Fitnah Agama

Beberapa bulan lepas ada sorang warga Malaysia, dia ni penganut agama kristian. Dia post satu gambar tu, dan dengan beberapa orang dari church diorang tolong bersihkan satu kampung. Macam kerja amal lah. Jadi ramai lah komen, kebanyakkan komen tu chinese. Diorang pun komen”good job on helping those people etc” kira semua puji lah, sebab diorang siap ada schedule kalau siapa nak tolong boleh join.

Salah sorang kawan aku dalam facebook share. Aku pun nampak dan like. Dalam tu rata-rata cina je komen. Sampai lah tiba-tiba ada orang Melayu komen. Kalau komen biasa setakat tuan punya post sihat tak apa. Ini siap tulis semoga dapat hidayah dan memeluk agama islam. Siap copy paste ayat Al Quran lagi. Aku pun komen salah tempat ni kak komen macamtu. Bukan lah aku liberal ke apa, yang post tu orang kristian kot. Kau tulis macamtu dekat komen confirm lah tuan post dan beberapa orang lain terbaca post tu dia rasa offensive.

Lepastu bukan akak tu sorang, masuk melayu lain komen benda sama ada yang copy paste ayat panjang-panjang. Siap amin kan. Aku tegur tak elok komen macamtu. Tapi diorang balas “biarlah nak doakan diorang ni masuk islam” sampai lah ada sorang china ni komen. ” Saya harap orang melayu yang dalam komen ini juga akan masuk kristian dan letak ayat dari bible”

Tahu apa jadi? Melayu terus triggered haha. Aku gelak lah, time diorang buat cakap tak apa. Tapi bila orang tu buat benda sama dia marah. Dia macam ni, kau bayangkan ustaz post satu benda hal aktiviti. Masuk sorang chinese yang komen harap ustaz masuk kristian. Confirm orang Melayu semua maki orang tu. Lepas dah banyak gaduh, tuan post tu dia delete post tadi dan privatekan akaun dia. Aku add tuan post tu, lepas padam tu status tadi dia post yang baru. “Guys please no fighting” dan aku scroll status dia. Terus terang memang status dia ni bagus bagus. Tak ada langsung ayat dia anti islam atau Melayu. Dia siap share satu post dari ulama Malaysia dan siap puji.

Tapi bila baca orang Melayu yang islam ni. Sikit-sikit kafir itu kafir ini. Tahu tak, ramai orang Islam atau agama lain tertarik dekat Kristian ni sebab cara dakwah dia tu tenang. Sebab itu kalau tentang benda jahat je semua islam. Pasal agama lain senyap je. Ada tu memang ada. Tapi tak ada lah sampai macam agama Islam sekarang ni. Punca nama Islam ni buruk, bukan lah sebab media yahudi pegang yada yada. Tapi sebab penganut dia ni yang lari dari ajaran islam sebenar. Bunuh orang tapi laung nama Allah. Jihad katanya.

Lagi satu orang Melayu kita ni tak boleh terima pendapat yang luar dari norma masyarakat kita. Nanti di tuduh liberal, itu belum termasuk penunggang agama. Aduh…

– Zam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *