Fisioterapis Bukan Pak Urut

Assalamualaikum.

Sebelum tu aku nak perkenalkan diri. Aku ni fisioterapi/jurupulih anggota. Antara kepakaran fisioterapi ni merawat kepatahan tulang (patah hati kena rujuk yang lebih arif), stroke (lumpuh), sakit belakang, lutut, kecederaan sukan, masalah kardiorespiratori dll.

Banyak orang salah faham fisioterapi tu sebagai tukang urut. Yes, kami memang belajar mengurut, tapi KAMI BUKAN TUKANG URUT! Urutan tu sebagai salah satu dari rawatan yang fisioterapi sediakan. Bukan semua keadaan sesuai untuk diurut.

Aku sebenarnya nak cerita pasal perangai pesakit yang biasa aku jumpa.

Salah satunya yang jenis manja. Jenis tak nak buat senaman yang fisio dah prescribed. Kadang aku rasa aku faham kenapa kebanyakan terapis bila pesakit datang, dorang letak hot pack dengan TENS lepas tu suruh pesakit balik. Mau tak, bila kita ajar senaman untuk buat dekat rumah tak habis2 dengan alasan sibuk, tak ada masa, terlupa, sakit bila buat senaman. Dah tak pernah buat memang la sakit. Kau ni nak baik ke tak nak. Mcm mana Allah nak beri kesembuhan kalau kita sendiri tak ikhtiar.

Yang kedua jenis nak cepat sembuh. Contoh paling common lumpuh. Untuk pengetahuan semua, bukan semua orang keputusannya sama. Ada yang cepat baik, ada yang lambat ada juga yang tak ada perubahan. Fisioterapi akan usaha sehabis baik untuk bantu pesakit, tapi kesembuhan tu milik Allah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penyembuh. Kami bukan tok bomoh, bukan ahli silap mata. Hayun tongkat sakti lepas tu terus baik. Kalau ikutkan siapa je yang tak nak tengok pesakit dia sihat sejahtera.

Yang ketiga jenis suka ambik kesempatan. Yang ni memang stok2 hampeh. Kita ikhlas nak tolong rawat, tapi tangan tak reti duduk diam. Nak raba sana sini. Tolong la pesakit semua, hormati pekerjaan kami.

Yang keempat jenis yang berlagak pandai. Bajet dah tahu semua benda. Yes, pesakit sekarang kadang advance sebab maklumat dihujung jari. Boleh Google info semua. Datang department minta rawatan hebat kemain. Tak semua rawatan kat internet kita boleh apply kat pesakit. Ada orang sakitnya begini, rawatannya begini, sakit begitu rawatannya begitu. Bila kita explain tak nak dengar. Kalau dah hebat sangat boleh la rawat diri sendiri.

Aku tak nafikan banyak pesakit yang bagus, dengar cakap terapis. Yang bersemangat, yang rajin, stok2 positif la kiranya. Tepukan gemuruh untuk anda.

Banyak juga pesakit aku yang bagus, faham sakit yang dia lalui perlukan masa untuk sembuh. Setiap arahan aku dia ikut. Kalau ada keraguan atau something yang dia tak faham, dia akan tanya.

Dah aku pun tak nafikan ada terapis yang jenis sambil lewa. Kalau kita sendiri tak respect kerja kita mcm mana orang lain nak respect kat kita. Yang perangai mcm garfu ni fikir la sendiri.

Kerja yang membantu orang sakit ni besar pahalanya. Ikhlaskan hati bekerja. InshaAllah, Allah akan mudahkan jalan untuk kita.

Dan yang paling penting terang kat pesakit mengenai sakit/kondisi mereka. Patient education is very important. Make sure they understand about their condition. Bila dorang faham, yeah! senang utk dorang follow arahan kita. Every treatment yang kita bagi pun make sure kita explain. Bila patient faham baru dorang seronok untuk actively involved with our treatment.

Buat semua pesakit, kami yang bekerja dalam bidang kesihatan ni bukan tuhan. Kami hanya mampu tunjukkan jalan, yang nak sembuhkan Allah. Mohon pada Dia.
Tapi bantu kami membantu anda. Semoga diberi kesembuhan la hendaknya.

– Fisio Tegas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit