Fobia dan Panic Attack

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Aku terpanggil untuk respon kepada confession Nur Aina tentang panic attack. Ya, aku sangat faham apa yang Nur Aina sedang alami sebab aku pun pernah dan sedang alami Panic Attack ni. Asalnya aku nak diamkan saja hal aku ni, tapi bila ada orang lain di luar sana yang sedang alami perkara yang sama yang aku alami, aku rasa terpanggil untuk shared apa yang aku buat untuk control simptom panic attack ni. Aku berani kata yang orang yang tak pernah alami simptom ni tak akan faham apa yang kami sedang hadapi. The feelings is REAL. Kalau Nur Aina takut tercekik sebab trauma pernah tercekik, aku pulak lebih kepada takut/fobia hadapi sakit-sakit kronik. Bila aku dengar orang sakit kronik, ia akan jadi trigger kepada simptom panic attack aku.

Ada satu hari, jantung aku berdegup sangat pantas, aku ingatkan aku kena heart attack. Aku panic dan minta parents aku bawa ke hospital. Bila doktor check ECG aku, doktor kata ok jer ECG aku ni. Pastu doktor terangkan kat aku yang jantung berdegup kencang ni boleh jadi sebab tiroid, panic attack, dan masalah jantung tapi bagi kes orang muda jarang la dapat masalah jantung ni, so dia nak check tiroid aku pulak. So masa tu baru aku sedar pasal panic attack aku ni sebab aku memang tau aku ada panic attack sejak kecil lagi cuma dulu aku tak faham condition aku. Bila besar dah belajar dan boleh google aku mula faham kenapa aku jadi macam ni. Jadi aku balik dari hospital dan aku control melalui pernafasan dan cuba fikir positif (walaupun sebenarnya susah untuk fikir positif bila panic attack tu datang menyerang).

Baru-baru ni kawan aku disahkan menghidap kanser tahap 4, sedih sangat weh bila dengar berita dia sakit. Dalam masa yang sama berita tu jadi trigger kepada panic attack aku datang menyerang. Aku mula fikir yang aku pun akan dapat sakit yang sama bila-bila masa saja, dan lepas tu aku akan mati. Fikiran tentang kematian yang semakin dekat tu menguasai fikiran aku setiap hari. Aku jadi takut yang teramat sangat. Fikiran yang kata aku menghidap kanser tu sangat real sampai aku rasa sakit di bahagian anggota badan aku. Aku rasa aku akan mati tak lama lagi dan fikiran tentang kematian tu datang berulang-ulang sepanjang masa. Sampaikan aku taubat nasuha weh, tak mau dah buat benda-benda lalai/dosa dan azam nak buat baik sebab fikir kematian yang semakin dekat. Yang aku sedar, tu benda positif yang aku dapat, Allah umpama jentik hati aku untuk berubah ke arah kebaikan. Sampai ke hari ni, fikiran tu masih ada dalam otak aku ni cuma aku dah pandai control sikit dah.

Fikiran tentang sakit kronik dan kematian tu bukan hanya melibatkan aku, tapi aku jadi risau jugak kalau sesuatu menimpa parents aku. Aku bimbang kalau tiba-tiba dorang jatuh sakit dan meninggal dunia. Maka tinggallah aku seorang diri hidup dalam kesunyian. Perasaan sunyi tu macam mula develop dalam diri aku, walaupun hidup aku ni agak sibuk dan perlu deal dengan macam-macam jenis orang, tapi aku still rasa sunyi yang sukar nak digambarkan. Tapi macam yang aku cakap tadi, perasaan ini memang real, orang lain takkan faham kalau mereka tak alaminya sendiri. Tapi don’t worry guys, inshaAllah aku takkan buat benda-benda merapu dan berdosa, aku masih ingat Allah.

Aku banyak google macam mana aku nak control simptom panic attack ni. Yes, seperti ramai orang cakap pergilah jumpa psikiatri, itu satu options. Jumpa psikiatri bukan bermaksud kau gila, cuma kau perlukan rujukan pakar perubatan dan mereka lebih tahu bagaimana kaedah rawatan terbaik. Tapi bagi aku, setakat ni aku rasa aku tak perlu jumpa lagi psikiatri sebab aku dah boleh control simptom panic attack ni. Melalui bacaan aku pun, memang tak ada ubat untuk baik terus cuma bagaimana kita handle panic attack ni lebih utamanya. Dari aspek kerohanian, aku mula banyak dekatkan diri dengan Allah, macam aku cakap tadi aku cuba berubah ke arah kebaikan, banyakkan solat taubat, berdoa, berzikir, dan baca Al-Quran. Selain tu, bila aku baca dan tersedar tentang konsep qada dan qadar, fikiran aku jadi tenang balik, sebab sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada qada dan qadar yang Allah telah tentukan. Selain tu, kita kena cari kawan atau orang yang kita percaya, share dengan dia tentang fikiran dan perasaan kita, benda ni sangat membantu bila ada orang yang faham tentang kita. Bila panic attack datang menyerang, cuba control pernafasan, bernafas dengan betul, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan perlahan. Cuba fikir positif, katakan kepada minda kita bahawa ‘Ini cuma panic attack, takkan ada perkara buruk yang akan berlaku, simptom ni akan hilang tak lama lagi’. Dan bila kita terfikirkan perkara buruk/negatif, latih minda untuk cakap ‘Stop!’, jangan berterusan fikirkan tentang hal tersebut dan alihkan fikiran kita untuk buat sesuatu yang positif. Banyakkan luang masa dengan orang lain, jangan banyak menyendiri sebab itu boleh mendorong kita berfikir tentang perkara yang merisaukan kita. Ubah gaya hidup yang lebih sihat, bersenam boleh bantu tingkatkan mood kita dan kawal pemakanan boleh tingkatkan kesihatan diri. Jika rajin menggoogle, cari info tentang panic attack dalam dan luar negara, sebenarnya ramai jer yang ada Panic Attack ni di Malaysia dan di luar negara, cuma ada yang sedar dan ada yang tak sedar. Ramai juga orang yang lagi teruk dari aku sampai tak boleh kawal diri dia, sampai menangis dan hilang kawalan di khalayak ramai. So aku masih bersyukur sebenarnya simptom aku ni tak teruk sangat cuma aku still tak selesa dengan apa yang aku rasa. Aku juga sangat faham dengan orang yang alami Panic Attack, so korang tak keseorangan k… Sampai sini dululah rasanya confession aku. Aku harap apa yang aku shared ni membantu korang di luar sana yang ada Panic Attack/Anxiety Disorder. Jangan malu untuk dapatkan bantuan dan perkara utama sekali yang kita kena buat adalah betulkan fikiran kita dan jangan biarkan fikiran negatif tu menguasai diri kita. So, selamat berjuang semua. Kita semua adalah fighters!

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *