Salam dan hai pembaca IIUM Confession semua. Maaf kalau penulisan aku bercampur aduk bahasa. Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Maaf ya.
Korang pernah buat bisnes? Sajanis yang ada founder, dropship, agent, stokist bagai tu.
Kisah ni dah lama jadi virus dan terbuku di hati tapi aku tak dapat luahkan secara jujur kepada yang berkenaan sebab diorang terlalu defensive dengan produk dan bisnes diorang.
Beberapa tahun lepas aku hilang kerja. Aku ada komitmen tapi tak ada pendapatan. Jadi aku usaha untuk cari duit dengan join bisnes sebagai dropshipper skincare/ kosmetik.
Kena bayar RM100 dapat 1 produk. Kena jual barang dapat la 5-10% komisyen camtu. Lepas 3 bulan, aku tak dapat jual satu barang pun.
Up iklan kat IG, add orang, komen sana sini tapi belum rezeki nak dapat sale. Kalau korang pernah lalui saat hidup tak ada duit, tengah susah, mesti faham kan.
Rasa desprete sangat nak buat sale sebab perlukan duit. Kitorang ada wassap group. Dalam group tu campur dropship dan agent. Agent diberi ebook panduan bisnes, tapi dropship tak dapat.
Aku cam tak puas hati sebab katanya nak guide bisnes, nak kongsi ilmu. Kenapa share ebook dengan agent saja? Kan itu ilmu haha. Aku bagitau leader, leader kata kena upgrade agent kalau nak ebook.
Pegang stok kat tangan baru serius bisnes katanya. Katanya lagi, aku ni banyak beralasan sebab tu tak berjaya. Aku try reflect diri aku maybe aku yang salah.
Akhirnya, aku terpaksa akur dan upgrade agent guna duit tabung. Aku fikir yang aku dah keluar modal dropship fee RM100 tu, alang2 teruskan saja la. Takkan nak stop tengah jalan tanpa sale.
Fast forward after jadi agent bisnes aku makin lama makin okay. Boleh la lepas bayar komitmen bulan2. Aku pun makin bersemangat dalam group. Follow leader dan founder semua sampai la aku jumpa beberapa red flags:
1. Dalam group wassap tak dibenarkan cakap apa2 yang negatif. Even cakap pasal covid-19 pun tak boleh. Positive vibes only. Kalau ada apa2 isu tak boleh pos dalam group, kena pm Leader. Kalau share struggle akan dicop banyak beralasan.
Jadi aku rasa macam dalam tu semua fake. Leader cakap apa semua reply ya betul tu. Betul betul betul walaupun obviously ada something wrong.
2. HQ/Founder jaga sangat customer tapi tak jaga agent. Macam ada promo apa2 untuk customer sahaja. Agent tak dapat. Diskaun kat customer lebih, ratio tak sama dengan diskaun restock agent (profit margin agent akan berkurang bila ada sale).
Kalau hq buat promo free gift, agent kena beli guna duit agent. Free postage promo, agent kena tanggung guna profit margin agent.
3. Hq tiba2 nak upgrade formula dan pakaging baru. Nak cepat habiskan stok pakaging lama punya pasal hq buat promo Buy 2 + free 1. Tapi yang tak bestnya, kos produk yang dapat free tu agent kena tanggung.
FYI, harga produk tu RM50 per item okay. Bukan murah. Jadi agent kena keluar duit untuk bagi customer free gift bernilai RM50.
Matilanak. Profit margin masa tu tinggal sikit sangat2. Kalau tolak duit minyak, bubble wrap, pakaging salotape semua dah tak ada untung aku rasa.
Stokis boleh la ada untung jugak sebab margin besar. Masa ni aku dah start stop jual sebab bagi aku dari jual baik aku guna produk tu.
Aku rasa terkilan sangat kenapa hq sampai hati buat macam tu. Founder justify yang kitorang boleh dapat volume sale tinggi kalau buat promo buy 2 free 1 ni.
Tapi aku tau, sebenarnya dia nak habiskan stok dia saja, so that boleh launch new formula dan pakaging. Founder ni ala islamik sikit, so aku rasa sangat kecewa dengan tindakan dia masa tu.
Sampai satu tahap aku berdoa ya allah kalau benar lah founder ni berlaku zalim kepada kami, bagi la dia balasan agar dia sedar atas kesilapan dia.
Aku minta Allah yang tentukan betul ke dia ni zalim sebab tu aku sebut ‘kalau la benar’…. Mana la tau kot2 la benda yang dia buat tu okay saja dan aku yang emosi lebih. Sakit hati sangat masa tu doa saja la mampu.
By the way, tak ada sape pun berbunyi okay. Siap puji dan sokong lagi. Aku hairan betul. Aku tak setuju, aku malas nak bertekak sebab nanti kena tembak balik. Aku diam saja la. Kalau suarakan pun akan dapat jawapan standard ‘kuat beralasan’.
4. Formula baru macam agak tergesa-gesa dikeluarkan, so feedback bercampur positive dan negative. Tapi dalam group wassap of course la semua mengampu saja.
Personally, aku suka formula lama. Aku tak berapa serasi dengan yang ‘upgrade’ ni. Customer aku pun start tukar ke produk lain. Diorang cakap dah tak best.
Bila suarakan feedback aku sendiri, leader aku jadi defensive. Seolah2 produk tu tak salah. Kulit aku yang salah. Haha. Aku malas nak argue, buang masa saja. Ye kan saja la.
5. Founder dan leader seolah-olah dictate personal social media kitorang. Wajib letak profile picture sekian2. Bio letak pasal produk sahaja. Mesti buat pos produk. Mesti selfie dengan produk.
Hari2 kena update task buat ke tak. Kalau tak buat kena tembak dan kick. Kononnya kami tak bersyukur diorang nak guide.
Aku tak tau la kalau korang okay saja. Lama2 aku rasa stress dan terkongkong. Aku nak bisnes happy2 tenang. Aku tak suka post muka selfie aku kat group2 iklan. Aku tak suka tayang muka. Laki aku pun tak suka dan pernah bergaduh bab ni. Stress jadinya.
6. Leader sentiasa betul dan tak boleh terima cadangan atau teguran. Ada sorang agent ni share ilmu dia belajar. Tapi end up kena brainwash kononnya dia tak hormat leader.
I was like… #facepalm. Agent tu niat baik kot. Susah lah kalau rasa diri sendiri saja bagus. Rasa diri sendiri saja berjaya. Agent2 ni maybe one day lagi berjaya dari kau, kalau Allah nak bagi Dia bagi.
7. Haramkan jual di shopee/lazada tapi end up hq dan leader pun jual kat shopee.
Aku antara orang terawal jual kat shopee. Aku tak main harga waima 10 sen pun. Aku ikut harga hq. Tapi kena warning yang tak boleh jual kat shopee sbb tak adil customer dapat free shipping. Bagi aku, kita kena ‘agile’, ikut peredaran semasa dan trend bisnes.
Tak boleh ikut kepala kita saja. Kau rasa kau Jeff Bezos ke? Takkan nak jadi cam Nokia yang dulu gah tapi reluctant to change and die?
Ok berbalik kepada isu shopee, sekarang aku tengok hq dan leader dah ada shopee sendiri lol. Gelak sinis saja la dalam hati. Dulu korang beriya haramkan. Sekarang korang pun terpaksa join platform shopee kan.
8. Bila leader buat salah sombong tak nak minta maaf. Aku pernah sekali tu restok barang, alamat aku salah. Aku pm leader cakap elok2. Just for info la kan takut dia tersilap lagi untuk next restok.
Korang tau apa dia jawab? ‘pembantu akak yang buat, bukan akak’. Aduh aku tau la staff kau, tapi kau tak rasa ke at least kau kena say sorry? Accountability kat leader, bukan si pembantu tu.
Aku geram jugak la tapi malas nak habiskan tenaga untuk benda yang tak berfaedah. Aku doa saja la semoga leader tu dapat kesedaran.
9. Suruh fokus jual barang dia saja. Barang lain tak boleh. Kononnya nak bisnes wajib fokus. Kat social media tak boleh ada posting pasal barang lain.
Banyak kali founder bebel pasal agent tak fokus jual produk dia ni. Ironically, sekarang founder tu jual produk lain pulak yang tak ada kaitan. Kadang2 kata2 kita ni makan diri. Tu saja la nak cakap.
10. Berjaya bersama. Suffer alone. Bila ada agent tengah susah ke demotivated ke senang saja leader cakap – dia nak bantu orang yang nak dibantu sahaja.
Kalau tak nak, bye bye. Ramai lagi orang yang nak dia bantu katanya. Kalau agent tu senyap sebulan dua atau tak restok dia kick saja keluar group. Gituh.
Aku harap kalau founder atau leader tu terbaca confession ni, cuba muhasabah dengan hati yang terbuka. Tak pelik ke semua orang asyik iyekan saja apa korang cakap?
By the way, produk tu bagus bukan produk sampah, bukan produk retis viral. Cuma tu la environment bisnes tu toksik.
By the way aku perasan yang produk tu dah slow, makin sendu. Aku slowly tukar ke produk lain, skincare medical grade. Affordable dan berkesan. Murah lagi dari produk2 local. Beli saja kat farmasi senang.
Conclusion, the most valuable asset in an organisation is people. Jangan jaga stokis saja, jaga la agent dan dropship jugak.
Yang leader kat atas tu jangan terlalu rasa diri anda hebat, dah berjaya, dok mendongak langit. Sale kepuk2 dulu pun sebab agent2 jugak yang restok barang anda hehe. Sekian.
– Miss Niacinamide (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit