Terima kasih kerana mengizinkan luahan ini disiarkan dan tidak berniat menulis panjang.
A rakan sekerjaku sejak 5 tahun lalu dan ye dia lelaki g4y, minatnya hanya pada lelaki. Sewaktu mula aku diterima bekerja aku tahu ada seorang rakan pondannya pun memohon kerja juga tapi tidak diterima.
Dari hari pertama memulakan kerja hingga hari ketiga aku demam hanya pada waktu bekerja dan sihat walafiat di luar waktu bekerja.
Selepas beberapa hari berlalu datang seorang pekerja pembersihan menemuiku, katanya “adik, meja tempat kerjamu ada calitan minyak, saya sudah bersihkan, sepertinya ada orang yang tidak suka kamu bekerja di sini.”
Sepanjang bekerja dengan A, aku selalu difitnah tidak buat kerja tapi gajiku besar. Hakikatnya disebabkan kami dalam 1 jabatan yang aku eksekutif dan dia sekadar kerani operasi, aku yang mengarahkan kerja-kerja untuk dia.
Namun dia selalu bercerita di tempat kerja, mengapa dia perlu buat kerja, gajiku kan besar biarlah aku sendiri buat semuanya.
Sedangkan di tempat kerja A hanya main game dan waktu tiada siapa melihat A bersenang lenang dalam pejabat menonton Netflix dan tidur.
Didepan rakan sekerja lain A pandai berlakon seolah-olah dia yang membuat semua kerja di jabatan kami.
Mulut A juga sangat jahat menghasut rakan sepejabat lain dengan bermacam fitnahnya yang selama 5 tahun itu aku tidak pernah sekalipun mengendahkan apa-apa.
Aku hanya bekerja untuk menyara anak-anakku sebagai ibu tunggal.
Sebenarnya disebabkan aku eksekutif aku hanya punya gaji pokok, tiada lainnya sedangkan dia sebagai seorang sahaja kerani, gaji pokoknya hanya berbeza 2-3 ratus saja dariku. Itu belum ditambah dengan OT dan kerja semasa cuti umum.
Beza gaji hujung bulan dia dengan aku boleh mencecah beza sehingga 1 hingga 2 ribu. Sayangnya setiap bulan gajinya tak pernah cukup, malah hampir setiap bulan meminjam padaku dan aku tak pernah bercerita pada sesiapapun.
Jika kenaikan gaji dan bonusku bagus, aku tak boleh meninggalkan sebarang surat dalam laci peribadiku yang berkunci.
Si A pernah mencuri buka surat tersebut dan bermulalah pelbagai fitnah darinya, kaki jilatlah entah apa lagilah.
Apa yang hairannya tiapkali dia menghasut serta memfitnah rakan sekerja yang lain seolah terpesona dengan kata-katanya malah mempercayainya walaupun bukti yang tertera sangat berbeza, akhirnya aku yang difitnah dan terpinggir.
Sehinggalah suatu hari aku terdengar dia bercerita tentang minyak penunduknya yang sudah hampir habis pada seseorang di telefon.
Selama ini aku memang gemar mengamalkan bacaan yassin setiap hari bagi perlindungan diri dan tak pernah berniat berlawan apa-apa dengan A. Ujian fitnah itu aku jalani dengan sabar, menangis merintih pun hanya pada DIA.
Kesian anak-anakku, aku harus bertahan.
A mempunyai perangai tidak malunya yang tanpa segan bercerita tentang group wasap/ telegram g4y yang berkongsi segala macam aktiviti dan gambar alat sulit mereka.
Ada hari cutinya juga diisi dengan menyewa hotel dengan pasangan g4y, A sendiri yang bercerita dan biasanya aku membuat alasan untuk angkat kaki.
A seorang kristian tetapi rakan-rakan g4ynya muslim, malah ada yang serumah dengannya.
Aku tak pernah mengusik kehidupannya, tapi dia selalu mencipta fitnah terhadapku walaupun pada orang yang baru dikenali. Ada waktunya aku tak tahan dan menangis sambil membaca yassin.
Dan akhirnya benarlah Allah Maha Adil, sampailah harinya A jatuh sakit, teruk keadaannya hingga terpaksa balik kampung. Alasannya keluarga mengajak A untuk berubat kampung, katanya ada yang menyihirnya.
Selang beberapa minggu dia meninggal dunia dan sebelum itu keluarganya membawa A ke hospital dan disahkan ada jangkitan kuman di otak A, kuman itu datangnya dari penyakit Hiv/ Aids.
Bila diselidiki rupa-rupanya A sudah lama ada penyakit itu tetapi dia memfitnah aku yang membuatnya sakit.
Aku sekadar hamba Allah tak pernah mendoakan benda jahat pada sesiapa walaupun pada pemfitnahku. Apa yang menimpa A adalah akibat kehidupan salah yang dipilihnya sendiri.
Kuharap pada sesiapa yang suka memfitnah dan mengamalkan jalan yang salah, kembalilah ke pangkal jalan sementara ada waktu.
Maafkan aku terpaksa menaip luahan ini kerana bulan ini adalah bulan terakhirku di tempat kerjaku ini.
Walaupun A telah tiada tetapi kesan fitnah yang ditinggalkannya masih berlegar hingga ke hari ini.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit