalau kita tak focus. Slap your face. Pandang depan mata tu. Ada kipas yang sedang berpusing. Ada makanan yang kena makan. Ada orang yang boleh kita tegur bawa bersembang. Pasang telinga, ada bunyi suara orang bercakap. Ada bunyi orang sedang berjalan. Ada fon yang kau tengah pegang silalah whatsapp kawan-kawan kau tanya khabar ye. Entah-entah ada kucing mengiau tapi kau tak perasan pun. Kecewa kucing tu kau tak layan dia. Don’t forget to reconnect with reality kalau tetiba dah melalut ke benda yang dah lepas.

I can do this! You can do this! We can do this! Salam sayang jomlah kita berkasih sayang. Letih gak la sayang diri sendiri je. Ohh, ini spesifik untuk aku je. Jangan lupa find back your spirit. Jangan biar ia terlepas lama sangat. Okay bye!

– Miss Ai

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *