Fitnah Akhir Zaman

Assalamualaikum wbt.Saya harap sangat Admin share penulisan ini.Minto tolong ye.
Pernah tak korang semua terfikir, Bila sebenarnya kiamat ni akan terjadi?Adakah kiamat akan terjadi masa kehidupan aku,atau lepas aku dah mati nanti?atau akan terjadi semasa anak cucu cicit kita nanti?

Dulu di waktu aku belum dewasa,pernah baca satu hadis Nabi (SAW) yang menyatakan, di waktu akhir zaman inilah fitnah/ujian/pembohongan akan berlaku dalam jumlah yang tak terkira banyaknya,sampaikan orang pun dah tak tahu mana satu betul mana satu tidak.

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Demi Allah, saya tak sangka rupanya Allah izinkan untuk sampai ke zaman yang disebut oleh hadis Nabi (SAW) ini. Perkara inilah yang menyebabkan tergerak hati untuk menaip luahan isi hati ini di sini.
Mesti semua tahu kan antara isu paling hangat sekarang ialah kes seekor haiwan yang dikira najis berat di sisi agama Islam masuk ke dalam sebuah masjid serta seorang pakcik dituduh meraba seorang perempuan dalam sebuah pengangkutan awam.Saya cuma nak ulas kes masjid,sebab ada perhubungan terus & terkesan secara langsung dari sudut emosi.Masjid tersebut ada nilai sentimental pada saya, sebab di situlah belajar solat berjemaah,mengikut datuk menimba ilmu kuliah subuh dan maghrib,selain banyak lagi kenangan pahit manis di masjid itu.Walaupun dah merantau jauh dari kampung halaman, saya tetap mengambil tahu perkembangan semasa,lebih lebih lagi imam masjid itu pun sudah berganti dengan anak kampung yang lebih muda dan dikenali pula secara peribadi.

Saya kecewa dan sedih, bilamana isu penggantian karpet masjid yang berjumlah RM34,000.00 itu dijadikan bahan modal pelaris & penaik likers laman – laman picisan di media sosial. Benarlah hadis Nabi (SAW), rupanya kita telah sampai ke zaman yang penuh dengan pendusta dan orang-orang jahil yang berlagak pandai. Di media sosial,penuh dengan tuduhan palsu dan kata-kata nista. Ada yang menuduh pengurusan masjid mengambil kesempatan, membazir dan mengabaikan asnaf di sekeliling masjid,ada juga yang melontarkan kata-kata kesat mengatakan pengurusan masjid kurang cerdik dan sebagainya.Tak kurang juga yang kononnya lebih bijak menyatakan apa perlunya karpet dibuang sedang hanya boleh disamak?

TAKUTLAH ALLAH WAHAI MANUSIA!!
Bagaimana kamu mampu berkata-kata sedangkan berita sebenar-benarnya kamu belum selidiki dengan sehabis-habisnya?

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت
Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.

Di sini juga, saya kongsikan juga penjelasan daripada Nazir masjid tersebut,
Assalammualaikum w.r.t
kaedah sertu/samak masjid jamek sg plong
Berikutan banyak pertanyaan berkenaan dengan kaedah yg masjid kami gunakan maka disini saya lampirkan laporan penuh proses sertu/samak.
Jam 10 pagi penduduk kampung berkumpul dan ditaklimatkan oleh Imam3 Ustaz Hj Mohd Rahmat Bin Hj Ahmad Bukhari dibantu oleh Imam1 Ustaz Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamaruddin dipantau oleh Pegawai² dari Jabatan Mufti Negeri Selangor
Proses sertu/samak dibantu oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sg Buloh, Jabatan Perhilitan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan masyarakat setempat.
Proses bermula pada jam 11 pagi selepas ketibaan Bomba dimulakan dengan pembersihan najis Ain terhadap darah khinzir yang terdapat di lantai dan di dinding masjid. Dgn mengambilkira pandangan Mais/Jais karpet yang terlibat dilupuskan kerana melibatkan darah babi. Kemudian di basuh tempat yang terkena najis mughalazah (najis berat) dengan menggunakan 1 kali air yang bercampur tanah dan 6 kali air bersih sehingga diyakini bersih.
Pihak masjid telah menempah karpet baru bernilai rm34,000.00 utk pemasangan segera dgn janji sumbangan seorang jemaah masjid ttpi jika ada orang ramai nak menyumbang utk karpet, beliau akan topup bakinya sahaja.
Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses ini dijalankan.
Inilah hikmah disebalik kejadian ini maka kaedah sertu/samak ini diketahui oleh umum.
Semoga bilangan jemaah bertambah ramai dan diimarahkan masjid ini sebaiknya.
Sekian terima kasih…
Hj Hussin Bin Rani
(Nazir Masjid Jamek Sg Plong)

RM34,000.00 itu adalah sumbangan daripada seorang ahli jemaah masjid.Selain itu, keputusan menukar karpet walaupun telah disertu/disamak juga berasaskan kepada keputusan bersama-sama Jabatan Agama Islam Selangor / Majlis Agama Islam Selangor,bukannya hasil buah fikiran pihak masjid semata-mata.

Yang paling sedih, ada pula yang hendak menegakkan hujah dangkal dengan menyatakan keputusan ini memberi mesej yang salah kepada orang bukan islam. Mengapa pandangan orang bukan islam perlu diambil kira dan menentukan hal-hal sebegini? Orang bukan islam pun tidak melebih-lebih, anda pula yang terlebih lajak berkomentar bagi pihak mereka? Di mana pegangan anda kepada Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kafiroon? Sungguh saya tidak faham apa yang menyakitkan hati kamu semua tentang hal ini.Hal ini tidak menyusahkan anda semua, jadi apa sebenarnya yang menyebabkan anda begitu marah tentang hal ini?

Tuduhan yang paling berat sekali ialah pihak masjid mengabaikan asnaf di sekeliling masjid hanya kerana pemasangan karpet bernilai RM34,000.00. Apabila dijawab RM34,000.00 itu hasil sumbangan jemaah dan tidak menggunakan duit masjid walau satu sen sekalipun, diubah pula persoalan kepada, mengapa begitu membazir sehingga RM34,000.00?

Demi ALLAH,berhujah dengan orang yang jahil dan tidak mahu mengalah ini memang tidak akan habis-habis.
Mengapa pula hendak mempersoal bagaimana si penderma mahu mendermakan duitnya sendiri? Terpulang pada si penderma untuk menginfaqkan hartanya dengan cara bagaimana. Apakah si penderma tidak boleh membelanjakan hartanya menurut kemahuan dirinya,lebih-lebih lagi ke arah kebaikan seperti ini? Hujah anda berulang-ulang ialah harta itu boleh dibelanjakan kepada yang lebih memerlukan. Adakah dalam keadaan seperti ini,masjid ini bukan dikira sebagai pihak yang memerlukan? Hujah ini tidak lain tidak bukan sekadar untuk menaikkan nafsu ammarah,benci dan dendam selain menimbulkan pecah belah saja di kalangan masyarakat islam secara khusus.

Jadi di sini sebagai menutup penjelasan dan nukilan rasa ini, pesan saya semoga perkara ini dijadikan pengajaran dan iktibar.Ingatlah jari-jemari kita akan menjadi saksi di hadapan ALLAH SWT nanti atas apa yang kita taip di sini nanti. Janganlah jadi orang yang muflis di hari kiamat – pahala semuanya diberi kepada insan yang kita tuduh/fitnah tanpa sempat memohon maaf. TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT supaya kamu tak menjadi orang-orang yang rugi di hari semua amalan kita dihisab dan dipertanggungjawabkan ke atas kita sendiri.

*Jika ada yang masih belum berpuas hati, sila lah hubungi sendiri pihak masjid, tanya sendiri pada mereka. Itu lah sebaik-baiknya. Jangan baling batu sembunyi tangan,mempergunakan isu dengan membuat tuduhan-tuduhan liar dan bersifat menyindir,semata-mata menaikkan volume visitor & likers page demi keuntungan dunia yang sedikit.INGAT,DI BAHU KIRI & KANAN ADA YANG MENCATIT PERBUATAN DAN AMALAN KAMU.

Sekian,Assalamualaikum wbt.

– Anak Kampung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *