First Impression Menghadiri Temuduga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

*Disclaimer : Post ini menggunakan campuran dua bahasa bersesuaian dengan cara penyampaian serta maklumat yang hendak di sampaikan.

This morning I saw a young man giving out some of his photocopied documents to one of the staff in an automobile branch.

Sambil saya berjalan, saya sempat perhatikan tingkah laku orang muda ini yang pada firasat saya, dia mahu memohon pekerjaan di sini, tetapi saya tak pasti untuk ‘position’ apa.

His was formally attired, but can be improved. I will include some pointers later. Keep on reading. Somehow, the way I see it, he was lacking of preparation to present himself for the interview session.

1) He is using a blue recycled bag (beg kain yang selalu kita dapat bila pergi event and ada goodies kat dalam tu.. you get what I mean, right?)
2) All of his document papers berterabur dalam recycled bag tu and they are not properly arranged in a file (oh no!). He missed out to pass his resume to the PIC. That staff needs to ask him again for his resume. Terkial-kial dia cari his resume dalam beg tu.
3) The way he sits on the stool was kinda laid back style.
4) Anak muda ini memakai cermin mata dengan ‘frame’ hitam yang tebal tu.. ala, yang current trend ramai orang pakai ‘frame’ spec. yang macam tu.

After a while, I saw this young man went out from the branch manager’s room. I just couldn’t help myself to eavesdropping a small conversation between the branch manager and one of his staff.

Nak tau apa?

Branch manager: What is your first impression about him?
Staff: No la.. gaya dia tak ready, borang pun isi tak lengkap.. nanti dah start kerja, macam mana? My first impression, tak boleh tu..
Branch manager: Ok.

Just like that. The branch manager went back into his room, the staff continued her work. I do not know if that young man makes the cut atau pun tak.

Ok adik2, mungkin ada yang tak bersetuju dengan ‘first impression’ when applying for jobs, but believe me when I say, first impression always matters the most. Untuk orang2 yang lebih tua dan dah berdepan dengan ragam manusia ni, kita boleh baca personaliti individu tersebut sama ada calon itu benar2 bersedia untuk bekerja atau sekadar nak cuba nasib untuk cari kerja. Tingkah laku dan persediaan anda semasa sesi interview akan diperhatikan oleh staf lain yang bekerja di situ.

The way you present yourself will determine whether you will be able to sell yourself or not.

Saya senaraikan beberapa ‘pointers’ untuk adik2 yang nak attend interview:

1) Pakaian (sektor swasta) –
a) Lelaki: seeloknya rambut pendek dan kemas, 3-pc suits (jika ada), kemeja kosong (tanpa stripe) berwarna pastel (seperti biru muda, tuck in) serta tie yang berpadanan (ton warna gelap sedikit berbanding warna baju kemeja), seluar slack berwarna gelap seperti hitam cutting straight cut (bukan ‘khakis’ atau jeans, dan jangan pakai slack Korean style yang ketat sendat senteng tu, dik), tali pinggang berwarna gelap (hitam) dengan saiz dan pattern belt buckle yang sederhana.
b) Perempuan: disarankan memakai 3-pc suits (jika ada). Kalau tak ada, cukup rasanya jika anda memakai kemeja berwarna pastel separas punggung atau bawah sedikit dari punggung, or if you want to tuck in, it’s totally up to you, sesuai dengan saiz badan anda (jangan pakai saiz yang terlalu ketat atau terlalu longgar), seluar cutting straight cut berwarna hitam atau kelabu di bawah buku lali sesuai dengan saiz anda (bukan pants yang style Yuna tu, jangan pakai terlalu ketat and bukan slack kaler merah, hijau atau oren etc).
c) Tudung/rambut: Rambut, ikat kemas atau style kan rambut anda sesuai dengan kerjaya yang anda mohon; ringkaskan dan minimakan style tudung anda. Seeloknya kosong, warna pastel, tidak bercorak dan bukan kain satin berkilauan (yang bila pakai sampai tak dengar orang tepi cakap apa). Elakkan membuat style yang keterlaluan seperti melilit sampai kami tengok macam tercekik tengkuk atau tudung tu macam nak tersangkut di terbang angin atau turban style yang boleh ganti serban pak aji. Jangan guna ‘brooch’ yang terlalu besar. The key here is, be elegant.

2) Pakaian (sektor kerajaan) –
a) Lelaki: sama seperti di sektor swasta.
b) Perempuan: Disarankan berbaju kurung atau baju kurung moden sesuai dengan saiz badan anda (tidak terlalu ketat atau longgar), berwarna pastel, corak pada kain adalah minimum (bukan corak bunga sebesar alam atau corak bunga dan daun penuh, dah macam pokok bergerak nanti). Jangan pakai kain yang terbelah menampakkan kaki (macam kebaya pramugari MAS tu).
c) Tudung/rambut: sama seperti di sektor swasta.

3) Mata – elakkan memakai contact lens berwarna seperti hijau, biru, kelabu melainkan mata anda semulajadi berwarna sebegitu. Elakkan memakai cermin mata dengan ‘frame’ hitam yang tebal tu (kerana anda akan nampak garang dan kurang mesra) atau ‘frame’ besar yang macam K-pop style tu (yang macam emma maembong selalu pakai). Pilih cermin mata yang sederhana dan sesuai dengan bentuk wajah anda, atau clear contact lens.

4) Muka – bersihkan muka anda, and for ladies, avoid heavy make-up. Memang make-up by bellaz tu mengancam jiwa untuk kita try, tapi tengok tutorial dia untuk natural make-up. Your face should be presentable as well, hence natural make-up will do. A bit of compact powder, eyeliner, mascara, light blusher and lipstick should suffice. Make sure muka tak nampak terlalu pucat walaupun adik2 berdebar nak masuk interview.

5) Dokumen – ini adalah bahagian yang paling penting. Sila beli file holder yang nampak smart. Di kedai buku, cari file holder (atau clear book) saiz A4, kulit keras berwarna gelap atau dark metallic. This kind of file holder will cost you more, but it worth every penny. I had one since the last 9 years and it is still in good condition. File ni memang saya guna hanya untuk isi dokumen yang diperlukan semasa interview session. Di dalam file holder tu, sila letak dokumen berikut:

a) Colored resume/cv (whichever required) with colored formal photo of yours (passport size). Guna kertas A4 80 gram.
b) Your original copy of degree, followed by your transcript separately (jangan tipu sijil degree anda ye).
c) Recent certificate of award of achievements (original copy) (jangan letak sijil zaman sekolah rendah pulak).
d) Support letter (if you have any).
e) Yang photocopy documents, please arrange them nicely according to the above, and clip them together for every set. I recommend you to prepare 2 sets. Put them separately from the file holder sebab biasanya you will hand over the file to the interviewer during your session.

6) Bag – yang lelaki, please bring a suitable bag / briefcase to put your file and documents. I suggest for dark colored bags. For ladies, you will need to have 2 bags; one is your formal handbag (elakkan memakai handbag yang bertali panjang, terlalu kecil atau terlalu besar) and the other one is like a tote bag (plain color) (to contain your file and documents).

7) Kasut – untuk lelaki, pakai kasut kulit berwarna hitam atau coklat gelap. Elakkan pakai kasut yang tajam kat depan (nampak overdo). Untuk perempuan, kasut gelap bertutup seeloknya mempunyai tumit (tidak terlalu tinggi dan runcing, kalau terpeletok, tanggung sendiri).

8) Sitting – elakkan duduk dengan kaki bersilang (crossing legs) atau duduk dengan kaki terbuka luas (both for men and women). Sit up straight because you will look more presentable with good posture. Semasa interview session, sebolehnya jangan bersandar pada kerusi dan jangan ‘slouch’ kan badan anda sebab nanti nampak macam letih dan tak berminat untuk kerja tu. Tangan letak pada paha, senyum (bukan tersengih2).

Masa masuk bilik interview, be calm, walk and sit properly, put your handbag and bag on the floor next to you nicely, greet the interviewer(s), and smile. Interviewer(s) are doing their hardest to select the best candidate, hence your first impression matters the most.

Ok, setakat itu saja yang saya mampu share. Harap-harap dapat membantu adik2 serta interviewer. Sesuaikan dengan pekerjaan yang anda mohon. Pakai perfume with mild scent. Yang paling penting, prepare awal, make sure you are able to answer your interviewers’ questions, and present yourself well.

Good luck!

– Diana Ahmad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit