Fresh Grad Otak Kosong

Salam semua.

Banyak aduan tentang freshgrad kan. Ni aku nak confess perasaan aku menjadi freshgrad dungu itu pada dua tahun lepas. Sekarang bukanlah freshgrad lagi. La ni aku dah kerja.

Dunia kampus memanglah jauh beza dengan workplace. Tak kiralah kerja tu di pejabat dalam aircond atau tukang sapu tepi jalan. Sorang freshgrad biasanya datang tempat kerja dengan kosong pengetahuan. Macam mana baca pengalaman orang kat internet pun tak semestinya sama dgn tempat sebenar.

Kerja pertama aku ialah tukang cuci. Takde latihan ke apa. Masuk kerja terus buat. Team mates sangat membantu ajar aku peraturan, kadar bancuh sabun dan cara guna cleaning tools yg xpernah wujud kat rumah aku. Walaupun diorang sekolah xhabis darjah 6 dan aku pulak graduan U, aku tetap anggap dorg cikgu dalam pekerjaan tu.

Kerja kedua aku sebagai sales clerk di syarikat jualan alat perubatan. Ofismate aku menggerunkan. Mulut kuat mencarut tapi sebagai mentor mmg tiptop. Dia ajar aku segala produk, tunjuk sume rak2 dokumen yg aku perlu korek, kenalkan dgn segala client dan ajar guna software. Lepas tu mmg mudah aku nak buat kerja.

Kerja ketiga aku hauk. Interviu job lain, kerja job lain. Pastu takde mentor ajar aku apa perlu dibuat. Takkan aku nak gi ngacau org buat kerja, tanya macam2. Apa yg nak ditanya pun aku xtau sbb xdapat gambaran langsung apa yg dorg nak aku buat. Ada PIC dari sect lain yang nak ambik aku, tak dibagi pulak. Dua bulan pertama mmg aku termenung je depan skrin.

Later bila dah lama kat situ, aku tanya member lain cemana masa dorg masuk kerja? Dorg pun kata dorg rasa macam dungu sebab xde sapa train. Semua harap pandai2 sniri, try and error. Benda dah siap baru komplen salah. Dari awal taknak ajar. Haa… apa ke pelik ni nak suruh orang buat kerja tapi xnak ajar. Aku ingat aku yg dungu rupanya opismate lain pun lalui benda yg sama.

Pada akak2 hebat dalam ofis, awak tengok je la komputer yg awak guna tu, boleh tak dia gerak kalau xde OS? Boleh tak buat kerja kalau xde software yg sesuai? Macam tu la sorg freshgrad. Tugas kita la nak ajar dorg, bagitau apa yg perlu dibuat.

Memang la take notes apa semua tu benda kecik, tapi bukan semua orang terfikir nak buat semua tu kalau dia xbiasa. Dan tak semua orang bijak peka teliti macam kau kak. Daripada mengutuk orang dungu apa kata kau ajar dia. Mana tau bila dia dah maklum apa perlu dibuat, performance dia jauh lebih baik daripada kau masa freshgrad.

– Zya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit