Pertama sekalinya, terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan kepada netizen yang sudi membaca. Confession ini agak panjang kerana ia menyentuh soal yang amat vital in our daily life. Aku mula dengan memperkenalkan diri aku sebagai pelajar mengambil kos pengajian Islam di salah sebuah IPTA. Sudah lama aku hendak luah dan aku terpanggil untuk menulis confession ini berdasarkan isu-isu yang berlaku pada tahun lepas dan kesan dan harapan pada tahun baru ini.
Fitnah dalam erti kata lain bermaksud ujian. Sejak kebelakangan ini, masyarakat peka dengan isu-isu semasa yang mengkaitan soal iman dan agama samada secara personal atau universal. Maka aku bahagikan kepada beberapa ketagori iaitu Masyarakat awam, Ahli Agama dan Agamawan, Belia, pelajar agama dan ahli akademik, Public Figure atau Artis, Parti dan Ahli Politik. Tidak dinafikan bahawa hidup di zaman ini seperti telur dihujung tanduk, sangat critical dan senang triggered dengan recent issues mostly on social media. Masing-masing punya hak untuk bersuara dan mengemukakan pandangan atau pendapat.
Hal ini menunjukkan pemikiran masyarakat kita berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan negara kita. Perkara ini adalah baik tapi ia juga disusuli dengan keburukan. Di saat masyarakat ke arah yang positif dari segi sikap dan cara berfikir, ada juga yang bodoh dan jahil. Sebagai contoh, bilamana ada berita atau post statement dari ahli agama (Ustaz or Mufti) mengeluarkan sesuatu hukum atau fatwa, ada masyarakat yang boleh terima dan menolaknya. Walhal yang menolaknya memberi respon yang negatif seperti memberi komen cemuhan atau makian. Malangnya, ia seolah menampakkan betapa kejahilan masih jelas nyata.
Perlu diingatkan, para Ustaz or Mufti adalah orang yang berhak mengeluarkan hukum or fatwa lalu yang lagi arif bercakap soal agama. Mereka yang membimbing dan berdakwah kepada masyarakat ke jalan yang benar. Justeru itu, adalah tidak wajar jika masyarakat pertikai apa yang telah Allah tetapkan tapi mana manusia yang hatinya tidak berbolak. Allah berfirman (18:54) “dan demi sesungguhnya telah kami huraikan berbagai cara dalam al-Quran kepada manusia daripada pelbagai contoh, dan sememangnya kebanyakkan manusia banyak membantahnya.” jika kita tidak faham dan tidak tahu maka bertanya kepada yang mengetahui.
Selain itu, aku juga memuji kepada para remaja dan belia yang berjinak-jinak hendak mempelajari Islam dan semangat untuk berdakwah. Walaupun demikian, belia sifatnya masih muda dan masih banyak hendak dia alami. Beza antara orang dewasa dan belia selain dari segi umur, pengalaman yang perlu ada ada. Aku sangat tidak suka kepada belia yang selalu sangat posting tentang dakwah yang sentap dan menyentap. Bagi aku, ia bagai tin kosong kerana tiada hikmah disebalik apa yang ia hendak sampaikan. Dakwahnya sudah bagus tapi kebanyakannya yang aku perhati, belia selalu post pasal “Cinta Islamik” dan kurang dari segi ilmu malah ia mengedikkan lagi.
Bukan semua tapi kebanyakkan. Ia bagai cendawan tumbuh selepas hujan, entahlah berapa ramai remaja baru berapa kali join usrah, sudah pandai tepis fatwa, sudah pandai menjadi ulama jadian. Aku bukan benci usrah, cuma ahlinya yang aku tak berkenan sikit. Ia bangga join usrah sana sini, beri dakwah sana sini, posting islamik bagai tapi realitinya hidupnya adalah sebaliknya. Bukan hendak jugdemental tapi hakikatnya bagai meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Nasihat aku, perlu banyak belajar dan cuba selami jiwa-jiwa orang muda yang cuba jinak-jinak nak jadi baik. Orang nak jadi baik tak jadi sebab dakwah yang kau cuba sampaikan, jadikan ia benci pada agama sebab orang macam kaulah puncanya.
Aku jarang tengok drama melayu dan tak berapa minat dengan artis-artis. Tapi alhamdulillah aku bersyukur jugalah kebanyakan artis telah sedar diri dan berhijrah, suatu pencapaian yang baik. Kalau kalian perhatikan, Malaysia kurang menghasilkan filem-filem Islamik berbanding Indonesia. Dan kebanyakkan filem yang Islamik hanya bergenrekan soal konflik cinta dan perkahwinan. Adaptasi dari novel cinta islamik hasilan ustaz-ustazah atau sekadar cerita dogengan yang tidak pernah berlaku dalam real life. Mungkin ia sesuatu yang menarik sebagai tayangan umum dan masyarakat juga hendak tahu jalan yang halal menuju ke alam rumahtangga melalui filem. Ia memudahkan dan kadang menyentuh hati dengan cabaran dalam drama tersebut.
Tapi aku tidak suka kepada artis-artis yang memberi komen atau pertikai hukum agama. Ia amat mengerunkan kerana seperti ia salah satu tanda-tanda kiamat bilamana orang yang bukan ahli, bercakap soal agama. Public figure yang jelas melanggar hukum dan terang-terang melakukan kesalahan berbangga dengan hasil kemewahan yang telah yang kecapi. Lalu menggunakan agama dengan berkata “telah ditetapkan takdir begini”. aku bukan hendak menyalahkan 100% kepada mereka tapi media massa antara salah satu faktor yang membuatkan mereka menonjol di pentas dunia.
Seterusnya, Kepada yang masih belajar dan pelajar-pelajar yang mengambil kos pengajian Islam, aku harap kalian belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Contohi para ulama silam dan hayati perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Betapa kesusahan dan kepayahan mereka menulis kitab dan bertalaqqi dengan guru-guru, memudahkan kita untuk belajar dengan senang-lenang sekarang ini. Menghargai karya-karya mereka, menghormati pandangan dan pendapat mereka, adalah dengan berlapang dada dan tidak taksub dan jumud atas dasar ilmu. Ilmu akan selalu berkembang dan luas, tidak perlu disempitkan dengan hanya satu kitab atau satu guru saja.
Berkhilaf dan berbeza adalah suatu perkara yang dirai. Sebagaimana 4 Imam mazhab, mereka tidak pernah pun mencemuh yang lain, mengatakan ia salah, mengatakan ia sesat malah mereka saling hormat-menghormati. Tidak kira di mana kita belajar samada di Timur Tengah atau dalam negara saja, Kita hanya bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah dan mengambil nukilan para ulama, bukan pandangan dan pendapat kita sendiri. Kita hanya menyampaikan, tinta mutiara dari ulama yang lebih alim dan arif. Tidak usaha kita berbalah mengatakan aku benar dan kau salah. Hindari sifat hasad dengki dan label-melabel, ia sesuatu perbuatan yang tidak ilmiah dan tidak cerdik.
Berpolitik dan melibatkan diri dengan perjuangan parti di usia yang muda bagi aku, amat mengganggu pelajaran. Tidaklah sehingga mengambil endah dan hindari 100% pasal politik, pelajar juga peka dengan suasana dan arus politik tanah air. Life as a student seperti yang ditulis dalam buku “Mitos mahasiswa Sibuk” oleh Megat Hanis, memang sibuk. Di mana dengan esei, video assignment, tesis, persatuan dan group work. Menyempatkan diri dengan politik aku rasa suatu stigma atau ada agenda yang lain. Aku rasa jihad atau berjuang tidak perlu disempatkan dengan hanya mengikuti certain jemaah atau hanya tumpu suatu parti yang perjuang menjulangkan nama Islam.
Bahtera Syabab melanda dan melaungkan takbir, seolah-olah hanya ini perjuangan yang benar dan lurus. Bila kita tegur kau kena brainwash atau ahli politik korang tak maksum, ia terus mengatakan kita terkeluar dari jemaah, kita ini tidak sokong Islam. Tidak perlu taksub dan manusia buat silap begitu juga dengan pemimpin, pemimpin juga insan biasa yang buat silap yang perlu ditegur. Tidak perlu pertahankan apa yang salah. Aku tidak boleh hadam bilamana ia mengatakan wajib untuk sokong parti kami. Aku tidak suka bilamana ia menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Siapa sebenarnya penunggang agama?
Sebagai kesimpulanan, hadith mengatakan dalam kitab ringkasan riyadhus Solihin dalam bab kelebihan menuntut ilmu “sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya diberi kefahaman dalam agama.” Fitnah pada agama kesannya kalian sendiri melihat di media sosial saban hari. Moga-moga kita sama-sama belajar dan faham. Apa yang aku confess sebenarnya aku cuba untuk menyedarkan apa yang berlaku suasana di sekeliling kerana ku juga manusia biasa yang buat salah dan aku amat alu-alukan sebarang kritikan. Muhasabah untuk diri sendiri dan minta maaf juga. Moga bermanfaat dan moga dipermudahkan segala urusan kalian.
– Avicii
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit