Fluorosis

Salam kepada semua pembaca. Terima kasih kepada IIUMC kerana sudi sekali menyiarkan artikel ini.

Fluorosis? Korang pernah tahu fluorosis tu apa? Ok, meh nak kabo. Fluorosis ialah sejenis masalah gigi berkarat/bertompok putih akibat pemgambilan fluoride berlebihan semasa kita di zaman kanak². Kecik² dulu korang pernah telan ubat gigi pelbagai perisa kan? Sedap katanya. Haa.. Tak elok tau untuk pertumbuhan gigi kekal kita.

Fluoride dalam ubat gigi sebenarnya di tahap yang selamat dan berfungsi untuk mengelakkan karies gigi. Yang jd masalah, kita pandai² telan ubat gigi tu sbb rasanya sedap. Maklum la budak lagi masa tu.

Akibat perbuatan menelan ubat gigi tu masa kecil, lama² bila dah dewasa, ada tompokan putih macam warna kapur di gigi kita. Bila buat scaling/cuci gigi, tompok putih tu tak hilang. Sebab tompok putih tu dalam lapisan gigi kita. Bukan di luar.

Fluorosis ni ada tiga kategori. Ringan, sederhana dan teruk. Kalau di tahap yang teruk, korang nampak gigi tu seakan² berbelang kuning macam karat. Disebabkan itu, gigi korang nampak kotor, dan penampilan gigi terjejas.

Orang yang tak tahu, akan anggap gigi korang jadi macam tu sebab korang smoker maybe, rasa gigi korang buruk, dan banyak karang gigi. Dorang akan fikir, yang kita ni tak jaga kebersihan gigi, walhal sebaliknya. Oleh itu, korang akan rasa malu dan kurang yakin bila bercakap dan senyum.

Tapi jangan risau. Sebelum jadi lebih teruk, better elak ubat gigi berfluorida. Anda juga boleh dapatkan rawatan veneer di klinik gigi swasta. Kalau di klinik gigi kerajaan, saya tak pasti ada ke tak. Harga veneer untuk sebatang gigi antara RM150-RM250. Veneer tu apa, boleh google. Veneer ni macam crown, tutup lapisan gigi depan & tepi. Bila dah buat veneer tu, gigi anda nampak putih dan sekata macam gigi lain. Boleh request ye nak warna gigi sekata atau putih sikit berbanding gigi yang lain. Ada composite & porcelain veneer. Nak tahu lebih lanjut, just google ok.

Selain itu, untuk gigi yang hadapi masalah mild fluorosis, iaitu tompok² putih kecil di gigi, boleh try GC tooth mousse. Tooth mousse ni bukan tooth paste. Ia adalah sejenis krim vitamin untuk disapu ke gigi kita yang bermasalah. Ada dijual di klinik gigi swasta. RM70-RM80. Banyak kegunaannya.

Aku bukan dentist, nak ulas lanjut pun tak boleh. Takut silap. Tapi at least, korang dah tahu sikit pasal fluorosis ni. So, lepas ni jangan la condemn bila nampak orang yang giginya bertompok kuning/ putih tu. Tak semestinya dia smoker tau. Kesian penghidap masalah fluorosis ni, hilang keyakinan terus bila nak berbicara bila orang pandang semacam kat gigi dia.

Bukan apa.. Dia nak buat treatment macam veneer tu pun tak mampu lagi sebab sebatang gigi pun dah beratus ringgit. Buat majikan, rakan sekerja dan keluarga, give moral support to those yang ada fluorosis ok. They need motivation to be confident.

Antara pembaca artikel ni, ada ke yang hadapi fluorosis ataupun pernah kenal orang yang mempunyai masalah fluorosis? Boleh kongsi di komen. Komen yang murni² ok.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit