Assalamualaikum dan Salam sejahtera. (Harap sangat admin dapat publish story saya kali ini, coz I need support and idea).
Coretan ini lebih macam perlukan inspirasi, idea, experience dan pandangan pembaca dalam menentukan halatuju hidup saya sekarang. (Cerita ni panjang, harap bersabar).
Untuk pengetahuan pembaca, saya seorang isteri dan ibu bekerjaya dengan seorang anak perempuan berumur 3 tahun yang saya sayang sangat dunia akhirat.
Bekerja dalam bidang yang saya tak boleh nyatakan disini dan jawatan saya melibatkan bidang yang tengah trending zaman sekarang (zaman digital age ye), karang korang fikir frontliner plak… Berumur pertengahan 30 an..
Saya dah masuk tahun ke 3 bekerja dalam bidang ini, mungkin nasib tak menyebelahi saya dalam bidang kerjaya.. especially bila kerjaya saya meningkat naik.. Kerja terakhir saya sebelum bidang ini adalah Corporate Sector.
Bila saya mula berjaya bawa masuk project bernilai jutaan ringgit dan mendapat kenaikan pangkat dan gaji, akhirnya company alami masalah separation dan terb**it kes rasuah.. bila segala harta milik company disita, kami hilang pekerjaan sekelip mata..
Terkebil-kebil kami time tu (time tu masih single), time ni tahun 2014. Hujung 2013 saya berkahwin masa tu kerja dah dihujung tanduk.. tunggu masa je sebab gaji pun dah 2 bulan tak dapat. Memang ujian sangat..
2014 – 2018
Kemudian selepas berkahwin, saya dan suami mula menceburkan diri dengan bidang retail (suami keluarkan simpanan dia untuk modal permulaan), 4 tahun perniagaan bertahan akhirnya jatuh menjunam juga.
Salahnya adalah dari kami sendiri. Terlalu percayakan pekerja dan ada masalah keluarga. Masa ni anak kami pun baru lahir, betul-betul tahun kami alami kerugian besar-besaran.. kami jual segala aset dan mulakan hidup baru.
Feb 2018
Kemudian kami bawa diri ke selatan dan suami dapat pekerjaan disini, Alhamdulillah sebulan pindah saya pun dapat pekerjaan tetap iaitu yang sekarang ini.. Dengan anak yang baru 5 bulan, dengan berat hati saya tinggalkan juga dengan pengasuh.
Alhamdulillah semunya berjalan lancar.. hidup kami mula merasa sedikit kesenangan walaupun tidak semewah masa business dulu. Suami buat 2 pekerjaan time tu, kerja hakiki dan buat kerja part time..
Tapi kami bersyukur dapat hidup yang agak selesa. Itu la serba sedikit kisah awal hidup saya yang bekerja 9am to 5pm (Isnin hingga Jumaat).
Kadang-kadang terpaksa oustation ke oversea atas tuntutan kerja dan syukur suami jenis senang jaga anak dan kerja dia pun cuma 9am – 6pm..jika time saya terpaksa outstation 2 hari ke seminggu, suami tak dapat buat part time malam.
2019
Segalanya berjalan lancar, saya pun sedikit demi sedikit perbaiki knowlegde saya dengan belajar dari youtube dan medium-medium lain lagi.
Ilmu yang sangat berguna dalam kerja saya dan senang hati dengan kerja yang gembira, office yang selesa, teamwork yang baik-baik (macam love hate relationship, kadang bila stress sampai boleh bergaduh haha, tapi kejap je la), bos pun tak berapa pressure sangat.
Cuma office saya di selatan, ada lagi satu branch di KL.. Beza antara branch kami dengan branch satu lagi tu ketara sangat, Branch KL agak kelam kabut dan penuh dengan politik, sandiwara, kaki kipas, kaki bodek, kaki mengadu dan macam-macam kaki la.. memang sangat toxic…
Mula-mula saya tak berapa ambil peduli drama-drama yang berlaku kat sana, sebab jauh kan dan jarang-jarang jumpa.. tapi saya silap… rupanya toxic tu akan spreadkan negativitinya ke branch kami..
2020
Time awal-awal tahun tu macam dah start toxic branch sana terbawa sampai ke branch tempat saya kerja. Angin-angin negative tu dah sampai dan team saya mula demotivated bila bos mula bias, tapi financial kami excellent.. sales naik mendadak sejak PKP….
Bos kami dari seorang yang patutnya jadikan semua staff dia bekerja as teamwork, secara indirectly membuatkan branch kami dan branch lagi satu saling membenci. Bos bias pun sebab ade kaki kipas dan kaki jilat yang kuat main politik kat branch KL..
Kemuncaknya adalah time PKP aritu.. bila semua diminta kerja work from home, time tu memang nampak sangat kenapa bos macam agak jaki (benci) dengan team dari branch saya.. ada je benda yang tak kena di mata dia.. kerja yang mula-mula saya happy, bertukar jadi mimpi ngeri..
Ahad malam je saya dah mula gelisah dan rasa tak gembira, bila dapat mesej dalam group whatsapp kerja, saya mula jadi nervous. Mula menyumpah-nyumpah diri sendiri kenapa hidup tak kaya or senang supaya tak payah jadi balaci orang.. rupanya itu simptom BURNOUT dalam pekerjaan..
Betul kata orang, Covid 19 ni banyak hikmahnya.. antaranya you can see the true color of someone.. macam terbuka topeng la… dalam kes ni boss kami dah tunjukkan his true color… sangatlah mengecewakan, ibaratnya dia berubah 360 darjah terus dari bos yang saya kenali dulu.
Sepanjang 2018 dan 2019 tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran saya untuk quit, saya sayangkan pekerjaan saya..
Tapi kali ini memang hati saya kuat dan memberontak untuk quit, ibarat berzikir dalam hati “bila la aku boleh berhenti kerja ni”. Sampai pernah saya cuba buat hal supaya diterminate.. tapi bos tak nak lepaskan..
Bawah ni komen saya pada seseorang yang saya perlukan pendapatnya..
I’m planning to leave my current job, maybe by the end of this year, and start to focus on my freelance and online business job or looking for a remote job.
It’s getting exhausted to be tied with 9 – 5, outstation and overload task, I need to take a break and start to gain my knowledge and achieve my goal.. #financialfreedom
I cant achieve that with my 9-5 job so I guess better start now or nothing in the end.. I know it’s not a good time to lose a job in this 2020, before I lose my mind… Good luck for my self…
I’m losing my self and burnout if I push my self to be in this current job.
Start awal Jun saya dah mula buat kerja freelance (platform online), aktif buat business online worldwide dan mula aktif apply kerja secara remote from worldwide..
Minda saya penat dan saya takut jadi gila sebab moral kerja saya dah down to toilet.. saya terlalu demotivated, setiap kali buat kerja saya buat asal siap, sedangkan itu bukan lah sikap saya.. saya pentingkan kualiti dan punctualiti..
Segalanya berubah… saya nak bebas bekerja ikut time saya, jaga anak saya sendiri dan kerja dalam keadaan happy… suami selalu kata saya kerap sakit sebab mental saya pun tengah sakit.. keadaan saya dah macam lead ke d3pr3ssion.
Mesti ada yang tertanya-tanyakan kenapa saya tak boleh quit je.. suami kan ada.. Keadaannya kami ada komitment, ade anak dan gaji saya lebih besar dari suami..
Jadi jika saya quit sekarang tanpa ade income back up, banyak masalah akan timbul.. saya tak boleh bergantung sepenuhnya atas suami… dia dah buat 2 kerja untuk tambah pendapatan dia. Saya nak bantu suami dan kewangan kami.
PILIHAN SAYA SEKARANG: APA YANG SAYA TENGAH USAHAKAN
1 – Kerja freelance yang saya buat , dah mula dapat job kecil-kecil (tapi tak kerap), I need to maintain the job supaya boleh sustain.
2 – Kerja business online masih slow progress, masih berusaha untuk mantapkan platform dan build my own website for shopping online.
3 – Ada juga apply beberapa kerja secara remote, especially dari negara-negara maju lain..belum dapat jawapan lagi.
Impian saya tak lain tak bukan adalah FINANCIAL FREEDOM dan OWN FREEDOM tanpa dibuli oleh boss…
So jika ada dari kalangan korang yang dah pun terlibat dalam bidang Freelance or remote, boleh tak kita sharing idea dan if korang sudi, jadi my mentor
(Please bukan founder-founder product2 sampah, MLM dan seangkatannya ye) – maaf ini pendirian saya… saya seorang aktivis yang menetang product2 sampah yang memudaratkan.
Kalau ikut pilihan saya.. FREELANCE dan Online Business yang terbaik.. tapi ntah la… kalau korang ape pilihan ye??
Tolong la jangan ada yang kata saya tak bersyukur dan sebagainya.. Masalah saya sekarang adalah saya hampir kehilangan jiwa jika terus bekerja.
Saya tak nak buka masalah yang berlaku secara detail sebab saya masih hormatkan wang gaji yang saya terima setiap bulan tu. I need help gaisss…
Thanks admin jika publish story saya… hanya Allah je yang mampu balas jasa baik anda…
– Mrs Ninja Turtle (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit