Freshgraduates Bergaji RM2,800 Sebulan

Assalamualaikum w.b.t.

Aku minta fresh grad mahupun pelajar yg bakal grad baca apa yg aku nak tulis kat sini dan buka minda korang untuk be prepare or usaha dalam nak cari kerja ni. Aku banyak jugaklah baca confession pasal fresh grad ni dan disebabkan aku seorang yg baik hati (acah2), maka aku decide untuk memberi pendedahan istimewa mcm mana fresh grad seperti aku dah mendapat pekerjaan tetap dan gaji pokok RM2,800 sebulan.

Okay let me start a bit about myself. So aku ni baru je grad bulan 6 haritu dan dah pun bekerja selama sebulan. Gaji aku boleh tahan gempak sbb kos yg sis ambil ddkt you tu taklah hebat mana. Pointer pun cecukup rasa je. So RM2,800 mmg sangat banyak untuk starting gaji bg fresg grad mcm aku nih.

First of all, aku nak korang tahu yg kerja ni kita kena cari bukan dia datang bergolek dekat kita. Bagi yg dah usaha tapi takde rezeki tu takpelah kan. Ni yg duduk rumah goyang kaki takde usaha apa2 setakat apply kerja kat Jobstreet kau agak2 boleh ke dapat kerja tu kak. Idokkknyelahh. Kecuali kau ada kabel wayer orang dalam takpun resume kau tipu, ha tu lain cerita dah kan. So, tanpa buang masa meh aku tabur tips2 untuk cari kerja bagi golongan fresh grad:

1) Join training/kursus
– Training yg aku maksudkan kat sini bukan SL1M je ok. Actually kalau kau buat research, banyak je training yg gov and swasta buat khas untuk fresh grad. Contoh macam training yg aku join lepas je aku habis belajar, INSEP training under PSDC. Untuk training ni, aku tak payah bayar pun, siap dapat elaun haa RM500 untuk 3 bulan. Aku ambil training belajar pasal SAP-ERP and the course actually costs around RM10k kalau aku amik privately. Haaa kau tak ke beruntung join program training ni. Dalam masa yg sama boleh jugak tingkatkan nilai tambah dekat diri kau dan of course dekat resume.

2) Apply kerja di syarikat2 besar as a trainee
– Yes intern untuk kali kedua mahupun ketiga bagi hampa semua. Jangan ingat internship ataupun industrial training ni hanya boleh apply masa dekat U je ok. Boleh jugak nak apply intern lepas dah habis belajar tp dalam cover letter tu tulislah kau nak tambah pengalaman untuk persediaan bekerja dalam industri. Tak payah intern lama2 tiga bulan je pun dah cukup. Kalau korang perform, silap haribulan boss kat situ offer korang as a permanent worker macam yg terjadi pada diri aku sekarang.

3) Berdoa dan Tawakkal
– Selepas dah usaha buat semua benda kenalah tawakkal ye semua. Banyak2 lah berdoa supaya Allah mudahkan hidup kita dan tambahkan rezeki. In shaa Allah ada hikmah disebalik setiap kejadian yg Allah tetapkan.

Okay disebabkan tajuk dah gempak tapi tak banyak input, sis nak highlight kat sini yang sis taknak ulang balik apa yg confessor2 lain dah confess sebelum ni pasal tips2 nak cari kerja. This one yg sis share ni more to cara untuk fresh grad be different dalam kaedah nak cari kerja. Harap2 hampa paham la nah.

Last but not least, jangan hanya bergantung pd Jobstreet saja. Ada banyak lg website dan alternative lain ada untuk cari kerja. Try buka minda and be different dari orang lain. Okay tu sajalah pesanan sis. Harap2 point yg sis nak sampaikan tu hampa dapatlah na. Sekian, Assalamualaikum.

– Bulu Kening Sis Bersambung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit