Fobia Dengan Orang Berlatarbelakangkan Agama

Assalamualaikum… maaf andaikata tajuk menggugat sensitivity sesetengah orang, aku cuma nak kongsi pengalaman aku, tak semua segelintir sahaja…

Kenapa aku fobia?

Sebab mereka telah membuatkan aku jadi trauma nak dekat dengan agama.

Hanya satu atau dua kesalahan yang aku buat terus dicop sebagai ***** dan *****. Maaf… sukar berterus terang dengan perkataan tersebut jadi aku censored kan.

Aku pantang betul bila orang buka aib aku di khalayak ramai…

Ada aku suruh? Ada aku buka aib aku sendiri kat sosial media? Ada aku buat sesuatu yang sangat2 dilarang oleh agama sampai nak kena buka aib aku di khalayak ramai.

Aku buat benda apa doh sampai kau nak malukan aku kat semua orang,

Hey! Aku ada keluargalah! Wahai jin bertopengkan manusia. Kalau aku sorang ja malu aku tak kisah masalahnya keluarga aku kena tempias sekali.

Aku sedar yang diri aku ni sampah dan tak berguna tapi aku dah letih dengar keluarga aku diketawakan oleh jiran yang puas hati dengan apa yang menimpa aku dan tak senang duduk bila keluarga aku senang.

Dulu aku sangat hormat dengan orang yang berlatar belakangkan agama tapi sekarang sorry dohh aku nampak semua sama ja… Aku jadi tawar hati…

Disebabkan seorang dua orang terus jadi ramai yang tau aib aku. Aku jadi fobia sampai aku sendiri taktau aku buat apa. Mungkin salah aku sebab hidup atas muka bumi ni.

Kenapa kena canang-canang dekat orang? Cara lembut kan ada berlembutlahh… aku bukan jenis kubur masing-masing.

Aku mudah terima teguran orang kalau orang tu cakap elok-elok dekat aku. Walaupun aku sedar aku nggak pantas menerimanya maybe aku hanya layak yang kasar dan harsh word.

Hati aku dah retak sejuta… aku tahu… siapa kisah? Kau nak nasihat aku untuk positif? Hari-hari tadah telinga dengar orang berkata kesat tentang aku kau nak suruh aku positif?

Yela mungkin setiap orang pendekatan dia berbeza tapi pendekatan apa dia guna sampai aku trauma nak dekat dengan agama sampai aku nak baca tafsir quran pun aku takut salah tafsir last sekali tak baca langsung biar bodoh sampai mati.

Quran tu la ubat untuk aku……….. ada certain ayat yang menjadi pemangkin semangat aku!!!!! tapi kenapa? kenapa kena buka mic kuat-kuat kononnya nak bagi pendedahan kat orang ramai yang aku ni *****.

Kadang-kadang aku fikir jugak aku hidup ni untuk apa? Allah murka ka kat aku?

Cuba la bayangkan kalau kau ada anak lepastu anak kau tu ada mild autism lepastu ada orang buka mic kuat-kuat cakap yang kau ada anak cacat apa kau rasa? sakit tak?…

Kau tak duduk tempat aku dan kau tak lalui apa yang aku lalui..

Aku pernah doa minta “Ya Allah jika matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku”

Namun ada sesuatu yang berlaku kat aku lepastu… aku rasa macam aku duduk dalam dimensi lain dan seakan-akan macam aku berubah jadi bayi balik entahlah aku pun tak tahu..

Tapi di dunia reality sebenarnya aku dirasuk cuma aku ja duduk di alam mana ntah. Masa aku dirasuk tu aku tak nak lawan jin yang rasuk aku tu aku biar ja… dalam fikiran aku, aku nak bertemu dengan Allah… Aku tak nak dah hidup kat dunia ni.

Biasalah time ni kan bodo-bodo lagi suka layan perasaan atau terlampau ikutkan sangat perasaan. Tapi 4 ekor la jin yang masuk dalam badan aku…..

Sampai lembik aku dibuatnya dan masa aku kena rasuk tu aku ada toreh tangan dan tengkok aku sendiri sampai keluar darah jadiiii… be careful with your words…. yups aku tahu siapa kisah?

Tapi aku percaya yang Allah masih bagi aku peluang untuk menghirup udara segar/tak berapa segar di bumi asia ini adalah untuk bertaubat dan perbaiki amal,

Tapi itulah serpihan kaca yang sudah pecah tidak dapat dicantum kembali walaupun kau letak gam atau selotip. Mungkin boleh tapi tidak sama dengan rupanya yang asal.

Aku sedar yang aku hanya ada keluarga aku, mereka sayangkan aku… cuma aku ja yang buta terlampau makan hati dengan kata-kata orang.

Keluarga aku menangis masa tengok aku kena rasuk tu yela sampai tarik-tarik rambut, cederakan diri sendiri, cederakan mak ayah aku yang pegang aku sebab aku kerap pengsan dan jatuh terhempap lantai.

Yang jadi masalahnya aku kena rasuk pada bulan ramadhan….Di mana aku target untuk mati bulan tu…

Di mana aku kerap berdoa untuk mati pada bulan tu sebab semua orang benci aku jadi aku takut takdak sapa nak solatkan jenazah aku jadi kalau mati bulan ramadhan sekurang-kurangnya jenazah aku disolatkan. Aku tak expect ramai cuma cukupla dua barisan makmum.

Aku pun tak baik sangat.. amalan pun kurang jadi taknak expect lebih-lebih… cuma risau bila kau mati takdak sapa yang peduli dan takut jenazah pun dibiarkan busuk begitu sahaja.

Mungkin orang lebih seronok ketika kau tiada. Bahkan sudah merancang untuk buat kenduri (bukan tahlil ye)…

Aku harap sangat aku sempat bertemu jodoh untuk mempunyai zuriat yang mendoakan. Aku harap sangat tapi bukan sekarang la… sekarang baru 20’s aku taknak ada orang ganggu aku untuk kejar impian aku.

Tapi kalau dah jodoh tu nak kata apa kan…better jangan lagi laa… banyak benda nak kena buat takut anak tak terjaga susah nanti…

Back to fobia,

Ada satu lagi yang membuatkan aku fobia…

Adalah….. aku tengok kebanyakan orang yang berperwatakan suci ni suka kata dekat orang, macam dia sorang ja yang betul mungkin dia selesa sebab hidup dia macam takdak ujian tapi dia tak tahu yang agama pun boleh jadi ujian.

Dia nampak baik pun sebab Allah tutup aib dia, cuba kalau dia duduk tempat orang yang dia kata tu baru dia tahu apa itu erti ujian.

Sebenarnya aku pernah dengar suara something masa aku sakit macam “Aku kasihh…” tapi semua yang aku alami dan dengar aku anggap je setan… Adakah aku salah? sebab benda ni macam benda ghaib aku tak tahu tapi aku je yang alami….

Cukuplah takat tu tak berani tak cerita semua sebab apa yang berlaku biarlah rahsia antara Allah dan aku.. Sekarang ni aku hanya fokus nak betulkan asas ja dulu…

Doakan aku berjaya mengatasi masalah aku, Aamiin…

– Hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *