Salam admin. Minta tolong kaburkan nama dan profil aku. Sekadar nak berkongsi cerita berkenaan ‘syukur’. Sama ada admin nak publish atau tak, terpulang. Apa yang aku nak cerita ni dah lama terpendam dalam hati.
Aku ni berkerja dalam bidang kesihatan. Aku nak cerita pasal sikap rakyat malaysia dan foreigner. Boleh jadi dia mat saleh, mat bangla, rohingya, myanmar, mat indon dan lain-lain. Semalam aku ada dapat satu kes, pesakit ditriage yellow. Orang rohingya. Dia masuk ke kecemasan lebih kurang 30 minit dah, tapi aku tak sempat tengok lagi. Ada kes lain lebih urgent untuk aku attend (ada kes serangan jantung dan bayi umur 37 hari mai sebab choking). Btw, pesakit ni ada kad UNCHR. MA aku tulis chief complaint pesakit, abnormal behavior.
Aku dah cuak takut kes psychiatry – aggresive behavior ke. Jenuh nak layan. Apapun, pesakit n pub bukan senang nak handle. Nak communicate bukan main susah. Tapi dia ada kawan-kawan dia tolong translate. Tu pun tak boleh pakai sangat. Bila korek cerita, geng dia kata mamat tu dah seminggu ‘berperangai pelik’. Aku tanya la, pelik macam mana?
Member dia cakap, dia tak boleh tidur seminggu rupanya. Dan demam pun seminggu. Siap bawa pi bomoh dan bomoh punya diagnosis, ‘bukan buatan orang, ini medical case’. Power jugak bomoh ni. Firstly, aku takut meningitis (infeksi selaput meningeal kat otak) sebab dia cakap demam + abnormal behavior. Bila aku check suhu, tak demam la plus physical exam pun tak menjurus ke arah meningitis. Pesakit masih orientated, tahu waktu, tempat dan orang sekeliling dia. Second, aku takut dengue atau leptospirosis (kencing tikus). So, aku minta la MA aku ambil blood investigation untuk FBC (Full blood count), RP (Renal Profile), CE (Cardiac Enzyme). Ini kira blood basic la sebelum aku nak further ke test lain. Tapi MA aku tahan aku jap, ‘Bos, diorang boleh bayar ke?’. Satu test FBC RM40. Tu belum RP yang kena guna reagen yang mahal dan lain-lain. MA aku bagus, dia bukan berkira, tapi soal tanggungjawab.
Semua test tu subsidi kerajaan untuk rakyat Malaysia. For foreigner, at least pendaftaran dah RM100. Kalau buat xray ke, ambil blood investigation ke (walaupun yang basic), mau dekat RM200++ plus registration fee. So aku pi sembang balik dengan diorang, dan diorang setuju untuk ambil FBC sahaja. Bermaksud kena bayar RM40. Total pendaftaran RM100 + RM40 untuk FBC. Bila dah capai kata sepakat, aku pi la nak tengok pesakit lain.
Sekali bos diorang datang dan aku taktau pun sapa, bangsa apa (maksud aku Malaysian or foreigner). Dia suruh cancel dan AOR (At own risk) discharge untuk pergi ke hospital lain. Kalau pi hospital gomen lain pun sama je bayaran dia. Kalau pi private, lagi la mahal. Aku agak skeptikal juga dengan bos dia walaupun aku tak bersemuka. Beransur la geng-geng ni tadi untuk keluar. Lepas sign surat AOR, salah seorang dari member pesakit ni hulur RM50 kat aku.
‘Bang, ambil la. Kasik belanja kawan-kawan minum ka makan’, sambil tangan dia menunjuk ke arah staf-staf aku yang tengah buat kerja. Aku paham maksud dia. Tapi aku tolak lembut.
‘Eh, you simpan la. Saya sudah ada gaji. Kasik belanja kawan-kawan you la. Takpa.’, aku cuba mengelak. Tapi mamat ni pun boleh tahan, dia ambil tangan aku, dia letak RM50 tu, then dia paksa gengamkan tangan aku. Terkejut jugak aku. ‘Saya mau ucap terima kasih. Itu saja.’, sambil senyum.
Aku pula yang pening. Last-last aku ambil balik duit tu, terus aku masukkan dalam kocek baju dia. ,’You simpan duit ni. Kalau takmau pakai, simpan. Jangan bagi saya. Bagi adik you, keluarga you.’ Kali ni aku serius. Dia tak bagi reaksi dan cuma angguk dan senyum. Panjang cerita aku. Ni baru nak masuk main point.
Kau tengok bangsa asing macam Rohingya ni. Rasa bersyukur dia macam mana. Bukan aku nak suruh orang hulur duit kat aku lepas buat kerja, tapi macam mana ‘grateful’nya dia lepas terima rawatan. Padahal aku tak bagi ubat apa pun lagi, just baru habis ambil patient history dan baru nak start drip, ambil darah. Kalau orang kita, lambat sikit dah melenting. Itu belum yang ada jawatan, saya kenal YB, pengarah hospital, perdana menteri lah. Bukan aku nak cakap semua foreigner ni bagus, ada je yang tak bagus. Bawa lari anak orang, mencuri, merompak. Banyak la. Tapi kalau Melayu yang bawa lari anak Melayu, tak pula kita generalisekan bangsa sendiri.
Berikutnya, dia punya chief complaint dah seminggu iaitu deman. Kita demam baru 3 jam dah mai kecemasan. Tanya ada makan ubat demam atau tak, geleng kepala. Batuk 2 hari datang kecemasan pukul 3 pagi. Lepas tu minta MC. Jatuh 3 minggu lepas, datang complaint sakit kaki pukul 2.37 pagi. Bila tak bagi MC, tulis layanan tak mesra, doktor salah, misi dan MA salah. Viral sana sini. Hujung pangkal cerita tak tahu, yang penting viral. Apa yang aku nak cakap, adalah common sense. Kata mentaliti kelas pertama kannn. Boleh fikir apa maksud kecemasan tu.
Seterusnya, subsidi. Aku sejujurnya bukanlah pro gomen sangat. Tapi bab kesihatan memang aku tabik. Walaupun aku tak tahu, sistem yang kita guna pakai ni sustainable ke tak. Subsidi kesihatan kita mencanak. Ubat beribu-ribu harga kita bayar berpuluh ringgit saja. Kadang-kadang cukup satu ringgit. Buat operation, operation cost gomen subsidised. Bayar pun jauh lebih murah dari harga asal. Tapi kita tetap bising. Hospital lembab. Tak berkualiti. Aku pernah dengar satu slogan satira dari negeri seberang, ‘Orang miskin dilarang sakit’. Sebab apa? Kalau tak ada duit, sapa nak bayar rawatan kau. Nak jadi macam tu? Ubat diberi tak makan. Habis subsidi macam tu saja. Tapi subsidi petrol hilang marah macam minum pakai petrol. Kemudian percaya bomoh dan segalan rawatan 99 dalam 1. Kita nak rawatan pukal. Sekali ambil, sembuh semua.
Itu sajalah rage aku. Terima kasih sudi membaca admin.
– Rahmat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit