Founder Hampeh

Baru-baru ni ada la sorang founder ni masuk surat khabar disebabkan produk dia. Dalam masa same juga dia menarik orang kat luar sana untuk sama2 jana income dengan program dia. Modus operandi dia, masuk surat khabar supaya orang akan percaya dengan produk dan program dia. Aku tak kata dia bisnes menipu tapi tak bertanggungjawab. Kisahnya sebab aku penah kerja dengan syarikat dia lebih kurang setahun la.

Dia ada buat beberapa program untuk jana income, salah satu program ni team aku handle melalui facebook. Kiranya aku ni budak sales. Sebagai budak sales, akan ada leader untuk guide budak2 sales ni. Hari2 leader push sales, tapi bila kami ada masalah regarding Facebook ads ni, leader ni tak membantu. Asyik kondem sales teruk, dan ugut nak kick out kami dari team. Dah la takde fix gaji, mengharapkan komisen yang ciput je.

Yang lagi kesian kepada customer2 yang PM kami untuk tanya tentang program ni. Kami akan sedaya upaya tarik customer untuk join. Skrip untuk kami berbual dengan customer semua dah ada. Skrip untuk permulaan customer PM kami, customer tak yakin nak beli, follow up kalau customer diam. Semua skrip ni memang kami ada. Jadi memudahkan kerja kami untuk menyakinkan customer yang program kami ni boleh jana income.

Kebanyakan customers yang join program kami akan diberitahu yang mereka akan di guide 100% dalam group fb/whatsapp. Semua telah tersedia dari A-Z, tinggal mereka ikut je satu persatu. Memang kami akan pujuk dan yakinkan mereka gila2 dekat PM fb ni sebab ni kerja kami. Dan selepas mereka dah join, akan ada team lain akan support & guide customer2 ni.

Masalahnya, kebanyakan customers yang dah join program ni tak dapat 100% guide yang mereka harapkan. Dah la bayar berpuluh2 ringgit & ada yang bayar beratus, bila customer tanya dalam group support, semua akan suruh refer balik pada video guide pembelajaran, tengok satu2. Ada yang customer kurang bahagian IT lagi parah, lagi down untuk jana income dengan program ni. Customers ni rasa terabai sebab masa PM team sales, kami janjikan yang mereka tak perlu risau sebab dr A-Z kami sediakan, tinggal buat je.

Akan tetapi bila dah join, support team pulak macam acuh tak acuh nak membantu customers. Memang ada yang berjaya melalui program ni, tapi beberapa orang je. Mereka ni la yang kami jadikan testimoni masa customer PM kami untuk join program ni, jadi customers ni mengharapkan mereka dapat jana income yang sama macam dalam testimoni.

Bayangkan ada customer yang mengadu pada kami di PM, kena buang kerja, kerja tak cukup gaji nak sara anak bini & macam2 lagi mereka mengadu. Disebabkan masalah ni, customer nak cari extra income dan nampak iklan program kami ni untuk join. Ada yang dah join pun, still PM kami sebab katanya takde orang yang bantu dalam group fb/whatsapp,siap kami kena maki lagi. Kami sebagai budak sales tak boleh bantu. once customer dah join program ni, team support pulak yang akan handle. Tapi bila team support acuh tak acuh, nampak macam program kami ni menipu.

Jadi kepada founder kat luar sana, jangan la menjadikan kesusahan mereka sebagai jalan untuk kamu buat duit. Kalau nak bantu, bantu la betul2 bukan biarkan mereka terkial2. Aku tengok sekarang ramai founder tak jujur/ikhlas bila buat orang macam ni. Nanti aku cerita pengalaman aku kerja dengan founder produk skincare pulak kalau korang nak aku sambung. Modus operandi pun lebih kurang. Sekian.

Selamat Tahun Baru 2019.

– Mek Mok

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *