Founder Penipu

Assalamualaikum. Aku nak dedahkan sisi jahat seorang founder perempuan dari negeri belah timur.

Kalau tengok di akaun sosial medianya, dia aktif post rutin kerjanya sebagai seorang founder setiap hari.

Rajin upload gambar-gambar riak tunjuk hasil jualan yang sebulan cecah lebih 100k, tunjuk emas penuh di tangan, tunjuk amal jariah acah baik sedekah untuk orang yang memerlukan, tunjuk bagi talk dan ajar kelas bisnes.

Setiap kali dia post, mesti banyak like dan komen memuji dirinya. Yelah orang nampak kaya dan berjaya, mestilah ramai kaki kipas.

Tapi realitinya dia menzalimi pekerjanya sendiri. Aku pun terkejut sebenarnya bila tahu perangai sebenar founder ni.

Yelah selama ni kagum tengok dia berjaya dengan bisnes dia, aku pun rajin like semua post dia. Dia pun nampak popular, ramai kenal dia. Yelah usahawan berjaya la katakan.

Sehinggalah satu demi satu tembelangnya pecah, barulah aku tahu betapa buruknya perangai dia. Dari seorang yang aku jadikan dia sebagai idola, now aku dah muak tengok muka dia. Aku ni anti dengan orang yang suka aniaya orang lain.

Founder ni buat bisnes untuk cantikkan badan. Kononnya pakai benda alah tu, perut dah tak gemuk. Biasalah, founder borong barang dari China beli harga murah tapi jual harga kayangan. Dekat Shopee benda sebijik material sama harga RM7- RM10 saja.

Dia mark up harga sampai lebih kurang RM50. Itu pun ramai beli. Biasalah, mungkin yang beli tu nak support member. Aku pun bodoh jugalah dulu beli untuk mak kakak. Yelah niat nak support bisnes dia, founder sama negeri dengan aku, kaya raya mestilah aku bangga.

Tapi bila tahu perangai buruk dia, she is so cancelled.

Kisahnya member aku ni dulu model untuk bisnes founder ni. Oh founder ni dulu bisnes tudung. Ye member aku ni cun la muka dia, jadi la part time model.

Kesian member aku tu, siang malam seharian duduk jadi model founder tu. Sampai kadang berlapar tak makan sebab kerja sampai malam duduk jadi model tudung dia. Tapi last-last tau apa founder tu bagi?

Dia bagi tudung saja sebagai bayaran untuk titik peluh dan hasil kerja model tu. Aku macam what???!!!

kau claim kau banyak duit tapi bayaran model pun takleh bayar? Bagitau aku siapa saja kerja just untuk dapatkan tudung, orang kerja nak duit la b**d**. Kau ingat tudung kau bagi tu berbaloi ke dengan keringat member aku kerja jadi kuli batak ko? Dah la tudung pun murah.

Geram aku bila tahu ni.

Bila member claim nak duit dekat founder tu, founder tu boleh pula pergi viralkan member aku dekat laman sosialnya. Dia aibkan member aku cakap member aku banyak makan.

Gaduh juga la diorang ni dekat laman sosial founder tu. Bagi founder tu, dia bagi member aku makan pun dah cukup dengan pemberian tudung sebagai upah modelling. Gila kan?

kemudian dia kutuk cakap member aku ni kuat makan. Pe jadahnya, dah kau yang bagi dia makan. kau bagi dia makan tu dikira sebagai rasa ihsan majikan je, siapa suruh bagi dia makan.

Member aku tak minta pun suruh kau bagi dia makan. Bila orang makan mengungkit kata makan banyak. Mental betul founder ni.

Macam biasalah, kes argument ni mestilah founder ni menang. Dasar narcissist memang macamni, sentiasa nak menang. Orang berharta dan nampak berjaya ni ramai kaki kipas. Sentiasa akan ada orang support dia.

So kawan-kawan sosial media founder ni pun ramailah kutuk dan kecam member aku ni sampai kemurungan member aku ni. Yelah founder ni ramai geng kaki kipas, so of course la geng dia support dia.

Meski dia jahat macam firaun pun, kalau dah nama founder berjaya pernah masuk tv, siapa la tak nak percaya kan walaupun kata-katanya penuh dusta.

Kesian member aku ni. Dah la gaji tak dibayar, kena kutuk makan banyak lagi. Gila tak malu. Beribu manusia yang berkawan dengan founder tu di laman sosial baca penghinaan terhadap member aku tu. Kejam betul founder ni. Mana nak letak muka dia.

Last2 member aku give up. Tak pasal-pasal maruah dia tercalar sedangkan dia cuma nak tuntut hak dia. Jahatnya founder ni. Menyirap aku dengar cerita ni. Sekarang member aku memang tak halalkan sikit pun hasil keringat dia yang tak dibayar gaji tu.

Kesudahannya bisnes tudung founder ni lingkup. Padan muka dia.

Tapi now, bisnes baru dia tengah mencanak naik. Lagi-lagi nak raya ni, ramai la orang beli sebab nak nampak kurus. Tapi korang jangan jadi bodoh macam aku. Cukuplah aku pernah bodoh sekali beli dengan dia, korang janganlah support kaki penindas ni.

Baik cari dekat Shopee, benda sebijik macam dia jual. Jauh lagi murah.

Banyak bisnes founder ni pernah buat sebenarnya, tapi semua lingkup. Yang terbaru ni saja bisnes macam ok, sales sampai ratus ribu sebulan. Masyuk gilaa tapi tak tahu la tahan lama mana. Dah dia duduk aniaya orang macamni kan.

Sejak bisnes baru ni, dia pakai la ramai staf. Tapi staf dia tu tak de kontrak bertulis pun kerja. Tiada official letter masuk kerja, tak ada agreement kerja, tiada sistem punch card, tiada epf. Bijak kan founder ni?

Licik sebenarnya dia. Mari kita tengok kenapa dia tak bayar epf, tak ada buat agreement letter untuk staf dan kenapa tiada punch card?

Liciknya dia, senang dia nak buang staf dia sesuka hati dan senang dia tak nak bayar gaji staf. Staf nak bising? Nanti dia viralkan dekat socmed dia, confirm kaki kipas dia akan support saja semua tindakan dia.

Lagipun dia pandai putar belit cerita. Dia akan play victim dan menukar cerita seolah2 dia yang tertindas. Dan dia akan ugut untuk jumpa dekat court. Bijak bukan?

Lepas tu bila dah ramai staf, dia pun nak hire designer (edit gambar & video) untuk produk dia. kemudian adalah member aku juga (my bff) ni masuk kerja. Member aku ni memang dah biasa buat design & berpengalaman jadi designer.

Masa interview, founder ni cakap member aku akan diberi tempoh sebulan percubaan dengan gaji RM 800. Tiada kontrak atau agreement kerja. Hanya percakapan mulut sahaja. Esoknya dia disuruh masuk kerja.

Masuk saja kerja, member aku heran la kenapa tak de punch card. Sepanjang hidup dia kerja dekat banyak company, hatta bisnes kecil status enterprise pun ada punch card. Kedai keropok tepi jalan pun ada punch card.

Inikan pula so-called company dan bisnes yang megah. Sales pula dia claim ratus ribu sebulan (entah dia declare ke tak income dia dengan LHDN). Company dia tak ada punch card tau.

Dia monitor staff through cctv saja tau. Hebat founder ni berfikir. Kalau staff nak report ke Pejabat Tenaga Kerja, memang tak ada apalah staf. Sebab tiada bukti kerja dengan dia. Nak report pun tak boleh.

Kita dengar kerja designer macam gah kan. Tapi sikit pun facility company tak ada sediakan. Member aku kena guna laptop sendiri, hp sendiri, photoshop & illustrator sendiri. Member aku dah fishy dengan founder ni.

kemudian founder ni suruh member aku buat 5 poster design. Banyak kali juga la kena edit dan touch up sampai founder tu puas hati. Hasilnya founder puji hasil kerja member aku. Finalnya cuma 2 saja poster yang founder tu puas hati. Cantik katanya.

Kemudian esoknya, founder suruh member aku buat video untuk iklan pula. Lebih 10 video member aku buat, semua dia tak berkenan. Cakap pun serupa keling, kejap nak macam tu, kejap nak macam ni.

Bila buat macam dia nak, tetiba dia ubah fikiran cakap nak macam lain pula. Pening member aku tu.

Last-last founder tu cakap, dia tak berkenan dengan semua video yang member aku buat. Dia bagi pilihan sama ada member aku nak resign terus atau teruskan lagi seminggu.

Member aku kecil hati lah sebab founder tu cakap semua kerja member aku dia tak puas hati, semua fail. Semua tak cantik. Padahal before ni semua dia puji bagus. kemudian baru 2 hari dah nak suruh resign?

Masa interview cakap bagi masa SEBULAN tempoh percubaan. Tapi bila dah kerja baru 2 hari dah complaint cakap hasil kerja semua teruk dan buat dia pening kepala.

Tak pernah-pernah lagi aku dengar dekat dunia ni tempoh percubaan kerja 2 hari. Kerja kedai makan yang gaji hari tu pun busuk-busuk tempoh percubaan seminggu. Kalau seminggu asyik datang kerja lewat tauke kedai pun marah.

Ni member datang awal kerja, buat kerja pun bagus. Aku tengok design dia semua lawa. Ingat senang ke nak design? Aku pun tak pandai nak design macam dia. Dah la gaji RM800 saja.

Level Master gaji RM800? Kiwak betul founder ni. Harap Pejabat Tenaga Kerja notice confession aku kalini. Biar nasib staff yang tak ada epf ni terbela.

kemudian member aku ni hantar the last design video yang dia tak sempat hantar, sebab founder tu pun dah suruh resign dulu. founder pun gelojoh jenis tak sabar.

Member tu tak siapkan semua lagi video, dia dah warning suruh resign. Bila member hantar the last 3 last videos saja terus founder tu cakap CANTIK.

Dan dan saja founder cakap tadi dia stress, so dia tersalah cakap lah suruh resign. kemudian founder tu pujuk member aku suruh continue balik kerja macam biasa.

Dia dah maki member aku tadi kata design buruk buat dia sakit kepala kemudian tetiba puji melangit balik. Dah ludah, tiba-tiba nak jilat balik? Member aku ni proceed saja resign.

Member aku ni tak kisah sangat lah pasal payment tu, sebab founder pun cakap tak puas hati langsung dengan design dia kan before ni. So member aku expect semua design dia tu memang sia-sia jelah.

So member pun cakap dekat founder tu, tak yah bayar gajilah sebab dia pun tak buat apa-apa langsung kan selama 2 hari tu (member sindir saja founder tu…)..

Member cakap juga dia tak pandai design pun, padahal dia memang experienced designer before ni. Cuma dia resign kerja di kl dan baru balik kampung. Orang merajuk kan. Ayat pun sindir habis.

Sekali founder tu betul-betul tak bayar gaji hahahaha.. Gila tak buat apa-apa, member tu penat buat berbelas video dan lebih 5 poster. founder tu tak bayar langsung gaji walau sesen pun.

Member aku senyap saja kemudian. Aku pun tak tahu dia dah diberhentikan kerja. Tapi aku kan memang follow founder ni so aku selalu la nampak page founder ni.

One day aku nampak ada satu video cantik dekat page founder ni, kemudian aku whatsapp la member aku ni tanya “wehh ni ke video kau edit tu?”.

Member aku pun cakap, dia dah resign lama dah. Bila korek-korek cerita, barulah aku tahu. Rupanya member aku diberhentikan kerja dan sempat kerja 2 hari saja tanpa gaji.

So betul la video cantik yang aku nampak tu adalah hasil kerja member aku. Dia pun bengang sebab founder kan cakap video dia buruk, tapi kenapa masih guna lagi? Dah la tak bayar gaji.

Tak bayar gaji tapi masih guna hasil kerja staff. Gila founder ni. Aku pun sama naik bengang. Aku pesan dekat member aku suruh dia pergi sound founder tu. Member aku ni baik, dia cakap malas nak ambik port. Lagipun dah lama dia resign.

Tapi aku tak boleh tengok member aku kena aniaya macam ni. Dah la founder tu macam malaikat dekat laman sosial. Rajin post keagamaan, ajak sedekah kalau nak kaya. Ish tak boleh aku. Kalau aku yang jadi mangsa dia mesti aku sound setepek dekat muka dia.

Aku push member aku suruh sound dia setepek. Tu pun member aku cakap dia malas nak cari gaduh. Last-last aku ambik henfon dia. Aku yang tolong whatsapp founder tu HAHA. Tapi member aku dah pesan, jangan taip yang bukan-bukan.

Aku cakap camni mewakili member aku “Assalamualaikum wbt. Kalau tak nak bayar gaji pun, tak payah lah guna lagi hasil kerja orang. Ingat ya, saya takkan halalkan dunia akhirat sebab masih guna hasil kerja saya.

Common sense tak ada ke? Tolong jadi seorang yang bertanggungjawab ya. Jangan sampai muflis dunia akhirat. Thanks”.

Ish tak boleh aku. Haritu kemain kata video member aku buruk tak memuaskan hati? Dah la tak bayar gaji sesen pun dekat member aku tu kemudian masih guna video yang dia penat – penat edit. Member aku ni dah la baik jenis tak suka nak viral-viral. Tahu apa founder tu balas?

founder tu cakap, “iklan tu tak run pun. Dia duduk dekat page”. Sebab founder ni sale bisnes dia memang bergantung dekat fb ads. Tapi peduli apa aku. Ads tak ads tu kau punya pasal.

Sekarang ni kau masih guna video member aku tapi sesen pun tak bayar gaji member aku. Dia ingat member aku buat video guna air liur ke?

Video tu pun ada 3k views dan ada ramai juga customer komen pm nak beli. Means video tu memberikan sales kepada founder la kan? Jadi persoalannya, adakah sales founder tu HALAL? Hahh korang jawablah sendiri.

Aku tolong balas lagi “Tak bayar gaji pun tak bermakna ada hak guna benda free kan. Common sense kan. Hasil kerja editing tu free ke? Sampai bila nak aniaya orang? Sentiasa rasa diri betul? I’m not the first one”.

Sebab aku pun baru tahu founder ni pernah aniaya member aku dulu, sejak kami open cerita pasal founder ni, macam2 cerita buruk dia keluar.

founder tu screenshot whatsapp member aku, dia cakap member aku kan cakap tak payah bayar gaji. Bo***! Aku kalau ikutkan nak saja maki terus founder tu tapi member aku cakap jangan. Dia tak nak panjangkan isu.

Kot ye pun staff kata tak payah bayar gaji, memang staff tu tak layak dapat gaji ke? Gaji tu hak dia. Kau majikan kau bayar la gaji dia, dia nak terima ke tak tu urusan dia. Tanggungjawab kau bayar gaji. Bukannya member aku pergi kerja 2 hari tu tidur tak buat apa-apa.

Tapi aku takleh nak sound sebab founder tu terus ugut nak jumpa dekat court. Haha. Kecut perut la tu. Mentang-mentanglah family dia ada lawyer terus nak ajak jumpa dekat court. Childish.

Kemudian dia cakap nanti dia nak tengok apa reaksi orang ramai sebab dia nak viralkan member aku.

Ternyata founder ni betul-betul up pasal member aku dekat post laman sosial dia. Cuma dia tak mention nama. Dan macam biasalah, dia twist story dan acah play victim.

Founder cakap member aku doakan dia muflis dunia akhirat dan fitnah dia. Cuba korang baca balik ayat aku send dekat atas tu (ayat yang aku taip on behalf of my bff).

Dia putar belit cerita. Cakap dia difitnah. Fitnah pe benda dah member aku kena game dengan kau. Member bukan minta gaji pun, member minta jangan guna hasil kerja dia sebab dia kan tak dibayar gaji.

Dan founder ni keep playing victim dan dia screenshot whatsapp dia dengan member aku dan post dekat whatsapp status dia. Dia cakap dia difitnah. Fitnah tak bayar gaji staff.

Founder cakap berbelas ribu habis bayar gaji staff. Yelah staff kau ramai. Tapi gaji member aku kau tak bayar. Gaji member aku yang model tudung pun kau tak bayar.

Apa masalah founder ni? Kenapa dia sampai nak jumpa dekat court? Kenapa tak bayar saja gaji setakat 2 hari kerja tu? Susah sangat ke nak bayar? Kata sales ribu-ribu takkan setakat puluh ringgit takleh bayar?

Kemudian kan. Member aku bagitau, founder ni buat report polis dan bagitau polis yang member aku buat ugutan terhadap dia dan dia rasa terancam. founder datang balai menangis-nangis acah jadi mangsa, ketakutan kena ugut.

Korang baca balik ayat whatsapp yang aku taip hantar dekat founder tu, ada unsur ugutan ke dekat situ?

Member aku kena soal siasat tau dengan polis. Bahagian jenayah. Sebab kes ugutan. Macam teruk saja. Member aku ni jenis diam dan pemalu. Bila inspektor polis tu tanya kenapa member aku ugut dia, member aku tak cakap panjang.

Dia bagi saja handphone dia dekat polis tu suruh baca.

Sekali inspektor polis yang baca conversation whatsapp tu gelak weh. HAHA. Cara member aku cerita tu memang satisfied gila lah. Polis pun gelak baca ayat founder tu. Tak padan dengan kes. Siap nangis-nangis masa nak file report padahal tak ada apa pun.

Polis cakap kes tutup. Sebab tak ada unsur jenayah pun. founder tu saja lebih-lebih. Polis dekat kaunter pun semua terkejut dengan founder tu. Masing-masing kenal founder tu sebab dia femes, tapi tak sangka dia sekejam itu kan.

Takat gaji staff yang ciput pun takleh bayar. Tapi dekat laman sosial sembang sales kencang.

Terbaru, ada pula mangsa baru yang terkena dengan founder ni juga. Cuma budak baru ni sempat kerja 4 hari saja. Jalan cerita sama dengan member aku. Design tak memuaskan. Diberhentikan kerja.

Aku sebagai rakan mangsa menyeru kepada orang ramai, janganlah kayakan founder tak bermaruah macam ni. Bukan sorang tau mangsa dia, ramai sebenarnya.

Sejak isu member aku ni, baru aku tau rupanya founder ni memang dah banyak aniaya orang. Rupanya dah banyak isu founder ni before ni. Ramai orang dah pernah ada bad experience dan tak suka founder ni.

Yelah perangai buruk siapa suka. Yang suka tu hanyalah orang yang tak kenal dia saja. Tapi founder ni memang sentiasa acah tak bersalah. Dia sentiasa rasa dia betul. Dia akan putar belit seolah2 dia mangsa.

Dia sentiasa nak menang. Perangai pun talam 2 muka. Bff sendiri pun dia kutuk, inikan pula staff yang dia sendiri aniaya.

Founder sindir dekat status whatsapp cakap member aku ni jeles dengan dia. WHAT??!! Member aku sikit pun tak hairan dengan kau tau. Aku sebut nama founder pun member aku menyampah tak nak dengar.

Inikan pula nak stalk kau. Yang stalk kau tu aku sebab aku friend dengan kau.

Di laman sosialnya berdegar cakap melayu tolong melayu, tapi hakikatnya dia sendiri (orang melayu) yang tindas melayu. Aku biasa juga dengar dekat twitter ramai confess majikan melayu (founder baru nak up) tak bayar gaji staff. Kenapa eh? founder ni jenis tak fikir panjang ke?

Kalau betul dia nak bisnes kekal lama, dia kena jaga kebajikan staff. Tapi tengoklah. Aku rasa tak lama lagi lingkup juga bisnes founder ni. Staff pun bertukar silih berganti. siapa saja nak kerja gaji murah dah la tak ada epf. Padahal sales kencang.

Korang masih nak support ke founder camni? Selagi tak kena dekat batang hidung korang atau dekat keturunan korang, mungkin korang tak kisah. Tapi aku kisah sebab aku tak suka tengok bangsa aku ditindas dan dipergunakan.

Pesanan khidmat masyarakat, jangan menindas atau menzalimi orang. Hidup tak berkat. Cayalah, tak kena dekat dunia, akhirat sana pasti kena.

Buat founder, kau mungkin sedang bersenang lenang dengan kekayaan kau, tapi jangan lupa balasan Allah itu pasti. LHDN harap boleh check income founder ni. Sedap sangat tayang duit dalam bank ratus ribu. Tax bayar ke idok tu.

– Tokmung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *