Assalammualaikum, terima kasih kepada admin IIUMC jika confession aku kali ini disiarkan. Izinkan aku untuk memperkenalkan diri aku sebagai Mok, seorang gadis sunti berusia pertengahan 20an dan masih bujang.
Mok dah lama membujang, selama 26 tahun lamanya dan belum pernah ada pengalaman dalam percintaan.
Pasti ada dalam kalangan pembaca yang mengatakan orang bujang dan tidak berpengalaman seperti Mok tak layak sembang pasai cinta.
Sebenarnya, Mok ada sedikit fobia untuk bercinta disebabkan oleh bad experiences yang berlaku pada orang sekeliling Mok. Dan untuk confession Mok kali ini bukan berdasarkan pengalaman Mok, tapi pengalaman pahit mak sedara, kawan dan jiran Mok sendiri.
Mok dulu seorang yang cukup anti dengan couplism. Sampai Mok cakap dengan mama, nak bercinta selepas nikah. Sebenarnya tak ada masalah. Tapi lama-lama, Mok rasa dah tak terlalu relevant pasai bercinta lepas nikah ni. Sebelum tu.
Disclaimer : Confession ini berbentuk subjektif, tidak semestinya semua orang berpendapat seperti apa yang Mok confess. Tapi is okay, variety of opinion hopefully boleh membantu ramai lagi mereka yang sedang survive dalam the world of their marriege.
Sambung balik point pertama, berdasarkan pengalaman Mak Ucu Mok sendiri. Dia telah berkahwin dengan seorang panas baran. Bukan setakat panas baran, tapi kaki pukul.
Secara conclusion, Mak Ucu dah tersalah pilih suami. Nak patah balik? Agak susah. Panas baran bagi Mok, setiap orang ada, cuma antara bijak atau tak nak mengawalnya.
Solution versi Mok : Buat – buat lah sengaja tertinggal barang dan minta dia patah balik ke tempat asal tadi. Kalau dia jenis mencarut maki hamun kau tinggalkan je dia kak.
Mok akan cuba untuk kenal dia, semampu yang boleh. Tempoh perkenalan dan bercinta tu sebenarnya Mok akan gunakan untuk uji mental, fizikal dan perwatakan dia.
Pada waktu itu juga, kita seharusnya dah bersedia untuk berhadapan dan terima kekurangan dia.
Untuk bakal suami Mok nanti, Mok tak expect awak untuk layan Mok sebagai seorang puteri sehingga lah kita diijabkabulkan. Takut lama kelamaan semakin bosan dan sweetness awak semakin hilang bila dah kawin.
Syaitan punya kerja, biasalah. Yang haram nampak sweet, yang halal nampak sour.
Point kedua lebih banyak kepada mind set training. Contoh, Mak Ngah Mok, suaminya ada perempuan lain yang Mok namakan sebagai B.
Si B ni officemate husband Mak Ngah. Bila Mak Ngah dapat tahu pasai kecurangan husband dia, Mak Ngah Mok depressed gila selama 2 tahun. Mok sedih betui tengok Mak Ngah.
Solution versi Mok : Awai – awai Mok dah train mind set yang mengatakan suami dan bahkan anak-anak Mok nanti, bukan milik Mok sepenuhnya. Memang milik Tuhan dan penyond*l, tapi apa yang Mok nak bagi tahu, cinta itu lumrah dan fitrah.
To be honest, Mok open minded pasal poligami ni.
“Memang la dik non, kau tak kawin lagi. Hang tau apa pasai perasaan diduakan ni”
Sabaq la kak, cheq nak chegita lah ni.
Ini bukan masalah ada pengalaman ka dak, tapi awai-awai kawin cheq kak cuba train mind set dengan kata-kata ni.
1. Hati manusia Allah pegang dan sering berubah-ubah.
2. Cinta itu lumrah dan fitrah, sesiapa boleh jatuh cinta.
3. Jangan letakkan 100% kepercayaan pada dia. Kalau cheq kak duduk tinggi sangat, satg jatuh sakit dia lain macam.
4. Rileks, tak perlu paranoid dengan dia, serahkan segalanya pada Allah sebagai pemilik mutlak.
5. Doa dan redha.
Bagi Mok, kita tak boleh nak kawal siapa pun dia suami kita. Kita tak perlu stress-stress, serahkan segala urusan pada Allah. Yang penting kita kena ready mental dan fizikal jika perkara yang paling ditakuti ini berlaku (poligami).
Mok perasan juga, kalau artis yang bukan Islam macam Korea, depa sempoi ja berlakon dengan laki orang, bini orang, tapi tak dak sampai berlakunya kecurangan dan penceraian disebabkan skandal. Ada tu mungkin ada, cuma Mok tengok depa boleh bersikap professional.
Tapi apa pun, syaitan itu akan sentiasa ingin kan umat Islam pecah belah, sebab tu, laki orang ka bini orang ka, orang bujang ka kena jaga batas dalam pergaulan. Musuh kita sebenarnya adalah Syaitan yang dok suka tengok rumahtangga punah. Faham nah?
Soalan cepumas: Kalau ditakdirkan Mok akan dimadukan satu hari nanti, apa tindakan Mok?
Mok jawab, inshaaAllah Mok redha dan terima dia sebagai madu. Sebab bagi Mok, lebih baik depa kawin, daripada buat benda tak elok belakang Mok.
Kawan Mok ada adik jantan dan dikira macam buaya. Bukan kaki perempuan tapi pemalas. Adik dia ni dia tak suka buat kerja rumah. Dia lagi suka baring, tidur.
Memang kalau hampa pandang muka dia, rasa nak lempang bertalu-talu. Mok terfikir lah macam mana nasib bakal isteri dia nanti. Mesti penat.
Solusi versi Mok : Awai-awai Mok akan make sure kami divide kan kerja-kerja dalam rumah. Mok tak akan manjakan bakal suami, “kesian abang pergi kerja, cari rezeki.” Habis, Mok tak kerja? Mok akan make sure dia sumbangkan nafkah setiap bulan without missed.
Sebab, kalau tak train masa awai-awai kawin, depa lupa yang nafkah untuk isteri itu adalah WAJIB. Mok rasa hal sekolah anak-anak nak suruh dia sama-sama handle. Sebab Mok kesian tengok zaman sekarang kalau pasai anak, mak-mak yang dok berlari settlekan.
Bapak nya? Entah pergi mana pun tak tau. Lagi satu, anak-anak ni lagi takut dengan bapak. Maybe itu satu advantage untuk Mok nanti. Hehehe. Belum apa, dah berangan.
Mok pun ada jugak kawan-kawan yang dok attack laki orang. Haha. Tapi, apa boleh buat? Itu dah perangai depa.
Apa yang Mok boleh bagi advise, dalam the world of marriage ni sebenarnya kita kena banyak bergantung dan tawakkal pada Allah dalam urusan kehidupan sebagai suami isteri.
Confession Mok ni dikira macam 1st defense untuk mereka yang baru nak merancang untuk ke alam barzakh. Eh, alam barzakh pulak. Ke alam perkahwinan. Untuk 2nd defense, rasanya orang yang sudah berkahwin selayaknya beri advise.
Apa-apa pun, siapa saja suami kita nanti, Allah dah bagi yang terbaik. Suami boleh jadi gudang pahala untuk kita, bahkan boleh jadi lubang neraka. So, choose wisely.
Last but not least, ada juga kawan Mok yang bini orang curang dan bercinta dengan lelaki tua kaya. Kesian Mok tengok laki dia.
Apa-pun, dalam confession ni, Mok tak menyelebahi mana-mana pihak sebab curang itu adalah pilihan untuk lelaki mahupun perempuan. Bye.
– Mok Cuteq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit