Flat Earth

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan readers sekalian…

Disebabkan beberapa minggu lepas isu tentang ‘Flat Earth’ atau bumi rata kian menjadi jadi selepas seorang penyanyi nasyid dulu dulu telah update status berkenaan bumi rata yang mana telah menjadi bualan hangat diantara netizen dan jugak makcik pakcik bawang. Lepastu start dri status tu makin ramai la pengikut FE (Flat earth) muncul untuk menyokong pendapat mereka bahawa bumi ni rata. Aku stress gila baca diorang punya hujah. So, sebagai seorang mahasiswa biologi ingin memberikan hujah2 aku pula.

Aku ni bukanlah ada ilmu yang tinggi melangit sangat pasal sains dan juga agama, tapi cukuplah aku tahu mana yang betul dan mana yang salah. So setiap kali aku baca status atau komen2 geng FE ni, diorang akan selalu sebut “dalam al-quran takda pon Allah nyatakan bumi ni sfera ke bulat ke, tapi hanya nyatakan hamparan je”. Dear girls n boys, first u should know n understand what is the actual meaning ‘hamparan’ sebenarnya. Memang lah kalau kita bentang tikar ke apa kita panggil hamparan kan, tapi tu tak bawa maksud rata, cuba kau tengok kalau kau hamparkan tisu atas sebuah bola.. Adakah tu tetap flat?? tak kan?? tisu tu akan ikut bentuk bola tu lebih kurang.

Second, kalau berbahas dengan geng2 FE ni dialog setrusnya “dalam ayat al quran takda cakap pun yg bumi mengelilingi matahari tapi dalam AL-QURAN Allah menundukkan matahari dan bulan bla bla bla…” Awak2 semua, ilmu ni banyak cabang, bukan tertumpu kepada ilmu akhirat sahaja, jadi kita tak boleh sesuka hati nak tafsir ayat2 Allah. Allah dah cakap nak menuntut ilmu biar berguru dengan yang handal. Ye saya tahu awak dah berpuluh kali khatam al-quran dan tafsir sekali. Good job dan alhamdulillah, tapi tak bermakna awak boleh sesuka hati tafsir ayat2 suci Allah dengan pandangan awak sendiri. Kalau awak nak tahu, bumi ni akan berputar pada paksinya selama 24 jam dan bulan pon akan mengelilingi bumi sekali. Sebabtu boleh berlaku siang dan malam, pasang surut air laut, dan bumi akan mengelilingi matahari selama setahun dalam landasan orbitnya.

Third, kalau kita berbahas dengan geng FE ni mesti diorang akan kata”tulah korang percayakan sangat lah dengan ideologi2 barat tu, letak tepi kata2 Allah dalam al-quran, taksub sangat dengan ilmu barat tu”. Cuba baca kisah kisah tentang IBNU HAITAM dan AL-KHAWARIZMI. Diorang adalah ahli falak dan sains yang terawal dalam dunia dan mereka adalag islam. Malah, ideologi2 mereka menjadi sumber rujukan kepada saintis sainstis barat untuk perkembangkan ilmu sains. Thus, u should know who is the person yang mengasaskan ideologi ‘Flat Earth’ ni. Kenal pengasas dia from a to z then you bandingkan dengan pengetahuan ahli sains islam. So that, you akan tahu mana yang betul dan mana yang salah.

Aku rasa dah cukup buat sementara. Orang cakap bila kita berdebat dengan orang kurang ilmu, kita pon akan sama macam diorang. So sape faham ayat tu good job. Tapi sebelum aku habiskan confession ni aku ada beberapa nasihat.

Allah ada cakap dalam Surah Hud ayat 24,

مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالْأَعْمَىٰ وَالْأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ ۚ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?

Dan Surah Fatir ayat 19,

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ

Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.

Kalau kita rasa ilmu kita hebat, ramai lagi ilmu dia hebat. Kadang2 kita kena bukak minda dan dengar hujah orang lain. Bukannya tetap dengan hujah kita yang kita sendiri tak ada bukti tentang kesahihan. Tak salah kita bepegang pada al quran dan hadis, sebab sebagai orang islam memang al quran dan hadis adalah panduan kita. Tapi jangan sampai taksub dan lupa akan ilmu2 lain. Kena faham ayat ‘menuntut ilmu sampai ke negara china’. Maksudnya, kalau nak dapatkan ilmu kena lah keluar dri kotak dan menuntut lah ilmu dari pelbagai sudut bukan hanya dari satu sudut sahaja.

Terima kasih dan maaf kalau terkasar bahasa dan tersalah bicara… Assalamualaikum.

– Hafizah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *