Salam dan hai semuanya. Aku nak cerita sikit tentang kisah cinta pertama aku yang cukup tragis bagi aku, haha.
Aku baru beberapa bulan kerja di satu tempat ni. Dekat sini, aku kenal dengan seorang lelaki duda takde anak, umur lebih 1 dekad tua daripada aku. Pada mulanya memang aku anggap macam abang je, sebab stail dia bergurau lebih kurang macam abang aku.
Nak jadi cerita, entah kenapa, lepas beberapa lama aku perhati perwatakan sepanjang kerja dekat sini, aku terrrrrsuka dekat dia. Kalau ada program apa-apa, aku tercari-cari bayang dia. Bila nampak dia, aku rasa excited.
Bila dia bercakap dengan aku atau time meeting, memang aku bagi sepenuh perhatian dekat dia. Bukanlah aku tak fokus langsung kalau orang lain yang bercakap, tapi dengan dia tu macam extra focus, hahaha.
Bila ingat balik, rasa cringe jugaklah haha, tapi itulah, merasa juga lah aku dilamun cinta tu sebab seumur hidup memang tak pernah rasa benda macam ni. Time sekolah dengan uni dulu sis memang golongan budak skema yang fokus belajar je, haha.
Aku pelik juga sebenarnya, kenapa dengan dia yang aku jatuh cinta.
Sedangkan dekat uni classmates lelaki aku pun boleh tahan okay juga perwatakan, rupa pun ada, tapi setakat admire macam tu je lah, tak pernah ada crush dekat diorang, tak pernah lah terfikir-fikir pasal diorang sampai tak keruan rasanya.
Zaman sekolah lagi lah tak pernah ada crush sebab budak-budak kelas memang semua perangai tak matang (macamlah aku matang sangat masa tu hahaha).
Selain perwatakan dia tu, ada lah beberapa ayat dan perbuatan dia dekat aku sepanjang perkenalan kitorang yang buatkan aku terfikir, ‘dia ni syok dekat aku ke apa?’
Tapi masa mula-mula aku memang tak fikir apa-apa, bila dia cakap benda-benda yang agak flirty tu pun selalunya reaksi aku macam ‘apa benda do’ haha, kiranya takdelah aku tunjuk reaksi terkinja-kinja ke apa.
Aku tak berani nak anggap dia ada maksudkan apa-apa sebab entah dia ada vibe ‘buaya’ juga sebenarnya, haha.
Tapi bila aku start perasan yang aku ada perasaan suka ni, itu yang aku jadi teringat balik segala ayat dan perbuatan dia tu yang buatkan aku jadi terrrrfikir yang mungkin dia syok dekat aku (aaaa cringe siot hahaha).
Jadi satu hari tu, lepas aku dah berdoa banyak-banyak minta diberi petunjuk samada aku patut confess atau tidak, akhirnya aku putuskan untuk confess lepas gerak hati aku kuat menyuruh aku untuk confess. Bam! Kecewa aku, rupanya dia dah ada someone.
Aku tak pernah tau pun dan dia memang tak pernah bagitau sesiapa dekat sini. Dari awal aku masuk sini lagi dia dah ada someone rupanya. Menangis juga lah untuk dua tiga hari haha, macam tu rupanya rasa patah hati.
Tapi aku tetap terima kenyataan, dan aku pun cuba lah untuk move on. Walaupun remuk hati aku, aku masih rasa aku buat keputusan yang tepat confess dekat dia sebab sekurang-kurangnya aku tak simpan perasaan ni lama sangat dan aku dapat tau dia dah berpunya.
Aku siap cakap dekat dia aku tumpang happy untuk dia, dan aku harap benda ni tak jejaskan hubungan kerja kitorang.
Tapi aku ada terfikir juga, dalam masa dia dah ada someone, dia boleh eh cakap benda-benda flirty dekat perempuan lain. Itu dah patut jadi sign untuk aku yang dia ni bukan lelaki yang baik tapi entah kenapa masa tu aku tak fikir sangat…
Selang beberapa hari, aku dapat tau dia pergi canang dekat pekerja lain yang aku confessed dekat dia. Yang aku suka dekat dia. Dia terus sebarkan pada hari yang sama aku confessed dekat dia. Aku je yang lambat tau.
Wahhhh ini mengundang marah! Aku tak tahu lah apa motif dia bercerita tu, sebab bagi aku benda ni private. Melibatkan perasaan aku. Dia bakulsampahkan je perasaan dan maruah aku ye.
Aku tak pernah pun cerita dekat pekerja lain aku suka dekat dia. Dan dia pun dah berpunya, jadi untuk apa lagi yang dia hebohkan pasal aku suka dia tu?
Tapi itulah, ada akak-akak sini pernah kata dia ni memang suka bawak mulut. Memang suka jaja kisah peribadi dia dekat orang lain. Orang tak tanya pun, dia sendiri bukak mulut. Aterrr siot perangainya.
So dari elok-elok aku takde simpan apa-apa perasaan negatif dekat dia lepas confess, terus aku rasa menyampah gila dekat dia.
Aku ingatkan lagi tua daripada aku, lagi matanglah. Ada common sense. Boleh beza apa yang boleh diceritakan, apa yang tak perlu. Aku malu tau nak hadap pekerja lain lepas dapat tau ni. Rasa macam nak mc seminggu je rasanya hahaha.
Then aku dapat tau kisah dia bercerai tu. Apa yang dia buat tu, biarlah aku simpan sebab aib dia (lagipun tak cukup words dah ni hahaha), tapi yang pastinya dia bercerai ni sebab ex wife dia yang tuntut fasakh.
Dan secara logiknya, apabila wife yang tuntut fasakh dan mahkamah terima, so boleh agak sendiri lah macam mana teruknya layanan dia dekat ex wife dia. Sampai tahap ex wife dia minta nyatakan dalam surat cerai rasanya, yang ex wife tu memang tak nak langsung rujuk dengan dia.
Even if ex wife tu ada flaws pun sepanjang diorang berkahwin, tapi bagi aku apa yang dia buat tu sangat tak patut. Sangat red flag. Memang layak digelar asshole.
Aku walaupun tau yang dia duda, tapi aku ingatkan dia yang sukarela ceraikan wife dia, dan bukan sebaliknya. So bila terbongkar kisah ni, aku terus tergamam. Rasa macam, macam manalah aku boleh suka dekat dia hahaha.
Dan aku dapat rasakan dia tak berubah, masih tak belajar daripada kesilapan dia, sebab masa aku borak-borak dengan dia lepas confess, ada ayat dia yang agak play victim sikit pasal sejarah lampau dia ni. Even time aku stalk socmed dia pun nampak macam dia yang tersakiti. Padahal…
Apapun, itulah silap aku juga sebab tak korek dalam lagi background dia haha. Aku punyalah ingat dia jodoh aku, rupanya aku yang bodoh, hahaha. Menyesal jadikan dia sebagai first love aku, haha.
Aku still mengharapkan dia minta maaf sebab sebarkan confession aku tu tapi itulah, mustahil haha. So itulah dia, kisah first love aku yang tragis, sis jadi trauma ye nak suka orang lain lepas ni :’)
– Onna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takpe dik, inilah namanya life lessons. Lesson yg tak boleh dpt from any textbook. Actually, ini kategori harrassment dik. Sebab dia dah menyebarkan aib adik di pejabat, dan dia ada flirt dgn adik. Kadang some people normalizekan benda mcm ni, like biasalah lelaki nak try. Salah dik, jgn normalkan benda2 mcm ni. Sebab tu lelaki mcm ni berleluasa, sebab dia ingat tak salah, pstu org backup dgn menyatakan benda tu normal.
Perempuan plk disalahkan, sebab melayan. Sedangkan mangsa2 ni dah kena manipulate.
Adik jgn rasa bodoh ke apa, you were the victim, and you did not aware on that time.
Onna, syukurrrr sgt Allah jawab doa ko sblm ko kahwin.Allah menghindarkan ko dari mahabahaya si buaya.
Kalau ko dah terkahwin dgn dia cmana kaannnnnn?
Anggap je lah tu bkn first love tp first fatamorgana, gituuu.
So tahniah ya sis.