Kepada personaliti dan para founder jenama hijab terkenal di Malaysia nie, tolong berhenti mempopularkan gaya turban. If you think the turban makes you look ‘international’, you are so wrong!
Ia hanya membuatkan kau kelihatan seperti budak asrama dari zaman 80an dan 90an sebab pada zaman tu memang budak-budak pakai tudung ikat belakang untuk sukan. That is how funny you look. And you look old too.
OK seriously, ingat cantik ke turban tu? Tak cantik ya! Tak cantik tak comel tak stylish tak international dan TAK ISLAMIC langsung. Islamic celah mana nya kalau dah nampak leher nampak pangkal dada nampak cuping telinga nampak anak rambut segala? Tutup aurat macam mana tu dah semuanya terbukak cuma balut tengkorak atas je?
Kain tudung tu Nabi s.a.w suruh pakai sampai biar menutup dada. Yang kau sekarang nie duk pusing kain tu ikat atas kepala jadi macam-macam gaya, apa cerita? Kain lebihan tu untuk tutup DADA, faham tak dada. Kalau nak tutup atas kepala tu je tak payah jual turban, pakai je serkup mak yang berlambak dalam bakul serkup dia tu.
Masalahnya sekarang ni korang para founder nie nak cuba mempopularkan gaya turban nie sebab konon-kononnya cool dan trendy. Maka budak-budak remaja yang tak berapa celik agama nie pun ikut lah, para instafamous pun ikutlah.
Dah elok elok selama ni diorang pakai bawal pakai shawl (walaupun kadang kadang shawl tu pun entah ke mana pegi nya kain tu) tapi sekurang – kurangnya eloklah tertutup leher anak rambut tu. Bila korang yang followers 1M followers 6M dan followers ratus-ratus ribu tu buat, maka menjadi IKUTAN. Faham tak menjadi ikutan. Ikutan kepada perkara yang TIDAK baik.
Hijab-hijab stylist pun tolonglah tak payah lah nak push this style down our throat. Sorry aku memang kena campur BM -BI kat sini nak kecam sila. Kepada para founder jenama muslimah dan hijab-hijab stylist, WE DO NOT WANT A HOLLYWOOD MUSLIMAH.
Nak jadi muslimah personality biar jadi muslimah personality betul betul. Tak payah nak cuba jadi Hollywood Muslimah. We don’t want that. Sekarang ni gaya korang semua dah sebijik sama macam model-model seksi America’s Next Top Model cumanya korang ada sekeping kain kat atas kepala. Itu je lah bezanya.
Konsep dan makna “hijab” ni adalah lebih mendalam dari sekeping kain atas kepala, sila fahamkan. “Hijab” ni is deeper than that, aku tak banyak masa nak explain panjang tentang konsep hijab ni so tolonglah pergi belajar dengan para ustaz dan ustazah (bukanlah ustaz yang kawin cerai bebaru nie tu) tapi nak cakap kat ini trend yang korang cuba popularkan ini BERTENTANGAN dgn syariah
Kalau nak pakai Turban tu jugak, ok sini aku bagi tips.
(1) Mula-mula pakai turban tu, pastikan dulu tak ada anak rambut ternampak di atas kepala dan sekeliling. CUPING telinga tu jangan biar ada terkeluar, itu aurat. Memakai anting-anting supaya dapat terlihat oleh orang ramai itu dah termasuk dalam perhiasan yang TIDAK BOLEH dipertonton kepada lelaki ajnabi.
Kalau kau nak pakai anting -anting tu dalam majlis yang ada peminat wanita saja, tak apa. Atau majlis tu cuma ahli keluarga yang ada lelaki-lelaki MAHRAM kau saja, maka tak apa. Masalahnya skrg kau nak pakai anting-anting tu biar semua 1 dunia nampak. Itu tak boleh.
(2) Lepas dah pastikan turban tu tak nampak anak rambut dan cuping telinga, kau kena cari pulak KAIN atau apa saja yang boleh pastikan bentuk leher TIDAK KELIHATAN. OK memanglah ada baju – baju yang turtle neck tu, tapi leher dia tu kadang-kadang ketat maka nampaklah bentuk leher tu. Dan kadang-kadang leher tu jatuh, so nampaklah separuh leher.
Yang aku boleh syorkan di sini ialah kau kena BELIT leher kau tue dengan “winter shawl” macam yang pelakon – pelakon mat saleh pakai masa musim sejuk tu. Belit leher tu dengan shawl lain biar dia terletak di situ tak berganjak. Masalahnya Malaysia tu cuaca panas, kau sanggup ke belit shawl lain pulak kat leher tu? Kalau sanggup, please tolong buat asalkan kau pegi mana-mana leher tu tak terdedah.
(3) Bila leher dan selamat confirm tertutup, kau kena check pulak DADA, Skrg nie dada kau tu bentuk dia tertutup tak? Orang boleh nampak tak asset kau tu besar mana? So kau kena make sure bahagian dada nie jugak TERTUTUP. Biar bila lelaki tengok lelaki tu tak nampak bentuk tu. You can even use a poncho to do this.
Kalau kau memang tahu fesyen kau tahu kan ada style stlye ‘poncho’ tu yang macam shawl 3 segi yang kita boleh pakai sebagai style. Poncho-poncho tu dari segi syariah should be OKAY sebab ia tidak menampakkan bentuk dada. Tapi kalau asset kau terlalu besar even pakai poncho pun boleh nampak bentuk, maka janganlah guna style poncho. Pandai-pandai la cari jalan untuk taat perintah Allah.
So aku nak cakap kat sini yang korang para founder hijab -hijab nie semua tak perlulah nak Hollywood kan malay-muslim market nie. Tak cool pun style style turban tu semua, kau tanyalah mana-mana lelaki kut la kau pakai tu konon sebab ingat orang lelaki kata cool. Aku tak pernah dengar lagi mana-mana lelaki kata gaya tu cantik atau cool. Susah sangat ke nak stick dengan ajaran islam yang suruh kita tutup aurat dengan melabuhkan kain tu ke dada? Susah sangat ke?
Shawl-shawl yang korang dah release tu bukan main panjang lagi kan kain dia. Turban-turban tu pun aku tengok ada yang dibuat guna shawl. So apa pointnya korang ada kain yang panjang tu atas kepala tapi tak tutup aurat pun? Bab berhias dengan macam-macam assessori tu lagi lah, dengan makeup yang setebal-tebal tue lagi.
Tahu tak yang semua tu TIDAK HALAL dipertonton kepada lelaki bukan ajnabi? Photoshoot ambik gambar close up pulak tu, org lelaki 1 dunia boleh tengok muka yang full make up dan berbagai assessori lagi seperti rantai dan cincin dan bracelet. Nie kalau aku nak cerita bab nie esok pun tak habis.
Kalau followers korang tu semua cuma wanita dan IG tu private tak ada lelaki langsung boleh tengok, OK takpelah nak berhias berlebih lebih macam tu (walaupun boleh lagi argue yang fan wanita boleh save gambar tu dan tunjuk kat suami dia kat kawan lelaki dia, which is aurat kau) tapi at LEAST kalau IG kau tu cuma perempuan saja follow, maka lebih mematuhi syariah lah. Sebab depan perempuan tak apa kita nak berhias-hias bermakeup macam ni.
Masalahnya sekarang IG kau tu public laki perempuan semua ada, boleh keluar muka terpampang besar full make up maklumla baru lepas photoshoot kan. Baru lepas shooting. TAK BOLEH papar semua tu. Tanyalah ustaz ustazah kalau tak percaya ye la aku nie bukan ustazah kan nak cakap cakap sangat. OK pegi tanya ustazah .
Last sekali , tolonglah berhenti turban-turban ni semua. Yang bukan instafamous dan artis pun tak perlulah nak follow. Pakai je lah shawl dan bawal tu dah elok dah, takde salah apa pun mengekalkan gaya bawal dan shawl semua tu asalkan labuh ke dada dan tidak berlebih-lebihan hias diri. Aku saja zoom kat founder-founder ni sebab korang follower juta-juta juta. Maka tolong tunjuk contoh yang baik.
Sekian wallahua’lam.
– Anastasia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit