Dua tiga hari ini aku asik terbaca pasal fresh grad dan demands, yang HR/ experienced employees perlekeh fresh grad, yang fresh grad cuba justifikasi expectation mereka.
Harap2 apa yang aku tulis ni boleh bagi semangat utk mahasiswa dan buka mata sesetgh followers kat sini.
Aku habis degree in engineering lebih kurang sedekad lepas, grad dari local ipta. Masa final semester dapat offer junior engineer position dari one of the MNCs (tempat aku buat internship) assigned dekat borneo, gaji basic RM 5100 (tambah 40% on top of basic == RM 7140 sebab lokasi dan offshore work), rumah, lunch dan transportation disediakan, dan tambah ofshore bonus/ allowance.
1) Masa aku join tu ada lagi 2-3 engineers male and femal baru join yg grad dari ipta dan ipts. Jadi ia nya tak mustahil untuk fresh grad bergaji 7K kalau kene dgn company dan juga jenis pekerjaan/bidang. RM 7K tu 10 tahun lepas, skrng taktau brapa, aku dah lama tinggalkan company tu.
2) english aku tak la sehebat budak2 grad overseas, just cukup untuk communication dgn colleagues dan boss, boleh dipaham dan paham. Jadi speaking bukan alasan utk rasa inferior, asalkan korang memenuhi minimum skills untuk berkomunikasi dalam Bahasa English.
3) memang ada peluang untuk bergaji besar walaupon anda fresh grad, tapi kene pastikan anda mempunyai ciri2 yang diperlukan – academic (cgpa) dan soft skills (communication, presentation, group/project/stakesholder management etc) . Aku bukan best student tp cgpa >3.5 la, bukan jenis outspoken, soft skills pon cukup2 makan je, in fact aku ni jenis introvert. tapi aku prepare CV kasi mantap, proper follow up dengan recruiter, know how to deal with corporate ppl. Masa interview untuk internship tu pon aku rase takde la hebat sangat. Lepas dapat intern tu, aku berbual balik dgn recruiter, and honestly aku tanya dia kenapa aku di pilih, dia kata sebab aku tunjuk minat follow up selalu sebab dia pon busy, and dia suka cara aku jawab soklan interview dia. One of the question was, what do you see youself in 5 years from now? Aku jawab by that time aku rase aku dah cukup bagus and experience untuk lead and manage my own team. So preferably to move to the managerial position and train new engineers etc (walaupon selepas 10 tahun aku masih lagi buat technical, bukan managerial posistion), still kene tunjuk sikit kita tu ambitious. Oh satu lagi, sebelum interview make sure study pasal comp tu, apa drng buat, operations drng kat mana, market drang apa etc.
4) kene pandai cari industri yang offer tinggi. Masa tu industri oil and gas mmng offer bagus, so aku apply la company2 yang berkaitan walaupon engineering aku bukan in petroleum. masa interview aku takde pon cakap expectation gaji, offer derang utk fresh grad mmng standard mcm tu. Kalau boleh yang ini kene mula dari cari LI / internship. So kalau boss kau suke kau, terus drng offer permanent position. Dan satu lagi, kene bersedia untuk belajar bende baru. Subjects yg aku blajar kat uni maybe gune dalam 10% je, yg lain semua basic engineering, calculation, unit conversion, and soft skills/ project management. Kalau kau blaja electrical and expect to design circuit jgak, so bersedia la terima standard offer dari manufacturing/ electornic industry
5) dan antara yang terpenting jugak, sanggup untuk kerja tak ikut masa dan di mana2, kerja di laut tak macam office hours, sebelum pukul 6 pagi nak kena hantar report ke office, kalau operasi berjalan seminggu, seminggu tu la kau tidor tak tentu, tidor beberapa jam in between operasi, atas papan or kerusi je, kalau ada masa baru boleh gi mandi. Makan tak boleh memilih. Kadang2 kalau rig penuh, kau kene duduk dalam boat ja, berombak la tdor, kalau tak tahan mabuk laut boleh muntah2 jgak. Walaupon keje kat malaysia, raya tak tentu lagi boleh balik kampung. Beraya la kt laut. Wedding kawan pon kau akan miss, so bile kau kahwin tak payah expect ramai kawan akan datang.
6) jadi abang2 kakak2 hr jgn perlekeh sangat fresh grad, masih ada lagi harapan untuk drng, as long as drng berusaha dan tau capacity diri. Ini nk g interview pon berpeluh satu badan, cammane nak join MNC yg biasanya boss2 orng luar? Tulis resume pon taktau, nk expect gaji tinggi.
7) to final year students, anda kene cari keje start dari skrang, jgn tunggu dah convo baru terhegeh2. Kalau yg jenis introvert tu, anda kene paksa diri to adapt the environment, kalau situasi tu memerlukan anda bergaul dgn orng luar, paksa diri tu untuk bergaul, kalau anda terpaksa present, paksa diri tu present.
8) satu lagi make sure masa cari intern/ keje, bercakap pada orang yang tau. Kadang2 bukan semua HR tu pandai. Ada satu comp buat minyak kt mesia, comp besar, international standard, aku talipon tanya peluang nak buat internship, dia kata company dia process minyak masak, bukan process bahan kimia so tak perlu chemical engineering intern!
Ok selamat berjaya.
– Abam Jurutera
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit