Untuk part I, (https://iiumc.com/founder-hampeh/).
Assalamualaikum. Ini sambungan dari post aku sebelum ni, Founder Hampeh. Maaf la buat korang berteka teki teki tentang siapa founder tu. Tapi aku tak boleh bagitahu siapa, kang tak pasal2 kena saman, hahaha. Harini aku nak citer pengalaman aku kerja dengan founder skin care pulak, aku namakan founder A. Produk skin care yang company A keluarkan baru dalam setahun. Bila aku join, kerja aku kena dapatkan sales melalui PM di fb dan melalui whatssap.
Macam biasa la sebagai budak buat sales online ni, skrip disediakan berserta testimoni untuk kami blast pada customers. Dalam testimoni ni ada gambar founder A yang dah masuk suratkhabar, dan dalam artikel surat khabar berkenaan menceritakan kejayaan company si A ni dan cerita tentang produk skincare dia yang dah berjaya dijual sebanyak 70,000 botol dalam masa beberapa bulan. Aku pun macam teruja la tengok company A ni boleh buat sales banyak macam ni.
Tapi hakikatnya, semua tu tak betul. Nak iklan dalam surat khabar bayar pun boleh. Bayar terus 2 muka surat dalam surat khabar tu, takde hal asalkan ada duit. Selepas 2 bulan aku kerja baru aku perasan. Sales takde la sampai beribu botol sebulan, celah mane datang sales 60,000 botol tu pun aku tak tau. Testimoni pun menipu, A minta semua pekerja dia pakai produk tu dan ambil gambar & video sebagai testimoni untuk bagi customer. Kiranya buat testimoni menipu. Tapi alhamdulillah so far ada customer yang dah beli produk ni bagi feedback positif.
Yang kelakornya, A sendiri tak pakai produk dia takut tak kena dengan kulit muka dia. Tapi produk ni bukan timbang kilo ya. Memang A ni ambil di kilang yang diiktiraf KKM & GMP. Korang yang ada duit tu, boleh la pergi approach kilang macam ni then discuss nak produk apa, nak letak ingredient apa dalam tu then beli la ikut minimum order quantity kilang tu. Dah siap produk berserta packaging lawa2, boleh la cari model yang lawa dan buat photoshoot kat studio. Kira ni nak buat official gambar untuk produk. Jangan lupa pulak daftar KKM, baru la korang boleh jadi founder produk skin care. hahaha.
Jadi kesimpulannya, founder hampeh tapi produk tak hampeh. Cuma jalan yang founder2 ni guna untuk bangunkan bisnes penuh dengan penipuan, ketamakan dan ketidakjujuran. Tapi hanya sebahagian founder je perangai macam ni. Aku tahu ramai lagi founder2 kat luar sana yang tak buat bisnes cara macam ni. Sebagai orang Islam, harapan aku kepada founder2 seagama aku kat luar sana, buat la bisnes dengan jujur dan amanah. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Aku pun dah resign kerja situ sebab rasa berdosa tipu customer.
Aku harap korang yang baca ni boleh share kisah ni supaya ramai boleh buat research dulu dan tak tertipu nak beli produk2 online ni. Sekian dari aku.
– Mek Mok
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit