Founder Islamik, Produk Sampah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/founder-islamik-produk-sampah/).

Assalamualaikum semua, first nak ucapkan terima kasih pada admin yang telah siarkan confession aku yang pertama sebelum ni. Berpeluh jari bila nampak tulisan aku dah publish.

And big credit to admin juga sebab aku perasan admin dah susun perenggan karangan aku dengan baik. At first ingatkan cerita ni tak dipublish sebab selepas dua hingga tiga hari juga baru admin siarkan.

Kali ni aku buat sambungan dan juga untuk penutupan cerita kali ni. Aku baca semua komen dan Alhamdulillah awareness tentang produk sampah sudah pun tinggi dalam masyarakat kita.

Salah satu lagi sebab aku tulis untuk sambungan kerana dengan perasaan yang malu sangat, dari kesalahan/ kesilapan aku sebelum ni dalam menggunakan perkataan “depression” tanpa surat dari Doctor semua tu aku mengaku bahawa aku belum layak di kategori depression.

Untuk seketika aku lupa bahawa aku hanya stress kerana sepanjang aku bekerja sekalipun aku belum pernah lagi kene maki mahupun dimalukan di khalayak ramai.

Tapi apa yang pasti, aku masih ingat lagi pada hari pertama aku dah start terperap dalam bilik. Aku mula tidak hiraukan bau badan aku, berkain batik dan rambut aku terasa kusut seperti fikiran aku masa tu.

Kata-kata founder tu betul-betul memberi kesan. Untuk hari yang kedua pula, kemuncak bila aku masih ingat aku melihat langit biru dengan pandangan kosong. Sangat aneh bagi aku sebenarnya kerana bagi aku langit ialah tempat yang berikan kita banyak hikmah untuk dimuhasabah.

Dalam al-Quran juga menyuruh kita merenungi penciptaan langit. Maafkan aku ya. Kemudian aku kembali dengan prinsip aku. “KAMIKAZE” dari istilah Jepun iaitu sanggup mati.

Namun istilah kamikaze untuk aku ialah mati dalam prinsip yang kau bina. Because you’re not living for others.

Others aku terima banyak komen-komen yang penuh dengan kasih sayang. Feels like I’ve already got a lot of big warm hugs from you guys. Thank you all even from very first time aku dah sedia andai ada kecaman. Cuma kekhilafan aku ialah istilah depression tu tidak tepat.

Aku tak nak expose sangat siapa founder tersebut tapi ramai yang telah meneka dengan betul. Aku juga tak mahu admin perlu bertanggungjawab. Ye betul, sabun kurus tu dia punya branchmark bisnes warna merah. Bertapak di pantai timur sinonim dengan penyu. #CP, #FP.

Dan ada jugak yang meneka fonder lain which aku tak kenal langsung dan takde rasa nak siasat sangat sebab dia takde pun kacau aku ke apa. Cuma berselindung di sebalik agama untuk jual barang-barang sampah tu bagi aku memang tak patut la.

Dan aku juga tak dapat nak menipu diri aku dengan soalan suami founder tersebut gemuk dan juga ahli keluarga dia yang turut sama menjual juga gemuk. Hanya founder yang kurus sebab ada komen yang dia memang dah kurus dari sekolah lagi.

Dan itu juga satu persoalan yang aku tak dapat nak tipu diri aku sebab aku belum pernah nampak gambar dia masa gemuk dan berubah ke kurus. Setakat cerita yang dia gemuk lepas beranak sekian-sekian lepas pakai produk kurus tu boleh kurus anyone can tell the same thing.

Ingat lagi tak guys few years ago netizen da start muak dengan iklan-iklan luc*h, double meaning yang keterlaluan dalam mempengaruhi emosi pembeli/ prospek untuk membeli produk intim dari penjual-penjual jamu.

Dan kita semua berjaya guys makin lama akibat hebat dihentam oleh netizen dan juga sokongan daripada KKM dan juga Doctor yang bertauliah akhirnya sudah tak nampak lagi lalu di wall kita.

Produk-produk jamu tu masih ada lagi kat pasaran kerana pengguna setia mereka masih ada. Cuma kali ni produk intim tu kembali di pasaran di selindung agama/hijab dengan individu yang berbeza.

Dan aku pun antara yang bagi sokongan kuat dalam menentang barangan sampah ni especially produk-produk intim.

Cukuplah kita semua risau dengan kes remaja yang hamil tanpa ikatan. Punya la mak ayah jaga anak dari akses video-video tak elok tup-tup iklan luc*h lalu depan wall ads.

Kau rasa? Aku juga antara yang risau andai kita lahirkan generasi sampah. Andai produk intim tu juga untuk mereka yang telah berkahwin maka kau juga melahirkan perkahwinan yang sampah.

Tiada niat pun aku nak jatuhkan perniagaan sesiapa pun. Sebab aku tahu sifat dendam memerlukan tenaga yang cukup banyak. Lebih baik aku alihkan tenaga tu kearah yang lebih baik. Cuma macam tu lah. Makin banyak meluahkan nanti makin banyak pula buka aib.

Apapun aku dah luahkan dalam confession yang pertama yang itu jela. Ada lagi aku simpan. Dan dah tak penting.

Cuma bagi aku sangat-sangat la penting untuk hentikan iklan-iklan luc*h dalam masyarakat lagi-lagi nak kaitkan dengan agama lagi parah sebab anytime boleh jatuh fitnah pada agama itu sendiri.

Beberapa customer yang consume sabun kurus tu belum ada lagi yang bagi tetimoni seperti yang di war-warkan turun 5 kg sebulan tanpa senaman u olls.

Anyways aku sangat-sangat impressive dengan people yang pandai olah ayat dalam awareness produk sampah ni. Macam aku tak pandai sangat bermain dengan ayat. Aku cuma menyampaikan terus dari hati aku kepada kalian.

Akhir kata aku alu-alukan segala pandangan yang membina.

Sekian,

– Bubu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *